Tuesday, June 28, 2011

rhapsody of love 17

Bukan kerana dewan besar hotel Hilton-PJ ni terlampau mewah dekorasinya membuatkan mulut ternganga. Bukan kerana chandelier gabak lagi berkilat silau yang tergantung kat siling tu membuatkan mata terbeliak. Bukan juga sebab lantai yang bersinar ni dipenuhi haba bahang orang ramai mengakibatkan lari segala rentak nafas. 

Tapi disebabkan satu nama... aku jadi begitu.

"Maira, balik. Now."

"Ek?"

****

"Mairaaaaa.... pleaseee,"rengek aku sambil senyum buat muka comel. Sambil tu aku curi pandang pada Aizat yang tergeleng-geleng melihat kita orang yang tengah buat drama spektra ni. Maira tergelak kecil. Dia ni suka buat jahat dengan aku laa..

Tercampaknya aku ke sini di rumah mereka kerana satu tujuan semata-mata. Agak gila sebenarnya!

"Bila?"

"Sabtu ni." Esok dah Jumaat.. Haiyakkk!

"Tapi takkan nak tinggal hubby aku pula kut..." Dia koyak sengih.

Aku buat muka.

"Tau la dia ni... Kalut sungguih!" Aizat menyampuk. Tangan kanannya disangkut ke bahu Maira. Manakala isterinya senyum memandangku yang bermuka seposen.

"Ekelleh dua makhluk ni. Korang dah kawin for a month tau tak? Dah pergi honeymoon, candle light bla bla bla... takkan tak boleh berenggang langsung-langsung. Aku laaa.... sangat alahan dengan couple yang terlampau melekat ni." Aku bebel tak puas hati.

"Oik! Banyak bunyik pula. Ni nak aku tolong ke tidak?" Maira ugut. Wajah dia dah bertukar jadi mak beruang kutub Selatan. Sangat menggerunkan. Aizat sekadar ketawa.

"Hehe.. Nak. Of course la nak." Terkulat-kulat aku depan Maira. Cess~ Buat garang dengan aku eh? Tapi kan.. kalau tak disebabkan invitation ke majlis reunion sekolah menengah batch aku tu takdenya aku bersusah payah datang nak mintak Maira tolong. Aku bukannya rapat mesra alam sangat dengan budak-budak sekolah aku dulu. At least kalau ada Maira, okey sikit sebab aku tak naklah terasa begitu kekok nanti.

"Tak boleh ka kalau tak pergi?" Aizat berbunyi.

"Pernah ke orang tak pergi reunion?" Aku bidas.

"Pernah je..." Maira servis selamba.

"Tapi kalau tak pergi orang kata aku dah mati..." Aku smash balik.

"Boleh je cakap busy or ada hal..." Aizat kasi sebiji.

"Or maybe... boleh cakap you're not in the town." Maira back-up laki dia.

Aku dah berasap pandang pasangan suami isteri ni. Sabar jelah..

"Ni cara terhormat nak tolak permintaan aku lah ni kan?" Gumamku di bawah nafas. Mata dah terasa pedih entah kenapa. Mungkin sebab Maira tak nak tolong aku masa aku betul-betul perlukan pertolongan. Aku ajak pergi reunion je. Bukan ajak pergi buat jenayah pun. Yang beriya-iya potong cakap aku kenapa??? Uhuk~ Sedih!

"Okay. Fine. Tak nak tolong takpe."

Maira gelak. "Ececececece... konon. Tak tolong sungguh kang..."

Eeeeeee!! Dia ni jahat laaa.. Aku menjeling Maira yang dok tersengih musang si guntang padaku. Aku kerat muncung tu satgi baru tau langit ni tinggi ke rendah.

"Nak teman ke tidak ni?" Aku dah mula nak give up. Kalau tak nak temankan aku, cakap biaq terang ceq oi. Boleh aku pergi cari orang lain sementara masa masih ada ni. Sungguhlah aku lemas dengan Maira ni. Berteka-teki aje.

