Wednesday, June 15, 2011

rhapsody of love 5

"Mairaaaa...." Aku merengek-rengek dua tiga harakat sebaik aje masuk bilik selepas bergebang kat bilik air selama sejam. Mendekati Maira yang duduk menelaah buku amende ntah kat atas katilnya. Aku duduk sebelah dia. Maira pandang aku.

"Angin laaa.." aku buat manja dengan muka seposen.

"Kau makan apa?" Maira dah bangun sambil duduk belakang aku kemudian dia urut bahu aku. Yes! Memang itu yang aku nak. Aku gelak.

"Tak tau. Sedar-sedar perut kembung. Uhuk~" Maira menggeleng kepala dua tiga empat kali. Aku gelak lagi. Memang seronok laa ada orang nak layan perangai aku yang mengada-ngada ni. Baru aku tahu seronok juga ada kawan perempuan. Selama ni aku asyik ke hulu-ke hilir dengan Dash je. Aku mana ada kawan perempuan sebab masa sekolah dulu berkawan dengan perempuan ni leceh. Banyak hasad dengki lepas tu dok mengutuk belakang-belakang. Maka lebih baik aku kawan dengan Dash yang gatal tu. At least dia jujur. At least dia jaga aku. At least dia...sweet? Eh.. apasal aku teringat pada Dash ni?

"Senyum pulak! Dengar tak apa aku cakap ni?" Tiba-tiba suara Maira naik dua volume. Makkk... sakit gegendang. Aku pandang Maira.

"Sorry. Come again?" Blur..

"Aku cakap lain kali kalau nak tidur isi minyak angin kat kaki. Sapu perabis kat betis-betis. Then pakai socks masa tidur. Nanti takde laa angin masuk." Tuuu dia... Maira ni macam makcik-makcik lah. Aku gelak aje lepas tu angguk, konon-konon nanti-aku-buat-apa-yang-dia-cakap-tu.

"Maira, kau memang boleh jadi doktor laa.."

Kali ini, dia yang gelak. "Dah tu kau ingat aku ada kat sini sebab apa kalau bukan nak jadi doktor?" Tangan dia masih lagi sibuk memicit badan aku. Banyak sungguh angin keluar. Naik lembik aku. "Ya Allah, gila banyak angin kau." Maira gelak lagi.

"Tau takpe.." Aku sengih. Tiba-tiba pintu bilik dibuka. Serentak aku dan Maira berpaling. Cess... Ren rupanya. Aku senyum nipis pada Ren. Maira pula dok sibuk tanya itu ini. Ren ni ahli bilik aku yang nombor tiga. Dia memang jarang ada kat dalam bilik sebab selalu pergi lepak kat bilik kawan dia. Selama sebulan aku duduk kat matriks ni memang tersangatlah jarang dia ada dalam bilik ni. Maka sebab itulah aku lebih rapat dengan Maira. Tambahan pula, Maira tu classmate aku. Tu yang bonding tuuu...

"Tak tahu pula ada spa kat sini?" Ren perli sambil sengih. Dia duduk bertentangan dengan kami. Maira gelak. Aku senyum aje. 

"Ni si Chacha ni.. badan dia penuh angin. Tersedut gas gamaknya."

"Oii! Mengata aku nampak."

"Tidur pakai socks laa lain kali." Pesan Ren.

"See? Kan aku dah cakap." Maira buat suara bangga. Aku cebik. Tengah sedap-sedap melepak menikmati urutan khas Maira tiba-tiba telefon aku berbunyi. Halllamakkk.... kacau ler. Aku jawab cepat-cepat sebab aku tau siapa yang rajin benar nak menelefon pagi-pagi sabtu ni.

"Cik abang sayang la tuuu..."usik Maira.

Erk?

"He's just my best friend laa, Maira.."gumamku rendah sebelum menekan button hijau kat badan Sony aku tu.

"Hello, sayang.." Haa.. dia dah mai daa... dah mai daa..

"Puh-lease!" Aku gelak. "Assalamualaikum laaa encik."

Dash sambung gelak aku. "Waalaikumussalam sayang."

"You and your gatal syndrome. Errrkkk!" Haiyooo! Aku tersendawa. Aisehhh... jatuh saham. Aku tengok Maira ketawa. Ren pula tersenyum.

"Sendawa cik kak?" Dash sound.

"Yelaa... takkan kentut pulak kut." Aku buat muka. "Badan masuk angin ar. Memang tak best langsung." Aik? Mengadu Cha? Impressive. Sejak bila dah pandai mengadu benda remeh-temeh ni kat si gatal tu?

"Tidur pakai socks. Pakai seluar panjang. Ni tidur pakai boxer memanglah masuk angin."

"Hooo! Apa boxer-boxer???" Blushing. "Aku tidur pakai baju kurung tau!" Dashiel Saiffullah, kau nak kena lempang ke apa sebut pasal boxer??

Dash ketawa. Tak senonoh mamat ni tau.

"Okay ler.. Just telefon nak dengar suara je. Nak pergi berfoya-foya ni. Pergi cinema, shopping, mengorat. Heiii... memang letihlah dua tiga menjak ni. Bye-bye orang Penang." Dia usik aku.

Helleh! Ingat aku heran ke? "Pergi jelah. Aku tara kisah maaa. Tolong carikan aku mamat kaya lagi handsome tau."

"Malas aku! Cari sendiri."

Aku cebik. "Kedekut."

"Of course laa... kau kan aku punya." Dia gelak jahat.

"Mana? Takde label pun.." Ada ke dia kata macam tu? Ishhhh...

"Sekarang memanglah takde. Esok-esok lusa-lusa.. ada laaa. Sape je yang tak terpikat dengan The Great Dashiel Saiffullah ni??"

Ha-Ha. Not even funny, Dash..

"Riaknya anda. Kena sambar petir baru tau." Aku rolled eyes.

"Yelah sayang. Gotta go. Miss u, Chem."

Belum sempat aku nak jawab apa-apa, talian dah terputus. Aku pandang telefon aku dengan pandangan kosong. Miss u, Chem. Aku sedar pipi aku terasa panas. Haiyooo... ni kenapa pula ni?? Com'on Chacha. Macam tak biasa..

"Perghhh! Merahnya muka budak tu!" Maira dah gelak-gelak.

"Weh..apasal kau blushing?" Ren pula sambung.

Ah! Sudah! "Shush la korang!" Aku terus tarik Domo-kun dan tutup muka.

"Somebody's in looooveee.."

Erk?

No comments:

Post a Comment

sekupang.. dua kupang.. tiga kupang.. nah! aku kasi kat hangpa!