Showing posts with label aksara. Show all posts
Showing posts with label aksara. Show all posts

Tuesday, January 3, 2012

rhapsody of love 31

Boleh tak kalau nak undur masa?

Petang tadi majlis bertunang dah mengalahkan majlis kahwin. Lima buah khemah tu. Keluarga Dash siap datang 20 kereta tau. Saudara-mara aku pun penuh. Aku tak tahulah kenapa nak jemput seluruh manusia dalam bumi ni padahal majlis tu sebenarnya untuk bertunang aje. Tok Wan kata, bukan dia ataupun mak yang jemput semua orang datang. Rupanya P.A Dash yang cari semua contact number saudara-mara aku. Aku terus tak jadi nak terkejut. Alaa.. orang kaya macam dia memang boleh buat semua benda tu. Asalkan ada duit, masalah sebesar planet Marikh pun boleh selesai. 

Masa mummy Dash nak sarungkan cincin tunang, aku terasa nak buka silat apabila tengok cincin tu. Cincin tunang pun kasi yang mahal-mahal. Aku tak faham betullah. Kasi cincin murah-murah sudahlah. Tak macam kena kahwin paksa langsung. Sempat jugalah aku jeling kat Dash yang tersenyum sebelah pak cik dia masa upacara serah cincin tu. Aku tahu Dash perasan sebab aku nampak dia tengah tahan gelak. Sungguh menyakitkan hati!

Sepanjang majlis tu berjalan dari awal pagi sampailah dah habis majlis, hanya keluarga Dash aje(terutamanya mummy dia), yang sibuk layan aku, berborak dan bercakap dengan aku sampai aku naik segan dengan layanan mesra dia orang. Keluarga aku? Hanya ada masa sarung cincin aje. Kemudian hilang entah kemana dan buat hal masing-masing. Kasihan juga bila tengok family Dash kena layan diri sendiri. Nasib baik Pak Chu, Maira dan Tok Wan ada. Kalau tak, aku tak tahulah apa jadi.

Aku tilik cincin tunang yang ada dekat jari manis. Angin malam menampar-nampar pipi aku. Seolah-olah menyedarkan aku yang ni bukan sebuah mimpi. Bibir cuba nak senyum tapi hati tak terasa nak buat macam tu. Otak aku tak bagi buat benda-benda yang orang boleh sangka aku ni tengah bahagia sebab memang pada hakikatnya aku sedang merana tak terkata. In the end of the day, aku jadi tunang orang akhirnya dan tunang aku tu adalah bekas kawan baik aku sendiri... 

Takdir ke lawak sinetron ke apa sebenarnya ni?

"Melamun..." Aku dengar suara Pak Chu. Aku toleh ke sebelah kiri dan tengok Pak Chu tengah senyum sambil pegang Daaz. "Tepi sikitlah. Gemuk sungguh." Dia tolak bahu aku suruh ketepi padahal ruang pangkin ni gila la luas. Aku ikut aje sebab malas nak bertelagah dengan dia. 

"Fikir apa? Pak Chu tanya.

"Nothing."

"Teringat tunang?"

"Ha-Ha." 

"Dia orang dah balik KL ke?"

Geleng. "Kat A'famosa nun. Tidur sana."

"Aaa... Pak Chu lupa. Cha balik dengan tunang Cha kan? Kalau dorang dah balik, Cha nak balik naik apa kan?" Pak Chu gelak. Aku dapat rasa tiada keikhlasan dalam tawa dia. Aku pandang Pak Chu lepas dia dah habis gelak. Dia buat selamba sambil melahap aiskrim.

"Pak Chu nak cakap apa sebenarnya? Cut the crap and straight to the point." Aku cakap tanpa nada. Rasanya aku sendiri dah tahu apa yang berlegar dalam otak Pak Chu. Aku tak sangka Pak Chu pun sama aje macam orang lain. Pandang serong pada aku.

"Pak Chu kecewa."

Aku gelak hambar. "Bukan Pak Chu sorang."

"Tapi Pak Chu lain." Pak Chu mengeluh.

Aku angkat kening. "Apa yang lain?"

"Pak Chu kecewa dengan Cha sebab Cha tak beritahu masalah ni pada Pak Chu. Bukan sebab apa yang dah jadi pada Cha dan Dashiel. Pak Chu kecewa sebab Cha ketepikan Pak Chu. Selalunya kalau ada apa-apa masalah, Cha mesti kongsi dengan Pak Chu. Do you not trust me??" Pak Chu sentuh pipi aku. Dia usap pula kepala aku dua tiga kali. Perbuatan Pak Chu membuatkan mata aku jadi panas dan pedih. Pipi terasa hangat. Hati mula sebak. Aku terus benamkan muka aku di bahunya. Pak Chu peluk aku dan tenangkan aku.

"I'm..sorry.. so..sorry..." Aku tak dapat nak cakap dengan betul apabila tersedu-sedan macam ni. Terhingut-hingut bahu dibuatnya menahan esak. Sejak dari petang tadi, aku tahan diri aku daripada menangis. Aku kuatkan diri semata-mata majlis tu. Aku tahu dan aku perasan yang semua orang jauhkan diri daripada aku. Termasuklah adik dan along... adik-beradik aku sendiri. Aku bukannya bodoh. Aku bukannya tak nampak. Yang buatkan air mata ni tak mengalir sebab adanya Maira. Kalau tak, memang dah lama aku angkat kaki. Biar lantaklah dengan majlis tu.

"Betul ke Cha buat semua tu?"

Aku geleng. Bersungguh-sungguh aku geleng kepala. "Orang tak salah Pak Chu. Orang buat silap tapi orang tak salah! You must trust me!" Aku cengkam lengan baju Pak Chu. Aku nak Pak Chu percaya pada aku yang aku memang tak bersalah. Aku nak Pak Chu faham yang semua ni salah faham. Pak Chu senyum kat aku dan pegang kedua belah pipi aku.

"Pak Chu percaya. Always have. Always will." Dia cium dahi aku. Makin lebat air mata aku keluar apabila aku dengar kata-kata Pak Chu. Rasa bersyukur sebab sekurang-kurangnya ada juga ahli keluarga sendiri yang tak buang dan percaya pada aku. 

"Thanks Pak Chu."

"No biggie."

Aku masuk bilik lepas dah dekat sejam aku menangis berbantalkan bahu Pak Chu. Tu pun sebab Pak Chu yang suruh masuk tidur kalau tak dua jam pun aku mampu menangis. Aku gosok mata yang dah sepet dan bengkak semacam ni Kalau kata aku anak Cina pun orang mesti percaya. Badan pun dah gaya sotong hilang air. Aku jalan dalam gelap nak pergi kat katil. Tiba-tiba aku tersondol entah benda apa... nyaris aku nak tersungkur cium lantai. Aku dengar bunyi orang mendengus. 

Ek? Adik ke? Takkanlah? Aku pejam celikkan mata. 

"Jalan tu pakai mata ke tak?!"

Laa... memang adik pun.

"Pakai tapi kan gelap. Mata angah bukan mata superman." Aku balas mendatar tanpa nada. Adik mendengus lagi. "Kenapa tak tidur atas katil?"

"Suka hati oranglah nak tidur mana pun," gumam dia lepas tu selubung muka dengan selimut. Kening aku terangkat mendengar jawapan dingin tu. Selama ni adik tak pernah cakap dengan nada sebegitu dengan aku tapi sekarang dah berani. 

"Tidurlah atas katil. Biar angah tidur bawah. Kang demam pula."

"Tak payah nak tunjuk baik sangatlah!"

Zapp! Darah terasa menyerbu ke muka. Aku tak boleh nak halang apabila amarah mula bertandang dalam hati. Menggigil tangan aku menahan sabar. Adik, Cha.. tu adik kau. Banyak kali aku ulang ayat tu agar aku tak lupa bahawa Dahlia Zurinna tu satu-satunya adik aku.

"Tak... ni bukan sebab nak tunjuk baik ke apa. Adik tidurlah atas katil tu. Nanti adik demam. Sejuk kat bawah ni." Bergetar suara aku masa aku cakap kat adik macam tu. Aku duduk dan sentuh bahu dia. Sepantas kilat, tangan aku ditepis kasar.

"Don't you dare touch me!" tengking adik. Badan aku ditolak. Dia bangun sambil menjijit bantal dan terus naik atas katil meninggalkan aku terpinga-pinga. Setitis demi setitis air mata aku jatuh semula. Aku tekup mulut aku dengan tangan apabila esakan mula kedengaran. Aku baring dan cuba lelapkan mata yang kian membasah.

Dalam aku tengah berusaha nak tidur dan tahan menangis telefon aku yang berada dalam poket seluar tiba-tiba bergetar. Memang sejak pagi tadi aku setkan Sony aku ni dalam silent mode. Dahi aku berkerut. Mesej dari Dash? Aku mengeluh. Apa laa dia nak ni....

- Is it odd if i've got a hunch that ur crying rite now?

Ek?

+ It is odd.

Lepas aku balas macam tu, Dash terus telefon aku. Mula-mula, aku tak nak angkat. Tapi entah kenapa hati aku suruh tekan punat hijau tu, seolah-olah kehadiran dia sangat aku perlukan sekarang ni. Aku beri salam dengan suara yang aku cuba kawal.

"Don't cry sayang." kata Dash. Suara dia lembut memujuk. Sebutir air mata aku jatuh lagi. Aku tak tahulah kenapa banyak sangat air mata aku ni. Rasanya kalau aku buka kilang Eye More pun boleh kalau macam ni. Aku tarik nafas tapi gaya orang semput aje pasal dada aku sebak semacam.

"Mana ada I menangis."

"Cha, I ain't no idiot."

Aku gigit bibir bawah. "I tak menangislah."

"Esok kalau I tengok mata you bengkak.. siap you!" Dia ugut aku. "I sekeh-sekeh kepala you."

"Sekeh laa... kalau you nak bunuh I pun, I lagi suka.." Aku cakap macam tu tanpa sedar. Betul laa... otak aku dah tak berapa nak berfungsi dengan betul. Hehhhh....

"Cha..."

"Kenapa?"

"I'm sorry." Datar suara dia.

"For what?"

"For making you cry.."

Aku tersenyum hambar. Lama kita orang senyap macam tak tahu nak kata apa lagi dah. Aku dengar nafas Dash yang tak teratur. Aku pun lebih kurang sama. Kejap mengeluh.. kejap tarik nafas panjang.. kejap mengeluh lagi. Tiba-tiba, otak aku terfikir satu persoalan. Jadi aku kena tanya Dash untuk tahu jawapan untuk soalan kat dalam otak aku ni.

"Dash.." Aku panggil dia.

"Yes?"

"Kenapa you tinggalkan I dulu?"

Aku harap sangat dia jawab. Selama ni memang soalan tu aje yang bergayut dalam minda aku tapi aku tak berani nak tanya. Aku takut kalau aku tanya nanti dia akan hilangkan diri semula. Kadang-kadang aku tak faham dengan diri sendiri. Separuh hati aku selalu mahukan kehadiran dia seperti waktu dulu dan separuh lagi selalu tolak apa yang aku mahu.

"Kenapa you tinggalkan I dulu?" Aku ulang. "Kalau you tak tinggalkan I dulu  I yakin semua ni takkan berlaku. Kalau semua ni tak berlaku family I takkan buang I dan bencikan I. Dan.. I takkan terseksa macam ni. Kalau semua ni tak berlaku.. I .. I..."

"You takkan bencikan I kan?" Dia potong cakap aku.

"Yes. I wouldn't have to hate you." Suara aku naik satu tangga.

"Because.. back then... you're in love with me weren't you?" Dash selamba.

Aku terkedu.

"Am I right?" Dia tanya lagi.

Aku tak tahu nak jawab apa. Nak aje aku kata tak untuk mulut Dash tu tapi kenapa hati aku bergelodak tiap kali perkataan 'tak' tu bermain dalam otak? Maknanya.... betullah yang aku...? Arghh! Rasa nak baham pintu! Aku terus matikan talian dan campak Sony aku entah kemana. Ambil bantal dan tekup muka. Tamau fikir.. tamau fikir... tamau fikir...

But.. is it true that I am...

...in love with him... back then?

Arghh! Otak tak boleh nak pusing! Damn~

Wednesday, December 21, 2011

rhapsody of love 30

"Esok balik kampung!" Suara tegas abah menyentap segala urat saraf aku.

 Petang tu, lepas aje balik kerja dengan muka toya habis aku pergi 'menjunjung titah' ayahanda, bonda dan kakanda terchenta aku tu apabila abah tak ada ribut tak ada hujan telefon aku suruh balik rumah. Kata nak bincang sikit. Sikit tak sikit mana laa... Aku tengok situasi kita orang ni dah macam persidangan haper aje. Masing-masing muka ketat. Heee... aku tension!

"Kenapa kena balik?" Aku tanya juga sebab aku tak faham kenapa nak kena balik kampung. Raya pun lambat lagi kalau nak suruh balik kampung tiba-tiba. Tok Wan sakit ke?

"Kawan kamu tadi datang merisik." Mak jawab bagi pihak abah. Aku dengar abah mendengus sebelum mata aku mendarat pada mak yang duduk di sebelah dia. Along dengan Kak Long pula jadi pemerhati dari tadi.

Merisik? Kening terangkat sebelah. Tak beritahu aku pun nak datang merisik. At least kasi la tau kut ye pun. Tak ada laa aku terpinga-pinga macam ni. Mentang-mentanglah aku cakap 'You aturlah sendiri. I ikut je' hari tu... Sumpahlah aku nak debik jantan sorang ni.

"Balik kampung untuk apa?" Aku tanya mak.

"Untuk majlis bertunang kau lah!" sergah abah. Terkejut aku dibuatnya. Mak terus pegang bahu abah seolah-olah menenangkannya. Berdegup jantung aku. Terasa nak rebah kena sergah tiba-tiba. Ya Allah, tabahkanlah hati aku. Mata dah terasa panas berair.

"Yang eloknya kau ni terus nikah aje. Tak payah nak bertunang-bertunang. Kalau ikutkan hati aku ni, dah lama kau tu jadi bini orang tau tak? Akad nikah depan tok kadi dekat pejabat dia aje." sambung abah lagi dengan muka bengis. Aku telan liur mendengar kata-kata abah. Sabar, Cha.. Sabar..

 "Majlis bertunang ni cadangan keluarga kawan angah tu. Mak dia nak sangat buat ikut adat. Jadi mak setuju ajelah. Lagipun dorang kata dorang nak tanggung semua perbe..."

"Tanggung semua? Jadi keluarga kita tak keluar satu sen pun?" aku celah cakap mak. Terkedu.

Mak angguk. Wajah mak serba-salah.

"Memang aku tak nak keluar satu sen pun! Eh, bukan ke laki kau yang nak buat semua? Bukan ke dia kata aku tak payah masuk campur? Jadi, nak buat apa nak sibuk-sibuk keluar duit? Biar dialah nak tanggung semua pun. Aku lagi senang hati. Tak menyusahkan aku!" Suara abah melengking lagi.

Bibir aku bergetar menahan marah. Sabar, Cha, sabar. Orang yang teraniaya ni Allah sayang. Nanti-nanti abah akan nampak yang semua ni hanya salah faham. Kau kena sabar!

Aku tarik nafas sedalam mungkin. "Majlis bertunang tu bila?"

"Lusa."

Jadinya esok balik untuk persiapan jelah ye? Aku angguk kemudian bangun. Rasanya aku dah tak boleh nak  duduk lebih lama kat rumah ni. Rentung jiwa aku dengan sikap abah. Abah dah benar-benar berubah. Aku ni dah dianggap macam buakn siapa-siapa dah pada dia.

