Friday, October 21, 2011

Inspired By MatLuthfi

Salam alayk~

Aku tak dak mood nak update my novel tapi aku ada mood nak update blog. Sila jangan pelik okeh~ Kadang-kadang manusia memang macam ni. Owwyeahh.. Boleh dikatakan setiap masa aku tengok video MatLuthfi di Youtube through my iphone.



"Siapa MatLuthfi wehhh??"




Haha... kesian... Aku dulu pun tak kenal sapa mamat ni. Tapi once dah kenal, aku dah gaya stalker dok intip dia kat youtube hari-hari *intip video je kottt*. But aku kenal Anwar Hadi dulu sebelum this guy. Although i admired Anwar Hadi but I admired MatLuthfi more. Lepas makan, MatLuthfi. Lepas mandi, MatLuthfi. Lepas solat, MatLuthfi. Lepas ngaji, MatLuthfi....

errrrr.......


.

.

.

.


Well anyways, aku kagum gilalah kat mamat ni *bukan kagum, actually fell in love with him*. Aku tak tau pasai pa aku rasa inspired by him. Aku rasa sebab video dia walaupun lawak sampai terguling-guling yet still sarat dengan mesej yang orang lain tak sedar pun benda itu actually happened. Like me.

And futhermore, he's pursuing architecture too! Yayyy! Haha.. aku kan obses dengan manusia yang buat-buat bangunan ni. Dulu aku beria nak pursue archy sebab kazen aku then Tv3 dok tayang cerita Nur Kasih, si Adam tu arkitek lagilah bertambah gila cita-cita aku nak menjadi arkitek juga. Aku pernah give up nak pursue this thing sebab aku fed up sketches aku banyak *i mean...a LOT, really* yang tak jadi dan aku fed-up aku failed my first interview. Aku rasa macam aku takdak bakat langsung-langsung. But bila aku tengok MatLuthfi boleh je bawak sampai ke bumi Australia nun.. aku bangkit semula! Ceeeewaaah!


aussie, my dream-land...
insya ALLAH~



Dan dari MatLuthfi juga aku menaruh azam untuk belajar di Aussie suatu hari nanti. Cehh.. dulu nak sambung dekat U.K tapi tak jadi sebab... emmm.. sebab.. jauh? Pffft~ Tapi in the end, i decided Aussie is my dream place. Tak kisahlah kat mana-mana. Perth ke.. Sydney ke... asalkan kat Aussie. Haha. Aku dah jadi stalker berbahaya nampaknya. Nahhh.. takdelah sampai gitu ketaksuban aku kat dia. It's always been my dream to further kat Aussie nun.. insya-ALLAH, kalau ada rezeki aku pergilah. Kan Ta'wa kan??? 

To him yang dah inspired me sooo much day and night, thank you. May Allah bless ya! Dan teruskanlah mengharumkan nama negara di mana sahaja anda berada. *tulis gaya MatLuthfi akan baca je blog aku nehhh* Oh, ni video dia yang aku paling suka gila. But actually, aku suka kesemua video dia. Sumpah tak tipu.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
\/
\/
\/






Sumpah tak rugi tengok.. even though raya and merdeka dah lepas.. video ni takkan pernah luput dalam arus modenisasi dunia.. Cewaaaahhh... haha

enjoy~

Thursday, October 20, 2011

U ols SANGAT DOPE~

Salam alayk...

Oh ye, sebelum apa-apa.. ini bukan novel. Even though tajuk entry ala-ala novel but.. it's not. So lepak chill relax okeh.

Aku just nak buat special thanks delivery to my friends sebab dah buat aku terharu gila-gila babas. Aku appreciate apa yang u ols dah kata sangat-sangat dan harap korang akan terus men-support apa yang aku buat sekarang ni. Haha. Even aku macam tahu novel ni macam bodoh dan sampah gila kan but still u ols tetap memberikan feedback yang sangat motivating. Dan i hope apa yang korang cakap tu bukan penipuan semata-mata untuk menyedapkan hati anak jati Penang ini.. Cewaaahhhh!



Untuk Wa yang memang dari mula aku start blogging, u owez panjat my blog and baca even u tak komen whatsoever but aku still flattered sebab u sanggup baca dan akan tanya "BILA NAK SAMBUNG?" Aku kadang-kadang tergelak sorang diri bila dia cakap lagu tu. So, Wa, aku sangat appreciate kau dan i hope you dont stop reading my crappy stuff until aku dah tak larat. Haha...

Dan ada sorang member aku yang sekarang ni dok belajaq kat UTM Skudai, amek akaun tak silap aku... She also made me rasa malu dan segan tersipu-sipu. Aku tak tahulah adakah dia bercakap yang benar melainkan yang benar-benar belaka. But I hope it's true.. Tapi kalau tak betui pun, still aku rasa terharu. Thanks Nieza.. Kamu memang DOPE giler!

And to Trah Zahari, tapi aku selalu panggil dia tiyah, thank jugak sebab sudi baca. A gizzilion thanks sebab kau sanggup baca even ko bukan kaki novel (kita sama-sama kaki manga..hahaha) I hope allah will pay all your good deeds towards me, dude!





Actually, aku nak letak comments dorang kat dalam FB dalam blog ni. Tapi disebabkan layout aku cam sempit.. aku tak boleh nak perbesaqkan gambar tu kalau tak dia tak muat. Sedddihh! But u guys can klik kat nama-nama dorang yang aku HIGHLIGHT kan tu untuk ke FB profil mereka.

Oh ye.. lately ni ramai sangat orang dok tanya pasai aku. Well, FYI  i'm not that popular. Tengoklah bilangan follower kat blog INI. Sangat menghampehkan. It's just ada di antara kawan-kawan dan ada juga some of those yang aku tak kenal pun dok sibuk tanya pasal aku. Okehlah, aku jawab. Nama penuh aku........

.


.


.


.


.


.

Umur aku 18 tahun yaw.. and actually aku tak study lagi. To those yang asyik tanya aku.....



"Kau kat mana sekarang?" 



....and berbagai-bagai soalan yang seangkatan dengannya... meh la aku jawab... AKU DAK STUDY LAGI. Ya. Aku besarkan perkataan itu untuk korang faham dengan situasi aku yang menjadi penganggur terhormat ni. Haha



"Awat dak study lagi? Hang ni dok perabihkan beraih ka apa?"



