Friday, July 29, 2011

entry ini-bukan-novel (?)

aku sorang budak yang ada jari gatal. Ye, jari-jemari aku memang agak membirah. Sebab tu terlahirnya blog tak berpengunjung aku ni. Aku saja nak jadi manusia berendah hati dengan cakap begitu. Sebab ada je yang datang kunjung blog aku ni. Hehh.. tak ramai tak mengapa. Masih baru jadi biar saja.

Aku pasti akan fikir begini :: Whut-eveh.. <--- sepupu sengal aku suruh tambah word H di setiap hujung perkataan yang aku tutur supaya nampak birah dan gedik. aku sumpah tak faham niat murni sepupu aku yang sengal itu mengetengahkan idea ni. Oh, sepupu aku agak freemanson.. tak.. tak.. aku tak kata kau ye Eames. Sungguh tak..

=.='

... aku tipu tang "Masih baru jadi biar saja" sebab aku bukannya new bie. Masuk kali ni... dah blog ke berapa ye? entah.. tak dapat nak loading sebab sumpah aku tak ingat. My previous blog kena delete sebab macam semak je.

Ye, i'm not a good writer.

Aku ulangi, i'm not a good writer. 

Tapi aku masih degil nak menulis.  Dalam novel aku (novel ke?), aku langsung tak mengaplikasikan bahasa ibunda mahupun bahasa klasik lagi berhiperbola. Ini sebabnya aku sudah malas nak mengulang aktiviti mengarang macam dalam periksa B.M sewaktu di tingkatan 5. Cikgu selalu puji aku sebab karangan aku tiptop gaya Anis Ayuni, Aisya Sofea..err Hlovate agak mustahil untuk meniti di bibir cikgu-cikgu aku sebab mesti mereka tak tahu Hlovate itu siapa. Dan memang agak gilalah kerana diletakkan sama tahap dengan penulis terkenal.

Ye, aku saja nak jadi manusia riak di sini.

Tapi, ye... aku bukan penulis hebat. Dah lah blog macam budak tadika. Ye, aku mengaku blog aku gilalah tahap dewa punya hodoh. But it's okay.. janji tak semak dengan segala benda widget yang membejatkan internet aku untuk loading dengan cemerlangnya. Oh, janganlah terasa. aku tak cakap pada sesiapa ye.

Jadi bila aku kata i aint a good writer maka ianya sangatlah benar. Tapi aku masih berpegang pada kata-kata yang aku reka sendiri tak sampai seminit tadi. Aku percaya bahawa setiap manusia ada kebolehan untuk melakukan apa sahaja. Malaysia kan selalu berpaksikan pada motto "Malaysia boleh!". Maka, aku percaya aku sebenarnya a good writer.

err.... (bunyi cengkerik bergema menunjukkan betapa annoyed dengan keperasanan diri sendiri..=.=')

.
.
.
.

Okay. Jangan kata apa-apa.


hei.. hei.. eames and sue ker ati larh..
aku teringin nak main balloon besaq macam ni..
jom kita buat..

tapi.. please dont invite any BADUT!

I despise 'em all..

err.. tapi.. kalau pakcik McD takpe..

Boleh?

rhapsody of love 21

Aku cuba buka kelopak mata yang membejat. Melirik ke arah jam dinding yang bergantung. Ugh.. dah pukul 2.30 petang? Solat Zohor tak lagi ni. Aku imbangkan badan untuk bangun dari baring. Memang lemah sangat rasanya ni. Demam aku ni dah makin parah bukannya makin kebah. Masuk hari ni dah tiga hari aku tuang kerja. Dan dah tiga hari jugaklah aku kena soal siasat dengan abah.

Asyik-asyik abah tanya..

"Angah, kereta kau mana?"

Tak pun..

"Angah, mana kereta kau?"

Tak pun gini...

"Kereta angah ni kemana?"

Adeii.. abah terchenta aku tu! Padahal soalan sama je kutt. Maka, aku hanya mampu jawap macam ni je... "Kereta angah masuk bengkel bah. Rosak apemende ntah. Nanti ada laa orang hantar kereta angah tu..". Tiap kali abah tanya, tiap kali tu lah aku recycle jawapan yang sama. Aku mengeluh mengenangkan penipuan cemerlang aku tu. Semua ni pasal anak lanun sorang tu lah. Menyusahkan hidup aku betul. Nak aje aku lancarkan serangan gerila kat dia biar dia K.O terus.

"Dari aku mengutuk ke anak lanun tu.. baik aku pergi solat,"getus aku sengsorang. Aku bertatih ke bilik air untuk mengambil wuduk. Menggigil-gigil badan ni bila air terkena kulit. Sabarlah Chempaka.. demam sikit je ni. Selesai berwuduk, aku capai sejadah dengan telekung lalu memakainya.