"Kalau macam tu, esok masa angah nak bertolak angah telefon mak. Angah balik dulu." Tangan mak aku salam dan cium penuh rasa rindu. Kalau boleh aku nak peluk sekali tapi aku tahu mak keberatan. Aku terpaksa tahan segala rasa aku ni walau pada hakikatnya aku nak sangat peluk cium mak. Aku hulurkan tangan aku pada abah. Tak bersambut. Bibir aku tersungging senyum kelat. Reaksi yang aku sudah pun duga. Aku dengar mak mengeluh.

****

Malam tu aku tak boleh tidur langsung. Aku kalih kiri kanan. Aku guling atas bawah. Tapi tetap mata ni tamau pejam. Sebenarnya aku masih sedih dengan apa yang berlaku dekat rumah abah tadi. Kenapa sampai macam tu abah layan aku??? Macam laaa aku nak sangat kahwin macam ni. And I never even wanted this to happen in the first place. Eiiii... kenapa? Kenapa? Kenapa?! Rasa nak... nangis. Aish! Tak boleh jadinya!

Aku bangun. Capai Sony aku dan terus dail nombor orang berkenaan.

"Hello." Malas bunyinya.

Dengar suara dia aje aku rasa nak menjerit. Biar dia pekak!

"What the hell are you thinking huh?!!" Aku pekik sekuat hati. Tangan aku menggigil sebab terlampau marah sangat. Aku dah tak mampu nak bendung perasaan aku. Makin aku buat tak tau makin gila aku jadinya.

"Whoa! Whoa! Sakit telinga laa..." Dia marah. "Did you know sekarang ni dah pukul berapa? Haishh.."

"Pehal you buat rancangan tak beritau I hah?" Air mata aku gugur sebutir di pipi. Entah kenapa aku rasa dah hilang tenaga sangat-sangat. Terhingut-hingut aku cuba tarik nafas. Aku kesat kasar air mata yang semakin lebat. Sakitnya hati Allah je tahu.

"I tak faham." Dingin.

"I hate.. you!" Memang benci! Terlampau benci!

"Hehhh...." Dash tenang aje. "I will call u back. Gotta go."

Aku tak sempat nak kata apa-apa, Dash dah pun matikan talian. Aku terpinga-pinga sekejap. Terketar-ketar bibir aku menahan segala rasa. Dengan lelaki ni ke yang akan jadi suami aku nanti? Dengan lelaki ini ke aku bakal jadi seorang isteri? Dengan lelaki yang tak berhati perut macam dia? Aku berteleku sambil membenamkan kepalaku di kepala lutut. Kenapa macam ni??? Ya Allah...

Tiba-tiba lagu Canon In D bergema menyedarkan aku. Aku capai Sony yang terkulai kat sisi aku. Dahi berkerut melihat nombor Dash pada dada skrin. Aku angkat tanpa rela.

"Open the gate. I kat luar."

Hah?? Aku ternganga.

"I'm not joking."

Tanpa berfikir apa-apa, aku terus capai selendang kat belakang pintu kemudian balut kepala untuk tutup rambut. Aku keluar menapak ke luar rumah. Sungguh, memang dia terpacak depan pintu pagar. Memeluk tubuh bersahaja membalas pandangan aku. Tu pakaian malam dia ke?

"Jangan risau. I takkan buat apa-apa yang boleh tambahkan benci you pada I lagi. I diri kat sini. I takkan masuk dalam,"kata Dash tanpa nada.

Benci? Sebaik sahaja perkataan tu masuk dalam telinga, darah terasa menyirap ke muka. Tangan aku refleks mencapai kolar bajunya lalu aku cengkam kuat. Dia tergamam. Bahu aku dipegang, cuba menjauhkan diri dari aku.

"Memang I benci you! Benci tahu tak? Terlampau benci!" Aku tengking tepat kat muka dia. Dash terkebil-kebil melihat kemarahan aku. "You pemusnah hidup I! You hancurkan masa depan I! You selfish dirtbag! I hate you!"

Aku tumbuk dada dia. Aku tolak badan dia. Aku tampar muka dia. Tapi dia tak marah. Dash diam. Aku berhenti dari pukul dia bila aku dah tak dapat nak bendung kesedihan. Air mata aku jatuh lagi. Entah untuk kali keberapa. Dash pegang bahu aku, sekelip mata aku dah berada dalam pelukan dia. Erat. Aku sembamkan muka aku ke dada dia dan aku menangis. Menangis semahu-mahunya. Ubun-ubun aku dicium dia.

"I hate you.." aku kata kat dia lagi.

"I know." Sekali lagi ubun-ubun aku dikucup.

"I really hate you.."

"Yep." Sekali lagi...

"I truly deeply hate you."

"Alright." Dan lagi..

Aku dongak, tengok dia. "Don't do that!"

"Do what?" Dash senyum nipis kemudian dia tunduk untuk cium kepala aku lagi. Zapp... pipi naik bahang! Aku tepuk pipi dia sekali. Dash bantai gelak. Pelukan makin dikemaskan sampai aku nak bergerak pun tak boleh. Ni kalau kena tangkap basah lagi ni.. memang innalillah la aku.

"Cha, let stay like this for a few minutes." Dash bisik.

Hah? Aku pandang dia. Pelik.

"I just wanna hold you like this. Please?" Dash pandang aku dengan renungan yang sukar aku tafsir. Aku tunduk, sembunyikan muka yang membahang kat dada dia. Dash ketawa kecil. "Esok you balik kampung kan?"

Aku angguk. Sebab tu laa... aku naik hantu. "You patut bagitahu I pasal majlis tunang tu. I macam orang bodoh depan abah petang tadi."

"Abah you marah ke?"

Angguk.

"Tu yang you jadi momok tadi tu ye?"

"Siapa momok?!" Aku tumbuk perut dia. Dia gelak je. "You memang suka tengok I macam ni kan. All messed up. Thorn inside out..."

"Sorry. Tapi you jugak yang suruh I handle everything kan?" Dia mengeluh. "Mummy yang suruh buat semua tu sebenarnya. I tak nak pun. Mummy kata.. dia nak buat majlis proper untuk one and only daughter-in-law dia. Hehhh..."

Bibir aku mengukir senyum tanpa aku paksa. Pipi aku hangat bila Dash cakap macam tu. Terasa macam... bahagia? Whoa! Hold up! Pehal aku nak bahagia-bahagia bagai ni???? Aku kan kena kahwin paksa!!! Wake up Cha!

"Esok balik dengan I eh?"

Erk?

"You ikut sekali ke?" Aku pandang dia.

Dia senyum. "The whole family ikut. Lagipun.. takkan I nak tinggalkan you sengsorang. Sekurang-kurangnya kalau I ada, abah you takdelah nak marah kat you aje. Mesti dia hambur kat I. So biar I jadi shield untuk you okeh?" Kepala aku jadi mangsa ciuman dia lagi. Dia tersenyum lembut. Aku terdiam. Lama. Mata aku terbenam di wajahnya. Merenung tanpa kata.

"Esok naik dengan I ye? Boleh?" Dash mengelus pipi aku. Serta-merta, jantung aku berubah rentak. Aku tunduk, melarikan pandangan ke lain.

"Err..erm.. okay." Pipi saya panas.. pipi saya panas!

Dash gelak. "Thanks, sayang."

Thursday, November 3, 2011

rhapsody of love 29

Lewat malam itu, aku bangun untuk solat tahajud dan istikharah. Solat taubat pun aku buat juga. Aku rasa dah terlalu banyak perkara sia-sia yang aku buat selama ni. Mulai dari saat ni, aku nak perbanyakkan solat sunat dan mengaji Quran. Menangis sampai tercabut-cabut mata pun bukan boleh tolong aku apa-apa. Kalau ini salah satu ujian Allah untuk aku perbetulkan hidup aku, aku kena redha.

Masa kat Bandung dulu, bila aku susah hati aje, aku selalu baca surah Dhuha dan Insyarah sebab mak kata surah tu untuk kasi hati tenang. Boleh katakan hari-hari aku baca. Tapi sekarang ni aku dah jarang amalkan. Patutlah hati resah gelisah aje. Manusia memanglah macam ni. Bila susah baru nak cari Tuhan. Aku geleng-gelengkan kepala aku. Terasa kesal pula dengan perangai aku yang tak senonoh ni. Bila lah nak berubah?

Aku tutup Quran mini tafsir yang aku beli masa aku kat Bandung dulu dan letak atas katil. Kemudian aku duduk berteleku atas sejadah dengan telekung yang masih tersarung kat badan. Tiba-tiba aku terpandangkan Sony aku atas meja solek. Dah tiga hari aku tak dengar suara mak. Rindunya. Aku terus capai handphone aku tu dan terus dail nombor mak. Terketar-ketar tangan ni menunggu mak jawab panggilan.

"Assalamualaikum.." Aku dengar mak bagi salam. Tenang dan lembut aje. Aku tarik nafas sedalamnya. Cuba menenangkan hati yang mula terasa sebak. Aku kan dah tak nak menangis lagi. Jadi kenalah kuat dan tabah.

"Mak, ni angah ni..."

"Mak tau.."

Aku tersenyum tawar bila mak cakap gitu. "Mak sihat?"

"Macam ni lah ngah.. Angah sihat?"

"Tak boleh nak cakap sihat mak," Aku dengar mak mengeluh. "Angah takkan sihat selagi mak dan abah tak percayakan angah."

Mak diam. Hanya kedengaran nafasnya yang kian lesu. Aku rasa dah tak berdaya nak kata apa-apa lagi bila mak diam macam ni. Tapi walau macam manapun aku kena tegakkan kebenaran yang semua ni hanyalah salah faham semata-mata.

"Demi Allah... angah tak bersalah, mak. Angah tak buat perkara terkutuk tu, mak."

Mak senyap lagi. Tapi aku tahu mak sedang menangis. Dapat aku dengar esak-tangisnya yang semakin jelas. Aku menarik nafas sepanjang mungkin. Kawal emosi, Cha. Don't let it fall. Sedih jugalah bila mak menangis kerana kecewa dengan aku. Selama ini aku tak pernah buat mak kecewa sampai begini. Tapi sekarang... akulah orang yang dah menghancurkan hati mak dengan cemerlangnya.

"Mak dah tak percayakan angah ye?" Perlahan suara aku bertanya.

"Mak dah tak tahu nak percaya apa lagi ngah. Sebab semua ni terjadi depan mata mak dan abah. Angah nak cakap salah faham apa kalau mak nampak sendiri dengan mata kepala mak yang lelaki tu sentuh anak mak? Kenapalah angah buat semua ni? Angah tak ingat Tuhan ke? Angah tak ingat mak dengan abah ke?" Esakan mak semakin kedengaran. Hiba hati aku mendengarnya. Kalaulah mak ada depan mata sudah lama aku peluk cium mak memohon ampun. Ya Allah..

"Tapi mak.. apa yang mak nampak tu semuanya kesilapan dia. Bukan angah! Angah tak salah mak. Angah bersumpah demi Allah.. angah memang tak buat apa-apa dengan lelaki tu. Mak percayalah angah. Angah dah takde sesiapa lagi mak selain keluarga angah sendiri. Mak dah tak sayangkan angah ke mak?"

Mak diam aje bila aku kata macam tu. Sedaya mana aku cuba menahan air mata namun ia tetap tumpah tanpa dipaksa. Terseksa hati aku dengar apa yang mak cakap tadi dan bila mak diam macam ni bertambah pedih jiwa aku. Benarlah kepercayaan mak pada aku dah musnah seratus peratus.

"Angah sanggup buat apa saja asalkan mak percaya pada angah yang angah tak bersalah, angah tak berdosa. Mak nak suruh angah junjung Quran pun angah sanggup. Kalau angah tipu mak, mak doalah angah kena sambar petir ke apa ke.. angah sanggup mak. Tolonglah mak jangan buang angah dari hidup mak hanya kerana salah faham ni mak,"kata aku berselang-seli dengan tangisan kecil.

"Kahwinlah ngah... Mak redha kalau itu yang terbaik bagi kamu berdua."

Jantung aku seakan-akan berhenti. Nafas kian tersekat-sekat.  Serta-merta otak terus melayang pada peristiwa petang semalam. Di saat Dash katakan sesuatu yang serupa...

"Kahwin dengan I."


Adakah ini benar-benar penamat buat aku?

****

Tepat pukul 2 petang, aku terus SMS Dash suruh dia jumpa aku kat Starbucks KLCC. Aku kena bincang dengan mamat ni elok-elok. Nampaknya memang dah tak ada cara lain lagi dah. Nak atau tak aku kena juga kahwin dengan dia kalau dengan cara ni aje yang dapat menyelamatkan hubungan keluarga aku. Terpaksa!

Lebih kurang lima belas minit kemudian, Dash sampai di Starbucks dengan sut hitam kemas dari atas sehingga bawah. Dah macam Barney Stinson dalam How I Met Your Mother dah aku tengok dia ni. Nasib baik muka tak macam si Barney tu. Dash duduk depan aku sambil tersenyum kat aku. Tapi senyuman dia macam tak cukup zat aje. Dan aku perasan satu benda pada dia yang dah tak ada.. jambang serabai dia tu dah hilang laa...

"You kerja ke?"

Dia angguk sekali. Sabtu pun kerja... ni kes telampau rajin ke apa ni?

"Dah order air?" Dia tanya aku bersahaja. Skinny-tie yang terbelit kat leher dia dilonggarkan sedikit. Panas agaknya.

"Belum." Aku nampak dia senyum lagi. Mood dia tengah baik gamaknya. Asyik senyum aje. Naik menyampah aku tengok. Dia bangun pergi kat kaunter tapi dah sampai separuh jalan dia patah semula ke meja yang aku duduk tu.

"Hot chocolate?" Dia tanya.

Aku geleng.

"Espresso."

Dash angkat kening sebelah. Mestilah dia terkejut dengar aku nak minum espresso. Selama dia kenal aku, mana pernah aku sentuh benda alah tu. Aku yang dia kenal dulu setakat minum air budak-budak aje. Ni semua salah Pak Chu. Dia yang ajar aku minum pelik-pelik gitu masa zaman kat Bandung.. haha.

"Since when you minum espresso ni sayang?" Dash tanya sambil menghulurkan air. Aku angkat bahu aje. Tu tandanya aku malas nak layan soalan yang sangatlah tak penting. Aku minum air dan biarkan soalan dia sepi. Kita orang diam. Macam tak tahu macam mana nak mula.

"Sekarang macam mana? You dah fikir betul-betul pasal kita?" Serius muka dia waktu ni. Nampaknya aku pun kena bagi respon yang sama.

"Pasal kita? You mean kita yang akan diikat dalam term perkahwinan? Gitu?" Aku sengaja jadi sinikal hari ni. Agak pelik jugalah nak imagine yang aku dan dia akan kahwin. Aku dengar Dash mendengus. Mesti dia bengang dengan sikap aku. Hilang terus mood ceria Dash masa mula-mula dia sampai tadi.

"You can say 'no' if you don't want to... and you know that." Dia marah aku. Menyirap darah aku. Bengang weh! Sesuka jiwa dia nak marah aku. Aku kasi lempang kang baru tahu!

"Kalau bukan sebab you, I pun takkan buat kerja gila pergi setuju nak kahwin dengan orang yang I langsung tak sayang dan tak cinta. You ingat I suka berada dalam situasi ni? You have brought us here.. you tahu tak? You penyebab semua ni berlaku!"

