Tuesday, June 28, 2011

rhapsody of love 18

Mata terpaku ke siling. Merenung kipas yang berputar-putar 360 darjah. Deruan kipas tidak kedengaran apabila bunyi hujan yang semakin lebat menandinginya. Suasana hening entah kenapa. Kepala kosong. Hati padat. Nafas tersekat. Terasa sesak semacam walaupun bilik ni mampu memuatkan 12 manusia sekali gus. Ya Allah...

"Doktor pun lalok ke?"

Ya Allah...

"Try strawberry."

He's... back

"You cam pula?"

..right in front of me...

"Dari form 1 sampai form 5 I jadi classmate you.."

Is this a dream?

"In fact... dari tadika lagi I jadi classmate you."

Dashiel Saiffullah..

...dia hidup!

Dia dah lain. Sangat lain. Hingga aku tak dapat cam muka dia. Dah makin matang. Tidak lagi kurus mencengkung bagai vampire tak cukup makan. Dah berisi sikit. Bukan gemuk. Tapi lebih.. ke arah.. berkelakian? Rambut dah tak pacak-pacak. Biasa saja. Tak panjang tapi tak pula pendek. Dan dah pandai simpan jambang. Tapi takdelah pulak macam Jack Sparrow. Suara pun dah berubah. Husky and... velvet.

Aku mengeluh tiba-tiba. Kepala dah tak berapa nak centre. Otak mungkin dah terputus beberapa wayar. Kenapa macam ni? Kenapa baru sekarang? Kenapa... dia muncul?

"Cha, kenapa kau lari pula? Bukan kau yang nak sangat jumpa dia?" Kata-kata Maira semalam terjengah dalam fikiran. 

Kenapa lari? Entah.

Nak sangat jumpa dia? Ye. Terlalu tersangat mahu.

Tapi tak kuat. Aku tak kuat nak berdepan dengan dia. Dah terlalu lama tak jumpa. Siapa pula yang tak cuak cipan macam aku? Nak-nak dia orang yang paling penting dalam hidup aku. Siapa pula yang tak terkejut bila berjumpa empat mata tanpa notis apa-apa? Ya Allah, permainan apa pula kali ni?? Sungguhlah aku dah tak tahu nak fikir apa. 

Terasa air mata meleleh di pipi kiri dan kanan. Menangis lagi. Dari semalam aku asyik menangis. Masuk rumah, menangis. Tengok tv, menangis. Pergi dapur, menangis. Apa nak jadi dengan aku ni???? Terlebih air dalam badan agaknya. Aku selalu menangis pasal dia kan? Tak habis-habis. 

Tak jadi macam ni! Aku kesat air mata aku dengan kedua belah tangan. Kemudian, Sony yang terbaring disebelah aku capai lalu nombor Pak Chu aku dail tanpa berfikir dua tiga kali. Aku nak Pak Chu!

"Cha.." Lepas beri salam, Pak Chu terus buat suara concern dia.

Aku tak cakap apa-apa cuma teresak-esak dalam tangis. 

"Cha, menangis ke ni?" Pak Chu dah cemas.

"Pak Chu..." Tak tahan. Nak Pak Chu..

"Ye, sayang? Kenapa ni?"

"Pak Chu, balik sini laa. Cha... nak Pak Chu..." Aku menahan sebak. Terlampau sedih sangat sekarang ni. Tak tahu nak luah kat siapa. Hanya Pak Chu yang aku ada. Hanya Pak Chu yang faham apa yang aku rasa.

"Cha nak Pak Chu.." Aku ulang balik dua tiga empat kali. Serabut sangat kepala masa ni.

"I'm here. Talk."

"Pak Chu.. Cha jumpa.. Dash.." Lagi lebat yang turun. "Semalam. Cha jumpa.. dia. Depan.. mata, Pak Chu."

"Cha jumpa Dash?" Lembut suara Pak Chu bertanya.

Aku angguk gaya Pak Chu ada depan aku je. Setitis lagi air mata tumpah.

"Then.. Cha buat apa?"

"Cha lari, Pak chu."

"Kenapa lari?"

"Cha...tak tahu?" Aku mengerutkan muka. Cuba mencari jawapan yang sesuai. Kenapa aku lari sebenarnya? Ya Allah, tolonglah ringankan beban aku ni! "Pak Chu, Cha tak tahu. Kenapa Cha lari ye, Pak Chu?"

Pak Chu gelak tawar. 

"It's not easy to face someone from your past. Pak Chu tahu rasanya bagaimana. Nak-nak lagi bila someone tu dah berada lama dalam hidup kita. Bila dia pergi, macam separuh nyawa kita pergi bersamanya. Apabila dia datang semula, kita tak tau nak percaya sama ada dia tu realiti ataupun mimpi. To make it worse, kita takut bila dia datang semula tak mustahil dia akan pergi dari hidup kita macam dia pernah buat dulu. Tak gitu?"

Aku senyap. Hanya membenarkan sedu-sedan yang berkata-kata.

"Cha..."

"Ye, Cha dengar." Aku mengeluh. "Nak buat apa ni Pak Chu? Apa nak buat?? Cha tak tahu. Cha betul-betul tak tahu." Leleh lagi. Adeiii...

"Face him." 

"Then what?" 

"Talk." 

"And Cha..." Pak Chu panggil aku.

"Yes?"

"Allah tahu apa yang kita tak tahu. Jangan fikir sangat. Just follow the flow -His flow." Aku dapat rasa Pak Chu tengah senyum di sana. "And please... jangan menangis lagi. Pak Chu sedihlah."

Aku gelak tanpa dipaksa. "Lawaklah Pak Chu ni. Cha yang limbang libu dia pulak yang over."

Pak Chu turut gelak bersamaku.

"Love you, Pak Chu." Aku kesat air mata dengan tangan kanan aku.

"Yeah. Back at cha."

***** 

"Cha, nak balik dah?" Fendy tanya aku.

Aku angguk. "Dah habis untuk hari ni. Kenapa? Kau nak aku bergebang kat sini lagi?" Sengih tawar kepada Fendy yang tergelak kecil. Pretend je laaa, Cha. It's the least you can do right now. Jam tangan aku pandang sekilas. Hampir pukul enam setengah.

"Gerak dululah, Fend." 

"Oh, okey. Drive carefully."

"Ek? Tak pernah-pernah pesan kat aku gitu sebelum ni." Kening dah terangkat sebelah.

Fendy gelak. "Sebab dua tiga hari ni kau gaya zombie je. Pucat. Tak sihat je aku tengok. That's why bagi amanat bermakna tadi tu.."

Bibir terukir senyuman tawar. Aku menggosok mata yang mula pedih-pedih. "Takde pe laa...., Fend. Penat je. Okey. Aku gerak ni."

Aku terkedek-kedek melangkah ke arah Myvi hitam milikku yang aku parkir di hadapan hospital. Tak sempat nak unlock kereta, bahu aku ditepuk dari belakang. Automatik badan mengeras. Hallamakkkk.... siapa pulak nak uji kaji jantung aku ni??? Aku pegang dada yang dah berkocak bagai nak gila. Beg laptop yang tersangkut di bahu terkulai di jalan. Orang jahat ke?

"Pehal keras macam kayu je ni?"

Erk??? Bulu tengkuk tekak berdiri. Bala dah sampai...

"Chempaka? You okay tak ni?"

Terasa badanku ditarik untuk berpaling ke belakang. Nak tak nak aku terpaksa mengikut sebab kedua belah bahu aku dipegang erat. Dilema betul~ Nasib baik berlapik.

"Okey tak ni? Daguku diangkat. Terbeliak mataku.

"Pehal main pegang-pegang ni?!" Aku tepis tangan dia kasar. Bengang je main pegang gitu. Dia ingat aku ni apa? Dan macam mana dia tahu aku kerja kat sini? Duh... lupa  pula yang dia pernah jumpa aku kat sini. Mesti dia tunggu aku sampai habis kerja. Alahaiii!!! Esok nak minta tukar cawanganlah. Semak betul!

Dash tersenyum sinis.

"Sejak bila warak semacam? Dulu takde kisah pun kalau I pegang-pegang you."

Aku buat muka. Apa hal kerek je mamat ni?? Aku kasi terajang kang baru tahu. Dahlah salam tak bagi, terus main tepuk bahu orang.

"Bila dulu? I tak kenal you. You've got the wrong person here." Cepat-cepat aku buka pintu kereta. Semak je aku tengok mamat ni. Balik rumah dan tidur lagi berbaloi dari melayan entah sapa-sapa ni.

Aku merengus apabila dia memegang pintu kereta.

"Pehal ni?" Aku menengking. "Boleh tak tepi? I nak balik. I penat."

Dash kerut dahi. "Yang nak marah-marah sangat ni kenapa? Tak boleh cakap elok-elok? Perlu ke memekik macam pontianak?"

"Lantak I lah! You kisah apa?"

Mataku terbenam ke dalam matanya. Masing-masing berapi. Aku dapat lihat wajah Dash yang mula merah menahan marah. Dulu, sepanjang aku berkawan dengan dia, tak pernah aku tengok dia marah macam ni. Tapi aku rasa semuanya telah berubah. Kami dah berubah.

"Face him.." 


"Then what?"


"Talk."

Terkedu sekejap apabila suara Pak Chu bergema di telinga. Allah, I'm not ready for this. Aku menggigit bibir bawah dan merenung Dash yang bisu sejak tadi. Sampai bila dia nak pegang pintu kereta ni? Sampai isyak ke? Aku letih ni.

"Tepilah. Nak balik."Nada suara dah turun sedikit.

Kening Dash terangkat sebelah.

"Penat sangat eh Doktor Chempaka? Sampai tak sabar-sabar nak balik. Apa? Jijik sangat tengok muka I ni??" Berdesing telinga mendengar perlian Dash. Aku tarik nafas dalam-dalam.

"I penat." Aku jawab sepatah-patah. Tak reti bahasa ke dia ni???

"Then, move ke tepi. Biar I bawa kereta." Selamba.

Aku kerut dahi.

"I hantar you balik." Dia cuba menarik kunci kereta yang berada dalam tangan aku. Aku tepis kasar dan tolak badannya. Terundur dia dua tiga tapak ke belakang. "What the....?!"

"Tak payah nak tunjuk concern kat sini. I boleh je balik sendiri. Tak perlulah susah-susah. Penat ni bukan kemana pun. Lagipun I memang tak kenal you. Mak I marah cakap dengan orang tak kenal ni. Assalamualaikum." Aku kata macam tu sambil tutup kereta. Sebelum Dash mendekati aku, enjin kereta telah dihidupkan lalu aku berlalu meninggalkan Dash yang terkulat-kulat kat situ.

rhapsody of love 17

Bukan kerana dewan besar hotel Hilton-PJ ni terlampau mewah dekorasinya membuatkan mulut ternganga. Bukan kerana chandelier gabak lagi berkilat silau yang tergantung kat siling tu membuatkan mata terbeliak. Bukan juga sebab lantai yang bersinar ni dipenuhi haba bahang orang ramai mengakibatkan lari segala rentak nafas. 

Tapi disebabkan satu nama... aku jadi begitu.

"Maira, balik. Now."

"Ek?"

****

"Mairaaaaa.... pleaseee,"rengek aku sambil senyum buat muka comel. Sambil tu aku curi pandang pada Aizat yang tergeleng-geleng melihat kita orang yang tengah buat drama spektra ni. Maira tergelak kecil. Dia ni suka buat jahat dengan aku laa..

Tercampaknya aku ke sini di rumah mereka kerana satu tujuan semata-mata. Agak gila sebenarnya!

"Bila?"

"Sabtu ni." Esok dah Jumaat.. Haiyakkk!

"Tapi takkan nak tinggal hubby aku pula kut..." Dia koyak sengih.

Aku buat muka.

"Tau la dia ni... Kalut sungguih!" Aizat menyampuk. Tangan kanannya disangkut ke bahu Maira. Manakala isterinya senyum memandangku yang bermuka seposen.

"Ekelleh dua makhluk ni. Korang dah kawin for a month tau tak? Dah pergi honeymoon, candle light bla bla bla... takkan tak boleh berenggang langsung-langsung. Aku laaa.... sangat alahan dengan couple yang terlampau melekat ni." Aku bebel tak puas hati.

"Oik! Banyak bunyik pula. Ni nak aku tolong ke tidak?" Maira ugut. Wajah dia dah bertukar jadi mak beruang kutub Selatan. Sangat menggerunkan. Aizat sekadar ketawa.

"Hehe.. Nak. Of course la nak." Terkulat-kulat aku depan Maira. Cess~ Buat garang dengan aku eh? Tapi kan.. kalau tak disebabkan invitation ke majlis reunion sekolah menengah batch aku tu takdenya aku bersusah payah datang nak mintak Maira tolong. Aku bukannya rapat mesra alam sangat dengan budak-budak sekolah aku dulu. At least kalau ada Maira, okey sikit sebab aku tak naklah terasa begitu kekok nanti.

"Tak boleh ka kalau tak pergi?" Aizat berbunyi.

"Pernah ke orang tak pergi reunion?" Aku bidas.

"Pernah je..." Maira servis selamba.

"Tapi kalau tak pergi orang kata aku dah mati..." Aku smash balik.

"Boleh je cakap busy or ada hal..." Aizat kasi sebiji.

"Or maybe... boleh cakap you're not in the town." Maira back-up laki dia.

Aku dah berasap pandang pasangan suami isteri ni. Sabar jelah..

"Ni cara terhormat nak tolak permintaan aku lah ni kan?" Gumamku di bawah nafas. Mata dah terasa pedih entah kenapa. Mungkin sebab Maira tak nak tolong aku masa aku betul-betul perlukan pertolongan. Aku ajak pergi reunion je. Bukan ajak pergi buat jenayah pun. Yang beriya-iya potong cakap aku kenapa??? Uhuk~ Sedih!

"Okay. Fine. Tak nak tolong takpe."

Maira gelak. "Ececececece... konon. Tak tolong sungguh kang..."