Usai solat, aku merehatkan diri atas sejadah. Dengungan di kepala benar-benar merimaskan. Satu apa pun aku tak boleh nak buat. Suhu badan pun sekejap naik sekejap turun. Tekak pula asyik loya semacam... erk?

Nak muntah!

Berlari aku masuk ke bilik air semula. Meluahkan segala isi perut ke dalam mangkuk tandas. Perit yang amat. Tekak, perut, hidung.. segalanya perit. Macam nak tercabut trakea aku ni. Apabila dah lega, aku berkumur tiga kali kemudian keluar dari bilik air. Kalau ikutkan badan yang dah macam sotong tak cukup air ni, nak aje aku rebah ke katil tapi memandangkan perut yang dah kosong ni.. terpaksa juga aku menapak turun ke dapur.

"Makkk.." Aku merengek apabila nampak mak kat dapur. Pinggang mak aku peluk dari belakang dan meletakkan kepalaku di bahunya.

"Eh? Angah!" Mak berpusing. Turun sikit suhu badan ni tengok mak senyum. "Kenapa turun bawah ni? Kan angah demam?"

Aku mencebik-cebik, konon nak tunjuklah aku ni tenat sangat-sangat. Haha.

"Panas lagi ni." Mak rasa dahi aku dengan muka risau dia tu. Nak tergelak pula rasa. Aku tarik sengih tak seberapa. "Orang suruh pergi klinik tak mahu. Haa.. inilah padahnya! Macam manalah anak mak ni boleh jadi doktor? Mak hairan betul."

"Sebab angah doktorlah angah tak perlu pergi klinik,"aku jawab selamba. "Abah mana mak?"

Mak jeling je kat aku sebab dia tahu aku alih topik. "Abah kat balai lah. Kan dia kerja hari ni."

Ooo... lupa pulak yang ASP Baharain ada duty hari ni. Hehe..

"Lapar? Nak makan?"

Aku angguk. "Lapar. Tapi tak seleralah mak.."

"Mak ada masak bubur. Nanti mak perangatkan. Angah pergi duduk kat depan nuh. Rehat, tidur. Jangan nak buka aircond pulak. Kang makin teruk demam tu." Tuuu dia.. mak dah turun kan titah dia. Maka, aku perlulah patuh dengan suka relanya. Lambat-lambat aku menuju ke arah ruang tamu. Tiba saja di sofa, aku terus rebah di situ. Sesaat dua kemudian, aku terlelap.

"Angah.."

Eh?

"Angah, bangun!"

Macam ada orang panggil nama aku? Mak ke? Pehal sayu je suara?

Aku buka kelopak mata perlahan-lahan. Air mata yang nak meleleh ke pipi, aku kesat. Biasalah.. bila demam panas macam ni, aku secara automatiknya jadi ratu air mata. Bersusah payahnya aku bangun dari baring lalu duduk bersandar di atas sofa. Mak yang sedang memegang mangkuk bubur dengan segelas air masak itu aku tatap lama.

"Mak, lama dah ke angah tidur?" Aku tanya mak setelah sekian lama termangu.

Mak angguk dan senyum aje. Hati aku jadi tak sedap bila tengok mak. Aku tarik mak suruh duduk sebelah aku. Mata mak merah. Hidung mak pun merah. Takkan mak selesema kut??

"Mak menangis ye?" Aku tanya.

"Eh! Mana ada. Pandai aje angah ni,"dalih mak.

"Mak..."

Mak senyap. Dia hanya tersenyum kelat kat aku. Dalam kepala mak sekarang ni ada apa ye?? Mak fikir pasal siapa ye?? Mak sedih pasal apa eh?? Think, Cha, think. Aku rasa macam nak marah kat otak aku ni sebab lambat sangat nak interpret data. Lama aku dan mak senyap. Suasana di ruang tamu tu betul-betul macam suasana kat bilik mayat.

Ahha!! Ya Allah, Cha.. ape ke bengap sangat kau hari ni?!!

"Mak.. along marah mak lagi ye??" Aku bersuara tegas sambil merenung dalam ke dasar mata mak. Aku yakin ini mesti kerja anak teruna kesayangan mak aku ni. Bengangnya aku! Bertambah bengang  apabila air mata mak mula meleleh ke pipi tuanya. Terhingut-hingut bahu dia menahan sebak. Masya-allah, sedih aku tengok mak macam ni. Kenapalah dengan along ni?

"Along ni dah melampau tau!" Aku bangun dalam terumbang-ambing menuju ke arah telefon rumah. Mak dah berlari mendapatkan aku. Lengan aku dipeluk kemas.

"Angah, jangan marah-marah. Angahkan demam ni. Duduk, rehat. Biarkan aje along tu,"kata mak teresak-esak. Naik sebak dada aku melihat mak. Naik sakit jiwa aku dengan along. Mendidih rasanya darah ini. Amarah bertindakbalas pulak dengan demam panas aku ni memang boleh menyebabkan satu rumah ni terbakar!