"Jadi, you nak I buat apa? I dah minta maaf.. I asked you to marry me... Is that not responsible enough for you?" Merah padam muka dia. Marah sangatlah tu. Heh.. sikit pun aku tak takut. Dash meraup muka dia dua tiga kali. Boleh nampak dia macam kusut gila sekarang ni. Tapi nak buat macam mana? Dia yang mulakan semua ni? Dia kena tanggunglah!

Buat seketika, kita orang sama-sama diam. Masing-masing tengah berapi. Silap-silap karang ada pertumpahan darah di Starbucks ni. Satu hal pula kena menjawab dengan polis. Aku masih tak percaya yang semua ni boleh berlaku dalam sekelip mata. Suatu masa dulu, aku dan Dash adalah kawan baik. Sekarang, kami bagaikan api dan minyak. Aku terfikir.. kalaulah dulu Dash tak hilang entah kemana, mungkin aku dan dia takkan diletakkan di tempat kami berada sekarang. Kalaulah Dash sentiasa ada dengan aku, kita orang mungkin jadi manusia yang paling happy kat dunia ni. Kalaulah...

"Cha.." Dash panggil aku. "Tiada istilah kahwin paksa dalam Islam. You boleh tolak tepi semua ni dan fikirkan cara lain untuk pulihkan hubungan you and your family. I tak mahu memaksa. I tahu ni semua salah I. I cuma bagi cadangan. It's for you to decide..."

Aku gelak. Sinis. "Senangnya bercakap. Yang tanggung semua ni adalah I. You sedar tak ni? You were there when abah said.. if I'm not married to you.. maka I bukan anak dia lagi kan?"

"I tahu."

Tahulah pulak...

"Dah tu? Apsal buat macam you dont have a clue at all?" Aku merengus geram. Dash tarik nafas. Dia diam sekejap sambil mata dia tak lepas dari muka aku.

"Kahwinlah ni?" Dash tanya separuh hati aje. Muka dia tak berperasaan.

"Do I have another options?" Aku tanya dia balik.

"Bila?"

"You aturlah sendiri. I ikut je" Aku terus bangun dan tinggalkan dia. Rasanya dah tak perlu berbincang panjang lebar. Aku tak kisah kalau kahwin takde majlis gah besar-besaran pun. Kahwin koboi pun aku rela. Asalkan aku dapat mak abah aku semula... itu aje!

Tuesday, November 1, 2011

rhapsody of love 28

"Cha! Cha! Bangun!"

Aku tersentak. Mata segera terbuka luas memandang sekeliling alam. Maira berkerut melihat aku. Ada riak risau di setiap garisan wajahnya. Aku tenung Maira dalam-dalam. Kenapa dia ada kat sini? Ni kan rumah aku? Aku bangun membetulkan badan. Lenguh juga eh tidur atas sofa. Patah pinggang aku gini..

"Why are you here?" Aku tanya Maira dengan kening berkerut.

"Kau ni apehal?" Maira marah. "Kan aku dah cakap.. aku nak datang tadi. You scared me to death!"

Aik? Marah?

"Aku tak faham." Aku garu dahi. Memang langsung aku tak faham apa yang Maira cakap. Bila masa pula dia cakap dia nak datang? Dia ada call aku ke tadi? Eh.. kejap! Apehal aku ada kat rumah ni? Bukan sepatutnya aku kat hospital? And why my cheek are hurting like hell ni? Bengkak dan luka kat bahagian dalam pulak tu. Kepala pun berdenyut semacam. Aku kena belasah ke? Bila?

"Why on earth kau tidur terbongkang kat atas sofa tapi pintu rumah dan pintu pagar kau terbuka luas?! Kau mengalu-alukan perompak masuk ke apa hah?" sambung Maira lagi. Dia bangun pergi ke dapur mengambil mangkuk lalu diisinya dengan air panas yang dicampurkan sedikit air sejuk. Kemudian dia capai pula tuala bersih dalam kabinet dapur dan datang semula pada aku.

"Aku tidur dan pintu rumah terbuka?" Aku tanya dia, keliru.

Maira merengus. "What happened? Really?" Sambil menuam pipi aku yang bengkak, dia merenung mata aku dalam-dalam meminta penjelasan. Aku terdiam lama. Cuba mengerah setiap neuron aku supaya megingati apa yang terjadi. Apa yang berlaku sebenarnya? Kenapa pipi aku boleh bengkak macam ni? Tiba-tiba, otak aku mengeluarkan imej seseorang. Seseorang yang sangat aku kenali. Abah...

Satu demi satu peristiwa yang berlaku pagi tadi macam slideshow dalam otak aku. Dan barulah aku ingat kenapa Maira ada di sini. Di sisi aku. Sebab aku yang panggil dia. Selepas mak, abah dan Dash pergi.. aku bagaikan orang gila yang tiada arah. Aku hanya ada Maira. Jadi aku terus telefon dia. Tapi perbualan tu hanya dipenuhi dengan teriak tangisan menggila aku. Dan konklusinya membawa Maira ke sini. Sanggup dia tuang kerja demi aku. Aku pandang Maira. Kalau aku beritahu dia... dia masih nak kawan dengan aku tak? Serta-merta, air mata aku jatuh.

"Maira... kau jangan tinggal aku ye? Kau jangan buang aku dari hidup kau eh?" Aku terus peluk Maira erat-erat. Maira terkejut tapi dalam masa yang sama dia turut membalas pelukan aku.

"Kau merepek apa ni? Calm down will ya?" Pujuk Maira lembut. Rambut aku dielus macam budak kecil. Ya Allah, aku tak nak hilang Maira macam mana aku dah hilang mak dan abah aku. It's too much.. too much!

Aku cerita pada Maira apa yang dah berlaku. Melimpah-limpah air mata aku turun. Kalau aku kumpul ni agaknya boleh tadah 7 tempayan. Kalau aku puteri kerabat aku dah sembahkan pada Sultan Mansur Shah pastu kahwin aje dengan dia. Tak payahlah Sultan Mansur tu terhegeh-hegeh nak kat Puteri Gunung Ledang tu sebab aku pun mampu nak kasi 7 tempayan air mata anak dara. Tapi ini bukan cerita dongeng. Ini betul-betul berlaku. Dah tak boleh nak patah balik langsung-langsung.

Maira megucap panjang lepas dengar cerita aku. Aku tahu mesti dia kecewa dengan aku. Dia pun mesti nak buang aku dari hidup dia. Aku kena redha kalau dia nak buat macam tu walaupun aku memang tak bersalah langsung.

"First.." Maira buka mulut setelah lama diam. "...kau kena tau aku sayang kau. Second, kau kena tau yang aku akan sentiasa ada kat sisi kau, comes hell or high water. That's my promise." Maira senyum sambil letak tuala suam kat pipi aku untuk bagi surut bengkak ni. Aku tergelak dalam menangis. Lega hati aku dengar dia cakap macam tu.

"Aku.. aku tak tahu nak buat apa. Aku dah takde sape-sape dah Maira." Teresak-esak aku cakap kat Maira. Sedih betul ni. Rasa macam nak meletup segala organ dalaman aku mengenangkan keperitan difitnah, dicampak, dihina oleh bapak sendiri. Aku benar-benar buntu. Tak nampak jalan keluar dah.

"Jangan cakap macam tu. Kau ada aku. Aku percaya yang kau tak bersalah. Cha, aku kenal kau dah lama dah. Aku percaya yang kau takkan buat semua tu."

"Mak abah aku yang lagi lama kenal aku tu.. kenapalah tak mahu percayakan aku? Sumpah demi Allah SWT aku tak buat apa-apa dengan Dash. Langsung tak. Aku sanggup junjung Quran Maira. Aku sanggup!" Aku kesal dengan sikap abah yang terus menjatuhkan hukum tanpa usul periksa. Aku kan anak dia. Sepatutnya dia percaya. Selama aku hidup, aku tak pernah menyusahkan dia dan tak pernah buat sesuatu yang boleh menjatuhkan air muka dia. Tak boleh ke dia fikir yang aku takkan buat perkara terkutuk tu? Tak terlintas ke kat otak dia?

"Aku tau. Kita cari jalan keluar sama-sama okey? Insya-Allah, Allah akan bantu kita." Maira angguk-angguk sambil pujuk aku. Dia biarkan aku menangis dibahu dia semahu-mahunya. Beban yag aku rasa membejat di hati sedikit demi sedikit hilang dengan kehadiran dan pujukan Maira. Aku tarik nafas lega. Sekurang-kurangnya aku masih ada teman untuk menangis.

"Dahlah... tamau menangis lagi. Kang buta pula mata tu." Maira picit-picit pipi aku yang bengkak tu. Aku tepis sebab sakit. Dia ketawa tengok aku mengerang sakit.

"Kalau buta.. aku jadi Chacha Selamat laaa..." Aku gumam selamba. Maira gelak lagi.

"Nak makan? Aku masakkan nak?" Maira tanya sambil menarik aku bangun dari sofa. Air mata yang masih bersisa dikesatnya dengan hujung lengan baju. Aku tergelak kecil dengan perlakuan Maira. She's always treat me like a kid. That's Maira for you. Mata aku tiba-tiba mendarat pada perutnya. Eeeeeeeeehh... dah besar dah perut dia!

"Gemuknya peruttttt..." Aku sengaja mengata dia gemuk nak kasi dia marah. Tapi tak jadi apabila aku tengok Maira gelak selamba. Aku tarik sengih lebih kurang.

"Ada baby laa.. baby!"

"Aku nak jadi mak angkat dia eh?" Aku peluk lengan Maira. Kitorang jalan sama-sama masuk dapur. Aku  tengok Maira menggeleng dua tiga kali tanda dia tak nak aku jadi mak angkat baby dia. Ada ke patut? Kejam ah dia ni!

"Pehal pulak tak boleh?" Aku marah dia.

"Tak boleh sebab nanti mesti dia kuat menangis dan manja kededek macam Mummy Cha dia." Selamba.

"Sampai hati..."

"Sampai jeee..."

***

Keesokkannya aku masuk kerja seperti biasa. Walaupun emosi aku masih kelaut tapi aku kena profesional. Berfikir secara dewasa tu kan perlu. Aku tak bolehlah nak campur-adukkan urusan peribadi dengan urusan kerja. Kut tak... kena buang kerja naya aje.

"Doktor Chempaka! O. R! Now!"

Sepanjang hari aku memerap kat O.R lepas tu buat laporan pesakit lepas tu masuk E.R sampailah habis waktu kerja. Terasa nak pengsan sebab perut aku kosong gila. Aku tak jamah nasi pun satu hari ni. Setakat makan energy bar dengan epal sebiji sebab nak tambah gula. Kalau tak memang dah lama tumbang.

Masa aku on the way ke kereta dengan kepala yang tengah ke langit ni, aku nampak Dash terpacak depan Myvi aku tu. Serta-merta, aku berhenti. Beg laptop aku jatuh dari bahu. Aku merenung Dash dengan perasaan berkecamuk. Geram, marah, sedih, sebal.. semua! Tangan aku meggigil-gigil menahan marah dan sebak sekali gus. Allah, sabarkanlah aku!

Dash mendekati aku perlahan-lahan. Beg laptop yang terkulai kat atas jalan, dia kutip. Dia memandang aku dengan renungan yang sukar ditafsir. Aku dapat lihat raut wajahya yang kusut. Dengan jambang yang tak dikemaskan.. rambut kusut-masai... semuanya nampak tak terurus!

"Sihat?" Dia tanya aku dengan suara nak tak nak je keluar. Tahap kemarahan aku tiba-tiba mendidih sampai ke ubun-ubun. Aku tolak bahu dia. Kasar dan kuat.

"Sihat? After what you've done to me.. you boleh pula tanya I sihat?!! Sihat hotak you!" Aku tolak dan tolak dada dia sampai dia terundur ke belakang. Air mata sudah lama terembes keluar berderai-derai. Aku dah tak tahu apa yang perlu aku buat. Aku cuba nak tahan perasaan aku supaya tak fikir pasal benda ni tapi tak boleh. Aku tak boleh nak halau perasaan kecewa dan pedih aku. Walaupun sedaya mana aku usaha tapi memang tak boleh!

Aku berhenti dari terus memukul dia. Kalau aku terus pukul dia sehingga koma pun bukannya boleh betulkan keadaan yang sudah berselirat ni. Dash usap ubun-ubun aku. Dia macam redha je kena pukul dengan aku tadi.

"I tak tahu semua benda ni boleh berlaku. Kalaulah I tahu..." Datar suara Dash masuk dalam telinga. Aku pandang dia dengan api kebencian yang makin menggila.

"You ni bodoh ke apa? You ada otakkan? You patutnya dah boleh agak semua yang you buat tu salah? Semuanya salah!" Aku tempik sekuat hati. Ramai yang dok tengok aku naik gila kat parking lot ni. Aku dah tak peduli. Pergi lantaklah kalau dorang semua nak kata aku dah sewel. Aku dah tak kisah!

"Cha, I meant no harm that day. Betul! I cuma nak tumpang tandas you. I dah tak tahu nak buat apa. Nak drive pergi petrol pump pun dah tak sempat." Jawab dia yang masih tenang.

"Dah tu perlu ke you masuk sampai ke bilik I? Hah?!!" Aku jerit kat muka dia. Sabar aku dah hilang nampaknya. Kalau ikutkan hati mahu aje aku sepak terajang jantan sorang ni biar mati kejung kat sini jugak!

"I cuma..." Aku nampak Dash terkial-kial mencari alasan. Terus aku potong cakap dia.

"Cuma apa? You memang suka tengok I macam ni kan? You memang nak buat I hilang segala-galanya kan? You nak tengok my parent walk away dari hidup I kan? You tak guna tau tak! You jantan tak guna!"

"Chacha!" Dash panggil aku. Sedaya upaya dia menahan kesabaran. "I tahu I banyak buat salah pada you. I tahu semua tu. Tapi I tak pernah terlintas pun nak tengok you suffer macam ni. Sumpah tak pernah."

Aku tutup telinga rapat-rapat dengan kedua belah tangan. Aku tak nak dengar alasan dia yang semuanya penuh dengan penipuan tu. Kalau tak kerana dia, hidup aku takkan macam ni sekarang.

"Cha.." Dia panggil lagi nama aku. Tangan aku ditarik dan digenggamnya. Pipi aku yang basah lencun dek air mata dikesat lembut. Aku benamkan mataku ke matanya. Dapat aku lihat keperitan dalam mata itu seolah-olah dia juga menanggung beban yang sama seperti aku.

"I pun tak tahu kenapa I ni bodoh sangat pergi masuk bilik you. I tahu you akan marah tapi I tetap masuk bilik you juga." Dia tarik nafas. "Setiap kali I jumpa you, you always push me away like I'm nothing to you. You buat macam I tak pernah wujud dalam hidup you. It's hurt me a lot bila I fikir tentang kemungkinan you memang dah delete I one hundred percent. I cuma nak cari serpihan diri I dalam hidup you jadi I.. masuk bilik you untuk itu. And that's why when I found the picture of you and me, I happy sangat-sangat. At least I tahu yang selama ni you bohong bila you cakap you tak kenal I dan tak tahu siapa I. Tapi demi Allah, Cha, I takde niat lain, jauh sekali nak sakitkan hati you. And I'm sorry, Cha. Really am."

Aku terdiam mendengar penjelasannya. Hanya bunyi esakan sesekali mengisi ruang antara aku dan dia. Aku buntu sama ada untuk percaya apa yang dia cakap atau tidak. Aku dah tak boleh fikir dengan betul. Yang aku tahu sekarang, hati aku kian parah.

"Sudahlah.. I nak balik. I dah tak larat." Aku cakap tanpa perasaan. Aku dah letih sangat-sangat ni. Aku tarik beg laptop aku dari dia kemudian aku buka pintu kereta. Nak balik.