Eeeeeee!! Dia ni jahat laaa.. Aku menjeling Maira yang dok tersengih musang si guntang padaku. Aku kerat muncung tu satgi baru tau langit ni tinggi ke rendah.

"Nak teman ke tidak ni?" Aku dah mula nak give up. Kalau tak nak temankan aku, cakap biaq terang ceq oi. Boleh aku pergi cari orang lain sementara masa masih ada ni. Sungguhlah aku lemas dengan Maira ni. Berteka-teki aje.

"Jap. Aku tanya hubby terchenta aku jap.." Maira menoleh ke arah Aizat yang masih tidak padam dengan senyuman. Nampak bahagia sungguhlah dia orang ni. Aku melihat Maira sedang bercakap-cakap dengan Aizat. Sesekali nampak seius, sesekali gelak, sesekali senyum. Indah ke bercinta? Aku tak tahu sebab aku bukan seperti Maira dan Aizat yang dah tempuh segala-galanya dalam cinta. Tapi melihat dia orang berdua ni, kenapa aku rasa cinta itu indah? Ugh~ Apa aku mengarut ni? Sejak bila aku berfalsafah pasal lovey-dovey thingy ni? Snap out of it, Cha!

"Cha! Oi, Cha!" Maira menggawang-gawangkan tangannya di depan mataku. Aku terkebil-kebil buat seketika. Apabila kembali ke dunia nyata, baru aku memandang Maira dan Aizat yang pelik melihatku.

"Pehal?" Aku buat-buat tanya.

"Yang dok pi berangan merentasi lautan Sunda kenapa? Hang angau kat sapa?" Aizat ni laa... mulut laser betul.

"Mana aku berangan. Aku dok buat hipotesis pasal hangpa berdua." Aku gelak. "So, boleh tak Zat pinjam isteri kau sat?"

Pap! Maira tampar lengan aku. "Ingat aku barang?"

Aku gelak lagi.

"Boleh je." Aizat angkat kening dua kali. "Bawaklah nak pergi mana pun. Tapi make sure she's safe and secure. That's all I'm asking."

"Uuuu..." Aku cuit peha Maira, mengusik. Maira rolled eyes je. Konon habis kontrol la tu. Padahal tak sedar pipi dah merah padam bukan main lagi. Aku dan Aizat sama-sama gelak. Tapi dalam hati tercuit sedikit rasa. Cemburu? Ya kut.

Walaupun Hilton-PJ tu takdelah jauh mana, tapi terasa lama betul nak boleh ke sampai. Jalan jammed. Entah sebab apa. Naik kebas duduk dalam kereta. Mujur ada Maira. Boleh diajak berbual bergebang dalam masa kecederaan gini. Macam-macam jadi topik perbualan. Kereta waja tu hodoh laa... Kereta sebelah punya pemandu korek hidung laa... Ada ke orang tu pakai baju spagheti tank top la...  Haha. Terasa jugalah penambahan dosa dalam kehidupan seharian semakin meningkat. Asyik nak kondem orang je. Manusia memang macam tu kan?

Sekadar berbaju kurung moden berwarna biru laut dan pashmina yang dibelit-belit sambil ditemani Maira yang berbaju kurung moden dan berselendang berwarna purple lembut, aku masuk ke dalam hall hotel Hilton-PJ tu dan terus pergi dekat registration desk nak daftar nama.

"Chacha? Is that you?" Perempuan yang jaga desk tu tanya aku. Aku pula dah berkerut-kerut muka cuba mengingat semula.

"Ni aku laa.. Sofea. Tak ingat?" Dia yang bernama Sofea berbunyi lagi.

Oh. Dah ingat.

"Phea? Phea yang terror Bio tu? Biar benar?" Aku terkejut sambil belek-belek Phea yang kian cantik berseri dan she's pregnant. Sangatlah tak sangka! Aku gelak.

Phea turut ketawa. "Benar dan sahihlah ni."

Aku gelak lagi. "So happy for you laa... Anyhoo, where's my name tag? Kang security guard syak aku ni party crasher pulak kang. Oh, and by the way... ni Maira, bestfriend aku. She's with me."

Buat seketika Maira dan Phea bersalaman. Masing-masing tersenyum.

"Pak guard pun segan nak halau korang berdua. Stunning sangat." Cantik? Yelah sangat tu... Phea menghulurkan name tag yang sudah berisi nama padaku. "Enjoy the party." Aku angguk kemudian berpusing menghadap puluhan orang yang berada di sini. Ada yang tengah buat group, ada yang tengah peluk sakan, dan ada juga yang tengah makan berjemaah.

Aku peluk lengan Maira tiba-tiba. "Say that 'this is a bad idea'."

"This is a bad idea,"ajuk Maira sambil gelak-gelak.

Aku telan air liur. Masalah betul kalau orang yang tak berapa nak mesra alam macam aku ni. Nak pergi say 'hi' pun rasa macam terlekat pasir kat tekak ni. Padan muka kau, Cha. Nak sangat pergi reunion. Nah... ambik sebiji!

"Kau pucat." Maira tegur.

"Hehe." Aku senyum terpaksa.

Maira gelak. "Jomlah pergi booth makanan tu. Dok tercacang kat sini lama-lama nanti orang kata kita ni sculpture yang ditempah buat hias dewan ni. Hilang saham je." Maira tarik aku untuk melangkah ke meja yang ditempatkan untuk pelbagai hidangan makanan. Naik kecur air liur aku tengok semua makanan yang ada. Segalanya western!

"Chacha? Chachaaa!"

Ek? Siapa yang panggil aku ni? Aku berpaling ke belakang sambil menatang pinggan yang aku isikan dengan cupcakes. Terbuntang mata aku melihat orang yang ada di depan mata. Alhamdulillah! Akhirnya!

"Aww my man! Nine!" Aku separuh menjerit melaungkan nama lelaki di hadapanku ini. Zulkarnain a.k.a Nine merupakan classmate aku masa di tingkatan tiga. Naik tingkatan lima kami lain-lain aliran. Sebab tu aku tak banyak cerita dengan dia dah. Tapi dia ni memang nakal masa sekolah. Samalah dengan aku. Kira aku dengan dia ni satu grup jenayah zaman sekolahlah.

"Siapa ni?" Dia pandang Maira.

"Maira. Her friend." balas Maira selamba dan sengih.

"Have we met?" Nine senyum-senyum.

"Nine, back off. She's married already." Aku rolled eyes. Nine ni... memanglah kasanova!

Nine dan Maira gelak.

"Cess... baru nak masuk line." Nine sengih pula. "How 'bout you? Dah kahwin? Kerja apa sekarang? Gilalah lama tak jumpa kau since habis spm."

Aku senyum segaris. "Kahwin? Takde orang nak. Kerja? Doktor kat Ampang. Yup, memang gila lama tak jumpa kau."

"Konon takde orang nak. Hot macam ni takde orang nak? Penipu la tu.." Nine cebik. Tangannya panjang mencapai cupcakes yang aku ambil tadi. Kemudian aku, Maira dan Nine berjalan perlahan-lahan ke arah meja kosong dan duduk di situ.

"Hot ke panas ke menggelegak ke.. memang takde orang nak. Tak caya tanya Maira then." Aku gumam.

"Betul ke Maira?"

"Picky sangat. Nak yang handsome, poket berkepuk je..."

"Oh, kalau gitu ambil aku. Kaya ni.." Nine buat lawak sambil tepuk-tepuk poket dia. Aku dan Maira pecah ketawa.

"Kau kerja apa? Anak bini mana?" Aku sumbat cupcake orange yang aku potong setengah masuk ke dalam mulut. Wajah Nine aku pandang. Handsome jugak mamat ni. Bercermin mata, rambut ala-ala Jason Ackles, not too sasa... Eh! Apa aku buat ni?

"Akauntan je. Aku ni mana nak kerja gah macam kau." Nine gelak. "Aku mana ada anak bini. Kut anak mata ada lah."

"Ahaa! Bolehlah kau masuk meminang si Chacha ni." Maira bagi cadangan sesedap oren dia.

Nine angguk. "Baik punya plan. Esok aku hantar rombongan eh?"

Aku membulatkan mataku. Geram tengok Maira dan Nine. Ada aku kasi penampar Melaka jugak nehhh... Tengah aku geram-geram ni, aku nampak Nine dah mencuri pantas cupcake aku yang terakhir. Ternganga mulut aku.

"Weh! Lanun!!" Bahu Nine aku tolak perlahan. Nine pecah gelak. Eeee...sabar jelah! Aku jeling dia dan pinggan aku yang kosong tu. Maira dah mula offer makanan yang ada dalam pinggan dia. Tapi aku tolak. Aku nak cupcake laa... Aku pandang Nine yang tak habis lagi dengan gelak dia sekali lagi. Bibir terukir senyum. Bukan selalu nak main-main curi pun kan?

"Tunggu kejap. Nak pergi refill. Kau ni Nine, penyamun betullah!"

"Ambil banyak sikit! Perisa orange tau!"

Banyaklah kau perisa orange ke apa ke! Aku bergerak ke booth makanan seorang diri. Biarlah Maira melayan Nine tu sekejap. Mengenali Nine, aku yakin dia takkan mengorat isteri orang. Dan mengenali Maira, aku yakin dia bukan si mata rambang. Jadi, tak perlu risau pun. Tak ke?

Tangan teragak-agak untuk memilih cupcakes yang berwarna-warni itu. Berbintang mata ni kejap. Yalah, bukan selalu dapat makan benda-benda sedap ni. Aku dalam dilema!

"Try strawberry." Satu suara menyapa lembut ke gegendang telinga. Serta-merta, seluruh badan keras. Terasa ada seseorang di sebelah. Aku teragak-agak untuk berpaling. Mata mendarat pada shades hitam berkilat yang tersangkut di batang hidung, menutupi kedua matanya.

Eh? Aku kenal shades tu!!

"Sedap flavour strawberry tu.."

Mamat yang kat hospital tu...

"I dah rasa tadi.."

Tapi macam mana..?

"Kita satu sekolah? Satu batch?" Soalan laju keluar dari mulut tanpa ditahan. Aku merenung lelaki itu. Dia nampak tenang saja. Memang tak kena langsung pakai cermin mata hitam dengan pakai baju Melayu kaler purple with the sampin segala. Aku menahan ketawa. Tapi... tetap nampak macho. Dan suara dia... memang mencairkan. Jantung sudah berubah rentak. Apa hal pula dengan jantung aku ni?

Dia tak jawab soalan aku sebaliknya tersenyum nipis.

"You yang I jumpa kat hospital tempoh hari kan?" Aku tanya soalan lain pula.

"You cam pula?" Selamba dan tenang.

"Couldnt forget that shades of yours." Aku gelak.

"You cam I sebab my shades?"

Aku angguk. Dia pula yang gelak.

"Kalau I tak pakai shades, you cam I tak?" Bibirnya terukir senyuman. Aku merenungnya dalam-dalam. Senyum itu... macam pernah aku tengok je..

"Wajib ke I cam you?" Aku angkat kening sebelah. Mamat ni ada aura... "Kita satu kelas ke dulu?" Kening dah berkerut. Fikir, Cha fikir. Mana kau pernah tengok senyuman tu? Kat mana?

Dia angguk. "Dari form 1 sampai form 5 I jadi classmate you." Perlahan suaranya.

Eh?

"In fact.. dari tadika lagi I jadi classmate you." Suaranya kian perlahan.

Ta. Di. Ka. ?

Baru aku nak membuka mulut, tiba-tiba seorang lelaki yang entah dari mana datang memeluk leher dia. Aku terkebil-kebil seketika melihat dua manusia yang sedang bergurau di hadapanku. Sambil itu, otak aku seakan-akan pita rakaman yang berulang-ulang. Berulang dengan setiap kata-kata lelaki berkaca mata itu.

"Kau ni memanglah Dashiel Saiffullah!! Usha awek cun sorang-sorang. Kawan apa ni?!"

"Weh!" Suara lelaki itu memetir.

Lelaki berkaca mata hitam itu segera menolak kawannya ke tepi. Dia mendekati aku yang nyata terkebil-kebil melihatnya. Shades sudah ditariknya, mempamerkan mata itu. Tapi dia tak bercakap apa-apa. Hanya terkial-kial mencari kata.

Tolonglah siapa-siapa kat sini cakap semua ni tak berlaku! Tolong? Somebody? Aku tak terasa darah mengalir lagi. Seolah-olah nampak hantu. Tapi ni bukan hantu... Dan itu...

Mata dia.

Kejap. Tengok betul-betul, Cha.

"Hey.."

Mata dia.

Cha, kau kena guna Eye More ni. Tak jelas sangat.

"I... I.."

Mata dia.

Tak...

Betul...

Okey, mata dia.

"Err... I need to go." Aku cakap mendatar dan laju menapak ke arah Maira. Tangan Maira aku tarik kasar. Terkejut kawan tu. Nine juga tercengang dengan tindakan aku. Tapi aku tak peduli. Oksigen. Aku nak oksigen. And some udara too. A.S.A.P!

"Maira, balik. Now." Tertahan-tahan nafas aku. Kepala dah terasa berdengung. Janganlah aku leleh kat sini. Tolonglah, Tuhan.

"Eh?"

"Please." Sebak. Tak tahan.

"Okey."

Saturday, June 25, 2011

rhapsody of love 16

Yeay! Yeay! Along kahwin! Yeay! Yeay!

Aku sengih panjang lebar kat atas pelamin. Ya, aku di atas pelamin. Bukan jadi pengantin tapi jadi pengapit jeee. Okey la tu. Paling kurang orang ramai usha aku dari usha pengantin. Manalah tau lepas ni terkena badi pengantin aku pula yang naik pelamin. Hehehe. Aku ni perasan betullah. Bila nak terinsaf pun tak tahulaaa...