Lebih kurang lagu tu laa... Haha.. The truth is tak dak rezki pun. Aku apply memula dulu tak dapat. Aku kecewaaa! This is unbearableeeeeee*quoting mat luthfi*!

But then! A miracle happens...

.
.
.
.
.
.
.


I just got admitted to UITM Perak Kampus Seri Iskandar. 




OWWWYEAHHH! Insya ALLAH, i will be pursuing Bachelor of Science Architecture. Dan insya ALLAH juga on Feb 25th nanti aku akan fly ke sana. Haha.. Syok uhhhh dapat masuk belajaq! 




Oh and..and..and.. aku nak mention kat sini. Bagi depa yang dok rasa kecik dan rasa rendah diri bila dengar aku akan pursuing architecture.. well, folks, dont be! Course apa-apa pun ianya sama hebat sama tanding. Jangan buat aku rasa aku ni... berlagak, riak dan takbur because I dont. Aku nak kita berdiri sama tinggi dan sama rendah. Baru adil. Okeh gang?! (aku lagi kecik hati bila korang dapat further studay awal dari aku.. =_=')


Okay peeps, that's it for today. And thanks for dropping and reading. May ALLAH bless ya..

p/s:: to Najwa, Mija Hyomi, Sue, Eames and banyak lagi.. (kalau aku taip sampai ke lusa tak habih..) best of luck to u guys. Nanti aku buatlah entry untuk korang. Jangan risau tak de orang baca punyeeee... ^^

~peace~

Wednesday, October 19, 2011

rhapsody of love 27

Astaghfirullah.. Macam manalah aku boleh tertinggal beg laptop kat dalam kereta dia tadi? Huwaaa... macam mana nak buat kerja ni? Allah! Allah! Allah! Apa nak buat ni? Aku berjalan mundar-mandir di ruang tamu dengan dahi berkerut. Aku sesungguhnya tak tahu nak buat apa dah ni. Banyak kut laporan yang aku kena settlekan.. dengan itu.. dengan ini... Argh! Aku buntu.

Aku capai Sony aku yang terdampar atas coffee table yang menghadap televisyen yang terpasang tu. Buka contact dan mula mencari nombor Dash yang masih aku simpan. Ngee.. takkan nak telefon dia pula? Aku.. aku... segan. Dah la tadi... Spontan, darah meyerbu ke muka. Malunya! Apasal la aku boleh buat perangai tak senonoh macam tadi?!

"Bodohnya aku...! Pehal aku boleh tertinggal beg laptop aku?!!!" Aku meraup muka dua tiga kali. Serabutnya kepala. Tiga empat kali aku fikir dan fikir tapi tetap jugak tak dapat jawapan. Akhirnya aku terduduk kat atas sofa sambil menala ke skrin tv yang tengah tayang cerita ntahapapa aku pun tak tahu. Sony dah selamat aku campak atas coffee table semula.

Nampaknya memang burn la kerja-kerja aku. Tak apalah.. sesekali buat perangai masa zaman belajar, it wont hurt pun (yelah sangat.. lepas tu mula tak cukup air dalam badan pasal kena kerah tenaga =_=').  Aku mengeluh. Setiap kali aku jumpa dengan Dash mesti aku jadi tak betul macam ni. Segala gerak geri aku nampak tak sekata. Seolah-olah aku ni useless gila kat depan mata dia. Adakah dia itu Lord Voldermort yang sampai aku jadi vulnerable sangat????

Tengah-tengah dok ayan ke Dash, kerja yang bertimbun-timbun, tv yang asyik memekak, elok aje Sony aku berbunyi nyaring menyanyikan lagu Canon in D. Dengan kemalasan yang menggunung, aku pun angkat separuh hati. Salam aku berikan tanpa nada.

"Angah tak sihat ke?" Suara mak macam risau bila dengar suara aku yang kurang motivasi ni. Aku tersenyum nipis. Jiwa seorang mak memang macam tu ye? Apabila dengar suara anak mendung semacam, mereka terus risau. Macam mak. Mak sangat sayangkan kami tiga beradik. Iya, ayat tu macam bodoh sikitlah. Mana ada mak yang tak sayangkan anak kan? Kalau ada pun itu tak layak dipanggil mak. Agak-agak aku nanti bila dah kahwin, dah jadi mamma.. entah macam mana la ye? Aku ni lain. Aku tak macam mak. Aku tak macam Maira. Okay, dah. Stop. Jangan nak fikir jauh sangat sampai ke pluto nuh...

"Angah?"

"Ye, mak. Angah sihat."

"Macam tak aje..." Mak dah mula pasang jerat.

"Heee~ Angah sihatlah mak. Cuma penat aje... Kerja bertimbun tapi tak boleh nak buat siapkan. Laptop angah tertinggal kat..." Ops! Terlajak cakap. Matilah aku...

"Tertinggal dekat mana?" Cepat aje mak sambung.

"Err... kat dalam kereta kawan angah. Angah lupa nak ambil." Tembak ajelah. Tak baik tipu mak. Berdosa. Tak bau syurga nanti. Oh, sungguh aku tamau.

"Kawan mana?" Allah! Patutya aku tipu aje tadi. Kan mak dah tanya soalan cepumas gini. Aku gigit bibir sebelum menjawab. Berfikir sejenak.

"Kawan angahlah mak..." Datar.

Mak ketawa penuh muslihat. "Kawan ke boyfriend?"

Boyfriend.... "Tak lah." ...not! "Kenapa mak telefon angah ni?" Sebelum perbualan ni jadi makin pelik lebih baik aku tanya tujuan utama mak telefon aku pukul 10 malam macam ni. Selalunya mak dah tidur waktu-waktu gini. Jadi, tentunya ada udang di sebalik mee goreng mamak niiii...

"Oh ye... lupa pula mak. Esok mak dengan abah balik Melaka." Haaa... kan dah cakap.

"Alaaa... tak aci. Angah nak ikut." Aku merengek. Syoknya kalau dapat ikut sama. Rindulah kat Tok Wan.. Rindu nak lepak kat pangkin. Rindu serindu-rindunyalah!