"Cha." Dash pegang lengan aku sebelum aku sempat masuk dalam kereta. Dia tarik nafas sedalam mungkin dan aku pula menunggu dengan sabar untuk dengar apa yang bakal dikatakan. "I.. I.. I rasa.. masih ada cara untuk perbetulkan semua ni. I rasa... masih ada cara untuk dapatkan apa yang you dah hilang."

Kening aku terangkat tinggi. "Cara apa? Bomoh? Dukun? You ingat senang-senang abah I akan lembut hati dengan apa yang dah terjadi depan mata dia?? You..." Belum sempat aku habiskan cakap aku, Dash bersuara lantang dan jelas.

"Kahwin dengan I."

Tiga patah perkataan itu mampu buatkan aku nak hentak kepala aku kat stereng kereta. Seluruh tubuh aku kaku. Jantung aku macam dah tak berdenyut. Nafas aku seolah-olah berhenti. Dash merenung aku dengan wajah penuh mengharap. Lama aku mengelamun sambil mata tak lepas dari muka Dash. Otak aku jammed tiba-tiba.

Kahwin?

Kahwin tu apa?

Kahwin!!

"Kau dengar sini angah.. kalau kau tak mahu bernikah.. kau bukan lagi anak aku! Kau faham?!!"

Abah...

"Cha?"

"Okey... kita kahwin."

Wednesday, October 19, 2011

rhapsody of love 27

Astaghfirullah.. Macam manalah aku boleh tertinggal beg laptop kat dalam kereta dia tadi? Huwaaa... macam mana nak buat kerja ni? Allah! Allah! Allah! Apa nak buat ni? Aku berjalan mundar-mandir di ruang tamu dengan dahi berkerut. Aku sesungguhnya tak tahu nak buat apa dah ni. Banyak kut laporan yang aku kena settlekan.. dengan itu.. dengan ini... Argh! Aku buntu.

Aku capai Sony aku yang terdampar atas coffee table yang menghadap televisyen yang terpasang tu. Buka contact dan mula mencari nombor Dash yang masih aku simpan. Ngee.. takkan nak telefon dia pula? Aku.. aku... segan. Dah la tadi... Spontan, darah meyerbu ke muka. Malunya! Apasal la aku boleh buat perangai tak senonoh macam tadi?!

"Bodohnya aku...! Pehal aku boleh tertinggal beg laptop aku?!!!" Aku meraup muka dua tiga kali. Serabutnya kepala. Tiga empat kali aku fikir dan fikir tapi tetap jugak tak dapat jawapan. Akhirnya aku terduduk kat atas sofa sambil menala ke skrin tv yang tengah tayang cerita ntahapapa aku pun tak tahu. Sony dah selamat aku campak atas coffee table semula.

Nampaknya memang burn la kerja-kerja aku. Tak apalah.. sesekali buat perangai masa zaman belajar, it wont hurt pun (yelah sangat.. lepas tu mula tak cukup air dalam badan pasal kena kerah tenaga =_=').  Aku mengeluh. Setiap kali aku jumpa dengan Dash mesti aku jadi tak betul macam ni. Segala gerak geri aku nampak tak sekata. Seolah-olah aku ni useless gila kat depan mata dia. Adakah dia itu Lord Voldermort yang sampai aku jadi vulnerable sangat????

Tengah-tengah dok ayan ke Dash, kerja yang bertimbun-timbun, tv yang asyik memekak, elok aje Sony aku berbunyi nyaring menyanyikan lagu Canon in D. Dengan kemalasan yang menggunung, aku pun angkat separuh hati. Salam aku berikan tanpa nada.

"Angah tak sihat ke?" Suara mak macam risau bila dengar suara aku yang kurang motivasi ni. Aku tersenyum nipis. Jiwa seorang mak memang macam tu ye? Apabila dengar suara anak mendung semacam, mereka terus risau. Macam mak. Mak sangat sayangkan kami tiga beradik. Iya, ayat tu macam bodoh sikitlah. Mana ada mak yang tak sayangkan anak kan? Kalau ada pun itu tak layak dipanggil mak. Agak-agak aku nanti bila dah kahwin, dah jadi mamma.. entah macam mana la ye? Aku ni lain. Aku tak macam mak. Aku tak macam Maira. Okay, dah. Stop. Jangan nak fikir jauh sangat sampai ke pluto nuh...

"Angah?"

"Ye, mak. Angah sihat."

"Macam tak aje..." Mak dah mula pasang jerat.

"Heee~ Angah sihatlah mak. Cuma penat aje... Kerja bertimbun tapi tak boleh nak buat siapkan. Laptop angah tertinggal kat..." Ops! Terlajak cakap. Matilah aku...

"Tertinggal dekat mana?" Cepat aje mak sambung.

"Err... kat dalam kereta kawan angah. Angah lupa nak ambil." Tembak ajelah. Tak baik tipu mak. Berdosa. Tak bau syurga nanti. Oh, sungguh aku tamau.

"Kawan mana?" Allah! Patutya aku tipu aje tadi. Kan mak dah tanya soalan cepumas gini. Aku gigit bibir sebelum menjawab. Berfikir sejenak.

"Kawan angahlah mak..." Datar.

Mak ketawa penuh muslihat. "Kawan ke boyfriend?"

Boyfriend.... "Tak lah." ...not! "Kenapa mak telefon angah ni?" Sebelum perbualan ni jadi makin pelik lebih baik aku tanya tujuan utama mak telefon aku pukul 10 malam macam ni. Selalunya mak dah tidur waktu-waktu gini. Jadi, tentunya ada udang di sebalik mee goreng mamak niiii...

"Oh ye... lupa pula mak. Esok mak dengan abah balik Melaka." Haaa... kan dah cakap.

"Alaaa... tak aci. Angah nak ikut." Aku merengek. Syoknya kalau dapat ikut sama. Rindulah kat Tok Wan.. Rindu nak lepak kat pangkin. Rindu serindu-rindunyalah!

Mak ketawa. "Angahkan kerja, mana boleh ikut. Ala.. ni balik pun sebab anak si  Farisha tu nak berkhatan. Tok Wan nak buat majlislah sikit." Kepala aku terangguk-angguk mendengar apa yang mak cakap. Oh ye, Farisha tu anak Mak Lang aku. Dia dah kahwin tapi baru anak sorang, Haikal namanya. Aku macam kagum jugalah kat Farisha tu. Umur baru 25 tahun dah berkeluarga. Untunglah ada orang sayang. Aku ni.... haihhhhh...

"Along ikut?" Aku teringat along. Dia cuti lama sebab dia baru offshore hari tu. Jadi aku fikir mesti dia ikut balik sama.

"Ikutlah. Kak Ai nak sangat balik jumpa Tok Wan. Katanya rindu nak makan daging salai masak lemak cili api," kata mak sambil gelak. Aku pun turut tersenyum.

"Mak bertolak pukul berapa?"

"Subuh-subuh lagi dah nak bertolak. Yelah... nak juga tolong mana yang perlu. Takkan nak datang untuk makan je kan."

"Mak datang rumah angah dulu ye?" Aku buat suara manja. Inilah masanya nak bermanja pun kan...

"Nak buat apa?"

"Nak peluk mak, nak cium mak, nak minta duit mak.." Aku dengar mak gelak-gelak bila aku cakap macam tu. Sampai hati. Dahlah nak pergi berjalan tinggal aku. Angah nak ikut balik Melaka... Uwaaaa..

"Haa... yelah. Nanti mak datang."

"Haha. Thanks mak. Okaylah mak... angah nak makanlah. Tiba-tiba terasa lapar pulak. Kirim salam kat abah ye. Selamat malam. Sayang mak. Assalamualaikum..." Lepas mak jawab salam aku, aku terus campak Sony aku atas sofa sebelum aku bangun menapak ke dapur. Perut aku memang macam ni. Bila tengah malam aje lapar mengalahkan apa saja. Aku ada bela hantu raya ke eh? Rasanya tak. Aku rasa laaa... tapi tak tahu la kalau-kalau tiba-tiba aje ada kan. Selisih malaikat weh!

Lepas aku dah melahap Daaz dengan lahapnya, aku bercita-cita nak tengok movie pula. Haha. Memang tak senonoh perangai aku malam ni. Mentang-mentang tak boleh nak buat kerja, aku boleh lepak dengan gembira. Cehhh... tadi konon gaya ada masalah negara. Sekarang ni aku buat macam tak ada apa-apa. Yelah.. kalau dok fikir aje macamlah benda ni boleh selesai.  Aku buka HBO. Hampa aku bila tengok cerita yang tak best langsung terpampang kat skrin. Laju aje aku alih ke saluran lain. Tapi hasilnya tetap sama. Akhir sekali, aku tutup tv dan terus masuk bilik.

Capai headphone. Cucuk kat ipod. Tidur.

***

Lena aku terganggu apabila telinga menangkap sesuatu bunyi yang sangat aku kenali. Handphone aku. Aku meraba-raba di celah bantal, cuba mencari si gerangan Tuan Sony Ericson aku tu. Tapi tak jumpa. Allah.. mana pula aku letak Encik Ericson aku tu? Aku bangun dalam keadaan mamai, menapak ke ruang tamu sebab aku ingat itu tempat terakhir aku jejak. Dah jumpa.

"Yeah hello!" Aku jawab tanpa nada dalam mata terpejam rapat. Mengantuk... mengantuk..

Aku dengar ketawa di talian sebelah sana. Berderau darah aku. Terus segar bugar mata jadinya. Sebab aku tau siapa yang berani tempah maut telefon aku pagi-pagi buta macam ni. Tapi aku tak marah langsung. Sebaliknya, rasa berdebar entah kenapa dan membuatkan pipi aku gaya terkena bahang matahari aje.

"Cha." Dia panggil aku. "Tidur ke?"

"Tadi memang tidur. Sekarang ni.. sendiri boleh agaklah kan." Aku kena kerek-kerek dengan mamat ni. Tak boleh kasi muka sebab nanti aku juga yang dapat payah.. dapat susah. Ngee~ "Kenapa call pepagi ni? Tahu tak pukul berapa sekarang ni??"

Dia ketawa lagi. "Pukul 6.00 pagi."

Sekali lagi darah menyerbu ke muka. Aku mengeluh. Janganlah gelak macam tu. Kau buatkan aku tunggang terbalik kat sini hanya semata-mata kau gelak aje tau. Aku garu dagu, cuba menenangkan perasaan yang gundah gulana ni.

"Cha," Suaranya yang lembut tu mampu biarkan muka aku berbahang. Macam dah kena bakar dengan griller Tok Wan dah ni. Panas! Panas!

"Yep." Dingin dan datar.

"Boleh buka pintu tak? I nak tumpang tandas."

Jaws drop.

Seminit.

Dua minit.

"Cha?"

"WHAAATTT?" Aku menjerit bila otak aku dah boleh terima input yang dia cuba sampaikan. Dash ni dah gila ke apa? Nak buat lawak pun tunggulah matahari dah tegak atas kepala!

"I nak tumpang tandas. Dah tak tahan sangat dah ni."

Aku terkedu. Apa yang dia merepek ni?

"Where are you exactly?" Suara aku dah naik dua tiga oktaf.

"Dalam kereta. Depan rumah you." Dia jawab selamba macam perbuatan dia tu tak salah langsung-langsung sedangkan aku dah mula nak hilang kesabaran. Sedar tak dia sekarang ni dah pukul 6 pagi? Masih awal pagi tau tak! Masya Allah... apa yang ada dalam otak manusia sorang ni agaknya?!

"Cha, I nak pinjam tandas aje. Please I..."

"You buat apa kat depan rumah I?!" Aku potong ayat dia dengan rasa geram.

"I'll explain later okay. Please bagi I masuk. I nak pinjam tandas aje. It's freezing by the way,"rayu dia bersungguh-sungguh. Mendengar suaranya begitu, aku tumpah kasihan. Aku mengetap bibir sekejap.

"Please...."

"Ugh! Fine!" Dengan rasa mendongkol dalam hati, aku meluru ke arah pintu lalu membukanya. Aku lihat Dash yang masih berpakaian semalam sudah terpacak di luar pagar dengan muka berkerut. Lambat-lambat aku pergi ke pagar lalu membukanya sambil mendengus geram.

"Pehal tengok I ni?" Aku marah dia apabila dia merenung aku sedalam-dalamnya. Bibirnya mengukir senyum segaris sekali gus membuatkan darah aku seperti disimbah air sejuk. "Pergilah masuk. Kata nak guna tandas. I tunggu kat luar. And you better hurry up!" Tengking aku tak puas hati. Berani dia pandang aku dengan muka dan senyuman tak bersalah. Dahlah buat kerja gila pagi-pagi buta!

Dash sekadar gelak lalu meluru masuk ke dalam rumah meninggalkan aku kesejukan di luar rumah. Dalam hati hanya Allah aje yang tahu betapa aku menyumpah lelaki yang bernama Dashiel Saiffullah tu. Aku peluk tubuh dengan harapan dapat mengurangkan kesejukan yang menggila sambil menggigit bibir.

"Kak Cha!" Aku dengar orang memanggil aku. Aku toleh ke tepi dan nampak Farizad, jiran sebelah rumah aku, memandang aku dengan penuh kehairanan. Senyuman kurang gula aku lempar kat dia.

"Jogging, Ijad?" aku tanya sekadar berbasa basi.

"Err... a'ah. Kak Cha, are you okay?" Farizad masih bermuka pelik.

"Okaylah.. kenapanya?" Kening aku berkerut. Ada gaya orang tak betul ke aku ni?

"Takdelah... Ijad tak pernah tengok Kak Cha free hair macam ni. Even sebelum ni kalau Kak Cha nak ambil mail kat mailbox pun Kak Cha pakai tudung... Dahlah dengan PJ's lagi. Are you sure you're okay, Kak Cha?"

Aku terlopong. Segera aku meraba-raba kepala aku yang tidak bertutup kemudian memandang baju tidur satin aku. Astaghfirullah!! Patutlah Dash senyum-senyum tengok aku tadi! Ngeee... dasar penyangak gatal! Aku terus berlari masuk ke dalam rumah menuju ke bilik aku. Aku perlukan tudung aku. Sebaik saja aku masuk ke bilik, aku terpempan melihat Dash ada tempat yang sama. Darah aku serta-merta mendidih. Gila apa mamat ni masuk bilik aku?!!

"What are you doing here, in my room?!" Aku tempik sekuat hati. "Keluar dari sini sekarang!"

Dash berpaling kat aku. Di tangannya ada frame gambar. "You simpan picture ni lagi?" Dia tunjuk gambar yang dia pegang tu pada aku. Gambar aku dan dia semasa baru habis SPM, tersenyum ceria ke arah satu sama lain. Sudah tentulah aku simpan lagi. Aku bukan sewel nak buang segala kenangan yang pernah wujud antara aku dan dia.

"Put that away, Dashiel!" Aku marah sambil mencekak pinggang. "Apa motif you datang rumah I pagi-pagi macam ni? Explain yourself!"

Dash senyum hambar. Frame gambar yang dipegangnya tadi diletakkan di atas meja kerja aku. "I... risau. I worried about you. Last night, you macam sedih. I takut you sakit ke apa.. you betul-betul buat I risau. So I stayed. I tak balik pun lepas I hantar you tu. I just wanna make sure you're okay." Aku terkedu mendengar penjelasannya. Dia tunggu depan rumah aku sepanjang malam? What the...? Kalaulah aku tahu dia ada kat luar dah lama aku pi ambil laptop aku.. haha.