Lepas bersanding, makan beradat. Beradat ke beradap? Entah. Antara dua tu laa.. Dah lupa ejaan dia macam mana. Haha. Memang sedap betul makanan pengantin ye. Tak sia-sia aku jadi pengapit bertauliah hari ni. Lauk udang karang yang Pak Ndak masak memang mannntopppp habisan ah. Kalau tak disebabkan aku ni pengapit.. dah lama aku makan ikut suka hati aku. Ni nak kena cover-cover... leceh sungguh!

Along nampak betul-betul handsome hari ni. Dah takde dah janggut seciput dia sebab kena cukur. Segak bergaya dengan baju Melayu (jenis apa ntah) berwarna kuning diraja. Kak Ai.. eh.. silap.. kena panggil Kak Long dah sekarang.. dia pun cantik semacam. Kalah Megan Fox. Bahagia sungguh aku tengok dia orang berdua. Macam dunia ni milik mereka.

Aku teringat pada Maira yang dah bergelar isteri orang juga. Pagi tadi dia nikah, sama masa dengan along maka aku tak sempat nak temu ramah dia. Tak apalah. Nanti-nanti je aku interview minah sorang tu. Sibuk betul jadi pengapit ni. Kena jaga itu ini hal ehwal pengantin. Letih. Selesai sahaja kenduri, aku terus berteleku di atas tangga belakang rumah Tok Wan. Waaa! Dah tak larat nak pergi tunjuk muka kat beratus-ratus tetamu yang datang. Kawan-kawan along saja dah berapa ramai.. campur kawan-kawan Kak Long lagi... sedara-mara.. sepupu-sepapat... full house beb!

Terasa sunyi walaupun orang ramai di kampung. Mungkin sebab adik takde. Budak tu kan dah masuk matrik. Tak dapat cuti. Kelas baru start. Mungkin juga sebab Pak Chu kesayangan aku takde. Dia pun tak dapat cuti sebab masa kenduri doa selamat dia dah balik. Doktor kalau cuti selalu..alamatnya lingkuplah gajiii...

"Angah Cha, handphone berbunyi ni ah. Dak Meer ambik eh?" Aku dengar suara Azmeer; sepupu aku anak Mak Lang memekik memanggil aku dari dalam rumah. Orang Melaka memang selalu bahasakan diri 'Dak' kat pangkal nama dia. Tak tahulah kenapa.

"Haa.. amek je la. Angah Cha kat pintu belakang ni."

Tak sampai lima, Azmeer sampai. Dia hulurkan Sony aku.

"Mekaseh. Jasamu dikenang selamanya." Aku puji-puji. Azmeer ni tua dari aku sebenarnya. Tua juga dari along. Dah kahwin, anak dua. Isteri dia ada kat dapur tolong orang basuh pinggan. Tapi tak taulah kenapa percakapan dia sopan benar walaupun dia ni golongan tua. Pandai Mak Lang didik anak.

Dia senyum. "Tadi ada orang call, ngah. Pastu putus dah. Nanti tipon la balek."

Aku angguk kemudian tengok Sony aku. Nombor yang aku tak kenal naik kat skrin. Haiyooo... siapa yang rajin benar buat cranked call ni??? Aku hangat.

Telefon aku berbunyi lagi tak lama kemudian.

"Hello, Chempaka's here." Aku selalu speaking bila ada nombor aneh-aneh naik. Mungkin sebab kat Bandung dulu, orang lain bercakap Sunda dan aku pula tak reti maka bahasa Inggeris jadi perantaraan aku. Haha.

Senyap tak berbalas. Pelik. Orang bisu ke yang call aku ni?

"Hello? Who's this?"

Aku belajar bersabar buat dua tiga saat ni.

"Who are you again?" Mak aihhhh! Macho-nya suara anda. Tergoda sayaaa! Adakah ini lelaki idaman aku yang aku tunggu-tunggu selama ini?

"Err... err.. Chempaka Zurilliana Baharain. Do I know you? Who are you?" Aku kasi nama penuh aku. Kut-kut dua kenal aku lepas bagi tau nama panjang-panjang tuu...

Lelaki tu senyap. Lama.

"Hello?" Sabar dah mula terhakis. Tindakbalas redoks dalam jiwa berlaku dengan cepat nampaknya.

"Err...yeah. I think I've got the wrong number. Sorry for your time."

"Eh? Err...wait! Laa...dah putus?" Aku kerut dahi sambil merenung Sony aku dalam-dalam.

Siapa lelaki tadi tu????

Aku senyum segaris.

I love you voice la bro...

****

"Fendy, kalau ada apa-apa tolong ganti aku sat na. Aku nak solat asar sat." Aku cakap kat Fendy sambil campak pager aku kat dia. Fendy angguk setuju dan mengangkat dua ibu jari dia padaku. Kemudian, aku berkejar ke surau berdekatan. Yalah, kerja-kerja jugak.. solat takkan nak aci redah ye tak?

Dalam dok sibuk kejar ke surau, entah macam mana aku terlanggar sorang mamat yang entah dari mana dia muncul. Terkedu aku tengok lengan baju dia yang berdarah segala. Sampai menitis kut darah dia dari jari-jari! Spooky!

"Doktor pun lalok ke?" Mamat tu sound dengan suara monotone dia.

Berdengung telinga kejap. Panas hati dibuatnya. Tapi takkan pula aku nak sound mamat ni balik. Mencemar kredibilitilah namanya tu. Aku dongak dan tengok mamat tu. Hallamakkk... cantik shades dia! Nampaklah dia ni macam orang kaya.

"Sorry." Ikhlas tak ikhlas aku cakap kat dia.

Dia pandang aku.

"Are you okay sir?" Aku tanya walaupun aku malas sebenarnya. Disebabkan aku risau tengok tangan dia berdarah gitu maka terpaksa jugak.

Dia tak jawab dan hanya pandang aku je melalui cermin mata hitam dia yang berkilat tu. Aku rasalah dia macam pandang aku...

"Sir? Are you okay?" Aku tekankan suara. Macam melamun je mamat ni... Tadi masa sound orang, nampak berkuasa sangat. Pehal bisu je?

"Err... yeah." Dia tengok lengan baju dia yang merah dengan darah tu. "I'm fine."

"But your hand's bleeding.." Aku nak pegang tangan dia tapi dia segera menarik tangannya menjauh dariku. Aku angkat kening. Weh.. aku ni doktorlah bukannya mak cik cleaner! Cuma tak pakai lab coat je..

" s'not mine. My friend's.."

Ohhhh.... buat penat aku risau je.

"Are you sure you're okay?" Nak kepastian.

Dia angguk sekali. "If you excuse me..."katanya kemudian berlari-lari anak meninggalkan aku. Aku hanya merenung dia berlari lalu hilang di sebalik orang ramai yang lalu lalang kat hospital ni. Sambil tu otak aku ligat berfikir. Suara dia... macam pernah dengar. Serius tak tipu!!

Aku mengeluh apabila memori aku gagal mengingat semula. Maira, betullah kau cakap.. sinap aku tersumbat nehhh... Bibir mengukir senyum lucu tanpa dipaksa sambil mata melirik ke arah jam tangan yang terikat di pergelangan tangan. Almost six o'clock!!

"Allah! Asar aku!!!"

Friday, June 24, 2011

rhapsody of love 15

Buh!

Heeeeeeaaaaaveeeennnnnnyaa tilam ni. Gaya macam seribu tahun tak jumpa tilam je aku ni kan?? Lantaklah. Dah tak terasa dah segala tulang-belulang ni. Gamaknya tertanggal kat hospital tadi kut. Memang letih betullaaaa... Pagi semalam masuk kerja, petang hari ni baru balik rumah. Penderaan apakah ini?

Tiga minggu mula kerja tapi macam dua ribu tahun dah sebab kena buat itu ini. Masa internship kat Bandung hari tu takdelah seazab ni. Uhuk~ Mak, angah nak makkkk..! Waktu ni aku macam nak rendam kepala aku dalam perigi. Memang fail subjek keikhlasan dalam membuat kerja sungguhlah aku ni!

Aku buka mata dalam terpaksa. Bangun bergerak ke dapur. Nak tak nak kena bangun juga. Sejak duduk sorang ni kena rajin banyak. Kut tak siapa nak kemas rumah.. siapa nak masak.. siapa nak basuh baju... siapa nak lipat.. Dulu waktu duduk rumah abah, mak ada. Sekarang, makan angin jelah.

Lagu Maksim - Hana's Eyes melolong tengah-tengah aku nak memotong sayur ni. Aku mengeluh kemudian angkat jelah dengan sebelah hati.

"Oii.. buat apa?" Maira terus tanya macam tu. Aku geleng kepala.

"Salam mana cik kak?"

Dia gelak.

"Assalamualaikum.." Maira bagi salam ala-ala orang Arab. Sabar ajelah dengan mangkuk sorang ni. "Tengah buat apa?"

"Tengah potong mayat." Aku jawab malas.

"Hooo!"

Aku gelak.

"Weh.. Tesco jom." Maira ajak aku pergi Tesco. Tesco mana mek oii? Kat Malaysia ni banyak bangunan yang ada signboard "TESCO".

"Nak buat mende kat situ? Aku tengah nak masak ni." Aku rolled eyes. Doktor sorang ni tak reti penat ke?? Aktif semacam je. Agaknya HKL tak ramai patient kuttt...

"Eh? Kau masak apa?" Maira excited semacam.

"Terasa macam nak masak kadaver."

"Hoi, Cha! Kadaver mangkuk hang!"

Aku gelak-gelak kat Maira. Cuak pula daa...

"Sup sayur kut. Ada ikan dalam peti tu, goreng jelah kut."

"Haa... masak bebanyak sikit. Nak datang ni."

Aku angkat kening.

"Pehal nak datang Ampang ni? Buang tabiat ke apa?"

Dia gelak aje.

"Bukan jauh sangat pun. Relaks sudah. Masak banyak-banyak tau. Aku datang ni." Belum nak jawab apa-apa, Maira dah matikan talian. Bertuah punya budak. Tak memasal aku kena masak bebanyak. Ada aku buat nasi dulang karang...

****

"Sedap kau masak Cha. Dah boleh kawin." Maira puji-puji aku sambil tangannya ligat membasuh pinggan-pinggan kotor dalam sinki. Memang aku saja dera dia basuh pinggan. Alaa... bukan selalu. Kan Maira kan?

"Tak payah nak buat iklan. Macam tak biasa makan aku masak." Aku tujal bahu dia. Chiller aku buka dan Dasz aku ambil keluar. Sudu yang bergantungan di tempatnya aku capai satu. Kemudian aku menapak ke ruang tamu, tinggal Maira yang tengah basuh dishes. Aku on kan TV. Channel Animax dah terpampang kat skrin. Khusyuk aku tengok Fullmetal Alchemist yang tengah berlawan dengan Scar sampai Maira duduk sebelah pun aku tak layan.

"Ek..eh! Kartun ditengoknya,"perli Maira. Dia rampas Dasz dari tangan aku.

"Weh.. Dasz akuuuu..." Aku merengek-rengek nak Dasz aku tu. Pantang betul orang main rampas sesedap pankreas dia. Heeeeshhh!

Maira gelak jahat. Dia makan aje Dasz aku tanpa rasa berdosa. Bila dia tengok muncung aku dah nak mencecah siling, baru dia hulurkan sudu untuk suapkan aku. "Itu pun nak merajuk."

Aku gelak. Suapan Maira dah selamat masuk ke tekak aku.

"Cha.." Maira panggil aku tapi mata dia kat Edward Elric yang tengah "berchenta" dengan Scar.

"Pe?"

"Ingat lagi tak Aizat budak Bayan Lepas tu?"

Aku pandang Maira. Muka kelam.

"Aizat budak Bayan Lepas, matrikulasi?" Maira balas pandangan kelam aku ni.

Lama aku senyap, cuba mengingat. Aizat mana pula Maira ni? Aku fikir dan fikir dan fikir. Lebih kurang lima setengah minit jugalah baru aku ingat si Aizat si anak jati Utara tu. Mulut riuh sekampung...haha.

"Haa! Dah ingat!"

"Dia nak masuk meminang aku."

"Oh." Aku pandang tv semula. Ingatkan mende apa yang suspen sangat. Nak meminang je kut... Eh! Kejap! AMENDE????

"Hahhhh?!!!!! Meminang?!!!!" Aku pandang Maira semula. Dia selamba aje sambil melahap Dasz aku sesuap demi sesuap.

"Lambatlah neuron kau ni nak interpret data. Sinap tersumbat ke apa.." Dia kutuk aku sambil gelak. Aku tepuk bahu dia.

"Weh! Serius la dowh."

"Haa... tengah serius lah ni. Aizat nak pinang aku."

"Zaman bila kau dengan dia berchenta??? Aku tak tahu menahu pun.." Member aku nak kahwin? Waaaaa! Aku happy! Muka bahagia ni!! Rasa macam ada bulan mengambang kat atas langit. Seronok betul. Macam aku pula yang kena pinang.

"Kat Tassie."

Aku angguk-angguk. Lupa pula Aizat dengan Maira ni masuk Tassie sama-sama. Mungkin kat sana berputik kisah cinta segala lah kan? Impressive. Macam aku ni tercampak kat UNPAD sorang-sorang. Ceh! Kalau tercampak dengan mana-mana classmates aku pun macamlah aku nak berkasih-sayang dengan dia. Tak sampai seru lagi nak bercinta. Tapi pandai Maira simpan rahsia. Mangkuk sungguhlaaa...

"Bila?"

"Minggu depan."

"Doktor dengan doktor. Coolio."

Maira pecah gelak.

"Kahwin bila?"

"End of this month. Insya-Allah." Aku tenung Maira. Berseri-seri muka perempuan sorang ni. Timbul rasa cemburu dalam hati. Bilalah lelaki idaman aku nak muncul? Teringin juga nak rasa bercinta tu macam mana. Masa kat Bandung dulu, flirting aje aku pandai. Lebih dari tu takde laa... Aku kan baik? Berchenta dengan Pak Chu aje masa belajar dulu.