Mak ketawa. "Angahkan kerja, mana boleh ikut. Ala.. ni balik pun sebab anak si  Farisha tu nak berkhatan. Tok Wan nak buat majlislah sikit." Kepala aku terangguk-angguk mendengar apa yang mak cakap. Oh ye, Farisha tu anak Mak Lang aku. Dia dah kahwin tapi baru anak sorang, Haikal namanya. Aku macam kagum jugalah kat Farisha tu. Umur baru 25 tahun dah berkeluarga. Untunglah ada orang sayang. Aku ni.... haihhhhh...

"Along ikut?" Aku teringat along. Dia cuti lama sebab dia baru offshore hari tu. Jadi aku fikir mesti dia ikut balik sama.

"Ikutlah. Kak Ai nak sangat balik jumpa Tok Wan. Katanya rindu nak makan daging salai masak lemak cili api," kata mak sambil gelak. Aku pun turut tersenyum.

"Mak bertolak pukul berapa?"

"Subuh-subuh lagi dah nak bertolak. Yelah... nak juga tolong mana yang perlu. Takkan nak datang untuk makan je kan."

"Mak datang rumah angah dulu ye?" Aku buat suara manja. Inilah masanya nak bermanja pun kan...

"Nak buat apa?"

"Nak peluk mak, nak cium mak, nak minta duit mak.." Aku dengar mak gelak-gelak bila aku cakap macam tu. Sampai hati. Dahlah nak pergi berjalan tinggal aku. Angah nak ikut balik Melaka... Uwaaaa..

"Haa... yelah. Nanti mak datang."

"Haha. Thanks mak. Okaylah mak... angah nak makanlah. Tiba-tiba terasa lapar pulak. Kirim salam kat abah ye. Selamat malam. Sayang mak. Assalamualaikum..." Lepas mak jawab salam aku, aku terus campak Sony aku atas sofa sebelum aku bangun menapak ke dapur. Perut aku memang macam ni. Bila tengah malam aje lapar mengalahkan apa saja. Aku ada bela hantu raya ke eh? Rasanya tak. Aku rasa laaa... tapi tak tahu la kalau-kalau tiba-tiba aje ada kan. Selisih malaikat weh!

Lepas aku dah melahap Daaz dengan lahapnya, aku bercita-cita nak tengok movie pula. Haha. Memang tak senonoh perangai aku malam ni. Mentang-mentang tak boleh nak buat kerja, aku boleh lepak dengan gembira. Cehhh... tadi konon gaya ada masalah negara. Sekarang ni aku buat macam tak ada apa-apa. Yelah.. kalau dok fikir aje macamlah benda ni boleh selesai.  Aku buka HBO. Hampa aku bila tengok cerita yang tak best langsung terpampang kat skrin. Laju aje aku alih ke saluran lain. Tapi hasilnya tetap sama. Akhir sekali, aku tutup tv dan terus masuk bilik.

Capai headphone. Cucuk kat ipod. Tidur.

***

Lena aku terganggu apabila telinga menangkap sesuatu bunyi yang sangat aku kenali. Handphone aku. Aku meraba-raba di celah bantal, cuba mencari si gerangan Tuan Sony Ericson aku tu. Tapi tak jumpa. Allah.. mana pula aku letak Encik Ericson aku tu? Aku bangun dalam keadaan mamai, menapak ke ruang tamu sebab aku ingat itu tempat terakhir aku jejak. Dah jumpa.

"Yeah hello!" Aku jawab tanpa nada dalam mata terpejam rapat. Mengantuk... mengantuk..

Aku dengar ketawa di talian sebelah sana. Berderau darah aku. Terus segar bugar mata jadinya. Sebab aku tau siapa yang berani tempah maut telefon aku pagi-pagi buta macam ni. Tapi aku tak marah langsung. Sebaliknya, rasa berdebar entah kenapa dan membuatkan pipi aku gaya terkena bahang matahari aje.

"Cha." Dia panggil aku. "Tidur ke?"

"Tadi memang tidur. Sekarang ni.. sendiri boleh agaklah kan." Aku kena kerek-kerek dengan mamat ni. Tak boleh kasi muka sebab nanti aku juga yang dapat payah.. dapat susah. Ngee~ "Kenapa call pepagi ni? Tahu tak pukul berapa sekarang ni??"

Dia ketawa lagi. "Pukul 6.00 pagi."

Sekali lagi darah menyerbu ke muka. Aku mengeluh. Janganlah gelak macam tu. Kau buatkan aku tunggang terbalik kat sini hanya semata-mata kau gelak aje tau. Aku garu dagu, cuba menenangkan perasaan yang gundah gulana ni.

"Cha," Suaranya yang lembut tu mampu biarkan muka aku berbahang. Macam dah kena bakar dengan griller Tok Wan dah ni. Panas! Panas!

"Yep." Dingin dan datar.

"Boleh buka pintu tak? I nak tumpang tandas."

Jaws drop.

Seminit.

Dua minit.

"Cha?"

"WHAAATTT?" Aku menjerit bila otak aku dah boleh terima input yang dia cuba sampaikan. Dash ni dah gila ke apa? Nak buat lawak pun tunggulah matahari dah tegak atas kepala!

"I nak tumpang tandas. Dah tak tahan sangat dah ni."

Aku terkedu. Apa yang dia merepek ni?

"Where are you exactly?" Suara aku dah naik dua tiga oktaf.

"Dalam kereta. Depan rumah you." Dia jawab selamba macam perbuatan dia tu tak salah langsung-langsung sedangkan aku dah mula nak hilang kesabaran. Sedar tak dia sekarang ni dah pukul 6 pagi? Masih awal pagi tau tak! Masya Allah... apa yang ada dalam otak manusia sorang ni agaknya?!

"Cha, I nak pinjam tandas aje. Please I..."

"You buat apa kat depan rumah I?!" Aku potong ayat dia dengan rasa geram.

"I'll explain later okay. Please bagi I masuk. I nak pinjam tandas aje. It's freezing by the way,"rayu dia bersungguh-sungguh. Mendengar suaranya begitu, aku tumpah kasihan. Aku mengetap bibir sekejap.

"Please...."

"Ugh! Fine!" Dengan rasa mendongkol dalam hati, aku meluru ke arah pintu lalu membukanya. Aku lihat Dash yang masih berpakaian semalam sudah terpacak di luar pagar dengan muka berkerut. Lambat-lambat aku pergi ke pagar lalu membukanya sambil mendengus geram.