"I..." Dia mendekati aku yang masih lagi kaku di depan pintu bilik. Tangannya menyentuh rambut aku. Sekali lagi aku tersentak. Beraninya mamat ni!! Aku tepis kasar dengan wajah bengis. Dia tersenyum serba salah. Mungkin sedar perbuatannya salah.

"You have a long and beautiful hair. I love it,"katanya dengan nada rendah. Hampir saja aku tak dengar apa yang dituturkan. Pujian Dash membuatkan aku malu. Aku mendongak untuk memandangnya tepat ke dalam matanya. Dia juga membenamkan matanya ke mata aku. Berderau darah apabila dia menghulurkan senyuman yang mempamerkan lesung pipitnya. Buat seketika, sunyi di antara kami.

"I'm sorry for everything yang you dah suffer. I'm sorry for hurting you,"bisiknya memecah sepi. Tangannya memegang pipi aku dan aku bagai dirasuk apa, hanya membiarkan saja. Kata-kata Dash memeranjatkan aku. Dia meminta maaf atas segala apa yang aku derita? Apa maksud dia?

Ketika aku hendak bertanya apa yang dia sedang katakan, dari luar bilik, aku terdengar suara lelaki berdehem. Lantas, aku berpaling. Ketika itulah, aku sedar bahawa aku sedang berhadapan dengan malapetaka. Ketika itulah, aku sedar bahawa aku sedang berhadapan dengan musibah yang tak mungkin aku elak lagi. Menggigil bibir aku memandang mereka yang turut memandang aku dengan pandangan tajam. Dan mereka itu ialah mak abah aku sendiri!

"Mmak...Aabah..."

Tergagap-gagap aku menyeru mak dan abah yang ada di depan mata aku. Aku menjeling sekilas pada Dash dengan rasa resah, cemas, bingung dan takut. Tapi Dash tetap tenang.

"Apa yang angah dah buat ni, nak? Masya Allah..." Mak menangis memandang aku dengan pandangan yang sangat kecewa. Abah pula turun naik dadanya menahan sabar. Aku jadi tak keruan. Terkial-kial aku mencari kata untuk menerangkan keadaan sebenar.

"Mak.. Abah.. Angah tak buat apa-apa pun. Percayalah kat angah,"kata aku dengan cemas. Air mata turut mengalir ke pipi. Aku meluru ke arah mak, cuba memeluk mak tapi pantas tubuh aku ditolak abah. Aku terjatuh ke belakang. Air mata kian lebat diperlaku sebegitu. Dash segera datang menolong aku berdiri.

"Berani kau kata tak buat apa-apa! Berdua-duaan macam ni.. serumah.. ini kau kata tak buat apa-apa!!" Suara abah memetir. Jantung aku seakan-akan berhenti saat ini. Aku menerpa ke tubuh abah dalam esakan. Abah tepis serta-merta.

"Pak cik, ini semua salah faham. Saya dan Chacha memang tak buat apa-apa. Sungguh." Dash bersuara tenang. Aku angguk bersungguh-sungguh, menyokong Dash. Abah merengus lalu kolar kemeja Dash ditarik dan dicengkam erat. Mak dah menjerit minta abah berhenti.

"Kau jangan nak menipu aku ye! Kau ingat aku buta? Kau ingat aku tak nampak kau sentuh anak aku tadi?!! Jantan apa kau ni?!" Bersama kata-kata amarah itu, abah terus menghadiahkan tumbukan ke muka Dash. Terkebelakang Dash dibuatnya. Mak segera memeluk lengan abah, cuba menghentikan perbalahan yang semakin hangat.

"Abah.. sungguh angah tak buat apa-apa dengan dia. Sumpah abah! Angah sanggup junjung al-Quran bah. Angah tak berdosa. Angah tak bersalah. Ini salah faham bah.." Aku teresak-esak menerangkan pada abah. Kaki abah aku peluk erat.

"Kau ingat aku bodoh?! Kau ingat aku percaya?! Dengan baju tidur... dengan rambut macam tu.. dalam rumah berduaan. Jangankan aku, kalau sesiapa tengok pun, sudah tentu mereka pun tak percaya!" Abah tengking sambil menolak badan aku. Aku terasa terhina dengan perbuatan abah. Sampai hati dia tak nak percayakan aku. "Kau ni memang anak tak sedar diuntung kau tahu? Aku dah hantar kau belajar jauh-jauh.. ini balasan kau pada aku?! Anak tak guna!"

Panggg! Satu tamparan singgah ke muka.

"Abang.. sudahlah. Sudahlah abang.. Jangan pukul dia lagi." Rayu mak dalam tangisan.

"Pak cik, mak cik... sungguh kami tak buat apa-apa. Saya hanya datang sebab nak tumpang tandas dia semata-mata. Chacha tak salah pak cik. Saya yang bersalah." Dash berkata kepada abah dalam tegas. Aku memandang dia, berharap dia dapat melepaskan aku dari bala ini.

"Tumpang tandas?!! Kau ingat aku bahalol?! Tak usah nak tipu aku!" Abah terus memekik. "Aku nak kau bertanggungjawab dengan perbuatan hina kamu berdua ni! Aku nak kau nikah dengan dia secepat mungkin. Kau dengar?!!!"

Pandangan aku berpinar-pinar sebaik sahaja mendengar perkataan nikah. Bagaikan berhenti segala rentak nafas. Sakitnya hati. Sakitnya otak. Aku terduduk merenung kosong pada mak dan abah. Kenapa semua ini boleh berlaku dalam sekelip mata? Aku terus menangis tanpa berfikir apa-apa lagi. Aku sudah buntu. Kalau aku terang berkajang-kajang sekalipun, abah tetap tidak akan percaya. Sepatutnya aku tak membenarkan Dash masuk ke rumah aku. Sepatutnya aku buat tak endah saja dengan permintaannya. Sepatutnya aku tak bersama dengan dia dalam bilik. Ya Allah.. dugaan apakah ini???

"Angah, kau dengar tak apa aku cakap ni? Kau kena kahwin dengan lelaki ni kau faham?!"

"Tapi bah..." Aku cuba bersuara tapi abah pantas mencelah.

"Tapi apanya?!! Kau nak cakap kau tak mahu kahwin?!" Abah menerpa ke arah aku. Rambut aku ditarik kasar. "Eh! Dahlah kau dah palit arang kat muka aku, lagi kau nak bantah-bantah cakap aku? Buat dosa tahu.. nak tanggung dosa tak mahu. Manusia jenis apa kau ni? Kau tak reti malu ke?!!" Aku nampak tangan abah dah naik tinggi. Hanya menunggu saat saja tangan itu sampai ke pipi aku. Tapi Dash segera menghalang perlakuan abah.

"Sudahlah pak cik. Jangan pukul Chacha lagi. Dia tak bersalah." Dash menutur rendah seperti tenaga dia juga sudah hilang. "Jangan pukul dia lagi." Ulangnya sekali lagi.

"Oh, kau nak mengajar aku pula?!!" Abah tolak dada Dash.

"Abang! Sudahlah tu! Kita selesaikan cara elok." Makin lebat air mata mak aku tengok. Tak pernah aku tengok mak sehiba itu. Ya Allah.. apa aku dah buat ni?

"Selesai cara elok apanya?! Anak kamu ni dah memalukan saya. Dasar anak tak guna! Aku tak kira walau macam manapun, aku nak budak ni nikah. Kalau tak mahu, aku sendiri pergi heret ke pejabat agama nanti!"

"Mak.. abah.. tolonglah jangan buat angah macam ni! Angah tak bersalah! Jangan hina angah macam ni. Percayalah cakap angah. Angah sanggup junjung Quran bah.. mak. Sumpah angah tak salah! Tolonglah mak.. percaya pada angah."  Aku merayu pada mak. Mak memeluk aku seerat mungkin. Aku menangis di dadanya, mengharapkan dia percaya kata-kata aku.

"Aku tak kira kau bersalah ke tak bersalah. Aku nak kamu berdua bertanggungjawab!" Sekali lagi, suara abah memetir. "Kau dengar sini angah.. kalau kau tak mahu bernikah.. kau bukan lagi anak aku! Kau faham?!!!"

"Abang!" Mak menjerit.

Jantung aku bagai terhenti. Nadi terasa tidak lagi berdenyut. Aku merenung abah dengan pandangan kosong. Sampai macam tu sekali abah hukum anak sendiri? Tapi aku sudah kata aku tak bersalah. Kenapa masih lagi mahu menegakkan benang yang basah? Kalau aku bukan anak dia lagi, aku jadi anak siapa? Abah, kenapa abah buat angah macam ni? Aku meraung sekuat-kuat hati. Nyata, aku sudah hilang pedoman. Aku sudah hilang akal. Aku sudah hilang maruah. Tak pernah aku rasa hina sebegini.

"Mari Mekar kita keluar dari tempat maksiat ni. Aku dah tak sanggup nak duduk lama-lama kat sini." Abah tarik tangan mak yang sedang erat memeluk aku. Mak keberatan untuk melepaskan aku. Bersungguh abah cuba menyisihkan aku. Akhirnya, mak tak terpaksa membiarkan dirinya ditarik pergi. Aku berteriak memanggil mak.

"Pak cik!" Dash memanggil abah. Abah berpaling memandang dia dengan api kemarahan yang meluap.

"Saya akan menikah dengan Chacha. Saya akan bertanggungjawab. Tapi dengan syarat..."

Abah menanti ayat Dash untuk disambung. Aku juga menanti dengan penuh debaran. Sudah gilakah lelaki ni??? Apa yang dia nak buat ni?

"Saya nak buat majlis saya sendiri. Pak cik tak boleh masuk campur sikit pun!" Dash berkata tenang tapi pedasnya tetap juga terasa. Aku bertambah bingung. Abah merengus kemudian terus meluru keluar dari rumah bersama mak. Aku menangis dan terus menangis. Namun aku tahu.. sebanyak mana air mata ini tumpah sekali pun, aku tak mampu mengubah keadaan yang sudah terjadi. Maruah aku hancur sekelip mata. Diri aku dihina oleh bapa aku sendiri. Penghinaan yang terlalu hina untuk ditelan bagi aku. Kenapa aku yang dipilih untuk menerima dugaan ini? Dugaan apa ni yang sampai aku tak berdaya mengelak segalanya? Aku benar-benar buntu dan tidak berdaya untuk menghadapi kenyataan yang terlampau pahit ini!

Dash melutut di sebelah aku. Dia memeluk aku seerat mungkin. Cuba menenangkan aku mungkin. Tapi aku tetap menangis tanpa mempedulikan dia.

"I'm sorry." Dia berbisik. "I'm so sorry."

"Shut up!" Aku tengking dia. Tubuhnya aku tolak. "Go away, Dash! I tak mahu tengok muka you lagi! Keluar! Leave!"

"Cha.."

"Leave, Dashiel! Leave!!!!" Teriakku dengan perasaan marah yang meluap-luap. Aku tolak dan terus tolak tubuhnya menjauh dari aku. Dash tiada pilihan. Dia bangun dan terus berlalu keluar dari rumah dalam terpaksa. Aku masih teresak-esak. Air mata tidak mahu berhenti dari terus mengalir lesu.

Hiba.

Pedih.

Sedih.

Hidup. Tiada. Makna.

Tuesday, September 20, 2011

rhapsody of love 25

Adik peluk lengan aku. Aku tengok muka dia sekilas sebelum berpaling pada Pak Chu. Pak Chu sengih-sengih. Ah, dua beranak ni sama je! Aku mengetap bibir geram.

"Angah syif petang lah.." Aku mengingati mereka. Adik mencebik.

"Sempatlah ngah. Sekarang baru pukul berapa?" Adik jawab. "Jom la ngah. Jom la."

"Alaaa... pergi Sunway nak buat apa?" Aku kerut dahi. Adik ni macam-macam laa..

"Cuci mata. Kan Dek Ya kan?" Pak Chu menyampuk. Aku jeling. Orang tua ni nak kena sekeh ke apa? Orang kan kerja petang karang. Nak pergi tawaf Sunway nak buat apa? Aku mengeluh. Pandang muka adik yang penuh dengan pengharapan tu.

"Okaylah. Pergi siap." Aku cakap datar. Adik ketawa dan terus memeluk leher aku. Satu ciuman singgah di pipi aku. Hee~ Sabar jelah dengan si bongsu ni..

"Saaaayang angah!" Kata adik sambil berlari masuk ke bilik. Hehhh... rumah sewa aku ni dah macam jadi rumah tumpangan dah pun. Nasib baik Pak Chu dah nak 'pindah' duduk rumah abah hari ni sebab esok dia dah nak balik Bandung. Kut tak... pening kepala aku dengan dua makhluk ni. Asal balik saja dari hospital, ada la lawak bodoh dorang. Aku tersungging senyuman kecil.

"Nak pergi macam tu ke?" Pak Chu tanya. Pipi kanan aku ditarik perlahan. Terus hilang senyuman aku. Aku tepis tangan Pak Chu.

"Apanya?"

Pak Chu tengok aku atas bawah.

"Keluar macam ni sudah,"gumam aku rendah. Bukan aku pakai spaghetti tank top dengan boxer pun. Okeylah ni jeans dengan T-shirt gedabak ni. Bukan nak buat runaway pun kat Sunway tu..

"Takdelah. Pak Chu ingat Cha pakai tudung. Dah tak pakai eh sekarang?"

Aku kerut dahi sambil meraba kepala aku. A'ah laa.. kepala aku tak tutup lagi. Aku sengih bersalah pada Pak Chu yang dah tergeleng-geleng tengok aku. Aku terus masuk bilik kemudiannya.

"Adik.. berhenti makanlah dulu. Angah dah nak tumbang dah rasanya." Aku merengek pada adik. Adik pandang aku pelik.

"Doktor apa stamina tak cukup ni?" Lantak kaulah nak kata apa. Aku lapar ni. Aku dengar Pak Chu gelak jahat kat belakang. Pak Chu ni karang ada yang kena penampar sakti bunga Chempaka satgi.

Adik macam tak dengar aje aku merengek-rengek nak makan. Dia masuk butik baju. Entah dia cari apa dalam tu aku tak tahulah. Pada tangan dia tu dah berlambak-lambak beg plastik. Beli kasutlah, bajulah, seluarlah, tudunglah... Yang naya aku jugak. Duit angah jugak yang diketuk. Pak Chu tu tak nak pula diketuknya.

Aku ikut sahaja kemana dorang nak pergi. Ikut dengan kaki tapi bukan dengan hati. Aku sungguhlah dalam mood jangan-kacau-aku-boleh-tak tapi dorang ni bukan reti bahasa. Payah nak berbahasa dengan orang yang tak reti bahasa ni. Sesungguhnya, aku memang takde mood nak buat apa-apa. Entah apa kena dengan aku sejak kebelakangan ni. Kepala dengan badan gaya tak boleh nak bekerjasama je sejak dua menjak ni.

Tengah-tengah mengutuk diri sendiri dalam hati, tiba-tiba aku tersondol orang kat depan aku. Orang tu terkedepan dek kena langgar dengan aku. Alamakkkk.. bijaksanalah kau ni Chempaka! Tahniah! Ngeee~ mesti orang ni marah. Muka aku dah cuak 16.5 dah ni.

"Err... ma.. af.." Aku terkedu melihat orang aku langgar. Terkebil-kebil aku pandang dia. Dia pun pandang aku macam tak percaya.

"Ada... ada cedera tak?" Suara aku tersekat-sekat. Sejak bila entah aku jadi gagap. Aku dengar dia gelak kecil sambil mata aku tak lepas dari pandang dia. Dah berjambang.... Apa jadi dengan dia? Hanyut kat laut ke?