"Angah tak kira! Along dah melampau mak. Dia ingat dia tu siapa nak buat mak angah macam ni?!" Aku marah. Nombor along aku dial laju-laju. Lama aku tunggu talian bersambut tapi along tak angkat. Aku dial lagi dan masih juga gagal. Akhirnya aku dial nombor Kak Long. Nasib baik dia angkat. Kalau tak memang nak kena maki laa..

"Kak Long!" Suaraku memetir.

"Eh? Angah? Nak apa ni?" Ramah bunyinya. Tapi silap harilah Kak Long nak ramah-tamah. Aku tengah berbara ni.

"Along ada kat situ tak?"

"Err.. ada. Kenapa?"

Oooo... ada ye? Tapi pejadah tak angkat phone?? Pekak sudah?

"Haa.. bagus! Kak Long buat loudspeaker cepat!" Aku melirik ke arah mak yang sedang teresak. Kepala aku tergeleng-geleng sambil aku memicit dahi. Pening.. pening..

"Pehal ni angah?" Suara along yang kurang mesra itu terdengar juga. Oh, sudah pastilah isteri kesayangan along aku tu report kat dia. What a couple!

Aku tersenyum sinis. Rasa berbinar-binar terus lenyap apabila soalan along menerjah ke telinga.

"Pehal? Along tanya angah pehal??? Hey, you listen to me and you listen good. Kalau along masih nak berbinkan dengan nama Baharain, masih nak cium bau syurga, masih ada iman dan rasa tanggungjawab.. along balik sini dan minta maaf dengan mak! Along ingat along tu siapa nak marah-marah mak? Along jangan ingat along dah ada keluarga sendiri.. along boleh buang mak dan abah macam along buat ni? Apa, along dah teringin sangat ke nak pegang watak Si Tanggang??! Kalau betul nak jadi sangat, pegang casting untuk teater lah!"

Aku dah tak dapat menahan rasa marah dan sedih ini lagi. Mak mendakapku dari belakang. Aku cuba menahan air mata tapi tak boleh. Emosi betul-betul tak dapat nak kawal. Suhu badan dapat kurasakan semakin meningkat. Kepala aku berdenyut bagai nak gila.

Along tidak memberi respon. Dia senyap, diam seribu kata.

"Along balik minta maaf dengan mak sekarang juga. Ini bukan pertama kali mak menangis sebab along. Tapi dah banyak kali dah. Angah dah tak boleh nak sabar lagi. Jangan sampai hilang semua rasa hormat angah ni pada along!,"kata aku dalam sedu-sedan dan menghempaskan gagang telefon

Manalah perginya along aku yang sangat-sangat penyayang tu? Mana pergi along yang bertanggungjawab tu? Apa dah jadi dengan along sebenarnya? Kenapa dia berubah?

Aku memegang kepala aku yang makin berdenyut. Memang sakit betul ni. Macam kena gigit dengan zombie pun ada. Mahu aje aku menggelupur kat situ nak buktikan betapa sengsaranya kepala aku sekarang ni.

"Mak, kepala angah.. sakit." Aku merengek kat mak. Mak cuba memapah aku ke sofa tapi aku dah tak berdaya nak berjalan. Pandanganku makin kelam dan kelam.

Tiba-tiba, segala-galanya gelap!

Hitam!

Hening!

Wednesday, July 27, 2011

[teaser] part 2

Temu Bual Bersama Maira

Sudah sekian lama temu bual ini tergendala. Temubual ini kembali dijalankan kerana watak-watak Rhapsody Of Love (ROL)  dikhabarkan telah pulang ke tanah Malaysia setelah tamat menimba ilmu di rantau orang. Hari ini saya ditugaskan oleh editor saya untuk menemubual salah seorang watak ROL iaitu Maira. Temubual ini dijalankan di rumahnya di Kuala Lumpur.

Soalan:: Maaf menggangu waktu cuti Cik Maira. Husband tak marah ke ni?

Maira: (sambil tersenyum) tak ada ganggunya. Hubby saya okey je dia. Untung-untung dia boleh tumpang glamour. (ketawa)

S: Sebaik sahaja habis matrikulasi, Cik Maira kemana?

M: Oh, saya dapat tawaran ke Tassmania untuk buat medic. Sekali dengan hubby saya. Saya ingatkan saya dapat ikut Chacha ke Bandung. Tapi yelahkan.. rezeki masing-masing. (tersenyum)

S: Watak utama dalam cerita ini siapa sebenarnya?

M: (tergelak ceria) Sudah tentu bukan saya. Kalau saya ini watak utama, dah sah-sah banyak scene yang saya muncul. Saya hadir dalam cerita ini sekadar kawan baik kepada Chacha. I'm her crying shoulder. Dan itu sahaja.

S: Cik Maira berpuas hati dengan watak anda?