"Pehal tengok I ni?" Aku marah dia apabila dia merenung aku sedalam-dalamnya. Bibirnya mengukir senyum segaris sekali gus membuatkan darah aku seperti disimbah air sejuk. "Pergilah masuk. Kata nak guna tandas. I tunggu kat luar. And you better hurry up!" Tengking aku tak puas hati. Berani dia pandang aku dengan muka dan senyuman tak bersalah. Dahlah buat kerja gila pagi-pagi buta!

Dash sekadar gelak lalu meluru masuk ke dalam rumah meninggalkan aku kesejukan di luar rumah. Dalam hati hanya Allah aje yang tahu betapa aku menyumpah lelaki yang bernama Dashiel Saiffullah tu. Aku peluk tubuh dengan harapan dapat mengurangkan kesejukan yang menggila sambil menggigit bibir.

"Kak Cha!" Aku dengar orang memanggil aku. Aku toleh ke tepi dan nampak Farizad, jiran sebelah rumah aku, memandang aku dengan penuh kehairanan. Senyuman kurang gula aku lempar kat dia.

"Jogging, Ijad?" aku tanya sekadar berbasa basi.

"Err... a'ah. Kak Cha, are you okay?" Farizad masih bermuka pelik.

"Okaylah.. kenapanya?" Kening aku berkerut. Ada gaya orang tak betul ke aku ni?

"Takdelah... Ijad tak pernah tengok Kak Cha free hair macam ni. Even sebelum ni kalau Kak Cha nak ambil mail kat mailbox pun Kak Cha pakai tudung... Dahlah dengan PJ's lagi. Are you sure you're okay, Kak Cha?"

Aku terlopong. Segera aku meraba-raba kepala aku yang tidak bertutup kemudian memandang baju tidur satin aku. Astaghfirullah!! Patutlah Dash senyum-senyum tengok aku tadi! Ngeee... dasar penyangak gatal! Aku terus berlari masuk ke dalam rumah menuju ke bilik aku. Aku perlukan tudung aku. Sebaik saja aku masuk ke bilik, aku terpempan melihat Dash ada tempat yang sama. Darah aku serta-merta mendidih. Gila apa mamat ni masuk bilik aku?!!

"What are you doing here, in my room?!" Aku tempik sekuat hati. "Keluar dari sini sekarang!"

Dash berpaling kat aku. Di tangannya ada frame gambar. "You simpan picture ni lagi?" Dia tunjuk gambar yang dia pegang tu pada aku. Gambar aku dan dia semasa baru habis SPM, tersenyum ceria ke arah satu sama lain. Sudah tentulah aku simpan lagi. Aku bukan sewel nak buang segala kenangan yang pernah wujud antara aku dan dia.

"Put that away, Dashiel!" Aku marah sambil mencekak pinggang. "Apa motif you datang rumah I pagi-pagi macam ni? Explain yourself!"

Dash senyum hambar. Frame gambar yang dipegangnya tadi diletakkan di atas meja kerja aku. "I... risau. I worried about you. Last night, you macam sedih. I takut you sakit ke apa.. you betul-betul buat I risau. So I stayed. I tak balik pun lepas I hantar you tu. I just wanna make sure you're okay." Aku terkedu mendengar penjelasannya. Dia tunggu depan rumah aku sepanjang malam? What the...? Kalaulah aku tahu dia ada kat luar dah lama aku pi ambil laptop aku.. haha.

"I..." Dia mendekati aku yang masih lagi kaku di depan pintu bilik. Tangannya menyentuh rambut aku. Sekali lagi aku tersentak. Beraninya mamat ni!! Aku tepis kasar dengan wajah bengis. Dia tersenyum serba salah. Mungkin sedar perbuatannya salah.

"You have a long and beautiful hair. I love it,"katanya dengan nada rendah. Hampir saja aku tak dengar apa yang dituturkan. Pujian Dash membuatkan aku malu. Aku mendongak untuk memandangnya tepat ke dalam matanya. Dia juga membenamkan matanya ke mata aku. Berderau darah apabila dia menghulurkan senyuman yang mempamerkan lesung pipitnya. Buat seketika, sunyi di antara kami.

"I'm sorry for everything yang you dah suffer. I'm sorry for hurting you,"bisiknya memecah sepi. Tangannya memegang pipi aku dan aku bagai dirasuk apa, hanya membiarkan saja. Kata-kata Dash memeranjatkan aku. Dia meminta maaf atas segala apa yang aku derita? Apa maksud dia?

Ketika aku hendak bertanya apa yang dia sedang katakan, dari luar bilik, aku terdengar suara lelaki berdehem. Lantas, aku berpaling. Ketika itulah, aku sedar bahawa aku sedang berhadapan dengan malapetaka. Ketika itulah, aku sedar bahawa aku sedang berhadapan dengan musibah yang tak mungkin aku elak lagi. Menggigil bibir aku memandang mereka yang turut memandang aku dengan pandangan tajam. Dan mereka itu ialah mak abah aku sendiri!

"Mmak...Aabah..."

Tergagap-gagap aku menyeru mak dan abah yang ada di depan mata aku. Aku menjeling sekilas pada Dash dengan rasa resah, cemas, bingung dan takut. Tapi Dash tetap tenang.

"Apa yang angah dah buat ni, nak? Masya Allah..." Mak menangis memandang aku dengan pandangan yang sangat kecewa. Abah pula turun naik dadanya menahan sabar. Aku jadi tak keruan. Terkial-kial aku mencari kata untuk menerangkan keadaan sebenar.

"Mak.. Abah.. Angah tak buat apa-apa pun. Percayalah kat angah,"kata aku dengan cemas. Air mata turut mengalir ke pipi. Aku meluru ke arah mak, cuba memeluk mak tapi pantas tubuh aku ditolak abah. Aku terjatuh ke belakang. Air mata kian lebat diperlaku sebegitu. Dash segera datang menolong aku berdiri.

"Berani kau kata tak buat apa-apa! Berdua-duaan macam ni.. serumah.. ini kau kata tak buat apa-apa!!" Suara abah memetir. Jantung aku seakan-akan berhenti saat ini. Aku menerpa ke tubuh abah dalam esakan. Abah tepis serta-merta.