"Hujung bulan? Lah! Tak datang wedding along la kau?" Aku kerut dahi. Tak puas hati.

"Taklah. Dah Aizat nak cepat kahwin. Aku on je." Senang betul plan dua makhluk ni.

"Gelojoh lah Aizat tu. Tak menyempat-nyempat."

Pap! Kepala aku kena ketuk dengan Dasz yang nak cair. Aku bantai gelak.

"Weh.. tidur sini malam ni?" Aku tanya Maira lepas gelak aku habis. Rasanya kena buat sesi mengimbau kenangan dengan dia ni. Lagipun esok Sabtu, cuti. Nanti dah susah nak jumpa bila dia dah berkeluarga. Dahlah aku dengan dia sama-sama doktor. Mana sempat nak bergebang macam ni lagi sebab asyik melayan patient je.

"Nak bermanja lah tuuuu.." Pipi aku ditarik-tarik.

Aku tepis tangan dia.

"Semak betul tangan kau ni."

"Semak tak semak. Tangan ni berjasa pada manusia tau..." Maira buat iklan.

"Siapalah yang malang jadi patient kau tu?" Aku ejek.

Sudahnya kepala aku ditujal sesedap organ dia aje...

rhapsody of love 14

Walaupun Alor Gajah-KL tu tak lah macam Perak-Johor tapi rasa penat tu tetap ada sebab aku yang drive kereta. Terasa macam pak supir je tadi. Dah lah yang lain-lain bantai tidur, tak nak dah temankan aku bawak kereta. Harapkan radio je memekak-memekak.

Aku berbaring di atas tilam. Memang mengantuk sangat ni. Kalau tidur ni, memang lenyaplah asar aku. Haha. Boleh tak nak buat-buat tak sengaja terlepas? Mak bising tak? Mak bising okey lagi.. tu yang kat ATAS LANGIT tu... kena sambar dek petir dia baru tau. Beranilah nak terlepas-lepasnya!

"Angah." Suara adik tiba-tiba muncul apabila mata mula nak terlelap. Alahaiiii, kacaulah dia ni!

"Hmmm?" Aku jawab malas. Muka adik pun aku tak pandang.

"Mak tanya angah nak makan tak?"

Makan? Makan amendenya pukul 4.00 petang ni?? Oh, ye... aku tak makan tengah hari tadi. Patut pun mak tanya.

"Hmmm..." Tu aje yang keluar dari mulut sebab dah nak terlelap benar dah ni. Bantal ni terasa macam empuk betul. Sebelum ni takde laaa empuk sangat..

"Angah."

"Hmmm.." Apa dia adik ni? Heesshhhh...

"Angah marah adik ke?"

"Hmmm." Apape jelah dik.. Angah ngantuk.

"Angah marah pasal Abang Dash?"

"Hmmm!" Hishhh.. sibuklah. Nak tidur ni...

Eh? Apa?

Aku buka mata. Pandang ke belakang dan tengok adik dah takde. Mungkin dah balik bilik dia. Adehhh... apa aku dah buat ni?? Kan adik dah merajuk!

Aku pun cepat-cepat bangun dari tilam. Walaupun terasa macam ada magnet dalam badan untuk melekat lagi di tilam tapi adik tu siapa pula nak pujuk kalau aku tak pujuk sendiri? Ni la payah jadi angah bertauliah. Aku buka pintu bilik adik dan melihatnya sedang berteleku di birai katil. Adik berwajah mendung. Semendung awan di luar sana. Tersungging senyuman lucu di bibirku.

"Merajuk?" Aku usik dia.

Adik buat tak layan. Aku duduk di sebelahnya sambil memeluk bahu si adik dengan tangan kiri. Kepalanya aku cium. Wangi rambut budak ni. Pakai syampu apa dik? Angah nak pinjam.

"Tak baik merajuk dengan angah tau." Aku dah mula mengayat.

Diam lagi.

"Adikkkkk! Janganlah gini. Kang angah malas belanja skinny jeans baru tahu." Liatlah pulak si Dahlia Zurinna ni! Nak merajuk-rajuk pula.. Awak tu dah besar. Ingat chantek ke merajuk?

"Angah marah adik ke?" Haaa! Dah mula bercakap tu... bagus.. bagus...

"Pehal pulak angah nak marah adik terchenta angah ni? Takde kerja langsung," aku cakap gelak-gelak.

Dia tengok aku. "Kat kampung hari tu, angah macam marah kat adik je. Tak tegur adik pun."

Erk?

"Yeke? Angah okey je." Aku senyum kelat.

"Angah tak suka adik cakap pasal Abang Dash ye?"

Nama tu lagi. Senyuman serta-merta mati. Mataku tajam menikam mata adik.

"Angah tak suka?"

Aku mengeluh. "Takde laa.. Angah cool je."

"Tipu ah." Adik aku tak percaya. " Angah dengan Abang Dash gaduh ke??? Bukan angah baik ke dengan dia?"

Nak jawab apa ni?

"Angah jawablah.."

Apa ek?

"Angah?"

"Abang Dash dah takde." Aku berkalih memandang ke luar tingkap. Hari masih mendung. Hati aku pun jadi mendung. Seolah-olah berjangkit dengan awan di luar sana. Aku tundukkan muka sebab tak nak adik nampak muka sedih aku ni. Pathetic aint it?

"Apa maksud angah ni?" Suara adik naik dua volume. "Abang Dash mati ke?"

"Entah. Mati.. hidup.. hilang.. ghaib... angah tak tahu. I dont have a clue." Aku berdehem dua tiga kali membetulkan suara. "Angah lost contact dengan dia masa angah di matriks lagi. Since then angah dah tak jumpa dia."

"Angah tak cari dia?"

Aku pandang adik. "Cari. Lepas tu berhenti. Angah dah penat nak cari."

"Dia tak cari angah?"

"Bukannya angah yang hilang."

Adik senyap kemudiannya. Dia merenung lantai sedalam-dalamnya. Aku pun dah tak tahu nak cakap apa. Balik-balik hal mamat tu jugak yang berselirat dalam otak. Berselirat sebab aku yang jadikan ia berselirat. Padahal boleh je aku nak lupakan semua ni. Padahal boleh je aku move on.

Tapi kenapa aku yang tak nak? Ugh~

"Sorry, ngah.." Aku pandang adik sebab suara dia macam nak menangis. Haha. Aku pecah gelak. Adik ni buat drama pula. Tadi merajuk lepas tu nak menangis. Lawak... lawak.

"Tara hal laa..." Dahi dia aku cium sekejap. Sebagai kakak mithali, aku kenalah tunjuk aku ni sayang kat adik kan? Perasan betul aku! But the truth whaaaattt? Dia sorang je adik aku. Aku nak sayang siapa lagi kalau bukan budak ni? Along tu bukannya ada selalu kat rumah nak bermanja-manja pun..

"Eh, angah!" Tiba-tiba adik aku bertukar mood ceria. "Abah kasi adik buat medic!!"

Terbeliak mata aku pandang adik. "Biar betul?"

Adik angguk laju-laju. Seronoknya dia!

"Banzai! Lepas ni angah ada geng laaa..." Aku peluk dia erat-erat. Aku pula terlebih happy. Mungkin sebab aku gembira dia dapat buat apa yang dia nak buat. Sebelum ni, masa zaman aku dan along, jangan haraplah abah nak open-minded gitu. Mungkin jugak sebab budak ni anak bongsu.. abah lebih soft dengan dia. Hah! Tak aci sungguh.

"Lepas ni adik pun bau kadaver laaa.." Aku usik dia. Ingat haruuuuummm ke bau mayat tu? Ewww~ Mau pengsan kalau tak cukup kuat.

"Alaaa... formalin je kut." Jawab adik riak.

"Chet! Belum apa-apa dah nak riak. Mencemar duli seorang doktor betul dia ni."

"Eh? Angah doktor ke? Ingatkan arkitek."

Perghhh! Pedih! Pedih.

Aku tarik pipi adik sekuat hati. Dia gelak aje. Sakai punya adik. Berani dia ungkit isu sensitif tu dengan gaya selamba je. Derhaka!

"Angah potong duit raya tahun ni!" Aku ugut dia.

"Eh! Apa pulak?!"

Wednesday, June 22, 2011

rhapsody of love 13

"Err.. errr.."

Dah jadi gagapkah aku? Aku pandang Tok Wan.  Kemudian, aku pandang mak. Lepas tu, pandang mak lang, mak ndak, mak teh satu per satu. Semua dok menanti jawapan aku. Ishhhh! Aku garu kepala. Apa nak jawab ni?

"Kena jawab eh soalan cepumas tu tok?" Aku tanya sambil sengih-sengih. Boleh pula dia orang ni temu ramah aku tengah-tengah potong pisang nak buat pengat ni. Apo bonda nya eh? Along yang nak kahwin, aku pun kena sekali. Sabar ajelah dengan dia orang niiii...

"Angah.."tegur mak.

"Angah takde plan nak kahwin buat masa terdekat ni maka angah tiada calon. Boleh jawapan tu?"

"Betul takde calon?" Tok Wan tanya lagi.

"Takde tok." Aku dah mula risau. "Tok Wan, jangan nak kenen kan Cha dengan orang eh. Cha tak nak kahwin lagi."

"Kalau kenen pun apa salahnya?" Mak Teh menyampuk.

"Tak nak laaa... Tok Wannnnn!" Aku merengek. Lengan Tok Wan aku peluk, minta simpati. Mak dah gelak-gelak dengan mak lang.

"Sepupu-sepupu kamu dah ramai yang kahwin. Kamu adik-beradik je belum selesai.."

"Kalau gitu..kahwinkan adik dulu. Cha tamau!"

"Hoi! Apa adik jadi mangsa ni?" Adik marah. Dia baling kulit pisang tepat ke muka aku. Sudahnya dia kena marah dengan mak. Padan muka! Derhaka sangat dengan angah dia ni..

"Jangan nak mengarut. Adik tak belajar lagi tau,"celah mak.

"Alaa.. Tok Wan... angah tu kata je takde calon. Padahal dah ada." Mulut adik berbunyi lagi. Aku pandang dia pelik. Mak pun pandang dia.

Bila masa aku ada calon ni?

"Mak ingat tak kawan angah yang selalu bawak angah lepak tu? Kawan zaman sekolah angah tu? Haa... tu la calon angah." Adik sengih.

Eh? Zaman sekolah?

"Oouu.. mak ingat dah. Apa kenamanya? Danny? Danish?"

"Dashiel la mak!"

Zap! Pisau terlepas dari tangan.

"Haa..yelah." Mak gelak. "Haa... ibu, angah dah ada calon tu.."

Stop. Jangan cakap lagi.

"Tu bisu je tu.. betullah tu ye?" Suara Mak Ndak pula berbunyi. "Sedap nama budaknya."

Sudahlah tu...

"Cha.." Tok Wan panggil. "Betullah ye?"

Sudah aku cakap!

"Angah... Tok Wan tanya tu.."

Aku bangun tiba-tiba. Tok Wan dan lain-lain terkejut tengok aku. Adik pandang aku semacam. Perut rasa tak sedap. Kepala berdegung. Tekak macam padat. Aku nak menangis?

"Angah peninglah. Nak rehat."

****

Malam tu, aku duduk berseorangan di atas pangkin jauh sikit dari rumah. Sengaja aku nak lari dari semua orang. Lebih-lebih lagi adik. Terasa aku dengan adik petang tadi belum lagi surut. Padahal adik bukan buat salah apa pun. Tak ke?

Aku dongak kepala ke atas. Merenung langit tanpa bintang sambil menikmati angin dingin. Satu keluhan terlepas dari pekung dada. Seksanya rasa macam ni. Rasa macam apa, Cha? Rasa.. macam... terbuang.

Terbuang?

Ke.. kehilangan?

Atau... kekosongan?

Arghhhh! Aku menggaru kepala. Terasa serabut benar ni! Com'on laaa... Cha! Dah bertahun-tahun... takkan ada efek lagi kut? Ada efeknya! Ada! Mestilah ada! Walau bertahun sekali pun, rasa tu tetap ada. Sampai mati pun tetap akan ada!

Aku benci dia sebab tinggalkan aku. Aku benci dia sebab dia tipu. Aku benci dia sebab dia mungkir janji. Sedangkan aku tak pernah buat macam tu pada dia. Sedangkan aku terlalu sayang kat dia!! Eh?

Terlalu apa, Cha?

Err...

Sayang?

"Allah! Cha, kenapa menangis ni?" Suara Pak Chu benar-benar mengejutkan aku. Aku mengalih pandangan ke arah Pak Chu yang nyata cuak. Dia duduk sebelah aku. Tangannya laju mengesat kedua pipi aku yang basah. Aku pun tak sedar bila masanya aku menangis sampai teresak-esak bagai ni. Bahu aku terhingut-hingut jadinya. Sadis betul aku ni!

"Chacha, kenapa ni?" Pak Chu tanya dengan suara low tone dia tu.

Aku menangis lagi. Terasa bodoh sebab menangis kerana dia sedangkan dia hilang entah kemana. Aku tersedu-sedan. Kejamnya dia buat aku macam ni. Apa salah aku sampai dia hukum aku? Bertahun-tahun dah. Bilanya dia nak pulang??

"Pak Chu, I'm not in the good mood to argue with you..." Tertahan-tahan nafas aku.

"Cha marah Tok Wan pasal Tok Wan tanya petang tadi tuh?"

Aku geleng laju-laju. Apa pulak masuk Tok Wan niiii????

"Cha... talk to me."

Aku diam. Teruskan menangis.

"Cha tak percayakan Pak Chu ke?"

Aku pandang Pak Chu. Membuak-buak air mata ni keluar.

"Pak..Chu.. Pak Chu... Cha..tak tahan..dah... Cha... sedih..." Suara aku tenggalam timbul.

"Sebab apa sedih sangat ni?" Pak Chu gosok kepala aku.

"Cha.. nak.. dia.."

"Cha nak sapa?"