"Tak." Dash jawab tenang. Berdegup jantung aku dengar suara dia. Mungkin dah lama tak dengar. Dua bulan. Dua bulan dia menyepikan diri. Tapi aku juga yang suruh dia blah kan? Aduhhh! Apa kena dengan otak aku ni? Aku pandang tempat lain bila mata dia tajam merenung aku. Pehal tengok orang macam nak telan ni????

"Why are you here?" Aku tanya datar. Pura-pura melilau ke arah orang ramai. Tiba-tiba aku teringat Pak Chu dengan adik. Kemana dorang eh?

"Err... lunch." Dia garu dagu dia yang dah berjambang nipis. "Alone."

Aku tak tanya pun dengan siapa. Aku tersenyum dengar kata hati.

"Nak.. join?" Dia tanya aku.

Aku pandang dia dengan kening sebelah terangkat. "Come again."

Senyum. "Nak join I tak?"

Heesh.. janganlah senyum macam tu..

"Tak boleh kut. I datang dengan orang lain." Aku garu kepala. Kenapa kitorang ni? Gaya sebelum ni tak ada apa-apa yang berlaku je. Aku tengok dia senyum lagi.

"Tak apalah kalau macam tu. I pergi dulu. Take care." Dia gosok kepala aku. Nasib baik berlapik jadi takdelah aku nak hangin. Aku tengok dia sampailah dia hilang dari pandangan aku. Tiba-tiba, mata terasa pedih. Pipi jadi hangat. Ishhh.. air-cond kat sini sejuk ni. Aku cuba menafikan apa yang hati aku rasa.

Aku terima mesej dari adik.. dorang kat Noodle Station. Aku terus menapak kat sana dengan kepala kosong.   Tak tahu nak fikir apa. Aku rasa sejak aku dewasa ni.. hidup aku memang tak terurus langsung-langsung. Kenapalah hidup aku tak macam Maira? Easy. Smooth. Belajar, bercinta, kerja dan kahwin. Senang. Tak susah macam aku. Aku ni ada sorang kawan pun dah pening.

"Angah! Boleh pula dia termenung. Nak makan apa?" Aku tersentak bila lengan aku ditampar kuat. Aku pandang dia sambil kerut kening.

"Angah senyap tu makna angah tak nak makanlah." Aku marah.

Adik senyap tengok aku. Pak Chu kat sebelah adik dah hantar signal mata. Aku buat tak tahu aje. Malas nak layan. Nak makan, makan ajelah. Yang sibuk tanya aku kenapa? Aku mendengus. Lepas makan, kitorang terus gerak ke parkir kereta. Mungkin sebab adik tengok mood aku yang dah makin tenat ni yang buat dia nak balik. Pak Chu pula tak kata apa-apa. Sekadar senyap memerhati aku gaya nak diagnos pesakit dia.

"Adik, bayar parking jap." Datar suara aku menyuruh adik. Adik angguk tanpa bantahan. Aku nampak dia tarik tangan Pak Chu sekali. Tu nak ngadu la tu.. macam aku tak tahu. Aku berjalan lemah ke arah kereta Myvi yang terletak agak jauh jugaklah. Tiba-tiba sebuah motor laju meluncur betul-betul sebelah aku. Nasib baik aku sempat elak ke tepi kalau tak memang dah terseret sekali. Tapi baik tak baik jugalah apabila kaki aku terpeleot dan menyebabkan kepala aku terhantuk kat bucu tiang. Bergegar rasanya otak ni. Dahi aku basah. Aku pegang serta-merta. Aisehhh... darah...

"Cha, are you okay?" Aku angkat kepala dan tengok Dash ada kat depan mata. Mukanya jelas risau. Dia keluarkan sapu tangan dia dan ditekup ke dahi aku, di bahagian luka tu.

"Kereta I kat sana je." Dia tunjuk kereta Audi dia yang memang tak jauh dari tempat kejadian. Dia macam tahu aje apa yang berlegar dalam kepala aku. Mestilah aku nak tahu macam mana dia boleh ada kat sini...

"Ya allah, Cha!" Terdengar suara Pak Chu dari belakang. Aku mula terasa pening-pening. Mungkin darah masih mengalir kut yang buat aku rasa nak pitam. Aku genggam tangan adik, cuba untuk bangun. Tapi Dash yang bantu aku. Yalah, kudrat adik tu memang tak setanding Dash. Si adik tu sekeping mana boleh lawan badan Dash yang gaya Fahrin Ahmad versi kurus sikit je tu.

"Kita pergi klinik." Dash bagi arahan. Aku geleng.

"Pergi kliniklah Cha." Pak Chu sokong Dash. Matanya melirik ke arah Dash yang masih memeluk bahu aku. Signal amaran sebenarnya.

"Nak buat apa pergi klinik? Pak Chu kan doktor. Tolonglah cuci. Pergi klinik kena bayar." Aku senyum nak tak nak sambil tolak tangan Dash. Tapi dia buat-buat tak perasan. Sesekali aku nampak mata dia jeling ke arah Pak Chu.

"Adik pun boleh tolong cucikan.." Adik menyampuk. A'ah laa.. aku lupa. Adik kan doctor-to-be jugak. Aku gosok kepala dia. Dia tersengih.

"Dash.." Aku dongak kepala dan pandang Dash. "Er... rasanya I dah boleh berdiri ni. Can you..." Ayat tu memang sengaja aku tak habiskan. Aku harap dia boleh faham. Lama Dash pandang aku, tajam masuk ke dalam anak mata. Macam nak tembus. Serta-merta, pipi aku terasa panas. Tak lama kemudian, dia lepaskan juga. Dia suruh aku pegang handkerchief yang kat atas luka tu sendiri. Aku tarik nafas lega.

"Dashiel Saiffullah," Dia hulur tangan dia pada Pak Chu. Pak Chu sambut dengan senyuman sambil memperkenalkan diri dia pada Dash pula. Aku tengok Dash pandang adik pula.

"Dek Ya?" Dia tanya adik.

Adik angguk teragak-agak. Muka cuak semacam.

Dash gelak. "Dah besar. Makin cantik." Dia gosok kepala adik yang berhijab tu macam dia selalu buat kat aku. Aku terkebil-kebil tengok dorang. Apakah dorang lupa aku yang sakit ni? Nak buat sesi ramah-mesra pun...

"Abang Dash ke ni?" Adik tanya. Suara tinggi macam haper je.

Dash angguk.

"Lainlah sekarang! Makin handsome." Adik gelak kecil. Handsome? Aku buat muka.

Dash balas dengan kenyitan mata. Aku sembunyikan senyuman aku. Rindu nak tengok perangai tak senonoh dia tu. Eh? Rindu?

"Jomlah. Angah dah tak rasa kaki dah ni." Okeh, agak melampaulah aku kata tak rasa kaki. Maksud aku, kaki aku terasa lemah sekarang ni. Nak pitam. Aku terus capai lengan Pak Chu untuk dijadikan tongkat. Dash nampak risau semula.

"You okay tak ni?" Suara dia yang lembut tu terasa macam petir menusuk ke jantung. Jantung aku berdebar-debar tiba-tiba. Aku melarikan pandangan ke arah lain apabila mata kitorang bertentangan.

Aku angguk nak tak nak. "Jom Pak Chu."

Lagi lama aku duduk dekat dengan dia, lagi cepat aku jadi biol gamaknya!

Wednesday, September 14, 2011

rhapsody of love 24

"Angah ni kenapa?" Suara Tok Wan meluncur laju masuk ke telinga menerjah ke otak. Aku senyum segaris. Plastik tanpa rasa. Bekas ayam yang Tok Wan suruh simpan balik ke dalam peti, aku capai dan terus sumbat dalam chiller. Aku tahu dan perasan kerlingan mak dan adik yang semacam. Tok Wan pun sama je. Semua orang nak tengok aku pelik sejak kebelakangan ni.

Apa? Aku ni dah gaya orang sewel kah?

"Penat kerja ye ngah?" Tok Wan tanya lagi.

"Ha'ah." Datar. Aku pandang ke luar. Merenung pangkin yang kosong tak berorang. Kalau dulu arwah Aki selalu je lepak kat situ. Lepak sendirian. Kadang tu Aki baca Quran atau tafsir. Kalau aku dan along ada, dia akan bercerita pasal sirah nabi. Tapi sekarang memang jaranglah orang nak lepak kat pangkin tu. Nak-nak lagi Tok Wan. Mungkin dia tak nak sedih. Yalah, Tok Wan hilang orang yang paling dia sayang.

Aku terkedu sekejap mendengar kata hati sendiri. Kepala berdengung tiba-tiba. Mata terasa pedih. Masuk habuk ke?

"Tok Wan, Pak Chu balik hari ni ye?" Adik aku tiba-tiba memecah sunyi antara kami. Menarik aku kembali ke alam nyata.. Keningku terangkat tinggi meminta jawapan dari Tok Wan. Tok Wan angguk. Bibir automatik terukir senyum segaris. Pak Chu. Rindunya pada dia.

"Pak Chu cuti ke?" Aku tanya Tok Wan pula.

"Bila sebut Pak Chu je bernyawa ye..."usik Tok Wan. Aku tarik sengih ala kadar je. Nak buat macam mana? Dah Pak Chu tu rapat dengan aku. "Kejap lagi muncul lah tu."

"Assalamualaikum!"

"Haa...kan dah kata."

Aku berlari naik ke atas rumah, menuju ke pintu depan. Tak peduli dah dengan bebelan mak yang kata aku anak dara tak senonoh, kata Tok Wan yang aku bagai empat tahun tak jumpa orang atau kata adik yang.. eh! Adik mana ada kata apa-apa. Haha. Syok sendiri pulak.

"Pak Chu!"

"Heyya, girl!"

Aku salam Pak Chu kemudian senyum lebar-lebar padanya. Pak Chu gelengkan kepala. Rambut depan aku yang terjuntai di dahi ditarik perlahan.

"Adakah awak ingat awak masih belasan tahun? Sedar diri sikit!" Pak Chu gelak jahat.

Aku jeling bengang. "Nak bermanja pun salah."

"Tak salah. Tapi gaya Chacha tu tak gaya umur 27 langsung. Dah tua buat cara tua ye. Dek Ya pun tak buat perangai gitu tau,"kata Pak Chu dengan senyum keji dia di bibir. Adik tu lain. Genetik pemalu-segan-pilu. Aku ni genetik kurang-malu. Alaa.. dengan Pak Chu sendiri je pun. Dia menghulur beg bajunya pada aku. Aku kening konon tanya dia 'Apa ni?'

"Bawakanlah. Kata nak bermanja!" Kerek.

"Ni bukan bermanja ni.. ni mendera!" Aku gumam tak puas hati tapi aku ambil jugak beg dia dan bawa masuk ke dalam bilik Pak Chu sementara Pak Chu turun ke dapur pergi bersalam dengan yang lain-lain. Aku turun kemudiannya. Riuhnya laa rumah ni kalau melaun tu ada.

"Yang lain tak balik bu?" Pak Chu duduk bersila di sebelah Tok Wan yang sedang mencarik-carik ayam yang sudah siap digoreng garing. Tok Wan nak masak mi soto hari ni. Makanan kegemaran si Pak Chu.

"Tak. Achik dengan kamu je balik. Dorang tu jauh kalau nak balik pun,"kata Tok Wan selamba. Pak Chu angguk-angguk.

"Ni kenapa anak dara sorang ni ada kat sini, Kak Chik?" Pak Chu tunjuk aku sambil senyum kambing. Nak cari peranglah tu. Mak gelak. Adik dan Tok Wan senyum meleret.

"Kan Sabtu. Cha cutilah!" Aku bentak.

"Elehhh... padahal...." Ayat itu dibiarkan tergantung tak bernoktah. Nak mengutuk akulah tu... Ngeeee~ Pak Chu ni!

"Kak.. bila nak dikorbankan budak ni?" Pak Chu pandang mak dengan sengih yang sukar ditafsir. Aku pun pandang mak. Terpinga-pinga aku sekejap. Apamende korban-korban lak ni? Ingat aku kambing biri-biri nak dikorban?

"Dia yang tak nak lagi." Tok Wan menyampuk.

"Allah. Tak payah dengar kata dia bu. Korbankan aje dengan cucu Pak Usop sebelah rumah tu...." Pak Chu memuncungkan bibirnya ke sebelah kanan. Mak dan Tok Wan terkekeh ketawa. Adik senyum-senyum lagi. Pelik ye adik boleh faham maksud Pak Chu sedangkan aku ni blur-blur ayam lagi. Ishhhh...

"Yang mata juling tu ke Pak Chu?"

"Pandai Dek Ya!" Pak Chu usap kepala adik. "Dek Ya nak abang ipar mata juling yeeee?"

Hah? Abang ipar? Korban tu kahwin ke? Terlopong dua tiga saat.

"Juling-juling pun kaya,"sakat Tok Wan. "Putih, gebu lagi."

Pak Chu gelak-gelak dengan yang lain. Aku sekadar membiarkan sahaja. Malas nak marah-marah manja. Buang tenaga je. Pak Chu.. siapa yang tak kenal dia? Kalau siapa boleh sentap dengan Pak Chu disebabkan lawak keji Pak Chu tu.. namanya putus fius. Bapak sedara aku ni memang jenis suka buat lawak ntah pape. Tapi seronok bila ada dia. Seronok tengok dorang ketawa bebas tanpa perlu fikirkan tentang apa-apa. Tak macam aku.

Eh? Aku menggarukan dagu.

Aku?

Kau..

Aku fikir apa?

Kau fikir apa..?

Tak tahu.

Jangan tipu.

Tipu apanya?

Kau tahu..

Tahu apa?

Jangan nafi. Dia.

Dia siapa?

Dia.

Aku.. tak tahu.

Dia.

Diam!

Kenapa diam?

Just shut up.

Kenapa? Takut?

Pehal lak nak takut?

Takut dengan kenyataan yang..

Yang apa?

Yang otak kau penuh dengan dia.

Just get off of my head!

Admit it.

No!

Say it.

Dashiel...

"Angah..." Aku dengar mak panggil aku. Nadanya perlahan. Macam risau pun ada juga. Aku pandang mak dengan kening terangkat. Nampaknya bukan mak je yang dok tenung aku gaya nak telan. Pak Chu, Tok Wan dan adik pun sama. Dah kenapa pula dorang ni?

"Kenapa ni? Tak sihat? Demam ke?" Tangan mak dah mendarat di dahi. Aku pandang pelik pada mak apabila tangannya mula menyapu pipi aku.

"Angah mengigau ke?" Tok Wan bertanya.

"Angah okey tak ni?" Adik pula tunjuk risau. Pak Chu sekadar diam memerhati.

"Laa... ni apasal semua orang dok tanya soalan kesihatan ni? Angah okeylah. Ada gaya tenat nazak ke?" Aku  berdalih dengan suara yang hampir tidak keluar. Aku cuba menarik nafas tapi hidung tersumbat. Dada ni pula macam semput rasanya.

"Okey? Dah tu.. air mata tu?" ujar Pak Chu rendah dengan mata mencerun.

Aku rasa pipi. Basah. Oooo.. patutlah mak sapu pipi aku. Adui, Cha. Apa kena dengan kau ni? Get a grip will ya? Menangis tengah-tengah hari ni ape ke halnya? Dan pehal lak nak nangis ni? Aku geleng-gelengkan kepala. Bibir mengukir senyum tawar.

"Masuk habuk." Aku cakap selamba. "Err... angah.. nak naik bilik. Pening pula rasa."

Tenanglah hati. Allahuakhbar.