"Jap. Aku tanya hubby terchenta aku jap.." Maira menoleh ke arah Aizat yang masih tidak padam dengan senyuman. Nampak bahagia sungguhlah dia orang ni. Aku melihat Maira sedang bercakap-cakap dengan Aizat. Sesekali nampak seius, sesekali gelak, sesekali senyum. Indah ke bercinta? Aku tak tahu sebab aku bukan seperti Maira dan Aizat yang dah tempuh segala-galanya dalam cinta. Tapi melihat dia orang berdua ni, kenapa aku rasa cinta itu indah? Ugh~ Apa aku mengarut ni? Sejak bila aku berfalsafah pasal lovey-dovey thingy ni? Snap out of it, Cha!

"Cha! Oi, Cha!" Maira menggawang-gawangkan tangannya di depan mataku. Aku terkebil-kebil buat seketika. Apabila kembali ke dunia nyata, baru aku memandang Maira dan Aizat yang pelik melihatku.

"Pehal?" Aku buat-buat tanya.

"Yang dok pi berangan merentasi lautan Sunda kenapa? Hang angau kat sapa?" Aizat ni laa... mulut laser betul.

"Mana aku berangan. Aku dok buat hipotesis pasal hangpa berdua." Aku gelak. "So, boleh tak Zat pinjam isteri kau sat?"

Pap! Maira tampar lengan aku. "Ingat aku barang?"

Aku gelak lagi.

"Boleh je." Aizat angkat kening dua kali. "Bawaklah nak pergi mana pun. Tapi make sure she's safe and secure. That's all I'm asking."

"Uuuu..." Aku cuit peha Maira, mengusik. Maira rolled eyes je. Konon habis kontrol la tu. Padahal tak sedar pipi dah merah padam bukan main lagi. Aku dan Aizat sama-sama gelak. Tapi dalam hati tercuit sedikit rasa. Cemburu? Ya kut.

Walaupun Hilton-PJ tu takdelah jauh mana, tapi terasa lama betul nak boleh ke sampai. Jalan jammed. Entah sebab apa. Naik kebas duduk dalam kereta. Mujur ada Maira. Boleh diajak berbual bergebang dalam masa kecederaan gini. Macam-macam jadi topik perbualan. Kereta waja tu hodoh laa... Kereta sebelah punya pemandu korek hidung laa... Ada ke orang tu pakai baju spagheti tank top la...  Haha. Terasa jugalah penambahan dosa dalam kehidupan seharian semakin meningkat. Asyik nak kondem orang je. Manusia memang macam tu kan?

Sekadar berbaju kurung moden berwarna biru laut dan pashmina yang dibelit-belit sambil ditemani Maira yang berbaju kurung moden dan berselendang berwarna purple lembut, aku masuk ke dalam hall hotel Hilton-PJ tu dan terus pergi dekat registration desk nak daftar nama.

"Chacha? Is that you?" Perempuan yang jaga desk tu tanya aku. Aku pula dah berkerut-kerut muka cuba mengingat semula.

"Ni aku laa.. Sofea. Tak ingat?" Dia yang bernama Sofea berbunyi lagi.

Oh. Dah ingat.

"Phea? Phea yang terror Bio tu? Biar benar?" Aku terkejut sambil belek-belek Phea yang kian cantik berseri dan she's pregnant. Sangatlah tak sangka! Aku gelak.

Phea turut ketawa. "Benar dan sahihlah ni."

Aku gelak lagi. "So happy for you laa... Anyhoo, where's my name tag? Kang security guard syak aku ni party crasher pulak kang. Oh, and by the way... ni Maira, bestfriend aku. She's with me."

Buat seketika Maira dan Phea bersalaman. Masing-masing tersenyum.

"Pak guard pun segan nak halau korang berdua. Stunning sangat." Cantik? Yelah sangat tu... Phea menghulurkan name tag yang sudah berisi nama padaku. "Enjoy the party." Aku angguk kemudian berpusing menghadap puluhan orang yang berada di sini. Ada yang tengah buat group, ada yang tengah peluk sakan, dan ada juga yang tengah makan berjemaah.

Aku peluk lengan Maira tiba-tiba. "Say that 'this is a bad idea'."

"This is a bad idea,"ajuk Maira sambil gelak-gelak.

Aku telan air liur. Masalah betul kalau orang yang tak berapa nak mesra alam macam aku ni. Nak pergi say 'hi' pun rasa macam terlekat pasir kat tekak ni. Padan muka kau, Cha. Nak sangat pergi reunion. Nah... ambik sebiji!

"Kau pucat." Maira tegur.

"Hehe." Aku senyum terpaksa.