"Pak cik, ini semua salah faham. Saya dan Chacha memang tak buat apa-apa. Sungguh." Dash bersuara tenang. Aku angguk bersungguh-sungguh, menyokong Dash. Abah merengus lalu kolar kemeja Dash ditarik dan dicengkam erat. Mak dah menjerit minta abah berhenti.

"Kau jangan nak menipu aku ye! Kau ingat aku buta? Kau ingat aku tak nampak kau sentuh anak aku tadi?!! Jantan apa kau ni?!" Bersama kata-kata amarah itu, abah terus menghadiahkan tumbukan ke muka Dash. Terkebelakang Dash dibuatnya. Mak segera memeluk lengan abah, cuba menghentikan perbalahan yang semakin hangat.

"Abah.. sungguh angah tak buat apa-apa dengan dia. Sumpah abah! Angah sanggup junjung al-Quran bah. Angah tak berdosa. Angah tak bersalah. Ini salah faham bah.." Aku teresak-esak menerangkan pada abah. Kaki abah aku peluk erat.

"Kau ingat aku bodoh?! Kau ingat aku percaya?! Dengan baju tidur... dengan rambut macam tu.. dalam rumah berduaan. Jangankan aku, kalau sesiapa tengok pun, sudah tentu mereka pun tak percaya!" Abah tengking sambil menolak badan aku. Aku terasa terhina dengan perbuatan abah. Sampai hati dia tak nak percayakan aku. "Kau ni memang anak tak sedar diuntung kau tahu? Aku dah hantar kau belajar jauh-jauh.. ini balasan kau pada aku?! Anak tak guna!"

Panggg! Satu tamparan singgah ke muka.

"Abang.. sudahlah. Sudahlah abang.. Jangan pukul dia lagi." Rayu mak dalam tangisan.

"Pak cik, mak cik... sungguh kami tak buat apa-apa. Saya hanya datang sebab nak tumpang tandas dia semata-mata. Chacha tak salah pak cik. Saya yang bersalah." Dash berkata kepada abah dalam tegas. Aku memandang dia, berharap dia dapat melepaskan aku dari bala ini.

"Tumpang tandas?!! Kau ingat aku bahalol?! Tak usah nak tipu aku!" Abah terus memekik. "Aku nak kau bertanggungjawab dengan perbuatan hina kamu berdua ni! Aku nak kau nikah dengan dia secepat mungkin. Kau dengar?!!!"

Pandangan aku berpinar-pinar sebaik sahaja mendengar perkataan nikah. Bagaikan berhenti segala rentak nafas. Sakitnya hati. Sakitnya otak. Aku terduduk merenung kosong pada mak dan abah. Kenapa semua ini boleh berlaku dalam sekelip mata? Aku terus menangis tanpa berfikir apa-apa lagi. Aku sudah buntu. Kalau aku terang berkajang-kajang sekalipun, abah tetap tidak akan percaya. Sepatutnya aku tak membenarkan Dash masuk ke rumah aku. Sepatutnya aku buat tak endah saja dengan permintaannya. Sepatutnya aku tak bersama dengan dia dalam bilik. Ya Allah.. dugaan apakah ini???

"Angah, kau dengar tak apa aku cakap ni? Kau kena kahwin dengan lelaki ni kau faham?!"

"Tapi bah..." Aku cuba bersuara tapi abah pantas mencelah.

"Tapi apanya?!! Kau nak cakap kau tak mahu kahwin?!" Abah menerpa ke arah aku. Rambut aku ditarik kasar. "Eh! Dahlah kau dah palit arang kat muka aku, lagi kau nak bantah-bantah cakap aku? Buat dosa tahu.. nak tanggung dosa tak mahu. Manusia jenis apa kau ni? Kau tak reti malu ke?!!" Aku nampak tangan abah dah naik tinggi. Hanya menunggu saat saja tangan itu sampai ke pipi aku. Tapi Dash segera menghalang perlakuan abah.

"Sudahlah pak cik. Jangan pukul Chacha lagi. Dia tak bersalah." Dash menutur rendah seperti tenaga dia juga sudah hilang. "Jangan pukul dia lagi." Ulangnya sekali lagi.

"Oh, kau nak mengajar aku pula?!!" Abah tolak dada Dash.

"Abang! Sudahlah tu! Kita selesaikan cara elok." Makin lebat air mata mak aku tengok. Tak pernah aku tengok mak sehiba itu. Ya Allah.. apa aku dah buat ni?

"Selesai cara elok apanya?! Anak kamu ni dah memalukan saya. Dasar anak tak guna! Aku tak kira walau macam manapun, aku nak budak ni nikah. Kalau tak mahu, aku sendiri pergi heret ke pejabat agama nanti!"

"Mak.. abah.. tolonglah jangan buat angah macam ni! Angah tak bersalah! Jangan hina angah macam ni. Percayalah cakap angah. Angah sanggup junjung Quran bah.. mak. Sumpah angah tak salah! Tolonglah mak.. percaya pada angah."  Aku merayu pada mak. Mak memeluk aku seerat mungkin. Aku menangis di dadanya, mengharapkan dia percaya kata-kata aku.

"Aku tak kira kau bersalah ke tak bersalah. Aku nak kamu berdua bertanggungjawab!" Sekali lagi, suara abah memetir. "Kau dengar sini angah.. kalau kau tak mahu bernikah.. kau bukan lagi anak aku! Kau faham?!!!"

"Abang!" Mak menjerit.

Jantung aku bagai terhenti. Nadi terasa tidak lagi berdenyut. Aku merenung abah dengan pandangan kosong. Sampai macam tu sekali abah hukum anak sendiri? Tapi aku sudah kata aku tak bersalah. Kenapa masih lagi mahu menegakkan benang yang basah? Kalau aku bukan anak dia lagi, aku jadi anak siapa? Abah, kenapa abah buat angah macam ni? Aku meraung sekuat-kuat hati. Nyata, aku sudah hilang pedoman. Aku sudah hilang akal. Aku sudah hilang maruah. Tak pernah aku rasa hina sebegini.