M: (kali ini dia tersenyum) Saya rasa ini pun dah lebih dari cukup. Berada di samping Chacha bila mana dia memerlukan adalah detik yang paling best bagi saya. Sebagai kawan baiknya, saya rasa saya telah melakukan tanggungjawab saya dengan sempurna. Jadi, saya cukup berpuas hati.

S: Pendapat tentang Chacha? 

M: (tergelak) Budak tu memang manja laa... Tak boleh nak tapis-tapis dah. Tapi manja dia takdelah gedik. Saya suka berkawan dengan dia. Dan mengenali Chacha, dia sorang yang loyal dengan kawan-kawan. Dia takkan tinggal kawan dia walau macam mana pun keadaannya. Dia juga penyayang. Nampak macam she doesnt care tapi sebenarnya dia sangat-sangat mengambil berat tentang orang lain. Saya harap akan ada sorang lelaki yang boleh menjaga kawan baik saya tu sebab she deserves someone better in her life.

Perbualan kami tamat apabila Cik Maira mendapat panggilan dari hospital di mana tempat dia berkerja. Dia tersenyum sambil menggeleng kepala apabila saya meminta maaf kerana telah mengganggunya. Saya beredar dari perkarangan rumahnya dengan hati yang lega. Temubual kali kedua tidaklah seteruk kali pertama. Semoga Cik Maira dicucuri rahmat.

Tuesday, July 26, 2011

rhapsody of love 20

Panas! Dahi aku panas!

"Angahhh..." Suara mak dah melantun-lantun ke dalam otak aku. Alaa..mak! Janganlah menjerit-jerit. Kepala angah dah nak pecah ni. Telinga aku menangkap suara mak lagi. Terpaksa aku bangun jugak ni.

"Bangunlah ngah. Pergi kerja ke tidak ni?" Aku nampak wajah mak kat celah pintu bilik aku. Adeii... pehal berat sangat ni kepala aku ni?? Demam ke? Janganlah... aku kena pergi kerja. Pager aku dari tadi vibrate tak habis-habis.

"Mak.. mak.. ce try rasa dahi angah ni." Mak akur dengan permintaan tak seberapa aku ni. Dahiku disentuh. Lama mak diam.

"Demam ni ngah." Mak kata.

"Loh? Iyakah mak?" Tiba-tiba aku terkeluar bahasa indon tak seberapa aku ni. Bibir dah tersengih tengok Puan Mekar Kenanga mencekak pinggang. Aku bangun perlahan-lahan dan cuba menstabilkan kedudukan badan. Dah gaya duduk dalam bot je rasanya.

"Nak pergi kerja juga ke ni?" Aura risau mak dah keluar.

Angguk. "Yelah mak."

"Demam ni..."

"Demam biasa aje mak. Tak payah risau." Biasalah sangat demam ni. Pandailah kau goreng mak ye? Aku pandang mak yang masih tak berganjak. "Dah.. dah.. mak tak risau. Angah nak mandi ni. Ke.. mak nak mandikan angah?"

Mak menjelirkan lidahnya kemudian keluar dari bilik. Kelakarlah mak ni main jelir-jelir lidah. Buat gelak aku je. Eh? Kejap? Pukul berapa ni?

"Alemakkk! Dah 7.30 daaa..!"

****

Aku terpaksa ambil half-day sebab demam aku ni bukan sebiasa yang aku sangka. Itu pun lepas kena hambat dengan rakan-rakan kerja aku. Terasa macam kena heat stroke pula. Panas membahang. Tapi kadang-kadang tu.. rasa sejuk gila. Ugh! Aku benci demam.

Terhuyung-hayang aku menapak ke arah kereta Myvi aku tu. Walaupun sekangkang kera aje jaraknya tapi masa demam-demam gini semuanya terasa jauh. Setapak lagi mendekati kereta, beg laptop aku yang beratnya lapan kati tu ditarik dari arah belakang membuatkan badan aku pun nak terhumban ke belakang. Tapi nasib baik aku pandai kawal badan ni. Kut tak.. cium jalanlah saya!

"Woo..woo... are you okay?" Dash yang entah dari mana muncul tu tanya aku. Tangannya dah merangkul bahu aku. Menyirap darah naik ke muka. Dengan kudrat tak seberapa ni, aku tepis tangannya.

"Demam ni sayang." Dia sentuh dahi aku pula.

Sayang?

Aku pandang 45 darjah pada Dash sebab dia sentuh dahi aku. Dan aku meluat dengar dia panggil aku sayang.. sejak dari dulu lagi. Hehhh....

"Mana ada." Aku tepis lagi tangan dia. "Tangan tu nak kena potong ke? Merayap je.."

Dash gelak. Laju aje dia rampas kunci kereta aku. Pintu kereta dibukanya lalu menyuruh aku masuk. Dah macam kereta dia pula. Sabar jelah..

"Masuklah. I hantar you balik."

Aku masih tercegat sambil pandang dia. Saja buat degil padahal aku terasa nak pitam sebenarnya.

"Cha, masuk. I hantar." Tegas suaranya.

