Saturday, June 25, 2011

rhapsody of love 16

Yeay! Yeay! Along kahwin! Yeay! Yeay!

Aku sengih panjang lebar kat atas pelamin. Ya, aku di atas pelamin. Bukan jadi pengantin tapi jadi pengapit jeee. Okey la tu. Paling kurang orang ramai usha aku dari usha pengantin. Manalah tau lepas ni terkena badi pengantin aku pula yang naik pelamin. Hehehe. Aku ni perasan betullah. Bila nak terinsaf pun tak tahulaaa...

Lepas bersanding, makan beradat. Beradat ke beradap? Entah. Antara dua tu laa.. Dah lupa ejaan dia macam mana. Haha. Memang sedap betul makanan pengantin ye. Tak sia-sia aku jadi pengapit bertauliah hari ni. Lauk udang karang yang Pak Ndak masak memang mannntopppp habisan ah. Kalau tak disebabkan aku ni pengapit.. dah lama aku makan ikut suka hati aku. Ni nak kena cover-cover... leceh sungguh!

Along nampak betul-betul handsome hari ni. Dah takde dah janggut seciput dia sebab kena cukur. Segak bergaya dengan baju Melayu (jenis apa ntah) berwarna kuning diraja. Kak Ai.. eh.. silap.. kena panggil Kak Long dah sekarang.. dia pun cantik semacam. Kalah Megan Fox. Bahagia sungguh aku tengok dia orang berdua. Macam dunia ni milik mereka.

Aku teringat pada Maira yang dah bergelar isteri orang juga. Pagi tadi dia nikah, sama masa dengan along maka aku tak sempat nak temu ramah dia. Tak apalah. Nanti-nanti je aku interview minah sorang tu. Sibuk betul jadi pengapit ni. Kena jaga itu ini hal ehwal pengantin. Letih. Selesai sahaja kenduri, aku terus berteleku di atas tangga belakang rumah Tok Wan. Waaa! Dah tak larat nak pergi tunjuk muka kat beratus-ratus tetamu yang datang. Kawan-kawan along saja dah berapa ramai.. campur kawan-kawan Kak Long lagi... sedara-mara.. sepupu-sepapat... full house beb!

Terasa sunyi walaupun orang ramai di kampung. Mungkin sebab adik takde. Budak tu kan dah masuk matrik. Tak dapat cuti. Kelas baru start. Mungkin juga sebab Pak Chu kesayangan aku takde. Dia pun tak dapat cuti sebab masa kenduri doa selamat dia dah balik. Doktor kalau cuti selalu..alamatnya lingkuplah gajiii...

"Angah Cha, handphone berbunyi ni ah. Dak Meer ambik eh?" Aku dengar suara Azmeer; sepupu aku anak Mak Lang memekik memanggil aku dari dalam rumah. Orang Melaka memang selalu bahasakan diri 'Dak' kat pangkal nama dia. Tak tahulah kenapa.

"Haa.. amek je la. Angah Cha kat pintu belakang ni."

Tak sampai lima, Azmeer sampai. Dia hulurkan Sony aku.

"Mekaseh. Jasamu dikenang selamanya." Aku puji-puji. Azmeer ni tua dari aku sebenarnya. Tua juga dari along. Dah kahwin, anak dua. Isteri dia ada kat dapur tolong orang basuh pinggan. Tapi tak taulah kenapa percakapan dia sopan benar walaupun dia ni golongan tua. Pandai Mak Lang didik anak.

Dia senyum. "Tadi ada orang call, ngah. Pastu putus dah. Nanti tipon la balek."

Aku angguk kemudian tengok Sony aku. Nombor yang aku tak kenal naik kat skrin. Haiyooo... siapa yang rajin benar buat cranked call ni??? Aku hangat.

Telefon aku berbunyi lagi tak lama kemudian.

"Hello, Chempaka's here." Aku selalu speaking bila ada nombor aneh-aneh naik. Mungkin sebab kat Bandung dulu, orang lain bercakap Sunda dan aku pula tak reti maka bahasa Inggeris jadi perantaraan aku. Haha.