"Mari Mekar kita keluar dari tempat maksiat ni. Aku dah tak sanggup nak duduk lama-lama kat sini." Abah tarik tangan mak yang sedang erat memeluk aku. Mak keberatan untuk melepaskan aku. Bersungguh abah cuba menyisihkan aku. Akhirnya, mak tak terpaksa membiarkan dirinya ditarik pergi. Aku berteriak memanggil mak.

"Pak cik!" Dash memanggil abah. Abah berpaling memandang dia dengan api kemarahan yang meluap.

"Saya akan menikah dengan Chacha. Saya akan bertanggungjawab. Tapi dengan syarat..."

Abah menanti ayat Dash untuk disambung. Aku juga menanti dengan penuh debaran. Sudah gilakah lelaki ni??? Apa yang dia nak buat ni?

"Saya nak buat majlis saya sendiri. Pak cik tak boleh masuk campur sikit pun!" Dash berkata tenang tapi pedasnya tetap juga terasa. Aku bertambah bingung. Abah merengus kemudian terus meluru keluar dari rumah bersama mak. Aku menangis dan terus menangis. Namun aku tahu.. sebanyak mana air mata ini tumpah sekali pun, aku tak mampu mengubah keadaan yang sudah terjadi. Maruah aku hancur sekelip mata. Diri aku dihina oleh bapa aku sendiri. Penghinaan yang terlalu hina untuk ditelan bagi aku. Kenapa aku yang dipilih untuk menerima dugaan ini? Dugaan apa ni yang sampai aku tak berdaya mengelak segalanya? Aku benar-benar buntu dan tidak berdaya untuk menghadapi kenyataan yang terlampau pahit ini!

Dash melutut di sebelah aku. Dia memeluk aku seerat mungkin. Cuba menenangkan aku mungkin. Tapi aku tetap menangis tanpa mempedulikan dia.

"I'm sorry." Dia berbisik. "I'm so sorry."

"Shut up!" Aku tengking dia. Tubuhnya aku tolak. "Go away, Dash! I tak mahu tengok muka you lagi! Keluar! Leave!"

"Cha.."

"Leave, Dashiel! Leave!!!!" Teriakku dengan perasaan marah yang meluap-luap. Aku tolak dan terus tolak tubuhnya menjauh dari aku. Dash tiada pilihan. Dia bangun dan terus berlalu keluar dari rumah dalam terpaksa. Aku masih teresak-esak. Air mata tidak mahu berhenti dari terus mengalir lesu.

Hiba.

Pedih.

Sedih.

Hidup. Tiada. Makna.

Sunday, October 16, 2011

rhapsody of love 26

"Oit" Fendy ketuk meja aku. Aku pandang dia dengan dua belah kening terangkat tinggi. Dia tersenyum. Di tangannya ada dua bekas tupperware. "Lunch?"

"For me?" Suara aku naik dua oktaf. Buat-buat terkejut.

"Huk aloh! Terkejut la konon tu..." Fendy buat muka.

Aku gelak kemudian berpaling semula pada laporan salah seorang pesakit aku. Aku mengeluh. Penunggang motor kena langgar dengan lori tuuu... Kira nasib baik sempat diselamatkan semalam. Berpeluh aku kat dalam OR semalam semata-mata nak keluarkan besi yang terodok terus ke dalam perut pesakit tu. Kalau salah tarik, arteri boleh koyak dan pendarahan akan lebih banyak berlaku. Masya allah. Thank god the operation went well.

"Makanlah dulu kut ye pun..." Fendy letakkan salah satu tupperware tu kat depan mata aku. Aku tersengih. Laporan pesakit segera aku letak tepi. Memang dah lapar sangat ni. Aku buka tupperware, tengok ada nasi berlauk dalam tu... Mak aihh... kecur air liur! Bismillahirrahmannirrahim...

"Cha, nak tanya sikit?" Fendy buka mulut tiba-tiba.

"Shoot." Jawab aku off-handed. Biasalah aku kalau dah menghadap makanan. Kalau Chris Evan lalu depan mata pun aku buat dek je.

"Kau bila nak kahwin?"

Buhh! Tersembur nasi keluar dari mulut aku. Fendy gelak-gelak sambil hulur air mineral sebotol kat aku. Aku kasi jeling kat dia. Berani dia tanya soalan sensitif tu. Memanglah nak kena debik jantan sekor ni.

"What's the fire la?" Aku bertutur rendah. "Aku taulah kau nak kahwin bulan depan. Janganlah tarik aku sekali."

"Com'on. Stay grounded. Kita bukannya muda."

"Aku muda je." Tanpa nada.

Fendy gelak. "Takkan nak membujang sampai ke tua?"

Aku angkat bahu. "Tak kisah kalau membujang pun."

"Takkan tak pernah bincang dengan boyfriend?"

"Don't have any."

Kening Fendy naik satu inci. "Tak percayalah.."

Cebik. "Depends."

"Carilah"

"Tak ada masa."

"Alasan!" Fendy merengus.

Aku angkat bahu aje.

"Tak rasa jealous ke kat orang yang dah kahwin?" Fendy tanya lagi. Aku ingatkan dah habis. Aishhh... teringin nak jadi wartawan rupanya kawan aku ni.

"Tak baik iri hati. Penyakit hati tu."

Fendy tepuk dahi. "Kau memang alien ah."

"Nup. I'm actually a vampire." Aku sengih serba tak kena. Fendy hantar senyuman yang susah aku nak tafsir. Sekilas pandang macam senyuman memerli.. tapi entahlah.

"Wassup with you and marriage anyway?" Soalan Fendy betul-betul buatkan aku nak hantuk kepala kat dinding. Aku terdiam. Memikirkan jawapan yang aku sudah tahu. Percaya atau tidak, aku sebenarnya sangat cemburu dengan along, dengan Maira, dengan sesiapa sahaja yang dah berkahwin... Aku cemburu sebab dorang dah jumpa kebahagiaan dorang sedangkan aku...? Hehhh... entahlah. Jangan kata kahwin, steady boyfriend pun tak ada. Berangan jelah.

Aku bukan tak nak kahwin. Aku nak. Tapi masalahnya nak kahwin dengan siapa? Kalaulah jodoh tu jatuh dari langit tak apalah. Kalau nak diikutkan sebenarnya benda ni takdelah complicated sangat. Boleh aje aku suruh Tok Wan carikan seorang lelaki yang baik, alim, hormat mak bapak aku dan paling penting.. hormat dan sayang aku. Tapi entahlah. Hati aku kuat mengatakan ada seseorang kat luar sana menunggu aku. Tapi siapa?