Terkedu aku sekejap. Bukan terkedu sebab dia berlakon serius depan aku tapi sebab dia panggil aku Cha. Cha? Seriously? Takde ribut takde apa.. hari ni dia panggil aku Cha. Beberapa minggu lepas, dia akan panggil nama penuh aku. Even dulu-dulu pun dia panggil aku Chem je.

"Cha, I'm serious. Get in the car. Now."

Belum sempat aku nak jawab apa-apa, dia dah tarik tangan aku kemudian disumbatnya aku kat dalam kereta. Aku malas nak banyak hal sebab betul-betul tengah di awangan ni. Kalau kena jentik pun sure aku tumbang punya.

"Tepi sekejap." Dash kata sambil senyum. Aku pun ketepi, ikut apa yang dia suruh.

Aku tenung Dash yang sibuk tolong pakaikan seat belt kat aku. Kemudian dia letak pula blazer yang dia pakai kat atas badan aku dan dikemas-kemaskan agar aku tak sejuk. Tiba-tiba mata aku jadi panas. Macam nak berair pun ada. Mungkin sebab demam. Dalam sedap-sedap tenung anak teruna orang, Dash angkat muka. Matanya terbenam ke muka aku ni. Gelabah aku melarikan anak mata ke arah lain.  Aku dengar Dash gelak-gelak. Ishhh.. buat malu je!

"You duduk kat mana ni?" Dash tanya sambil menghidupkan enjin kereta. Myvi aku tu dibawanya keluar dari perkarangan hospital. Ye, Myvi aku. Tapi dah kena takhluk dengan lanun kat sebelah aku ni.

"Hantar rumah mak." Aku jeling kat dia. Mesti dia dah lupa rumah mak aku kat mana.

"Okey." Dash senyum lagi.

Aku pandang dia. Lama. Macam tak percaya.

"I ingat." Dia kata kat aku macam tu walaupun aku tak tanya dia apa-apa soalan. Tiba-tiba, aku teringat sesuatu.

"You buat apa kat hospital tadi?" Aku tanya dia. Bukan waktu ni patutnya dia ada kat office ke? Eh, kejap. Dia kerja apa ek? Dah jadi arkitek ke dia?

"Sight seeing."

"Ha-ha."

"Lah.. betullah. I jalan-jalan kat hospital tu. Ingat nak surprise you. Tapi dah jumpa kat parking lot pula." Dia tengok aku sekilas.

"You takde kerja ke nak jumpa I hari-hari?"

"Kira kerjalah jugak tu.." Dash gelak kecil. "Dan you pula.. dah takde kerja tiap-tiap hari asyik nak marah I je?"

"I marah you bersebab okey!" Aku nak naikkan suara tapi kepala aku pula buat hal. Aku picit-picit kepala yang dah makin berdenyut ni.

"Nak singgah klinik tak?"

"Tak nak." Aku jeling dia. Dia jeling aku balik.

"Doktor pun takut pergi klinik ke?"

"Shaddap!" Getusku. Tangan dah makin rancak memicit kepala.

"Pergi klinik ye?"

"Tamau tu tamau laa..." Aku merengek kat dia. Kalau pergi klinik pun belum tentu demam tu baik terus. Lebih afdal aku berehat kat rumah aje. Esok mesti confirm baik punya. Aku dapat dengar Dash mendengus. Eh.. eh.. nak marah pula. Suka hati akulah nak pergi ke tak nak. Badan aku, lantak akulah.

Dash berhentikan kereta betul-betul depan pagar rumah aku. Dia pusingkan badan dan tengok aku yang gaya tenat semacam ni.

"Nak I papah ke?" Dash dah panjangkan tangannya. Spontan, aku tepis.

Aku tengok dia dengan membulatkan mata. "Gilalah tu.."

"I nak papah je.. bukan nak buat apa-apa pun." Dia marah.

"I boleh jalanlah bukannya cacat!" Aku balas datar. "Ni you nak balik dengan apa ni?"

"Kereta you." Selamba.

"Hahhh?!" Ternganga mulut aku sambil pandang muka mamat ni. Sumpah aku tak boleh nak follow otak dia ni.

"Tutup mulut tu sayang. Masuk syaitan nanti." Dia sentuh dagu aku dan ketawa.

"Serius laa.. nak balik naik apa ni?!"

"Kan I dah kata, I balik dengan kereta you."

"Esok I nak pergi kerja naik apa? Beca?" Dashiel Saiffullah ni nak kena bambu ke? Aku tengah demam-demam macam ni pun nak buat lawak tak berapa nak lawak ke haaa?

"Hishh... tak payah nak risau sangatlah. Pergi naik atas dan rehat. Lepas tu baru boleh nak cakap pasal nak pergi kerja naik apa ok? Dah.. dah.. syuh..syuh.."

Aku masih tak berganjak memandang dia.