***

Aku duduk berteleku di tangga depan rumah. Ingatkan lepas Isyak, nak terus tidur. Kepala aku pening semacam je. Tapi bila pejam mata bukannya nak lelap pun. Jadi terpaksalah aku ambil angin depan rumah ni. Nak baiklah malam ni bulan terang. Angin pun boleh tahan sejuknya. Haraplah boleh tolong halau pening kepala aku ni..

"Oit!" Aku menjerit kuat apabila ada benda sejuk melekat kat pipi. Aku pusing dan nampak Pak Chu yang ketawa sambil pegang Daaz Dutch Choc di tangan.

"Sejuklah Pak Chu." Aku bersuara datar. Tak terasa nak ketawa dengan lawak cekodok dia tu. Aku pandang depan semula. Merenung jalan yang masih sibuk dengan kereta lalu-lalang.

"Mestilah sejuk. Nama pun aiskrim kan?" Sinis. Dia duduk di sebelah. Daaz dibuka dan dicedok dengan sudu. Lalu, disudukan ke mulut aku.

"Tak nak."

"Eh, ni bukan 'kekasih' Cha ke?" Pak Chu alihkan sudu itu dari muka aku lalu masuk dalam mulut dia. Aku koyak senyum plastik.

"Pening kepala. Malas nak makan." Jawab jelah pape pun Cha.

"I'm not buying that." Suara Pak Chu bertukar serius.

Aku pandang dia tak berperasaan.

"Mak Cha kata.. Cha sejak dua menjak ni lain macam je. Jarang balik rumah abah. Kalau balik pun banyak memerap kat dalam bilik. Senyum pun nak tak nak. Bercakap pun nak tak nak. Apa kena ni?" Pak Chu letak Daaz dia ke tepi. Matanya tajam merenung aku.

"Cha pun dah takde telefon Pak Chu dah.." sambung Pak Chu.

"Busy. Penat." Datar.

"Spill." Tegas. Sebaik sahaja Pak Chu kata gitu, aku terus merembeskan air mata. Dah tak boleh tahan dah. Aku terus peluk leher Pak Chu, menyembamkan muka ke bahunya. Menangis tanpa bunyi. Menangis tanpa sendu. Sekadar... menangis?

"Is this about... Dash-whatever-his-name?" Pak Chu usap kepala aku.

Angguk.

"Dia buat apa?"

Diam.

"Chacha Bear, talk to me."

Chacha Bear? Bhahaha.. Aku ketawa besar. Naik pelik Pak Chu.

"Nickname ape yang Pak Chu bagi kat orang ni?" Lawak.

Dia sengih.

"Comelkan? Comel macam Cha." Hidung aku dicuit lembut. "Jangan simpan sorang-sorang. Cha kan ada Pak Chu."

Mendengar kata-kata Pak Chu, hati aku tersentuh. Nak betau ke tak eh? Aku menggigit bibir bawah sambil meletakkan kepala ke atas bahunya semula. "Orang peninglah Pak Chu."

Pak Chu senyap.

"Orang tak tahu nak fikir apa. Orang tak tahu apa yang dalam kepala otak dia. Dia senang-senang je tolak dan tarik perasaan orang. Macam orang ni patung. Orang penat nak figure out dia."

"Ask then."

"Eh?" Aku pandang Pak Chu.

"Tanya kalau nak tahu. Jangan figure-figure. Never assume. Just ask. Ask him why he left you? Ask him why he did that? Easy."

"Easier said than done." Gumam aku rendah. "Hari tu kitorang ada fight besar. After that, he never showed up. Hilang. Again. Like he used to. Dah nak masuk sebulan lebih dah dia tak muncul-muncul.Dah tu macam mana orang nak tanya?" Cehhhh.. kalau ada depan mata pun gaya kau nak tanya je kan? Bergaduh bertekak ada la...

"Gaduh pasal apa?"

Tak boleh beritahu yang tu. Nanti free je kena ceramah dengan Pak Chu. Tapi bukan salah aku? Dia yang peluk aku bukan aku yang tawar diri minta dia peluk aku. Tiba-tiba, pipi aku hangat entah kenapa mengingatkan insiden tu. Haishhhh, pehal lak jantung aku ni?

"Eee... serabutlah, Pak Chu."

Pak Chu senyum. "Anak dara Pak Chu dah besar rupanya. Haihhhh..." Pipi aku dicubit geram sambil gelak-gelak.

Aku tepis. "Mengigau ke?"

"Pak Chu tak macam Cha nak mengigau-igau ni. Tengah-tengah hari pun nak leleh. Ntah pape." Sempat lagi dia kutuk aku. Orang tengah sedih ni Pak Chu. Nak cari bala ke?

"Cha?"

"Ye?"

"What is he to you?"

Aku kerut dahi. "A.. long-lost-best-friend. I guess."

"Pak Chu tak rasa Cha anggap dia macam tu pun." Rendah dan serius.

"Tak faham."

Lama Pak Chu diam sambil mata dia merenung aku yang sumpah tak faham dia cakap apa. Suasana jadi sunyi dan hening. Aku menunggu jawapan dari Pak Chu. Tapi dia masih tetap beku. Hanya bibirnya sahaja mengukir senyuman kecil. Dah kena rasuk ke Pak Chu ni?

"Trust me." Suara Pak Chu kedengaran semula.

Trust you what??????

"Cha ni lembaplah!" Pak Chu tarik rambut aku sekuat hati. Nasib baik tak tersembam kut tak cium lantai dibuatnya. Pak Chu gelak besar. Daaz yang hampir cair dicapai lalu berlari masuk ke dalam rumah. Aku bangun dan terus kejar dia dengan hati mendongkol marah. Geram. Geram!

"Pakkkkkk Chhhhuuuuuuuuu! Come here yoooouuuuu!"

Monday, September 12, 2011

rhapsody of love 23

"Weh, nak kereta!"

"Eh?"

"Nak. Kereta."

"Who's this?? Garang macam singa betina. Zoo bukak pula pagi-pagi?"

"Ha-Ha. That's so funny that I've forgot to laugh. Nak kereta. Now!" Tutt! Talian diputuskan. Geramnya hati mengingatkan si lanun yang mencuri kereta aku tu. Heee~ Kalau depan mata tu, aku siat-siat buat jadi rencah soto.

"Angah." Eh?

Aku pusing belakang. Allah! Macam mana boleh tak perasan abah ada kat belakang ni? Bala.

"Abah." Aku balas seadanya.

"Tunggu apa kat pagar ni? Dah pukul berapa ni tak pergi kerja lagi?" Mata abah mencerun. Aku pandang jam tangan. Baru pukul tujuh. Tapi KL ni... sekejap je jalan jadi jam.

"Tunggu kereta angah. Orang bengkel nak hantar." Separuh goreng separuh tak. Ah! Lantaklah! Dah tu nak jawab apa? Takkan nak jawab tunggu si lanun bawa kereta angah ke sini? Puas pulak nak menjawab si lanun tu siapa nanti. Naya~

"Pagi abah bangun. Bukan tak kerja ke hari ni?" Aku kerling abah yang masih berpagoda dan berkain pelikat. Wajahnya yang dimamah usia tu aku tatap sekejap. Sepatutnya abah dah pencen tapi dia tak nak. Dia kata tak tahu nak buat apa kalau pencen jadi dia kerja. Abah.. abah..

"Apa pandang abah macam tu?" Suara garau abah menyentap usus perut aku. Aku sengih plastik. Abah ni laa.. nak tengok bapak sendiri pun tak boleh?

"Abah makin handsome." Gula jangan tak gula.

Abah senyum segaris. Dia tepuk bahu aku dua tiga kali.

Pin! Pin!

Serentak, aku dan abah berpaling ke luar pagar. Ngaaa~ Dah sampai! Kereta aku dah sampai! Berkilatnya! Aku senyum meleret. Aku tak pernah rindu kereta aku sepanjang hayat aku pakai kereta dan hari ni cipta sejarah.. bahawa Chempaka Zurilliana Bt Baharain merindui kerta Myvinya! Apakah?

Tiba-tiba, senyuman aku mati. Bulat mataku apabila Dash keluar dari perut kereta. Zap! Darah naik ke muka. Aku pandang abah yang berwajah pelik. Ah, sudah...

"Assalamualaikum, pakcik." Dash senyum sambil menghulurkan tangannya kepada abah. Abah pula sambut hormat. Aku terasa macam nak demam balik.

"Kamu orang dari bengkel tu ye? Datang pulang kereta ye?"

Dash pelik. "Eh? Saya.."

Cha, bertindak, cepat!

"Haa.. betullah tu bah. Okeylah bah. Kami pergi dulu ye." Aku sambar tangan abah yang nyata pelik dengan sikap aku. Kemudian, lengan baju Dash aku tarik mendorongnya ke kereta. Nasib baik dia tak banyak cakap. Kalau tak, aku tak tau nak kata apa. Aku duduk di tempat pemandu dan Dash di sebelah. Kami bergerak menjauh dari perkarangan rumah. Secara tak langsung, meninggalkan abah yang kebingungan. Maaflah abah. Angah tak nak abah soal siasat budak ni. Lagipun, dia bukan penting pun. Tak ke?

"Wassup with that?" Dash memecah sunyi antara kami. Aku masih memilih untuk diam. Mata fokus pada jalan tapi sebenarnya tidak pada fikiran. Aku mengerling dia dengan ekor mata. Dia nak pergi kerja jugak ke? Eh, yalah. Kut tak takdenya dia pakai smart gitu sekali.

"Nak I hantar you kat mana ni?" Aku terpaksa tanya juga walaupun aku malas.

Diam.

"Hmm?" Allah, jammedlah pulak..

Diam lagi.

Lemas macam ni. Aku pandang dia. Zap! Darah naik ke muka sekali lagi. Berdebar pula jantung ni bila Dash menentang pandangan aku dengan wajah seriusnya. Cepat-cepat aku alihkan pandangan. Tenang. Sabar. Hati, kau kenapa?

"You never called." Suara Dash bergetar di bawah nafas. Nadanya macam marah.

"Nak buat apa call?" Pandang jalan, Cha. Jangan pandang dia.

"You buat I risau."

"Maka?"

"You patut call I."

Adakah itu satu arahan? Dahi aku berkerut. "You said 'call me if you need me' kan? So i didnt call you because i dont need you. Simple as that." Berapa lama nak jammed ni? Aku tak betah duduk satu kereta dengan dia. Dia buat seluruh urat saraf aku berhenti. Jammed macam jalan ni.

"Simple as that huh?" Sarkastik.

"Dah tu?" Aku pandang dia juga sebab hati aku panas dengan sikap sinis dia. Tak boleh ke cakap guna nada yang lebih patut?

Dash tenung aku dalam-dalam. Mukanya merah padam. Tahan marah mungkin. Aku rasa tak sedap hati pula bila dia buat muka cekodok dia tu. Tapi aku tak nak minta maaf. Siapa dia nak risau pasal aku? Dia bukan sesiapa. Apatah lagi kawan. So, act like one.

"Nak hantar kat mana ni? Office you kat mana?" Aku alih topik. Perlahan-lahan aku menggerakkan kereta ke depan apabila diberi ruang.

"Hospital." Off-handed.

"Kereta you kat sana?"

Dia angguk smabil menala pandangannya ke luar. Aku lihat tangan kanannya tergenggam erat membentuk buku lali. Hati aku makin tak sedap. Mata terasa pedih. Serasa nak menangis. Tapi apa hal pulak? Kenapa pula aku nak menangis bagai ni?

Suasana menjadi sangat tegang sampai aku tak tahu nak buat apa selain meneruskan perjalanan. Aku pandu kereta dengan fikiran kosong entah kenapa. Hati padat dengan segala bagai rasa. Keadaan ini buatkan aku terfikir alangkah baiknya kalau kami tak pernah bertemu? Tak pernah langsung-langsung. So that life would be easier?

"Dah sampai." Aku kata pada dia setelah selamat tiba di hospital. Dia masih begitu. Kaku tanpa kata. Aku membetulkan letak tudung di atas kepala. Lemasnya dengan suasana macam ni. Aku mematikan enjin. Menunggu dia keluar dari kereta tapi belum juga. Aku naik jelak. Pintu kereta aku buka tapi tak sempat nak keluar, Dash terus sambar aku dan peluk aku erat-erat.

"Eh? Apa ni?" Aku tolak dada dia. Makin aku tolak makin dia peluk. Masya-Allah. Tuhan, ampunkanlah aku.

"You sangat bencikan I kan?" bisik Dash.

Hah? Aku terdiam.

"I faham..." Perlahan suaranya masuk ke telinga.

Pipi aku terasa hangat. Sehangat pelukan dia. Aku terputus kata-kata. Aku macam nak tolak dia tapi dalam masa yang sama, aku tak nak. Tapi ni dosakan? Get a grip, Cha.

"Dash..." Untuk pertama kali setelah kami berjumpa semula, aku menyeru namanya. "Jangan buat aku macam ni. Please, lepaskan aku." Entah apa yang merasuk aku untuk ber'aku' dengannya. Dash merenggangkan pelukan dan pandang aku. Lama. Dalam.

"Lepaskan." Aku ulang.

Dash angguk. Dia lepaskan aku dalam terpaksa. Kemudian, dia buka pintu kereta. Agaknya dah tak sanggup tengok muka aku.

"I'll leave you forever now."  Tanpa nada dia berkata lalu menapak keluar.

Aku menghela nafas yang tersekat di keronkong. Lega.

Lega.

Lega.

Ya, lega.

Tapi...

...kenapa ada air mata?

Wednesday, September 7, 2011

rhapsody of love 22

Aku terjaga tiba-tiba dari lena. Mungkin terdengar suara-suara yang membingit kat tepi telinga aku ni. Macam suara mak dan... siapa ye? Aku terpanggil untuk melihat keadaan itu namun aku tak terus buka mata. Saja aku mengada nak dengar apa yang berlaku.

Kejap.

Apa dah jadi dengan aku? Macam mana pula aku boleh tidur ni? Bukan ke aku dah bangun masa mak kejut aku suruh makan??

"Dia tak sedar lagi ke? Mak risau lah.." Suara mak  yang sayu semacam. Kesian pula dengar. Tapi kenapa pulak mak nak risau-risau ni? Aku sakit ke? Kronik benar ke?

"Mak cik.. dia okay. Suhu badan dia pun dah turun. Penat aje tu."

Eh? Maira pun ada?

"Ha'ah, mak.. angah okey tu.."

Erk! Along! Ni suara along? Apakah? Tetiba rasa macam nak marah ni. Eh! Kenapa pula aku nak marah bagai ni??? Dush~ Dah hilang ingatan ke aku ni? Tak boleh jadi ni. Aku buka mata. Nampaklah si Maira, mak dan along kat depan aku.

"Mmm.. Ma..ak.." Aku bukan saja-saja nak buat gagap tapi suara ni macam tak boleh nak keluar. Dah la serak gila. Sekali dengar dah macam Malik Nor da haa.. Adeii...

"Eh, angah dah sedar!" Mak terus pegang pipi aku sambil menangis. Ya allah mak aku ni, macamlah aku ni baru bangkit dari koma. Aku koyak sengih melihat mak. Maira yang tengah buat muka kerek di sebelah along aku jeling sekilas.

"Why are you here?" Aku tanya Maira dengan tanpa rasa berdosa.

"To check on you lah!" Maira marah. "You know, you almost made me got heart attack?"

"Eh?" Blur.