Aku biarkan soalan Fendy sepi tanpa jawapan.

****

Dah enam setengah! Wohoo~

Aku capai beg laptop lalu sangkut ke bahu kemudian menapak ke luar hospital menuju ke kereta Myvi aku. Penat ya Rabbi. Dah satu hari setengah bertapa kat hospital rasanya memang wajib kalau aku excited nak balik pun.

Baru aje aku nak keluarkan kunci kereta, aku ternampak Dash berjalan perlahan-lahan ke arah aku dengan kedua belah tangan dalam poket. Mata terpaku ke wajahnya. Kali terakhir aku tatap muka dia masa pertemuan di Sunway tempoh hari. Tiba-tiba, pipi terasa panas apabila Dash melemparkan senyuman. Sah! Aku dah gila. Efek bertapa dalam hospital lama sangat niii...

Dash berhenti betul-betul depan mata aku. Dia memanjangkan tangannya, mencapai beg laptop yang tersangkut di bahu. Bibirnya masih melengkung ke atas membentuk senyum segaris. Lesung pipit di sebelah kanan kelihatan jelas. Selama ni aku tak tahu pula mamat ni ada lesung pipit. Mata beralih pada jambang nipis yang sudah dikemaskan.

"Like what you see?" Suara dia bergetar rendah. Darah terasa naik ke atas muka. Aku segera berpaling ke arah lain. Pipi saya panas. Pipi saya dah panas gilaaa...

Dia ketawa kecil. Kepala aku digosok kemudiannya. "Kunci please?"

Aku dongak dan pandang dia. Kening dah berkerut. "Nak buat apa?"

"I hantar. You tak payahlah drive. Jom kita naik kereta I. Kereta you tinggal sini." Dia tarik lengan aku. Terpaksa juga aku ikut rentak kaki dia. Kami berhenti depan kereta Audi dia yang bersinar megah tu. Sakit jiwa aku tengok kereta dia sebab aku teringin jugak nak pakai kereta canggih macam ni. Namun apakan daya...

"Esok I nak pergi kerja macam mana?" Aku garu pipi. Apa yang dia cuba nak buat ni? Aku nampak Dash senyum lagi.

"I hantar." Selamba.

"Haa?" Aku menjerit. Ini bukan pura-pura okey. Ini betul-betul terkejut!

"I hantar." Dia ulang. Pintu kereta sudah dibuka. Entah kena rasuk apa, aku masuk tanpa berfikir. Mungkin badan dah terlalu lembit yang buatkan aku menurut segala perintahnya. Dash tersengih lebar sebelum dia menutup pintu. Tak sampai lima saat, dia dah ada kat sebelah aku, di tempat pemandu. Aku pejamkan mata. Tak nak tengok muka Dash yang tengah bahagia entah kenapa. Penat. Letih. Nak tidur sekarang juga.

"Dah makan?" Dash tanya. Aku buka mata dalam terpaksa.

"Lunch tadi." Aku jawab sambil tengok dia.

"Care to join me to dinner?"

"Penat."

Dash angguk dengan wajah hampa. Dia terus senyap dan meneruskan pemanduannya tanpa berpaling pada aku. Buat seketika, sunyi sepi di antara kami. Dan aku, dari mengantuk terus jadi serba tak kena. Aku serba salah jadinya. Kalau nak diikutkan perut aku memanglah lapar. Tapi....

"Bolehlah..." Aku cakap kat dia tanpa nada.

Dash angkat kening. "Dinner?"

"Dinner." Aku angguk.

Dia senyum. "Tesco boleh? I dah lama nak makan kat Warung Santai tu..."

"Nak makan apa je?" Warung Santailah pulakkk... Tapi takpelah. Dekat dengan rumah aku. Senang nak balik.

"Everything." Dash gelak.

"Perut naga ke apa you ni?" Aku kerut dahi. Dash geram dan terus cubit pipi aku. Aku tepis kasar tangan dia. "Memanglah tangan you nak kena potong dengan skapel."

Dash gelak lagi. Kali ni lebih kuat berbanding tadi. Aku malas nak layan, terus pejamkan mata. Tengah-tengah layan feeling mengantuk aku ni, tiba-tiba Dash sentuh bahu aku. Aku terus buka mata dan tengok muka dia.

"You penat." Dua patah perkataan itu laju menggegarkan gegendang telinga. Lembut. Tenang. Aku jadi gelabah mendengar suaranya. Darah mesti dah sampai ke muka sebab pipi aku terasa panas sekarang ni.

"Nak balik?" Dash kata sambil merenung muka aku dalam-dalam.

"Kata nak makan..." aku jawab perlahan. Aku tengok bibirnya tersenyum nipis membuatkan jantung aku berdebar-debar. Segera aku palingkan wajah. Aku tersedar. Eh? Bila pula kereta ni berhenti?

"Dah sampai?"

Dash gelak sambil angguk. "Dahlah sayang. Tak nampak signboard Tesco tuu.." Kata dia sambil memuncungkan bibir, nak tunjuk signboard TESCO yang memanglah besar gabak.

Ngeee~ Dia panggil aku sayang.... "Err...kita.. I... keluar dulu ah." Aku keluar cepat-cepat dari kereta. Rasanya dah tak sanggup nak bertapa kat dalam tu dengan mamat kasanova ni. Boleh sakit jiwa. Dash keluar dari kereta dengan muka selamba.

"Solat maghrib dulu eh?"

Aku angguk selepas dua tiga saat merenung dirinya yang tersenyum.

***

"Eiyyy!!! I nak ikan tuuu!" Terbeliak mata aku pandang Dash yang takde perasaan. Sampai hati dia habiskan ikan siakap sweet-sour tu. Waaa... terkilannya! Aku nak ikan tu!

"You dah makan banyaklah. Kasi lah kat I sikit.." Selamba aje dia jawab. Aku mengetap bibir menahan geram. Ada jugak yang kena cucuk dengan garfu ni... ngeeee~

"You yang banyak makan, nak kata kat I. Memanglah you ni nafsu makan mengalahkan haper tau...." rungut aku. Aku tarik pinggan yang berisi kangkung goreng belacan menjauh dari Dash. "Ini I yang punya. You tak payah!"