"Cha, I cium you nanti kalau you tak nak keluar." Dash bertukar nada menjadi serius. Matanya melekat ke wajahku. Serta-merta, pipi terasa panas. Tak.. tak.. mesti sebab demam ni. Jangan fikir lebih-lebih pulak. Aku buat pekak dan terus memandangnya.

"Okey." Dash kata sambil membuka seat beltnya. Aku dah terkebil-kebil sewaktu Dash mula mencapai batang leherku. Kemudian dia mendekatkan wajahnya ke wajahku. Terasa deru nafasnya menampar kulit muka. Jantung dah macam nak pecah.

Mak aihhhh... dia nak buat apa ni??

"Stop!!!!!" Aku jerit. Dash berhenti, menjarakkan mukanya seinci sahaja dari aku.

"Nak degil lagi?" Bisiknya meremangkan bulu tengkuk.

"Tak nak. Tak nak." Aku gelengkan kepala dua tiga kali sambil tundukkan muka.

Dash senyum. Aku ingatkan dia nak lepaskan aku tapi bila aku dongak sepantas kilat Dash cium ubun-ubun aku. Sentap!!

"Get well soon. Okay?" Bisiknya.

Aku angguk laju-laju. Nak bukak seat belt pun laju-laju. Bukak pintu pun gelabah semacam. Tak sempat nak keluar, tangan aku kena tarik. Aku pusing tengok dia semula.

Dia nak buat apa pula ni?

"Call me if you need me." Dia selitkan kad bisnes dia kat tangan aku. Dikenyitkan mata kirinya. Betul-betul macam kasanovalah dia ni...

Aku rolled eyes. "You and your gatal syndromes."

Aku keluar dari kereta lepas aku capai beg laptop kat belakang. Blazer yang Dash bagi pinjam tadi aku campak ke mukanya. Dash sekadar gelak. Aku hempas pintu kuat-kuat.

"Take care of my car!" Pesanku. Dia angguk lalu memacu kereta kesayangan aku tu sampai hilang dari pandangan mata.

Saturday, July 9, 2011

rhapsody of love 19

Aku merenung rancangan yang terpampang kat tv tu dengan kosong dan tak berperasaan. Adik yang sedang becok bercakap seorang diri aku tak endahkan. Yelah, seronok dapat balik rumah walaupun cuti setakat dua hari je. Mak pula tak tahulah kemana. Abah pergi masjid. Manakala along, jangankan nak nampak muka, batang hidung pun susah. Asyik terperap kat rumah bini dia je. Sejak kahwin ni dia macam nak pikul watak si Tanggang pulak. Haiii... lupa ke yang dia tu ada mak bapak dia yang masih hidup kat bumi ni. Aku mengeluh geram.

Actually, aku tak berapa nak geram kat along sebab ada sorang manusia yang lebih menggeramkan aku sekarang ni. Hampir sebulan aku terpaksa menjadi perlarian bertauliah kat rumah mak abah, hampir sebulan tuuu lah si Dash tu menyakitkan hati aku. Bukan setakat hati dengan mata-mata aku sekali terjebak dengan sakit melarat ni. Setiap hari dia akan menunggu aku pulang dari kerja. Tunggu kat kereta pula tu. Lepas tu siap nak bermesra-manja-pujuk-pejadah-ntah-lagi sampaikan naik juling mata aku.  Aku ingatkan lepas insiden aku tolak dia hingga tersasar dua tiga tapak kebelakang, dia reti bahasalah. Rupanya tidakkk..

"I just wanna be your friend, Chempaka." Katanya hari tu semasa aku tengah berhempas-pulas menarik tanganku darinya.

Friend??? Kalau nak jadi friend kenapa dulu tinggal aku? Dan kalau nak jadi kawan, perkara yang paling utama seorang kawan buat ialah menerangkan apa yang terjadi agar semua teka-teki yang bersarang dalam otak aku selama lapan tahun ni terjawab. Takdelah terseksa batiniah aku. Ini tidak.. boleh pula nak ajak bergebang macam dulu-dulu..macam tak pernah jadi apa-apa between aku dan dia. Honestly, manusia apa dia tu?? Aku mengeluh lagi. Kali ni lebih kepada kesal.

Yang aku ni pulak... pehal asyik nak lari dari dia? Dulu beriya-iya nak jumpa Dash. Sampai Pak Chu pun dah tahu siapa Dash tu. Tapi sekarang bila ada depan mata.. aku lari pulak. Perlu ke lari Chempaka Zurilliana?? Perlu ke? Bukan ke kau nak jawapan?? Aduss... otak kau ni dah berapa wayar tertanggal haaa?

"Angah!! Orang panggil ni dia boleh buat pekak pulak!!" Gegendang telinga dah menangis sakit sebab dengar suara adik yang mengalahkan king kong beranak tu. Aku pandang adik tak puas hati. Tengah-tengah panas kat dalam ni..ada yang kena makan kaki satgi..