Maira gelak. "Jomlah pergi booth makanan tu. Dok tercacang kat sini lama-lama nanti orang kata kita ni sculpture yang ditempah buat hias dewan ni. Hilang saham je." Maira tarik aku untuk melangkah ke meja yang ditempatkan untuk pelbagai hidangan makanan. Naik kecur air liur aku tengok semua makanan yang ada. Segalanya western!

"Chacha? Chachaaa!"

Ek? Siapa yang panggil aku ni? Aku berpaling ke belakang sambil menatang pinggan yang aku isikan dengan cupcakes. Terbuntang mata aku melihat orang yang ada di depan mata. Alhamdulillah! Akhirnya!

"Aww my man! Nine!" Aku separuh menjerit melaungkan nama lelaki di hadapanku ini. Zulkarnain a.k.a Nine merupakan classmate aku masa di tingkatan tiga. Naik tingkatan lima kami lain-lain aliran. Sebab tu aku tak banyak cerita dengan dia dah. Tapi dia ni memang nakal masa sekolah. Samalah dengan aku. Kira aku dengan dia ni satu grup jenayah zaman sekolahlah.

"Siapa ni?" Dia pandang Maira.

"Maira. Her friend." balas Maira selamba dan sengih.

"Have we met?" Nine senyum-senyum.

"Nine, back off. She's married already." Aku rolled eyes. Nine ni... memanglah kasanova!

Nine dan Maira gelak.

"Cess... baru nak masuk line." Nine sengih pula. "How 'bout you? Dah kahwin? Kerja apa sekarang? Gilalah lama tak jumpa kau since habis spm."

Aku senyum segaris. "Kahwin? Takde orang nak. Kerja? Doktor kat Ampang. Yup, memang gila lama tak jumpa kau."

"Konon takde orang nak. Hot macam ni takde orang nak? Penipu la tu.." Nine cebik. Tangannya panjang mencapai cupcakes yang aku ambil tadi. Kemudian aku, Maira dan Nine berjalan perlahan-lahan ke arah meja kosong dan duduk di situ.

"Hot ke panas ke menggelegak ke.. memang takde orang nak. Tak caya tanya Maira then." Aku gumam.

"Betul ke Maira?"

"Picky sangat. Nak yang handsome, poket berkepuk je..."

"Oh, kalau gitu ambil aku. Kaya ni.." Nine buat lawak sambil tepuk-tepuk poket dia. Aku dan Maira pecah ketawa.

"Kau kerja apa? Anak bini mana?" Aku sumbat cupcake orange yang aku potong setengah masuk ke dalam mulut. Wajah Nine aku pandang. Handsome jugak mamat ni. Bercermin mata, rambut ala-ala Jason Ackles, not too sasa... Eh! Apa aku buat ni?

"Akauntan je. Aku ni mana nak kerja gah macam kau." Nine gelak. "Aku mana ada anak bini. Kut anak mata ada lah."

"Ahaa! Bolehlah kau masuk meminang si Chacha ni." Maira bagi cadangan sesedap oren dia.

Nine angguk. "Baik punya plan. Esok aku hantar rombongan eh?"

Aku membulatkan mataku. Geram tengok Maira dan Nine. Ada aku kasi penampar Melaka jugak nehhh... Tengah aku geram-geram ni, aku nampak Nine dah mencuri pantas cupcake aku yang terakhir. Ternganga mulut aku.

"Weh! Lanun!!" Bahu Nine aku tolak perlahan. Nine pecah gelak. Eeee...sabar jelah! Aku jeling dia dan pinggan aku yang kosong tu. Maira dah mula offer makanan yang ada dalam pinggan dia. Tapi aku tolak. Aku nak cupcake laa... Aku pandang Nine yang tak habis lagi dengan gelak dia sekali lagi. Bibir terukir senyum. Bukan selalu nak main-main curi pun kan?

"Tunggu kejap. Nak pergi refill. Kau ni Nine, penyamun betullah!"

"Ambil banyak sikit! Perisa orange tau!"

Banyaklah kau perisa orange ke apa ke! Aku bergerak ke booth makanan seorang diri. Biarlah Maira melayan Nine tu sekejap. Mengenali Nine, aku yakin dia takkan mengorat isteri orang. Dan mengenali Maira, aku yakin dia bukan si mata rambang. Jadi, tak perlu risau pun. Tak ke?