"Eh, apa pulak?!" Dia cuba tarik semula. Aku tepis dan jelirkan lidah.

"Ni I punya. You makan jelah tulang ikan tu." Memang aku saja je buat macam ni sebab aku tau betapa dia sukakan kangkung goreng belacan tu. Nasiblah.. siapa suruh makan perabis ikan siakap tu?

Dash gigit bibir. "Okay. Fine. Take that. I ambil sup campur ni. You tak payah."

Aku cebik. "Langsung tak kisah."

"Alaa... share laa kangkung tu. I nak sikit." Dia buat muka kesian. Menyampah betul. Ikutkan hati memang aku tak nak bagi. Tapi kangkung ni banyak sangat. Tak terhabisnya kalau aku nak melantak sengsorang. Jadi, aku bagilah kat dia separuh dan separuh lagi untuk aku. Dash tersengih lebar.

Selepas makan, Dash terus nak hantar aku balik (setelah diberitahu kat mana rumah sewa aku). Ada ke patut dia kata aku ni nampak macam dah nazak gila? Kejam sungguh metafora. Aku tahulah muka aku dah tak berseri. Mesti dia malu nak jalan dengan aku. Eleh.. tau sangat dah.

"You selalu pergi kerja pukul berapa?" Dia tanya aku sebaik saja kami sampai di depan rumah aku. Aku masih dalam kereta dia dan keadaan ini buatkan aku sangat tak selesa. Kalau kena tangkap basah ni memang free je...

"7.00 pagi." Aku garu-garu pipi aku sebab dah tak tahu nak jawab macam mana. Padahal soalan senang je. Bukan dia tanya soalan sains nuklear pun kan? Tak ke? Aku nampak Dash senyum nipis ke arah aku. Kebelakangan ni, aku tak boleh nafikan yang bahawasanya aku sangat suka tengok dia senyum. Aku pun dah tak tahu apa kena dengan kepala otak aku. Kadang-kadang bila aku duduk seorang diri kat rumah, fikiran aku boleh melayang pada dia. Kelakar pun ada sebab aku tak pernah macam ni sepanjang hayat aku.  Seolah-olah aku lupa perasaan benci aku padanya. Seolah-olah aku dan dia tak pernah terjadi apa-apa. Walaupun pada hakikatnya, dia telah meninggalkan aku suatu ketika dahulu.. terkontang-kanting menjalani hidup yang aku sendiri tak mampu jalani. Dia tinggalkan aku di saat aku benar-benar mahu dia disisi. Menjadi dinding untuk aku bersandar. Menjadi kapas untuk meresap segala tangisan aku. Dan sekarang aku bagai lupa semua itu. Aku tak faham kenapa.

"Pergilah masuk. Mandi. Tidur." Dia gelak kecil apabila tengok aku membisu merenung dia. Kepala aku, seperti kelazimannya, digosok bagai anak kecil. Mata terasa pedih. Pipi dah mula membahang. Segera, aku tundukkan kepala. Menyembunyikan air mata. Menahan esak yang dah tersekat di kerongkong.

"Cha? Kenapa ni?" Suara Dash bergetar lembut menampar gegendang. Dia angkat muka aku supaya mata kami bertentangan. Dash mengangkat kening sebelah, seolah-olah bertanya kenapa. Aku senyum serba tak kena. Mata dah gaya kena gas pemedih aje. Hati terasa sebak sangat-sangat.

"Cha, kenapa nak menangis ni? You sakit ke? Migrain?" Aku diam. Dash mengeluh. "Say something sayang... I risaulah macam ni."

Dia panggil macam tu lagi. Allah, dah nak leleh benar dah ni... Tabahlah hati.

Aku geleng-gelengkan kepala aku dua tiga kali. Get a grip, Cha. Jangan menangis depan dia. Aku dah tak sanggup nak duduk macam ni. Aku dah tak sanggup mendera hati aku lagi. Tanpa berkata apa-apa, aku keluar dari kereta dia. Separuh berlari untuk membuka pagar dan menutupnya kembali. Gelabah tak tentu hala semasa membuka pintu rumah.

"Cha!"

Aku dengar Dash panggil aku. Aku buat-buat pekak. Aku tak mahu ambil tahu. Yang aku tahu, aku cuma nak lari daripada dia.

Thursday, October 6, 2011

tahap kemalasan yang menggunung

Salam alayk. first ni bukan novel.. yep2... i repeat.. BUKAN. so dont'cha worry. Tak terbakar nya mata u ols kalau baca entry ni. Okeh~ maybe akan terbakar sedikit.

aku serius malas nak update novel merapu aku tuh... (sebenarnya tengah buat homework pasal doctor2 ni nak kasi cite nampak real...tapi...=_=') Puihhh~ memang malas gegila laa... hahaha... Sorry Wa.. terasa malas benar ni... nanti aku da update, kau orang pertama aku roger.. kau kan pembaca setia...ngeh3...

Tapi dalam malas-malas aku.. aku rajin jugak panjat sekali sekala... ada sekali aku bukak.. aku tengok followers aku dah kurang satu angka.. Time tu terasa macam kena sepak bisu tang muka laa... hahaha.. Yelah. followers aku ada berapa je.. kalau dah kurang satu angka tuuu buatkan aku rasa kecil hati rendah diri je.. sampai hati!!*dramatik*

 To u yang dah unfollow my blog.. thanks for follow and then unfollow.. i tau blog i bosan.. takde gambar.. cite ngarut sampai ke petala ke tujuh.. thanks u bery bery much sir/madam.. i appreciate it.. =) *wink2*

Emmm... apa lagi nak update ek... Oh ye! aku dah dapat sambung belajar.. kuang3... ye ye ye... aku menganggur je sepanjang tahun ni.. nak buat camne? takde jodoh nak sambung belajar lagi.. haha... but dont'cha worry... aku akan mulakan perjalanan hidup aku sebagai student di tahun hadapan dengan izin ALLAH.. bulan 2, insya allah... lepas tu aku da takde ar nak rasa macam aku ni some loser yang datang dari ceruk mana... kahkahkah...


oklah... that's that. salam alayk! may allah bless yaaa