"Dia.. tinggalkan... Cha.."

"Siapa tinggal Cha?"

"Cha.. perlukan.. dia.. waktu tu... nape dia.. tinggal Cha, Pak Chu?!"

"Siapa dia?"

"Dia kata... Dia kata..." Aku berhenti mencari nafas. Dah naik semput nak bercakap bila menangis bagai nak rak macam ni. Rasanya dah terlalu lama aku menahan air mata. Sejak kes di matriks, air mata tidak tumpah lagi. Masa di Bandung pun air mata tidak pernah wujud sekali pun biar sesekali dia bertandang dalam kepala. Tapi kenapa hari ni... air mata tumpah? Sebab adik ingatkan dia? Atau sebab terlampau lama menjeruk hati sampai tak tahu bila masanya yang sesuai nak menangis?

"Dia kata apa Cha?"

"Dia kata... Dia sayang Cha.. dan.. takkan lupakan Cha. Tapi.. tapi.. dia.. tinggalkan Cha jugak.." Aku menyambung ayat yang terhenti setelah nafas sedikit stabil.

"Dia pergi mana?"

"I.. I.. dont know.."

"Mungkin dia ada masalah. Nanti dia datang balik pada Cha."

"Dah... lapan tahun, Chu. Dia tinggal... lapan tahun. Without notice."

"Who is he?"

"Cha... nak Dash Cha balik..." Aku menyenbam mukaku pada bahu Pak Chu. Otak dah tak boleh berfungsi dengan betul nampaknya...

"Who is he to you?"

"My... best.. friend.. I want.. him, Pak Chu."

Aku tak dengar suara Pak Chu lagi dah. Yang kedengaran hanya deru nafasnya yang turun naik. Yang kedengaran hanya esak tangis aku yang entah bila nak reda. Hanya kerana dia, aku boleh berlinang air mata. Kalau takung ni, ada rupa Sungai Melaka tak?

"I'm sure he'll come back soon.." Pak Chu berkata tiba-tiba. Dia tengok aku dan senyum nipis.

"Have faith, Cha." Ubun-ubun aku dicium.

"Allah tahu apa yang kita tak tahu." Pak Chu sambung lagi. "He knows. Sabar eh?"

Aku pandang Pak Chu dalam tangis.

"Sabar boleh?"

Aku senyap, memikir.

"Boleh, Chempaka?"

Akhirnya, aku sekadar mampu angguk sahaja.

rhapsody of love 12

Haiyoooo... Penat!

Tok Wan, angah penat laaaa.... Chet! Apa punya cucu aku ni. Dahlah balik kampung pun sekali-sekala, ni nak merungut pula. Kena sambar petir baru tahu. Padahal Alor Gajah-KL bukannya makan masa sangat pun. Ish... ish.. ish..

Aku terduduk di tangga depan rumah Tok Wan sambil mata merenung berpuluh tetamu yang rata-ratanya sedara-mara aku je. Tok Wan buat kenduri doa selamat untuk aku yang dah tamat belajar ni campur sekali dengan doa selamat untuk Along yang akan jadi suami orang bulan depan.

Along dah nak kahwin? Kelakar je~ Tak mampu nak bayang si Gorilla tu kahwin.

Agaknya kalau buat kenduri memang ramai macam ni ke? Aku senyum-senyum sorang. Tok Wan memang suka buat kenduri doa selamat ni. Setiap kali sepupu-sepapat aku graduate ke nak kawin ke apa ke.. mesti Tok Wan akan buat punya. Tok Wan memang best!

"Hoiii! Pehal sekat jalan ni?" Aku kena sergah tiba-tiba. Aku berpaling ke belakang dan melihat Pak Chu sedang mencekak pinggang sambil pandang tak puas hati kat aku. Heeee~ Ada yang nak kena ni...

"Sekat amendenya? Luas lagi tangga ni. Boleh jalanlah,"jawab aku selamba.

"Tepilah." Pak Chu tolak aku guna kaki dia. "Heessshhh... punggung besar betul!" Dia gelak kemudian duduk di sebelah aku kat atas tangga ni.

"Pak Chu kalau tak cari pasal dengan Cha tak boleh ke?"

"Marahlah.. marah. Derhaka tau marah kat pak cik sendiri."

"Pak cik sendiri macam hantu mananya tak marah..."gumamku rendah. Malas nak layan kepala otak Pak Chu aku sorang ni. Dari zaman aku duduk kat Bandung sampai dah balik Malaysia.. ada je akal dia nak buat aku marah. Sabar jelah..

"Merajuk eh?" Pipi aku dicuit. "Buruknya anak sedara."

"Pak Chuuuu... kang Cha gigit jari Pak Chu kang... Tengah sabar ni.." Aku marah dia.

Pak Chu gelak. "Bagus. Dah layaklah tu jadi doktor. Penyabar."

EEEEeeee! Benci Pak Chu! Aku cuma mampu menjeling aje. Mata ini aku arahkan ke wajah along di bawah kanopi yang sedang bergelak ketawa dengan mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik aku. Orang nak kahwin memang happy ke? Tengok along macam dah sampai ke langit je gayanya. Cemburunya...

"Pak Chu, along dah nak salam tok kadi dah. Pak Chu bila lagi?" Aku tanya Pak Chu setelah marah aku hilang. Kalau nak ikutkan along dengan Pak Chu takdelah jauh sangat umur mereka. Pak Chu cuma dua tahun tua dari along.

"Pak Chu tunggu Chacha kahwin dulu. Boleh?" Senyum musang Pak Chu muncul semula.

"Lambatlah lagi nampaknya ye.." Aku gelak.

Aku? Kahwin? Masya-allah. Bilalah tuuu...?

"Kahwin dengan Pak Chu jelah.."

Erk? Terbelalak mata aku memandang Pak Chu. Lengan Pak Chu aku cubit sekuat hati. Dia gelak lagi besar.

"Heee....! Not even funny, uncle. Tak tahu hukum ke apa?!"

"Yelaaa... Pak Chu gurau je. Ish!"

"Gurau amende? Tak baik tau cakap gitu."

Aku geleng kepala. Pak Chu ni sewel!

"Next year Pak Chu nikah laa..." Pak Chu cakap selamba.

Aku pandang dia. "Betul-betullah ni..."

"Serius laa... Apa? Ingat Pak Chu tak laku ke? I'm the hottest man in Bandung tau" Pak Chu dah mula perasan. Aku jawap dengan ketawa aje. Tak boleh blah ayat 'the hottest man' Pak Chu tu.

"Orang mana?"

"Terengganu. Kerja kat Bandung jugak."

Aku senyum tengok Pak Chu. Pak Chu pun turut tersenyum. Memang nampak muka bahagia dia masa ni. Aku lentokkan kepala aku pada bahu Pak Chu. Dia pula meletakkan kepalanya di atas kepalaku.

"So happy for you." Aku cakap.

Dia diam je. Aku pun tak nak cakap apa-apa dah lepas tu. Hanya merenung wajah satu per satu ahli keluarga yang sedang berborak sakan sambil menjamu selera. Masa ini saja nak tatap.. nak renung.. nanti dah mula kerja, mana ada masa nak melepak macam ni lagi.

"Cha dapat kerja kat mana?" Baru itu Pak Chu bersuara.

"Hospital Ampang."

"Dekatlah dengan rumah ek?"

Aku angguk.

"Tapi Cha nak cari rumah sewa. Nak duduk sendiri."

"Berdikarilah ni kononnya.."

Aku ketawa.

"Cha dah besarlah Pak Chu. Takkan nak duduk dengan mak abah lagi?"

"I'm so happy for you,"ujar Pak Chu sambil mencuit hidung aku. Kadang-kadang aku rasa Pak Chu ni macam along aku je. Lebih kurang sama aje perangai dia orang. Suka layan aku macam aku ni baby lagi. Ceh! Ayat perasan apakah ini?

"Pak Chu.." Aku panggil dia. Rasa macam ada perkara wajib perlu diberitahu pada orang tua ni.

"Hmm?"

"Thank you very much."

Cha berjaya habiskan medic sebab Pak Chu...hati aku berkata.

Dia angkat kening.

"Al-baqarah: 126.. 'Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.." Air mata tiba-tiba nak terkeluar. Tak tahu pula kenapa dan sebab apa. Ubun-ubun terasa dicium lembut.

"Thank you for that."

"No woes."

"Aimi!! Chacha! Buat apa kat tangga tu?!!! Lekas turun! Orang tengah berkumpul dia boleh tercongok kat situ?!!"

Aku dan Pak Chu saling berpandangan. Hallamakk... Tok Wan dah jerit!

"Pak Chu lah ni.. kan dah kena."

Berlari-lari anak kita orang pergi ke bawah kanopi untuk bersama-sama mereka yang lain. Arahan Tok Wan mana boleh bangkang. Kang ada yang kena. Gerun!

rhapsody of love 11

Home sweet home...

Aku tersenyum mendengar kata hati yang tiba-tiba nak berkata macam tu. Deruan kipas siling terasa begitu menenangkan. Bau rumah yang dah lama tak bau. Ruang bilik yang lama tak tatap. Rindu? Memang rindu pun. Nak dekat enam tahun bertapa di negara orang, mana boleh tak rindu pada rumah sendiri, tanah air sendiri. Orang sewel dan lupa daratan aje yang akan kata aku-tak-rindu-langsung-kat-rumah-aku itu.

Semalam, waktu menjejak kaki di KLIA, rasa macam nak terhambur air mata ni. Tak sangka aku dah tamat belajar. Tak sangka aku dah besar tagun. Tak sangka aku akan jadi doktor! Haha. Aku tergelak. Doktor Chempaka Zurilliana? Doktor Chacha? Erk? Dua-dua tak sedap. But still... I am a doctor.

Aku teringat Maira semalam..

"Chacha!" Suara Maira melaung hampir bergema satu KLIA ni. Tapi aku pun excited jugak, terus lambai-lambai kat dia. Aku fikir nak melompat sekali tapi.... boleh ke?


Aku meluru ke arah Maira lalu tubuhnya aku tarik dan terus peluk gaya tak nak lepas. Sumpah aku rindu Maira. Lama tuuu aku tak jumpa dia. Sambil sempat juga aku kerling mak dan abah di belakang yang geleng kepala.


"Waaaa! Rindu kat kauuuuu..."


"Aku pun." Maira gelak. "Halllamakkk, cha. Kau makin kurus laaa..." Dia pegang pinggang aku. Belek-belek macam aku ni patung yang buat belit baju kat shopping complex nuh. 


"Well, aku kan doctor vogie!"


"Perasan!" 

Perasan kemendenya kan? Memang vogie pun. Aku gelak sorang-sorang.

Lamunan terganggu bila telinga menangkap ketukan di pintu. Aku angkat kening sebelah. Siapalah yang rajin benar nak ganggu waktu berangan aku pagi-pagi lepas Subuh ni? Hisshhh...

"Masuk. Angah tak kunci." Aku jerit.

Wajah adik bongsu aku tersembul di muka pintu dengan senyuman ceria dia. Aku buat muka selamba. Adik ni memang tau aje bila nak kerat waktu orang. Oh ye, sebut pasal adik.. adik dah habis SPM dengan jayanya.  Dah besar dah adik ni. Macam tak percaya. Masa aku sedang bernazak kat sana, adik melangkah dewasa. Walaupun begitu, manja masih tak boleh nak berkarat.

"Pehal sibuk datang bilik angah?" Aku buat kerek.

"Saja. Adik tau angah tak tidur. So why not crash tempat angah kejap? Jangan nak jadi kedekut sangatlah,"jawab si adik. Eeee....! Potong lidah tu karang!

"Cakap ajelah adik rindu angah big time." Sengih dah mula nak keluar. Bahu adik aku peluk dengan sebelah tangan. Dia bersandar padaku dan merehatkan kepalanya di dada aku. See? What did I tell ya? She's manja alright.

"Buat medic best tak ngah?"

"Eh?"

"Random." Dia senyum comel. Puh-lease! Comel? Comel aku lagi okeh~

"Apsal? Adik teringin nak ambil medic?" Aku melarikan jari-jari aku di celah rambut adik yang lurus dan panjang.

"Teringin juga laa..." Adik gelak. Dia dongak ke atas menentang mataku. "Kalau adik jadi doktor juga, abah kasi tak? I mean.. abah kan jenis suka tetap hukum-hakam sendiri."

Erk? Bulat mata aku sekejap.

"Along dengan angah kena buat ikut flow abah. Mesti adik kena juga kan?"

Aku renung wajah adik. Aku pernah lihat wajah sebegitu sewaktu aku di usia dia. Wajah runsing dan risau. Wajah keliru dan tak tahu. Aku pernah alaminya. Nafas dihela dua tiga kali. Sebenarnya tengah cari ayat untuk diucap pada si adik.

"Dulu kan...adik tau angah nak jadi apa?" Jari-jari ni memang tak boleh berhenti bermain di rambut adik.

"Tak." Dia geleng.

"Angah nak jadi arkitek."

"Sungguh ngah?" Adik separuh menjerit. Terbeliak matanya memandang aku yang masih beriak biasa. Over pulak adik ni. "Pehal boleh terbang jauh ke medic? Oh! Abah! Lupa."

"Yup, sebab abah angah tak boleh buat archi."

"Diktaktor betul abah tu.."gumam adik rendah.

"Nak buat macam mana? Buruk baik dia, dia tetap our abah. Angah tak kata as our abah dia boleh arah itu ini pada kita sebab kita anak dia. Tapi apa yang angah nak kata sekarang, pada adik, abah cuma nak yang terbaik untuk kita semua. Well, memang pada hakikatnya cara dia salah."

"What's wrong with archi then? Tak boleh menjamin masa depan?" Adik ni tiba-tiba masuk mood debat pula. Relaks la senah oiii...

"To abah, mungkin wasnt good enough. As for angah, okey je. Kerja apa-apa pun asalkan boleh buat kita happy, then it's okay."

"Angah happy buat medic?"