Senyap tak berbalas. Pelik. Orang bisu ke yang call aku ni?

"Hello? Who's this?"

Aku belajar bersabar buat dua tiga saat ni.

"Who are you again?" Mak aihhhh! Macho-nya suara anda. Tergoda sayaaa! Adakah ini lelaki idaman aku yang aku tunggu-tunggu selama ini?

"Err... err.. Chempaka Zurilliana Baharain. Do I know you? Who are you?" Aku kasi nama penuh aku. Kut-kut dua kenal aku lepas bagi tau nama panjang-panjang tuu...

Lelaki tu senyap. Lama.

"Hello?" Sabar dah mula terhakis. Tindakbalas redoks dalam jiwa berlaku dengan cepat nampaknya.

"Err...yeah. I think I've got the wrong number. Sorry for your time."

"Eh? Err...wait! Laa...dah putus?" Aku kerut dahi sambil merenung Sony aku dalam-dalam.

Siapa lelaki tadi tu????

Aku senyum segaris.

I love you voice la bro...

****

"Fendy, kalau ada apa-apa tolong ganti aku sat na. Aku nak solat asar sat." Aku cakap kat Fendy sambil campak pager aku kat dia. Fendy angguk setuju dan mengangkat dua ibu jari dia padaku. Kemudian, aku berkejar ke surau berdekatan. Yalah, kerja-kerja jugak.. solat takkan nak aci redah ye tak?

Dalam dok sibuk kejar ke surau, entah macam mana aku terlanggar sorang mamat yang entah dari mana dia muncul. Terkedu aku tengok lengan baju dia yang berdarah segala. Sampai menitis kut darah dia dari jari-jari! Spooky!

"Doktor pun lalok ke?" Mamat tu sound dengan suara monotone dia.

Berdengung telinga kejap. Panas hati dibuatnya. Tapi takkan pula aku nak sound mamat ni balik. Mencemar kredibilitilah namanya tu. Aku dongak dan tengok mamat tu. Hallamakkk... cantik shades dia! Nampaklah dia ni macam orang kaya.

"Sorry." Ikhlas tak ikhlas aku cakap kat dia.

Dia pandang aku.

"Are you okay sir?" Aku tanya walaupun aku malas sebenarnya. Disebabkan aku risau tengok tangan dia berdarah gitu maka terpaksa jugak.

Dia tak jawab dan hanya pandang aku je melalui cermin mata hitam dia yang berkilat tu. Aku rasalah dia macam pandang aku...

"Sir? Are you okay?" Aku tekankan suara. Macam melamun je mamat ni... Tadi masa sound orang, nampak berkuasa sangat. Pehal bisu je?

"Err... yeah." Dia tengok lengan baju dia yang merah dengan darah tu. "I'm fine."

"But your hand's bleeding.." Aku nak pegang tangan dia tapi dia segera menarik tangannya menjauh dariku. Aku angkat kening. Weh.. aku ni doktorlah bukannya mak cik cleaner! Cuma tak pakai lab coat je..

" s'not mine. My friend's.."

Ohhhh.... buat penat aku risau je.

"Are you sure you're okay?" Nak kepastian.

Dia angguk sekali. "If you excuse me..."katanya kemudian berlari-lari anak meninggalkan aku. Aku hanya merenung dia berlari lalu hilang di sebalik orang ramai yang lalu lalang kat hospital ni. Sambil tu otak aku ligat berfikir. Suara dia... macam pernah dengar. Serius tak tipu!!

Aku mengeluh apabila memori aku gagal mengingat semula. Maira, betullah kau cakap.. sinap aku tersumbat nehhh... Bibir mengukir senyum lucu tanpa dipaksa sambil mata melirik ke arah jam tangan yang terikat di pergelangan tangan. Almost six o'clock!!

"Allah! Asar aku!!!"

No comments:

Post a Comment

sekupang.. dua kupang.. tiga kupang.. nah! aku kasi kat hangpa!