Tangan teragak-agak untuk memilih cupcakes yang berwarna-warni itu. Berbintang mata ni kejap. Yalah, bukan selalu dapat makan benda-benda sedap ni. Aku dalam dilema!

"Try strawberry." Satu suara menyapa lembut ke gegendang telinga. Serta-merta, seluruh badan keras. Terasa ada seseorang di sebelah. Aku teragak-agak untuk berpaling. Mata mendarat pada shades hitam berkilat yang tersangkut di batang hidung, menutupi kedua matanya.

Eh? Aku kenal shades tu!!

"Sedap flavour strawberry tu.."

Mamat yang kat hospital tu...

"I dah rasa tadi.."

Tapi macam mana..?

"Kita satu sekolah? Satu batch?" Soalan laju keluar dari mulut tanpa ditahan. Aku merenung lelaki itu. Dia nampak tenang saja. Memang tak kena langsung pakai cermin mata hitam dengan pakai baju Melayu kaler purple with the sampin segala. Aku menahan ketawa. Tapi... tetap nampak macho. Dan suara dia... memang mencairkan. Jantung sudah berubah rentak. Apa hal pula dengan jantung aku ni?

Dia tak jawab soalan aku sebaliknya tersenyum nipis.

"You yang I jumpa kat hospital tempoh hari kan?" Aku tanya soalan lain pula.

"You cam pula?" Selamba dan tenang.

"Couldnt forget that shades of yours." Aku gelak.

"You cam I sebab my shades?"

Aku angguk. Dia pula yang gelak.

"Kalau I tak pakai shades, you cam I tak?" Bibirnya terukir senyuman. Aku merenungnya dalam-dalam. Senyum itu... macam pernah aku tengok je..

"Wajib ke I cam you?" Aku angkat kening sebelah. Mamat ni ada aura... "Kita satu kelas ke dulu?" Kening dah berkerut. Fikir, Cha fikir. Mana kau pernah tengok senyuman tu? Kat mana?

Dia angguk. "Dari form 1 sampai form 5 I jadi classmate you." Perlahan suaranya.

Eh?

"In fact.. dari tadika lagi I jadi classmate you." Suaranya kian perlahan.

Ta. Di. Ka. ?

Baru aku nak membuka mulut, tiba-tiba seorang lelaki yang entah dari mana datang memeluk leher dia. Aku terkebil-kebil seketika melihat dua manusia yang sedang bergurau di hadapanku. Sambil itu, otak aku seakan-akan pita rakaman yang berulang-ulang. Berulang dengan setiap kata-kata lelaki berkaca mata itu.

"Kau ni memanglah Dashiel Saiffullah!! Usha awek cun sorang-sorang. Kawan apa ni?!"

"Weh!" Suara lelaki itu memetir.

Lelaki berkaca mata hitam itu segera menolak kawannya ke tepi. Dia mendekati aku yang nyata terkebil-kebil melihatnya. Shades sudah ditariknya, mempamerkan mata itu. Tapi dia tak bercakap apa-apa. Hanya terkial-kial mencari kata.

Tolonglah siapa-siapa kat sini cakap semua ni tak berlaku! Tolong? Somebody? Aku tak terasa darah mengalir lagi. Seolah-olah nampak hantu. Tapi ni bukan hantu... Dan itu...

Mata dia.

Kejap. Tengok betul-betul, Cha.

"Hey.."

Mata dia.

Cha, kau kena guna Eye More ni. Tak jelas sangat.

"I... I.."

Mata dia.

Tak...

Betul...

Okey, mata dia.

"Err... I need to go." Aku cakap mendatar dan laju menapak ke arah Maira. Tangan Maira aku tarik kasar. Terkejut kawan tu. Nine juga tercengang dengan tindakan aku. Tapi aku tak peduli. Oksigen. Aku nak oksigen. And some udara too. A.S.A.P!

"Maira, balik. Now." Tertahan-tahan nafas aku. Kepala dah terasa berdengung. Janganlah aku leleh kat sini. Tolonglah, Tuhan.

"Eh?"

"Please." Sebak. Tak tahan.

"Okey."

No comments:

Post a Comment

sekupang.. dua kupang.. tiga kupang.. nah! aku kasi kat hangpa!