Aku tarik senyum sungging. "Tricky question, young lady."

Dia gelak. "So?"

"So? So so what? I'm a rock star.." Aku pi bantai menyanyi lagu Pink -So What. Dan hasilnya, adik tepuk muka aku dengan bantal. Pecah gelak aku sekejap. Adik baring di atas peha aku. Dia ingat aku ni bantal ke apa? Namun aku biarkan sahaja.

"Angah happy tak?" Soalan diulang buat kali kedua.

"Kalau tak happy angah tak kan boleh habis." Itu aje jawapan yang aku rasa sesuai untuk jawab soalan adik. Adik senyap. Mungkin dia cuba nak proses kata-kata aku sebentar tadi.

Happy ke aku?

Otak aku tiba-tiba ditarik masuk ke dalam sangkar memori. Kembali ke Bandung. Di rumah Pak Chu, adik kepada abah yang menetap di situ dan bekerja sebagai doktor di hospital swasta. Kalau ada waktu kosong, aku crash tempat Pak Chu. Pilihan untuk ke Bandung memang nyata pilihan yang tepat!!

Aku ingat lagi bila Pak Chu...

"Buat medic bukan susah sangat pun." Suara Pak Chu memang menaikkan urat saraflah! Aku yang tengah kusyuk melahap Hagen Dasz depan tv segera berpaling pada Pak Chu.


"Pehal ni? Aura nak cari bala aje Pak Chu ni?" Sumpah aku hangin.


"Terasa pulak." Pak Chu ketawa kejam. Aku jeling dia. Senanglah bagi Pak Chu, bagi Chacha buat medic tu dah gaya tahap buat sains nuklear tahu tak?


"Pak Chu, Chacha nak drop laa..."


Pak Chu angkat muka dari surat khabar. Pandang aku bagai nak telan.


"Apa Chacha cakap?"


"Nak. Drop."


"Drop apa? Dasz tu? 


"Ha-Ha. Funny, uncle." Aku rolled eyes. "Medic."


"Ha-Ha. Funny, anak sedara." Pak Chu tutup surat khabar dan berjalan ke arah aku. Dia duduk di sebelah. Dasz yang aku tengah makan ditarik dan dimasukkan ke dalam mulut. Ishhh... orang tua ni!


"Dah tau tak boleh carry.. kenapa habiskan matriks?"


Erk? Nak jawab apa ye?


"Matriks takdelah susah macam sekarang. Before datang sini, Chacha ingat everything is under control. Tapi lain aje jadinya. Cha rasa nak pitam, tumbang, muntah berkaler-kaler tau. Dahlah Cha tak paham satu kemende bahasa Sunda yang prof Cha cakap. Tenat otak ni..."


Pak Chu geleng kepala.


"Rugi drop sekarang. Dah Part 3 dah kan?"


Aku angguk lemah. "Semua ni pasal abah. Kalau abah tak suruh Cha buat medic..."


"Abah nak yang terbaik." Pak Chu tenang memotong percakapanku. "Pernah dengar tak orang cakap..benda yang kita minat tak semestinya boleh buat kita berjaya dan benda yang kita tak suka tak semestinya meruntuhkan kita?"


Jujur, aku tak pernah dengar. Mata aku terkebil-kebil melihat Pak Chu.


"Here. Al-Baqarah : 126...' boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui ' ,"sambung Pak Chu lagi.


"Meaning?" Aku macam orang dungu dan tanya soalan bodoh pada Pak Chu. Sebenarnya kagum dengan Pak Chu boleh quoting tafsir...


"Ayat tu dah terangkan segalanya and you're still not get it yet?" Pak Chu gelak perli. "Archi dengan medic memang clash habis kan? You hate medic but you love archi kan? So.. cuba letakkan medic dan archi tu seiringan dengan ayat tadi."


Aku diam. Berfikir. 


"Listen, Cha. Tak semua yang kita nak... kita dapat. Tak semua kita nak itu berguna pada kita. Allah tahu kenapa Cha diletakkan di tempat sekarang. Have faith sikit,"kata Pak Chu bila tengok aku diam tak berbunyi.  


"Buka hati buka minda Cha. It aint killing."

Suara Pak Chu hilang bila aku rasa ada gerakan di peha. Oh, adik. Aku tersedar yang aku tidak lagi di Bandung dan tidak lagi melepak dengan Pak Chu.

Boleh aku berangan jauh merentasi laut masa matahari nak naik ke langit? Haru~ Mataku mendarat di wajah adik. Sedap betul tidur ye?

"Weh.. bangun! Tolong mak buat sarapan. Tidur lepas subuh gini otak bengap!" Aku campak bantal ke mukanya. Dia buat tak kisah aje.

"Adik..adik.."

Sunday, June 19, 2011

[teaser] part 1

Temubual Bersama Ren

Temubual ini sebenarnya merupakan temubual pertama yang dijalankan bersama watak-watak Rhapsody Of Love (ROL). Walaupun perancangan awal adalah untuk menjalankan temubual bersama Chacha dulu tapi disebabkan Chacha mengalami kemurungan dan tekanan saya terus ke rumah Ren untuk menemubualnya. Temubual ini diadakan selepas beberapa hari Ren dibuang dari kolej matrikulasi.

Soalan: Maaf sebab ganggu pada waktu yang agak getir ini.


Ren: It doesnt matter. (Wajahnya kelihatan muram sekali)

S: Ren, siapa watak utama cerita ini sebenarnya?


R: Mana aku tahu. Pastinya bukan aku! 

S: Errr... adakah anda rasa berpuas hati dengan cara watak anda diolahkan?

R: Kau nak jawapan jujur ke tipu-tipu? Kalau jujur, sumpah aku tak puas hati. Yes, aku memang seorang pendiam tapi tak de la pendiam tahap cipan. Dah lah watak aku jarang-jarang aje muncul. Cuba kasi aku interframe lebih banyak. Cuba luangkan lagi masa aku dengan Chacha. Hish! (Mukanya nampak berang)

S: Ren nampaknya sangat menyukai Chacha? Mengapa agaknya?

R:: (Wajahnya berubah ceria sedikit) I dont have any answer for that. Apa yang aku tahu...aku sukakan dia sejak dari hari pertama kita orang jadi room mate. Aku suka tengok dia gelak. Nampak innocent gila ah! Serious, I'm in love with her. (Gelak)

S: Anda seorang bipolar atau.... komen?


R:: bipolar ke apa ke... ada aku kisah?!

S: Pendapat mengenai Maira?


R: Dia tu memang penyibuk ah! Tak boleh nak tengok orang senang sikit. Kemana Chacha pergi dia menempel. Tak bagi ruang langsung kat aku. Aku gila benci dia tu. Weh.. soalan lain tak de ke?

S: Kalau masa boleh diputarkan, apa yang anda mahu ubah?

R: Boleh ke masa diputar? Apa kau ni?

Perbualan kami tamat di situ apabila Ren mula menunjukkan mood limbang-libu. Saya mengucapkan terima kasih dan segera beredar.

rhapsody of love 10

"Nak order apa? Aku blur la weh,"ujar Maira sambil menggaru kepala. Sabar ajelah aku dengar ayat tu keluar dari mulut dia. Boleh dia buat blur-blur kat sini... kesian aku tengok mamat waiter ni. Hehhhh...

"Bagi saya nombor 35 ye?" aku cakap kat mamat waiter tu.

"Haa.. haaa... make it two eh." Maira menyampuk.

"Pehal copy makanan orang ni?"

"Biarlaa..."

Aku rolled eyes.

"Minum, miss?" Mamat waiter tu tanya aku.

"Haa... tanya dia dulu. Nanti dia tiru saya." Selamba aje aku beritau mamat waiter tu. Aku nampak dia nak tergelak tapi dia cover. Maira dah buat muka.

"Bagi teh O ais laichee eh.." Ouuu minum teh O ais laichee kau Maira? Class~

Mamat waiter tu angguk. "Miss?" Dia tunjuk aku.

"Oh...hmmm... make it two la ye?" Mamat waiter tu senyum lebar aje sambil tick kat kertas pesanan. Aku dah gelak-gelak tengok Maira yang cemberut. Apa dia ingat dia chumellll kah? Sangat tak comel okey~ (rasa macam Anwar Hadi pula bila cakap begitu..ngeh..ngeh..ngeh..)

"Dia copy kita takpe pula... Chet!"

Aku gelak lagi. Bertemu semula dengan Maira di Noodle Station Mid Valley selepas beberapa bulan tak jumpa betul-betul bring up some memories. Masa mula-mula bertentang mata, kami menjerit tak hengat dunia. Tambah lagi, berpeluk-peluk macam tengah buat show Jejak Kasih. Orang ramai yang ada kat Mid Valley ni sekadar tengok je. Ada yang geleng. Ada yang senyum. Ada juga yang mengutuk.

Tapi.. lantaklah kan?

Ya, kami dah habis buat matriks. Hooorayyy~ Azab dah berlalu. Tunggu masa aje nak fly ke luar negara untuk sambung pelajaran dalam bidang kedoktoran. Aku bakal meninggalkan Malaysia dan terbang ke bumi Bandung, Indonesia. Kira grand laa tu kan? At least naik juga kapal terbang walaupun ke negara sebelah. Sementara tu, si Maira bakal bergelar mahasiswa di Tassie. Sumpah aku jealous dengan minah sorang ni. Haha!

"Look at you,"kata Maira sambil tenung aku. "Bertudung ey?"

Aku tersungging senyum malu. Sebaik aje tamat matrikulasi, aku tergerak hati nak change imej aku yang tak bertudung kepada imej memakai tudung. Lagipun, rambut aku dah tak cun seperti zaman sekolah daaa... Perm dah rosak. Eh! Tapi bukan sebab tu aku nak pakai tudung. Alaa... apa kata orang, dah tiba masa nanti kita akan pakai juga kan? Mujur aku tak terlambat.


"Nampak lagi sexy,"sakat Maira. Dia kenyit mata.

Sungguh aku fobia bila Maira buat macam tu. Aku tampar tangan dia. "Aku geli dowh kau buat macam tu."

"Hehehe. Sory."

Perbualan tergendala sekejap apabila mamat waiter yang tadi datang menghantar makanan yang kami pesan tadi. Hallamakkk... bau mi goreng dia orang ni memang heaven betul! Aku terus 'ngap' sebaik sahaja mamat waiter tu blah. Memang dah lapar tahap kebuluran dah aku ni. Mana taknya dari pagi aku tak makan. Excited kononnya nak jumpa Maira. Kesian perut. Tenat ye? Takpe... meh mama suapkan makanan meh..

"Gelojohnya makan.  Malu aku wei.." Maira sound aku bisik-bisik sambil pandang kiri kanan. Konon takut orang tengok. Ceh! Aku peduli haper orang nak pandang punnn...

"Weh... aku nak ikut pergi Tassie jugakkk..." Aku cakap kat Maira. Air teh O ais laici aku sedut dengan nikmatnya.

"Ek.. eh... minah ni. Dah dapat tu sila bersyukur sikit. Kang Allah tarik balik rezeki kang baru tahu!"

Hayoook... ustazah dah marah!

"Bukan tak bersyukur. Kurang menghargai." Aku jawab selamba. Oleh sebab jawapan brutal aku tu, Maira bermurah hati nak bagi hadiah 'cubitan manja' dia tangan. "Sakitlaaa..." aku gelak.

"Macam tak percaya aku betul-betul akan jadi doktor."

Maira angkat kening.

"Dulu... aku berangan nak jadi arkitek. Minat gila-gila. Orang gila pun tak boleh challenge aku. Tup..tup.. jadi doktorlah pulaaa.. Ni kes abah aku lah ni. Dia paksa aku buat medic"

"Serius kau kena paksa? Kau nak jadi arkitek?" Maira nampak terkejut. "Dulu masa kat matriks tak story morry pun???"

"Ngee~ Ni nak ceritalah ni. Haha." Aku cakap gelak-gelak. Seingat aku, memang aku tak pernah beritahu sapa-sapa kat matriks tu pasal aku yang dipaksa untuk jadi doktor oleh abah sendiri. Nak buat apa hebohkan kisah lara kan? Baik pendam buat jeruk pekasam!

"Arkitek huh?"

Angguk. "Cita-cita dan impian aku dengan Da..." Ayat tu mati kat situ. Aku pandang tempat lain. Tak mahu pandang Maira yang sedang merenung aku dalam-dalam. Aku rasa dia tahu. Aku rasa dia kesan apa yang ada dalam hati aku.

"Still couldn't find him huh?"

Aku pandang Maira balik. "Him? Him-who?" Cehhhh...konon!

Maira rolled eyes. "Dashiel Siaffullah kau tu laa..."

Bila aku dengar nama dia, hati aku sakit sangat-sangat. Aku rasa macam kena sengat beribu lebah. Aku geleng kepala. "Maira, jangan sebut nama dia lagi."

"Ahhh...you do remember him." Kerek aje statment Maira ni.

Aku jeling dia yang tengah suap mi ke dalam mulut. Sabar.

"Aku tak nak ambil tahu pasal dia dah.."

"Really?" Maira buat mata tak percaya kat aku. "Selama ni kau meroyan dok cari dia, panggil dia, sampai mengigau tentang dia dan sekarang kau kata kau tak nak ambil tahu?"

"Dia tinggalkan aku Maira!" Sabar dah hilang. Suara aku pula naik beberapa volume. Terkejut Maira melihat aku. "Err...sorry."

"Naa.. It's 'kay.." Maira senyum kemudian mencubit pipi kanan aku. Nak tak nak aku tarik senyum. Kesian Maira. Tak memasal kena marah.

"One day, kau akan jumpa dia jugak."

"Aku tak nak jumpa dia." Titik!

Maira senyum aje. Aku tunduk merenung lantai. Jangan sedih! Jangan sedih! Aku cakap kat diri aku macam tu. Setelah hati dah kembali lega, aku tarik nafas dalam-dalam. Kemudian, aku berkalih memandang Maira semula. "Maira, aku takut laaa..."