"Pehal ni?? Kut ye nak jadi komander Wataniah tak payahlah kat dalam rumah ni." Aku marah. Terserlah jugaklah wajah bengis aku ni. Adik dah mengeluh.

"Adik tanya remote Astro mana.. angah buat diam pekak bisu aje. Nak dekat lima ratus kali adik tanya.. angah still kaku gitu, pandang tv macam nak tembus sampai ke rumah jiran sebelah. Dah tu bila adik menjerit macam komander Wataniah bak kata angahlah kan.. angah pulak nak marah-marah,"jawab adik berjauh hati. Nada suara tu dah gaya orang putus cinta aje.

Aku senyum tak manis kat dia. "Sorry, ter-emo lah dik. Nah remote." Aku hulur remote yang terletak di bawah punggung aku tadi. Adik dengan muka empat belas dia terus sambar tanpa ucap terima kasih. Aku tahu dia berjauh hati. Alahai... adinda aku ni..

"Adik janganlah marah angah. Sampai hati adik," Aku minta simpati dia sambil tarik tangan dia. Adik protes. Nak bermanjalah tuuu..

"Fine... angah salah. Takpelah dik. Adik dah tak tengok muka angah lagi kan? Angah balik dik.. angah balik.." Dalam hati rasa macam nak terguling-guling je. Boleh aku buat bakat berlakon dengan adik ni. Biul.. Biul..

Seperti yang dijangka, adik terus peluk lengan aku sambil tersengih manja. "Angah ni teruklah. Nak buat lakonan berdarah air mata pulak. Buruk betul. Bawa-bawalah insaf angah. Dah tua dah awak tuuu"

Aku gelak kemudian duduk balik. Adik masih memeluk lengan aku. Pelik betul budak ni. Manja kededek. Macam aku nak lari. Apa gila sangatlah aku nak lari masa-masa ni... mau mak aku pulak yang buat drama air mata...

"Angah... mak mana ye? Dari tadi tak nampak batang hidung mak yang mancung tu," tanya adik.

Aku kerut dahi. "Mak takde kat dapur ke? Tadi bukan mak kat dapur, goreng cucur udang. Haa... ni.. bau lagi cucur udang ni. Sahlah kat dapur tu.."

"Angah, bau cucur udang ni dah setengah jam tau tak? Dah nak hilang pun baunya. Takkan mak goreng cucur udang sampai setengah jam? Tulah.. berangan lagi jauh-jauh." bebel adik. Aku tersengih je. Tak bersalah kononnya. "Adik pi cari maklah kejap."

Aku biarkan saja adik aku bangun dari sofa menuju ke arah dapur. Tapi tak sampai lima minit pun, dia duduk disebelah aku dengan wajah gelabah tak tentu hala dia. Peha aku ditepuk-tepuk. Kalau ayu-ayu manja boleh ampun lagi. Ini kalau dah sampai naik kematu dibuatnya, memang melampaulahhh..

"Angah!"

"Saya, Dahlia Zurinna!" Protes, protes.

"Mak, angah.. mak." Adik tarik nafas. Aku tarik sabar. "Mak nangis kat dapur ngah."

Terlopong dua saat.

"Hisshhh.. angah tak payahlah nak terlopong. Cepat.. cepat.. mak lagi penting." Adik dah tarik aku bangun. Aku pun ikut ajelah langkah si Dek Ya aku ni ke dapaur. Betul ke mak menangis ni?? Risau aku. Adik ni bukannya betul sangat. Kang dia kelentong aku.. free je. Apabila aku nampak bahu mak terhingut-hingut menahan esak, baru aku percaya cakap adik. Aku dan adik terus memaut bahu mak. Hallamakkk... bengkaknya mata mak aku. Sebak dada melihatnya.

"Assalam, Puan Mekar Kenanga. Yang menangis ni kenapa ya? Boleh Chempaka dan Dahlia tumpang menanya?" Aku usik mak sambil mencuit dagu dia. Cun kan nama mak? Pandai Wan pilih. Habis ke cucu-cucu dia dapat nama spesies bunga ni.

Mak tersenyum tiga saat. Alahaiii.. mak. Tak sempat aku nak feeling-feeling sambil tatap wajah mak, adik yang kat sebelah aku dah teresak-esak menangis. Aku kerut dahi.

"Dik, yang kau menangis kenapa?? Adeiii." Aku tolak bahu dia.

"Adik sedih tengok mak menangis.." Bibirnya dah tercemik-cemik.

Mak tergelak. "Sudahlah dik.. sudah. Mak okay la sayang." Kepala adik diusapnya lembut. Tersentuh aku tengok dorang ni. Aku pun terus tadah kepala aku minta diusap sama. Mak dan adik gelak tengok perangai senonoh aku ni. Seronok jugak ye bila diusap kepala ni..

"Mak, kenapa nangis ni? Boleh angah tahu..." Aku sapu air mata yang masih bersisa kat pipi mak. Aku tengok mak tersenyum kelat.