"Apa eh-eh? Aku eh atas dahi kau tu karang. Biar demam kau tak kebah-kebah. Dah tau demam tu bawak-bawaklah pergi klinik. Kau ingat kau doktor kau tak payah pergi klinik lah? Dah hebat sangat? Dah bionic sangat? Lagi satu, handphone kau tu campak aje dalam longkang. Ada pun tak guna. Nasib baik aku pandai aku telefon rumah mak kau. Kalau tak, tak tahulah apa nak jadi dengan kau tuh." Bebelan Maira masuk bertubi-tubi dalam telinga terus sampai ke sel otak aku. Dia punya marah membara-bara. Ish.. ish.. ish.. Tapi apa aku dah buat?

"Rewind.. rewind. Tak faham. Blur. Blank. Story. Please." Aku ni agak lembap jugak rupanya ye?

Mak, Maira dan along serentak mengeluh. Aku pandang mereka satu persatu. Tapi bila tiba pada wajah along, aku naik bengang semacam. Nak aja aku baling lampu bilik tidur aku ni kat kepala dia. Biar terpacak tak jatuh-jatuh. Tapi sebab apa ye? Think, Cha, think. Mesti ada...

Oh!

"Along!" Jeritan zahir aku yang tiba-tiba meletup bak Gunung Krakatoa membuatkan semua orang terkejut. Aku bingkas bangun tapi hanya dua saat aje sebab kepala aku terasa berat sangat jadi aku duduk balik kat katil.

"Angah..." Mak pujuk aku bila dia tengok muka aku dah bertukar jadi singa betina kelas satu. Along kaget.

"Aku keluar sekejap." Maira bersuara halus. Sebaik sahaja pintu tertutup, along menyambar badan aku dan dibawa dalam dakapannya. Aku kaku. Kaku sebab aku marah kat dia. Mak pula dah menangis teresak-esak. Mak, murahnya air mata dia bila tiba bab along...

"I'm sorry,"bisik along sambil cium kepala aku. Bohonglah kalau aku kata aku tak tersentuh. Actions speak louder than words aint it? Betul. Sebab air mata aku juga dah meleleh-leleh. Habis basah baju along.

"Angah, along sorry."

Aku diam aje. Tak nak bagi respon. Konon protes. Tapi sungguh, dah lama along tak peluk aku macam ni, tak cium aku macam ni, tak manjakan aku macam ni. Sejak dia kahwin semua berubah. Aku bukan nak tamak tapi dia tetap abang aku. Dia je tempat aku nak bermanja-manja selain Pak Chu. Hehhh...

"Merajuk lagi ke ni?" Dia angkat muka aku. Aku buat muka masam. Tapi muka along sangatlah lawak. Terhambur gelak aku dibuatnya

"Buruknya muka along. Macam cicak tokek." Aku gelak lagi sambil peluk lengan dia. Dia senyum lebar kemudian mengusap dahi aku. Lepas tu, dia tarik mak pula lalu dia peluk kami berdua. Erat.

"Along mintak maaf. Along janji tak buat lagi." Sebak suaranya.

"Janji?" Aku pandang dia.

"Janji."

"Alhamdulillah.." Mak cium pipi along lama. "Sayang anak mak."

"Along pun sayang mak." Along pula cium pipi mak. Lebat betul air mata along turun.

"Allah... semua nak nangis ni. Ni bukan hari raya lah you all. Lemas angah tengok,"sampuk aku dalam tawa. Aku ni cakap aje kat orang.. tak sedar mata sendiri pun dah beranak sungai. Hee~ Rindu Along!

****

"Oiy!" Maira sapa aku dengan kereknya. Hee~ Bini orang ni tak reti-reti nak bagi salam ke?

"Oiy!" Aku balas kerek-kerek jugak. Mana boleh kalah beb! Maira duduk depan aku. Dahi aku dirabanya.
kemudian, dia mengeluh.

"I'm fine la kakak." Aku senyum buat muka comel.

Dia buat muka sambil tenung muka aku. "Lain kali demam roger la kat aku. Risau tau tak?"

"Alaah.. demam biasa jelah." Aku sengih lebar-lebar. "Eh, macam mana kau tau aku pengsan huh?" Nak jugak aku tau macam mana tiba-tiba si doktor ni boleh ada kat rumah ni.

"Bukan aku dah betau kau ke tadi? Hehhh... macam ni memula aku call phone kau tapi tak berangkat. Aku try banyak kali but still no answers. So, aku telefon rumah kau. Mak kau yang angkat, menangis-nangis sambil kata kau pengsan. And the rest is history." Maira jawab dengan muka selamba. Nampak lainlah Maira sekarang. Makin berseri-seri. Apa rahsianya? Sebab dia dah kahwin ke yang jadi menyilau benar ni?

"Ooooo...." Mulut aku jadi bentuk O. Manalah nak berangkat telefon aku tuuu.. kan ke benda alah tu kat bilik, aku pula kat ruang tamu. Adeeiii~

"Cha..." Maira panggil. Suara concern semacam je. "Wassup with your bro tadi?"

Aku sengih kelat.

"This and that." Aku bukan tak nak cerita. Lebih-lebih lagi si Maira ni kawan baik aku. One and only. Tapi macam terlalu berat je. Aku tak naklah semakkan fikiran dia dengan masalah picisan aku ni.

"Okey. I understand." Dia senyum. Tak lama kemudian, dia bangun. "Aku nak balik ni. Kesian si Ijat tunggu lama-lama kat rumah. Lagipun, dah petang ni. Are you okay if I'm leaving?"

"Okay laa. Dont worry." Aku buat muka. Ada gaya aku ni macam dah tak larat sangat ke? Aku demam jelah bukan sakit tahap kronik!

Maira angguk sambil tersenyum. Dahi aku dicium sekilas sebelum menapak ke pintu bilik. Dia ni betul-betul layan aku macam budak kecik. Aku tengok Maira yang tiba-tiba berhenti depan pintu. Maira toleh kembali memandangku. Aku angkat kening. Pehal senyum macam dapat pencahayaan agung ni?

"By the way..." Maira bersuara.

"Pe?"

"Aku pregnant!"

Aku terlopong sesaat dua.

"APPPPPPEEEEEEE??????!!!!!!!"

Dan Maira sekadar tergelak bahagia..

Friday, July 29, 2011

rhapsody of love 21

Aku cuba buka kelopak mata yang membejat. Melirik ke arah jam dinding yang bergantung. Ugh.. dah pukul 2.30 petang? Solat Zohor tak lagi ni. Aku imbangkan badan untuk bangun dari baring. Memang lemah sangat rasanya ni. Demam aku ni dah makin parah bukannya makin kebah. Masuk hari ni dah tiga hari aku tuang kerja. Dan dah tiga hari jugaklah aku kena soal siasat dengan abah.

Asyik-asyik abah tanya..

"Angah, kereta kau mana?"

Tak pun..

"Angah, mana kereta kau?"

Tak pun gini...

"Kereta angah ni kemana?"

Adeii.. abah terchenta aku tu! Padahal soalan sama je kutt. Maka, aku hanya mampu jawap macam ni je... "Kereta angah masuk bengkel bah. Rosak apemende ntah. Nanti ada laa orang hantar kereta angah tu..". Tiap kali abah tanya, tiap kali tu lah aku recycle jawapan yang sama. Aku mengeluh mengenangkan penipuan cemerlang aku tu. Semua ni pasal anak lanun sorang tu lah. Menyusahkan hidup aku betul. Nak aje aku lancarkan serangan gerila kat dia biar dia K.O terus.

"Dari aku mengutuk ke anak lanun tu.. baik aku pergi solat,"getus aku sengsorang. Aku bertatih ke bilik air untuk mengambil wuduk. Menggigil-gigil badan ni bila air terkena kulit. Sabarlah Chempaka.. demam sikit je ni. Selesai berwuduk, aku capai sejadah dengan telekung lalu memakainya.

Usai solat, aku merehatkan diri atas sejadah. Dengungan di kepala benar-benar merimaskan. Satu apa pun aku tak boleh nak buat. Suhu badan pun sekejap naik sekejap turun. Tekak pula asyik loya semacam... erk?

Nak muntah!

Berlari aku masuk ke bilik air semula. Meluahkan segala isi perut ke dalam mangkuk tandas. Perit yang amat. Tekak, perut, hidung.. segalanya perit. Macam nak tercabut trakea aku ni. Apabila dah lega, aku berkumur tiga kali kemudian keluar dari bilik air. Kalau ikutkan badan yang dah macam sotong tak cukup air ni, nak aje aku rebah ke katil tapi memandangkan perut yang dah kosong ni.. terpaksa juga aku menapak turun ke dapur.

"Makkk.." Aku merengek apabila nampak mak kat dapur. Pinggang mak aku peluk dari belakang dan meletakkan kepalaku di bahunya.

"Eh? Angah!" Mak berpusing. Turun sikit suhu badan ni tengok mak senyum. "Kenapa turun bawah ni? Kan angah demam?"

Aku mencebik-cebik, konon nak tunjuklah aku ni tenat sangat-sangat. Haha.

"Panas lagi ni." Mak rasa dahi aku dengan muka risau dia tu. Nak tergelak pula rasa. Aku tarik sengih tak seberapa. "Orang suruh pergi klinik tak mahu. Haa.. inilah padahnya! Macam manalah anak mak ni boleh jadi doktor? Mak hairan betul."

"Sebab angah doktorlah angah tak perlu pergi klinik,"aku jawab selamba. "Abah mana mak?"

Mak jeling je kat aku sebab dia tahu aku alih topik. "Abah kat balai lah. Kan dia kerja hari ni."

Ooo... lupa pulak yang ASP Baharain ada duty hari ni. Hehe..

"Lapar? Nak makan?"

Aku angguk. "Lapar. Tapi tak seleralah mak.."

"Mak ada masak bubur. Nanti mak perangatkan. Angah pergi duduk kat depan nuh. Rehat, tidur. Jangan nak buka aircond pulak. Kang makin teruk demam tu." Tuuu dia.. mak dah turun kan titah dia. Maka, aku perlulah patuh dengan suka relanya. Lambat-lambat aku menuju ke arah ruang tamu. Tiba saja di sofa, aku terus rebah di situ. Sesaat dua kemudian, aku terlelap.

"Angah.."

Eh?

"Angah, bangun!"

Macam ada orang panggil nama aku? Mak ke? Pehal sayu je suara?

Aku buka kelopak mata perlahan-lahan. Air mata yang nak meleleh ke pipi, aku kesat. Biasalah.. bila demam panas macam ni, aku secara automatiknya jadi ratu air mata. Bersusah payahnya aku bangun dari baring lalu duduk bersandar di atas sofa. Mak yang sedang memegang mangkuk bubur dengan segelas air masak itu aku tatap lama.

"Mak, lama dah ke angah tidur?" Aku tanya mak setelah sekian lama termangu.

Mak angguk dan senyum aje. Hati aku jadi tak sedap bila tengok mak. Aku tarik mak suruh duduk sebelah aku. Mata mak merah. Hidung mak pun merah. Takkan mak selesema kut??

"Mak menangis ye?" Aku tanya.

"Eh! Mana ada. Pandai aje angah ni,"dalih mak.

"Mak..."

Mak senyap. Dia hanya tersenyum kelat kat aku. Dalam kepala mak sekarang ni ada apa ye?? Mak fikir pasal siapa ye?? Mak sedih pasal apa eh?? Think, Cha, think. Aku rasa macam nak marah kat otak aku ni sebab lambat sangat nak interpret data. Lama aku dan mak senyap. Suasana di ruang tamu tu betul-betul macam suasana kat bilik mayat.

Ahha!! Ya Allah, Cha.. ape ke bengap sangat kau hari ni?!!

"Mak.. along marah mak lagi ye??" Aku bersuara tegas sambil merenung dalam ke dasar mata mak. Aku yakin ini mesti kerja anak teruna kesayangan mak aku ni. Bengangnya aku! Bertambah bengang  apabila air mata mak mula meleleh ke pipi tuanya. Terhingut-hingut bahu dia menahan sebak. Masya-allah, sedih aku tengok mak macam ni. Kenapalah dengan along ni?

"Along ni dah melampau tau!" Aku bangun dalam terumbang-ambing menuju ke arah telefon rumah. Mak dah berlari mendapatkan aku. Lengan aku dipeluk kemas.

"Angah, jangan marah-marah. Angahkan demam ni. Duduk, rehat. Biarkan aje along tu,"kata mak teresak-esak. Naik sebak dada aku melihat mak. Naik sakit jiwa aku dengan along. Mendidih rasanya darah ini. Amarah bertindakbalas pulak dengan demam panas aku ni memang boleh menyebabkan satu rumah ni terbakar!

"Angah tak kira! Along dah melampau mak. Dia ingat dia tu siapa nak buat mak angah macam ni?!" Aku marah. Nombor along aku dial laju-laju. Lama aku tunggu talian bersambut tapi along tak angkat. Aku dial lagi dan masih juga gagal. Akhirnya aku dial nombor Kak Long. Nasib baik dia angkat. Kalau tak memang nak kena maki laa..

"Kak Long!" Suaraku memetir.

"Eh? Angah? Nak apa ni?" Ramah bunyinya. Tapi silap harilah Kak Long nak ramah-tamah. Aku tengah berbara ni.

"Along ada kat situ tak?"

"Err.. ada. Kenapa?"

Oooo... ada ye? Tapi pejadah tak angkat phone?? Pekak sudah?

"Haa.. bagus! Kak Long buat loudspeaker cepat!" Aku melirik ke arah mak yang sedang teresak. Kepala aku tergeleng-geleng sambil aku memicit dahi. Pening.. pening..

"Pehal ni angah?" Suara along yang kurang mesra itu terdengar juga. Oh, sudah pastilah isteri kesayangan along aku tu report kat dia. What a couple!

Aku tersenyum sinis. Rasa berbinar-binar terus lenyap apabila soalan along menerjah ke telinga.

"Pehal? Along tanya angah pehal??? Hey, you listen to me and you listen good. Kalau along masih nak berbinkan dengan nama Baharain, masih nak cium bau syurga, masih ada iman dan rasa tanggungjawab.. along balik sini dan minta maaf dengan mak! Along ingat along tu siapa nak marah-marah mak? Along jangan ingat along dah ada keluarga sendiri.. along boleh buang mak dan abah macam along buat ni? Apa, along dah teringin sangat ke nak pegang watak Si Tanggang??! Kalau betul nak jadi sangat, pegang casting untuk teater lah!"

Aku dah tak dapat menahan rasa marah dan sedih ini lagi. Mak mendakapku dari belakang. Aku cuba menahan air mata tapi tak boleh. Emosi betul-betul tak dapat nak kawal. Suhu badan dapat kurasakan semakin meningkat. Kepala aku berdenyut bagai nak gila.

Along tidak memberi respon. Dia senyap, diam seribu kata.

"Along balik minta maaf dengan mak sekarang juga. Ini bukan pertama kali mak menangis sebab along. Tapi dah banyak kali dah. Angah dah tak boleh nak sabar lagi. Jangan sampai hilang semua rasa hormat angah ni pada along!,"kata aku dalam sedu-sedan dan menghempaskan gagang telefon

Manalah perginya along aku yang sangat-sangat penyayang tu? Mana pergi along yang bertanggungjawab tu? Apa dah jadi dengan along sebenarnya? Kenapa dia berubah?

Aku memegang kepala aku yang makin berdenyut. Memang sakit betul ni. Macam kena gigit dengan zombie pun ada. Mahu aje aku menggelupur kat situ nak buktikan betapa sengsaranya kepala aku sekarang ni.

"Mak, kepala angah.. sakit." Aku merengek kat mak. Mak cuba memapah aku ke sofa tapi aku dah tak berdaya nak berjalan. Pandanganku makin kelam dan kelam.

Tiba-tiba, segala-galanya gelap!

Hitam!

Hening!