"Pasal apa?"

"Pasal kat Bandung laaa..." Aku merengek. "Macam mana kalau room mate aku...?" Gulp~

"Huishhhhh!! Selisih malaikat empat puluh empat, Cha! Apa fikir macam tu?" Maira marah. "Kau jangan buat aku cuak eh, Cha. Kat sana aku mana ada nak tengok-tengok kan kau.."

"Tu laaa yang aku takut tu. Mana nak dapat my Maira a.k.a my knight in the shining armor ni." Aku bodek dia. Tapi sungguh aku gabra memikirkan hal ni. Yalah, orang yang ada pengalaman 'dicabul' kedaulatannya dengan seorang perempuan macam aku ni memang akan fikir segala aspek yang gitu-gitu tu.

"Nasib baik aku tertinggal kad matriks aku kan waktu tu.." Maira dah buka dah hikayat lama ni.

"Kalau tak gulai lah aku..." Aku dan Maira pecah gelak. Haha. Sekarang ni je aku boleh gelak-gelak bila buka kisah pahit ni balik. Dulu-dulu masa nak menghabiskan matriks tu, aku secara totalnya bukan diri aku lagi. Aku jadi pendiam. Aku jadi pemarah. Aku jadi tak betul. Aku jadi macam tu sampai habis satu semester. Dan Maira aje yang ada dengan aku. Dia setia.

"Nasib baik jugak aku tahu silat." Maira meng-up-kan diri.

Betul, memang Maira pandai bersilat. Terkejut jugak masa Maira pecahkan pintu untuk selamat aku. Muka perempuan gila tu memang cuak cipanlah tengok Maira berwajah bengis. Yang paling aku tak sangka, hanya dengan beberapa langkah saja Maira dapat tewaskan perempuan gila tu. Siapa yang tak kagum beb? Tak lama kemudiannya, along sampai. Aku menangis-nangis dalam pelukan along. Kalau ikut hati memang aku nak along pergi belasah perempuan tak guna tu. Mujur aku ni dah termaktub jadi wanita baik. Kut tak...heiiii...! Along bawa kes ni sampai ke admin. Kecoh satu matriks. Tak kisahlah. Aku puas hati sebab Ren kena buang.

"Detik-detik menakutkan dalam hidup aku. Ever!"

Senyuman aku dah bertukar jadi kelat. Aku tak boleh tipu yang aku masih takut dengan semua tu. Tapi melalui Maira juga aku boleh sedikit demi sedikit teruskan hidup. Gerun dibayangi masa silam takkan buat seseorang itu maju. Maka sebab itulah, aku gagahkan jugak untuk habiskan matriks walaupun along suruh berhenti.

"You'll be fine, Cha. Insya Allah." Maira genggam tangan aku dan aku turut membalasnya.

"Ya think?"

"Absolutely." Maira angguk bersungguh-sungguh. Bibir aku melengkung membentuk senyuman nipis.

Insya Allah...

rhapsody of love 9

Sejak surat 'ancaman' tu muncul, aku jadi lagi penakut dari sebelumnya. Aku elakkan diri daripada Maira sampaikan aku jarang-jarang ada di bilik. Aku banyak habiskan masa di bilik Kaseh, classmate aku jugak. Bila Ren ada aje, aku lepak kat bilik. Maira macam perasan perubahan aku tapi lantaklah.. aku dah tak peduli. Aku nak lari daripada dia. Yalah.. dari aku tumbuk dia lebih baik aku lari. Lagipun aku tak dapat bukti kukuh lagi yang menyatakan dia tu stalker aku yang sah!

semue orang ade alibi...

Aku tersentak. "Dash?" Aku panjangkan leher sambil melilau di sekitar pondok yang aku lepak ni, cuba mencari kelibat dia. Tapi..tentulah tak ada!

Aku mengeluh kemudian menongkat dahi. Frust sangat-sangat bila 'sumber tenaga' aku tu dah tak ada kat sisi aku lagi. Aku tak boleh terima kenyataan. Aku tak mampu nak terima.

Apabila aku rasa aku seolah-olah hanyut dan mula nak beranak sungai, aku kemas barang aku cepat-cepat dan menapak ke kolej kediaman. Aku panjat tangga nak ke bilik aku. Aras bilik aku ni rata-ratanya dah ramai yang balik untuk cuti semester. Aku balik lambat sebabnya dah janji dengan along. Along kata nak datang pungut aku kat sini dan balik sama-sama. Nak tak nak.. terpaksalah setuju. Kalau tak, memang dah lama aku cabut. Gila menakutkan nak duduk dekat sini dengan ada sorang perempuan bipolar yang merangkap roommate aku? Ugh~

Aku pandang kiri kanan. Memang sunyi sepilah. Kaseh pun agaknya dah lama balik. Maknanya... aku kena lepak bilik aku sendiri la kan? Menggigil tangan aku nak pegang tombol pintu bilik. Rasa separuh nafas aku melayang entah kemana. Janganlah ada Maira...

"Cha." Bahu aku kena pegang.

"Yauuu..." Aku melompat katak kat situ. "Haiyooo... Ren!!!" Aku tampar tangan Ren sebab dia takutkan aku dengan cemerlangnya. Nasib baik tak pengsan aku kat sini.

"Kau berkawan baik dengan pintu ni ke? Rapat semacam je sampai tak nak lepas." Ren perli aku sambil senyum-senyum.

Aku balas juga senyuman dia tapi comfirm muka aku ala-ala muka kambing. Ren buka pintu bilik dan masuk. Aku pula ikut belakang dia. Bilik dah kosong. Maknanya Maira dah chow?! Aku tarik senyum sampai ke ubun-ubun. Tak sedar sampai tertepuk tangan segala. Punyalaaa aku gumbira tak terkata!

Ren tenung aku atas bawah. Mesti dia pelik tengok aku yang tak ubah seperti kena sawan. Aku gelak kat dia. Kemudian aku pergi dekat bagasi-bagasi aku yang aku letak berhampiran dengan katil. Aku duduk, konon-konon nak periksa barang semua cukup atau tidak sambil senyum-senyum lagi.

Tiba-tiba, senyuman aku mati bila tengkuk aku kena ketuk kuat dari belakang. Sakit!

Pandangan aku berbinar-binar. Cuba untuk pusing ke belakang. Tapi pandangan aku pula makin kelam.

Semakin gelap, gelap dan..

..hitam.

*****

"Chacha sweetheart, wake up dear..."

Perlahan-lahan, aku buka mata. Kepala aku berdengung. Tengkuk aku masih rasa sakit. Semuanya nampak kabur aje. Aku kelipkan mata beberapa kali hingga pandangan kembali normal.

"Ah! You're awake.."

Terkedu aku melihat Ren kat depan mata. Ren? Ren??? Aku cuba nak berdiri tapi kedua tangan dan kaki aku diikat di tiang katil menggunakan kain. Menggeletar satu badan aku ni. Mati akal sebab tak tahu nak buat apa. Mata aku terpandang ke luar tingkap. Masih siang... Along!!

Takutnya aku waktu ni. Bertambah takut bila aku nampak Ren bergerak mendekati aku. Aku dapat rasa hembusan nafas dia sebab hanya beberapa inci aje yang memisahkan muka dia dan aku. Mata aku dah lama menghasilkan air mata.

"Please...please... let me go. What do you want from me, Ren?"

Ren senyum. Dia mendekatkan lagi wajahnya lalu bibir aku dicium. Jijiknya!!! Aku palingkan muka aku.

"I just want you to be mine, sayang." Dia bisik kat telinga aku. Ren cium pipi aku, rambut aku kemudian leher aku. "I love you, Cha.." Sekali lagi bibir aku jadi mangsa kucupan perempuan gila tu.

Aku meraung seperti orang hilang akal. Aku merayu pada Ren supaya lepas aku tapi Ren makin menggila.

"Dont do this to me..."

Ren gelak. "Kalau aku tak buat macam ni... kau takkan tahu yang aku cintakan kau, sukakan kau, gilakan kau. Kau nak tahu kenapa aku jarang dalam bilik? Sebab kaulah!" Rambut aku diramasnya. "Sebab kau sayang. Aku tak boleh tengok kau. Aku.. Aku tak boleh kawal diri. Mata kau, muka kau, leher kau..." Jari telunjuk Ren berlari menyentuh mata, muka kemudian leher aku.

Allah, tolong aku!!

"Bau kau." Dia cium leher aku lagi.

"Sebab tu aku ikut kau. Aku tak nak mana-mana jantan kacau kau. Aku gilakan kau sampaikan aku sanggup curi-curi tangkap gambar kau. Tapi semua tu tak cukup! Aku curi barang-barang kau pula.. sebab aku suka semuanya tentang kau. Surat tu pun aku yang tampal. Semuanya sebab aku nak kau!"

Kejamnya Ren! Sampai hati dia! Aku menjerit-jerit. Aku tak nak diperlakukan macam ni. Tangan aku ligat mencari jalan keluar. Sumpah aku nak ketuk-ketuk Ren ni sampai mampus!

"Tapi kau..." Dia pandang aku, tepat di mata. "Always with your precious Maira. Maira..Maira..Maira.." Ren  buat muka. "Lepas tu.. tak habis-habis dengan Dash tu. Bosan kau tau tak?" Perempuan gila tu tiba-tiba naik angin. Kepala aku dihantuk ke tiang katil. Berpinar mata sekejap.

"Sayang.." Dia bertukar nada pula. Kepala aku diusap-usap lembut. "Sakit ke? Aku minta maaf." Tubuh aku dibawa ke dalam pelukannya. Dia gosok bahu aku. Konon cuba menenangkan aku. Dia tak tahu yang aku ni dah naik gila dah!

"Kenapa aku?" Aku bersuara dalam sedu. "Kenapa aku? Ren, kenapa aku?!!"

Ren gelak.

"Aku tak tahu, Cha. Aku suka kau sejak hari pertama lagi. Aku sayangkan kau."

"Kau gila!"

"Aku gilakan kau, Cha. Aku tak tipu. Jadi milik aku ye?" Dia pegang dagu aku dan tunduk untuk mencium aku lagi. Dalam terketar-ketar, telinga aku menangkap ketukan dipintu...

"Ren, Cha.. korang ada kat dalam tak?"

Maira?

"Ren, Cha? Buka pintu dowh. Aku nak ambil kad matriks aku."

Maira!!!

Buat seketika aku dan Ren berpandangan.

"Weh!"

"Mairaaa!" Aku jerit sekuat hati dalam tangisan yang menggila ni. Laju saja Ren menekup mulut aku. Kudrat aku makin lama makin lenyap. Dah tak berdaya..

"Cha? Is that you? Pehal weh?" Maira bersuara cemas. Ketukan di pintu semakin pantas. Aku lihat Ren risau. Sedaya upaya aku cuba melepasi tekupan tangan Ren yang kemas di mulut aku.

"Cha?!!"

Maira, do something!

"Cha? Sapa dengan kau tu? Cha?!!"

Maira, help me!!

Kekurangan udara untuk disedut membuatkan aku pening. Ren pula makin kemas menutup mulut aku. Sesak. Lemas.

Aku. Tak. Boleh. Bernafas.

Saturday, June 18, 2011

rhapsody of love 8

Exam dah lepas. Lega! Lepas ni boleh cuti sem...

"Weh Chacha, jom keluaq jom? Pi mana-mana tak kisah laa.. pi release tension sat. Parak otak tersumbat lagu ni." Aizat si budak Bayan Lepas yang juga merangkap classmate aku ajak aku keluar. Aku geleng sambil senyum ketat kat dia lepas tu terus menapak menuju ke kolej kediaman seorangan. Aku dengar Maira terpekik telolong memanggil aku tapi tak terasa nak jawab. Tak terasa nak balik berdua. Tak terasa nak ada orang teman.

Zombiekah aku? Ye jawapannya. Aku dah jadi zombie bergerak. Aku hanya tersenyum bila perlu dan bercakap bila perlu. Selebihnya aku banyak bertapa di bilik, di library dan di bilik air. Pendiamkah aku? Ye.. baru-baru ni laa...Aku malas nak bercakap. Maira pun aku dah tak bercakap sangat. Ren apatah lagi.

"Haraf maaf. Nombor yang anda dial tiada dalam perkhidmatan." Aku mengeluh. Aku campak Sony aku kat atas katil lepas tu aku berteleku atas katil. Pandangan aku kosong ke dinding.

Bodohkah aku? Ya.. bodoh teramat untuk cari Dashiel Saiffullah yang entah kemana. Sampai hati dia tinggal aku macam ni...jangan-jangan dia accident tak? Gulp~ Allah, this is so sickening!

"Cha, kau menangis lagi..." Aku tersentak dengar suara Maira. 

Maira kesat pipi aku dengan tisu. "Sudahlah tu... Sampai bila nak macam ni?" Dia duduk depan aku.

Sampai aku dapat Dash aku balik...jawab aku dalam hati. Air mata meleleh lagi. Tapi aku malas nak kesat. Aku biar aje ia meleleh. Kalau ada Dash ni, dah lama dah dia tonyoh muka aku dengan tisu. Makin sedih jadinya aku bila teringat kenangan kita orang masa di Jusco dulu. Masa tu aku menangis sebab abah paksa ambil medic dan dialah jadi tukang kesat air mata aku.

"Dash... pergi... mana?" Aku cakap luar sedar dengan tergagap-gagap.

Maira geleng kepala bila nampak aku yang tenat ni. "Chacha, kau tak boleh terus macam ni..."nasihat Maira yang dah lali aku dengar. Cuba bagi ayat-ayat yang macam.."Cha, aku dah tau Dash kat mana" atau "Cha, Dash sebenarnya dia ada masalah perhubungan lately ni.. tu yang dia tak contact kau tu"...kan boleh buat hati aku tenang?