"Takde apa ngah.."

"Air mata dah nak keluar sebaldi mak kata takde apa. Yalah sangat tu. Angah memang 'percaya' sangat tu mak. Haiii.. Puan Mekar Kenanga saya ni... takkan si Baharain Zaharen pergi ke masjid pun dah nak nangis. Mak, pak cik Baharain tu pergi ke masjid jelah mak. Bukan cari isteri lain tau,"seloroh aku. Mintak-mintaklah jadi...

Mak dan adik ketawa. Yes! Jadi pun. Aku koyak sengih.

"Ceritalah mak. Cerita pada angah. Angah boleh tolong, angah janji angah tolong mak ye." Aku harap sangat mak cerita apa yang terbuku pada hati dia tu. Kalau mak dah sampai tahap beranak sungai begini, mesti ada yang tak kena di jiwa tuanya. Haishhh... siapa yang berani cari pasal dengan mak aku ni?!!

"Along..." Mak dah mula menangis semula. "Mak telefon along tadi. Minta dia balik sini. Dah lama sangat mak tak jumpa along, ngah... Mak nak tengok along. Sekejap pun jadilah, ngah. Tapi..." Mak makin teresak-esak. Adik mengemaskan pelukan di leher mak aku tu. Mata dia pun dah merah macam naga aje aku tengok.

"..dia marahkan mak pula. Ditengkingnya mak tadi. Selama ni tak pernah dia tengking mak. Sejak dia dah berkeluarga ni... Allah.."

Ternganga aku dan adik sekejap. Bagai tak percaya aje abang sulung aku boleh naik darah dengan mak sendiri. Haiiii... kemana pulak pergi peradaban abang sulung aku tu?? Dah tak ingat dosa pahala ke??

"Sabar, mak, sabar. Along tak sengaja tu. Alongkan sibuk. Kerja dia bukan calang-calang orang boleh buat mak." Aku cubalah berprasangka baik dengan along. Kut-kutlah betul.. kan?

"A'ah mak. Along tak sengaja tu. Mak jangan ambil hati ye?" Adik menyokong.

"Kalau mak ambil hati.. mak mati laa.. Yelah, hati dah takde." Mak aku sempat lagi buat lawak masa menangis macam tu. Sabar ajelah.

"Dah berapa kali along tak jenguk mak?" Aku tanya mak.

"Sejak dia pindah rumah baru dia.."

Terkejut. "Masya-Allah.. lamanya! Kiranya dah dua bulan along tak tengok mak dan abah." Menyirap pulak darah aku ni. Aku yang kerja asyik kena on-call ni pun tahu jugak nak balik sesekali. Tayang juga muka cun aku ni kat mak abah. Takdelah lupa daratan macam tu. Along tu kerja kat KLCC je... bukannya sampai kena pergi offshore tiap-tiap hari. Hek elleh.. kalau bini dijadikan alasan, memang fail la logik along tu. Takkan Kak Ai tu yang tak bagi jumpa mak? Musykil aku! Sebab Kak Ai tu banyak punya mesra dengan mak. Masa nak pindah rumah hari tu sampai merayu kat along nak duduk dengan mak. Takkan berlakon kut Kak Ai??

"Along busy kut mak.." Adik bela along.

Aku jeling. "Dik, tak ada mana busy nya dia tuu. Angah ni laaagi busy tau. Tak terkejar masa dibuatnya. Tapi datang jugak menjenguk mak abah. Along ni...apalah masalah dia ni??"

"Sudah, ngah.. adik.. Jangan besar-besarkan hal ni. Nanti abah marah." Mak mengesat matanya. Duh~ Sayu beb hati! Aku cium pipi mak sambil tersenyum manis padanya. Tak boleh dibiarkan mak sedih-sedih macam ni. Nanti sakit dia, lagi sayu aku.

"Takpe mak. Nanti angah cakap kat along. Jangan ingat dia dah ada keluarga sendiri dia boleh lupa mak abah dia. Banyak handsome muka dia. Takpe mak, takpe. Angah cakap kat dia nanti. Mak jangan nangis macam ni. Dah tak jadi Mekar Kenanga dah.. dah macam Kuncup Kenanga pulak angah tengok."

Adik dah tergelak-gelak. Tapi mak sekadar tersenyum sambil mengangguk sahaja. Nampak betul wajah kecewa mak selama ni. Aku mengeluh dalam hati. Bala apalah yang buatkan along ni berubah? Heee... dah lah aku pening dengan Dashiel Saifullah tu... sekarang aku terpaksa memening pula pasal Rayis Arjuna kesayangan mak aku ni. Sabar jelah...

"Terima kasih ngah.."

Aku cium pipi mak lagi.

"Angah sayang mak. Tak nak mak sedih lagi."

Mak angguk aje. Dan kami tiga beranak berpelukan. Terasa macam tengah buat pengambaran filem pulak daaa...