"Aku nak mandi." Mata aku dah sakit sebenarnya sebab tu aku nak pergi mandi. Aku dengar Maira mengeluh lagi. Lantaklah... aku tak peduli. Tuala yang tersidai aku capai kemudian lambat-lambat aku bergerak ke almari baju. Aku buka dan terkejut bila ada surat bertampal kat almari aku tu.

I'M CRAZY ABOUT YOU. BE MINE. BE MINE. BE MINE. BE MINE.

"What the...?" Suara aku naik beberapa volume. Aku tarik surat tu dengan tangan terketar-ketar. Stalker tu dah melampau!! "Siapa punya kerja ni? Sial!" Aku dah marah.

"Apa dia?" Maira cuak. Dia mendekati aku. Surat yang aku pegang tu dia ambil. "Cha... serriously kau kena buat tindakan. Kes stalker kau ni dah melampau-lampau dah ni..."

Mula-mula, kau ikut aku. Then, kau snap gambar aku. Kau curi barang-barang aku. Sekarang ini pula?!!! Not even funny! Not at all. Badan aku menggeletar. Aku tak boleh nak cakaplah menggeletar sebab takut atau sebab marah. Otak aku dah tepu. Naik sakit memikir kerja siapa ni. Aku terduduk depan almari baju aku. Terasa lemah sangat ni. Lemah luar dalam.

Kejap. Wait a sec... Aku rampas kertas dari tangan Maira dan baca berulang kali. Walaupun surat ni bukan tulisan tangan tapi aku bukannya bodoh sangat. Stalker aku perempuan. Okey, aku tarik balik statement "aku bukannya bodoh sangat" tu sebab aku memang bodoh. Macam mana aku tak boleh nak figure yang stalker aku tu perempuan? Kalau tak macam mana dia dapat curi socks, shawl dan segala bagai yang aku simpan kat bilik kan?

Perempuan yang bipolar. Gila. Putus wayar kat otak.

Siapa? Siapa?

Wait...

roomate ko...ade tak yang weirdo2 sikit perangai dia lately ni?

Zap! Bulu tengkuk aku tegak berdiri. Perlahan-lahan aku pandang Maira. Dia pun tengah pandang aku. No.. it can't be. No, this is...

"Cha.. what's wrong?"

...so wrong on so many level.

"Cha, pucatnya muka kau! Kau okey tak ni?" Maira nak sentuh pipi aku. Refleks, aku tepis tangan dia. Maira nampak terkejut sangat. "Weh..pehal kau?"

"No... not you.." Kepala aku tergeleng-geleng.

"Weh, Cha!"

Aku terus berlari keluar dari bilik.

Friday, June 17, 2011

rhapsody of love 7

"Sakitlah along!" Aku marah along aku yang tengah dalam usaha menarik pipi kanan aku. Aku tepis tangan dia. Petang sabtu yang aman damai boleh jadi kucar-lana dengan kehadiran abang aku yang sorang ni. Rajin betul dia datang dari UTP nuh semata-mata nak melawat aku. Tiba-tiba jadi terharu pulak aku... Ceh!

"Kau dah makin kurus ngah.." Along cakap. "Ambil sains hayat boleh menguruskan badan eh?"

"Oi... tak payah nak perli-perlian sangatlah. Kaki angah ni terasa ringan je ni.. kang ada yang rasa kang." Aku jeling dia. Along ni jahat tau...

"Okay what jadi doktor? At least boleh buat abah bangga. Habis satu perumahan dia heboh pasal angah buat medic.."

Aku rolled eyes mendengarnya. Puh-lease! Bukan nak buat sangat pun... tapi sebab abah terchenta dah tetapkan hukum-hakam dia sendiri, aku yang jadi mangsa. Nanti bila adik dah lepas spm, entah apa pula yang abah suruh adik ambil. Jadi peladang berjaya kut..

"Mana buku d+a angah? kan angah suruh along belikan..." Aku memang selalu borong buku design + architecture sejak zaman sekolah menengah lagi. Tapi sejak-sejak dah nak bergelar doktor ni.. memang agak terbataslah masa nak pergi memborong buku tu. Ah! Senang cerita aku malas nak keluar. Hohoho...

"Ada. Nanti-nantilah along kasi. Dia ni tak reti sabar betul." Along perli aku.

Aku pun buat muka aje.

"Tapi serius ngah.. kau kurus. Takkan tenat sangat belajar?"

Erk?

"Tenat tu tak laa... cuma angah malas nak turun cari makanan. Ni yang kurus ni.." Tipuuuuu~ Aku kurus sebab kes stalker aku yang masih berlarutan sampai laa ni.. haaa.. kan dah keluar Penang aku! Hilang selera aku sejak-sejak kena ganggu ni. Bukan nak menyeksa diri tapi serius cakap aku memang dah nak biul figure out makhluk mana yang buat kacau hidup aku tu. Tapi aku tak nak along tahu sebab kalau along tahu along akan beritahu abah. Dan bila abah tahu, perkara ni makin rumit jadinya. Maka lebih baik aku senyap-senyap je. Tak gitu?


"Kalau ada masalah, share dengan along. Kut-kut along boleh tolong.." kata along serius.

Takde orang boleh tolong angah selain angah selesaikan sendiri benda ni. Aku cakap dalam hati aje. Tak berani sebenarnya.

"Takde masalah apa pun. I'm fine cuma angah malas nak makan." Aku goreng lagi.

Along geleng. "Jangan nak buat malas sangatlah. Karang sakit payah ngah. Awak tu nak belajar. Kena guna banyak tenaga. Ni kalau tak makan macam mana nak study?"

"Ek...eh.. bebel pula dia. Angah yang doctor-to-be ke along yang doctor-to-be?"

"Menjawab.. menjawab.." Aku gelak aje bila berjaya buat engineer minyak sorang ni bengang. Eh? Aku gelak? Rasa dah lama gila tak gelak manja-manja macam ni... hehhhh... banyak betul aktiviti biasa yang selalu aku buat dulu tergendala akibat si stalker tak guna tu.

Tapi sayangnya along terpaksa blah awal sebab dia ada date dengan awek dia. Chet~ Baru aku tahu along turun Penang bukan sebab aku tapi sebab awek dia yang duduk kat Uitm Permatang Paoh nuh. Apa punya along daaa...

Aku duduk lepak sorang-sorang walaupun along dah lama dah tinggal aku. Tak rasa macam nak naik bilik lagi. Mungkin sebab aku dok khusyuk sangat meneleah buku-buku d+a yang along bekalkan untuk aku. Bila aku belek buku-buku tu, aku jadi teringat pada Dash. Seminggu lebih dah dia tak hantar mesej kat aku. Kalau aku hantar mesej mesti pending je. Call apatah lagi. Aku ada buat salah ke ek? Tengah aku gigih mengingat apa salah aku tiba-tiba timbul satu idea nak telefon dia. Aku keluarkan Sony aku dari poket seluar. Nombor Dash aku dail.

"Harap maaf. Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan."

Erk? Terbeliak mata aku. Aku dail lagi.

"Harap maaf. Nombor yang anda..."

Aku tak puas hati. Aku dail lagi.

"Harap maaf. Nombor yang anda dail..."

Aku naik bengang bila suara operator tu je yang muncul bukannya suara Dash. Betullah nombor Dash ni. Aku tak silap dail. Tapi kenapa??? Aku tetap tak puas hati. Aku berlari naik ke bilik sambil peluk buku-buku d+a aku yang banyak-banyak tu. Sampai aje di bilik, aku terus terkam laptop. Maira dan Ren pelik tengok aku. Buka email.. kut-kut laa Dash ada hantar email, beritahu dia tukar nombor ke handphone dia jatuh lombong ke...

Tapi tak ada! Tak ada satu pun dari dia!!

Allah, apa ni? Kenapa pula jadi macam ni??? Aku capai Sony aku semula lalu call Dash. Suara operator tu lagi!!! Geramnya aku. Tak fikir panjang, aku terus hempas Sony tu ke lantai. Tahap kesabaran aku dah hilang. Mata aku dah mula nak beranak sungai.

"Cha, kenapa ni? Kenapa sampai hempas-hempas phone ni?" Maira pegang bahu aku. Risau agaknya.

"Maira, Dash.. Dash.. mana? Dash mana, Maira?" Esak aku makin berbunyi. Aku kerling Ren yang bermuka selamba. Dia tu memang selamba selalu.

"Kenapa dengan Dash?" Maira tanya aku soalan yang aku juga nak tahu. Kenapa dengan Dash? Apa ni? Kenapa dia tinggal aku masa aku sangat-sangat perlukan dia???? Mana Dashiel Saiffullah aku?!!! Aku menangis dalam pelukan Maira. Maira cuba menenangkan aku yang memang nyata tak boleh nak bertenang. Sebab apa yang aku nak dah tak ada.

"I'm here for you no matter what!"

Tu mesej terakhir dia untuk aku. Makin laju air mata turun bila aku teringatkan mesej tu.

"Dia tipu aku!" Aku jerit. Sampai Ren terpaksa menghulur bantuan pada Maira sebab aku dah menggila bagai. "Dia tipu akuu... Dia dah takda..."

Malam tu, aku tidur ditemani air mata yang entah bila nak kering.

Wednesday, June 15, 2011

rhapsody of love 6

Aku terjaga. Pukul 3.00 pagi! Gila~

Secara jujurnya, aku tak boleh tidur. Bukan sebab nightmares ke apa ke... tapi sebab hati aku ni. Sejak kebelakangan ni, memang ada yang tak kena betul. Aku pastilah ada yang tak kena.

Aku bangun pergi ke katil Maira. Aku kejut dia. Minta-mintalah dia tak bagi lempang sebiji sebab aku kacau tidur dia.. "Maira.. Maira.." aku panggil dia bisik-bisik. Takut pula aku kut-kut Ren terjaga bila dengar suara aku.

Aku tengok Maira buka mata. Agak-agak dia marah tak?

"Kenapa, Cha? Something wrong?" lembut suara Maira. Itu tanda dia tak marahlah kan? Aku tarik nafas lega.

"Nak tidur sebelah." Aku tunduk. Dulu, kalau kat rumah adik aku minta tidur sebelah, aku memang tak bagi sebab aku tak suka tidur berhimpit. Tapi sekarang sejak dua tiga bulan "fenomena pelik" itu berlaku pada diri aku, aku jadi tak berani. Aku takut sangat. Dan Maira aje tempat aku nak minta tolong. Kat sini mana ada Dash..

Maira mengeluh. "Fikir pasal mende tu lagi ke?" Dia bangun dan duduk menghadap aku.

Aku diam. Tak angguk, tak geleng. Diam saja.

"Tak rasa macam kau terlalu paranoid sangat ke?"

Aku tengok Maira. Kecil hati. "Kau rasa macam tu ke?"

"Takdelah. Just asking. Janganlah merajuk." Maira gelak kecil. Dia mengesot ke tepi dinding memberi ruang padaku. Aku baring membelakangkan Maira sambil peluk Domo-kun. Terasa badan diselimutkan. Maira... baiknya kau.

"Tidur. You need rest,"pesan Maira. Aku angguk je. Betullah aku perlukan rehat. Dah sebulan aku tidur aci redah. Dah sebulan kepala aku kusut. Dah sebulan Maira jaga aku. Dah sebulan tahu? Sebulan! Aku paksa mata aku lelap. Tapi tak boleh. Paksa lagi, tak boleh  juga.

Tiba-tiba, Sony aku berbunyi. Mesej?

- xbley tdo. i can sense that u'r not sleeping.

Aku senyum tawar. Tahu-tahu aje dia ni...
+ I am. :(

- Miss me much ey?

+ think so..

- *gelak besar* aku dah agak da..

+ *rolled eyes* koya.

- miss u too honey.

+ Muahaha.. aku tipu je rindu ko.. >.<

-Chet! *marah*

Aku gelak.

+ marah lerrr.. nt kna jual ^^

- Chem, jgn cover lagi. Spill!

Aku angkat kening.

+ spill ape? 

- Chempaka.. dun make me go up there n pakse ko spill! esk jugak aku muncul!

+ .....=_='

Dua tiga minit juga Si Dash tu tak balas mesej aku. Aku dah pelik. Cuak pun ada.

+ aku takut.

Laju je Dash balas.

- kes stalker ko tu tak abes2 lagi?

+ x... dah dua bulan da... dlu aku cume ase i'm being followed dgn kne snap gambar je..tp skrg makin jadi2.. minggu lepas socks yg ko bg aku tu.. hilang due tige.. then my shawl... pastu my facial treatment.. kdg2 pensel, pen, buku...pun lesap..

Lama aku tunggu Dash bagi respons. Nak terlelap sampai..

- roomate ko... ade x yg weirdo2 sikit perangai die lately ni?

+ u'r accusing my roomate Dash? Dorang baik ar..

-mne laa tau... just keep an eye on them. both of them.

+ Dash..ko dah mengarut suh aku buat macam gitu. dorang ok la.

- syg, wat jelah ape yang aku cakap ni.

+dun syg-syg aku time2 masalah tgh mencecah medulla oblangata ni!

- orang yg kite kenal lagi jahat dr orang kite tak kenal..

+maksud ko.. ko pun jahat jugaklah??? 

- aku? aku exceptional laaa... (@.@). siasat la dulu.. i mean, kalau mslh berat mcm ni.. memang ko tak bley nak put ur trust kat sape2.. bcoz it can be every single person yg ko kenal even yg ko rpt.. sume org ade alibi.. chewahh~ gaye mcm conan pulak aku ni.

Dash ni.. boleh dia berlawak lagi? Tapi betul jugak apa dia cakap.. 

+ Dash.. i'm scared..

- dun be.. allah kan ade.. :)))) quran jgn tggal bace.. solat jgn ponteng.. doa jgn lupe..

Aku senyum dan angguk. Tak sempat nak balas, mesej Dash masuk lagi.

- lg satu.. ko kan ade aku.. i'm here for u no matter what.

+ no matter what?

- no matter what!! *muke serius*

Dash, I wish you could be here... Boleh aku suruh kau sepak terajang stalker tak guna tuh!!