Sunday, June 12, 2011

rhapsody of love 1

Aku tarik sengih apabila nampak budak lelaki yang rambut ala-ala spikey, berTee putih dan berseluar pendek hitam paras lutut itu bergerak mendekati aku. Ceh! Selamba aje pakai gitu dalam kawasan sekolah. Dia ingat kita nak pergi buat catwalk ke apa?

"Yo!" Aku sapa dia.

Dia angkat kening.

"Ni kau punya slip result." Aku sengih-sengih. "Aku baik hatikan tolong ambilkan untuk kau. Puji aku sikit." Sengih aku bertambah-tambah lebar. Sempat jugak aku tengok mamat tu blur je pandang aku. "Nape?"

Zap! Die terus ambil slip result dia lepas tu tengok muka aku dengan tak puas hati. "Kau bijak benar pergi ambil result aku kenapa hah? Potong ar! Baru nak feeling ambil slip Spm seniri. Sibuk," dia marah.

Aku cebik. "Marah pun takde guna dah weh. Henti-hentikanlah acting kau yang sungguh tak gerun tu!"

"Whatever!" Dia bengang semacam bila aku menjawab. Aku gelak je. Tak lama lepas tu, dia tarik leher aku dan dikepit kat celah ketiaknya. Kepala aku ditujal-tujal sesedap hati dia aje.

"Weh! Sakitlah, ngek!" Mamat ni kut ya pun happy ke langit tak payahlah nak macam ni sekali. Aku seligi baru tahu. "Lemas! Lemas!" Aku jerit. "Dashiel Saiffullah! Let me go la bongok!" Suara aku makin tinggi. Silap-silap boleh bertukar jadi Ning Baizura punya note. Masa tu memang peduli haper aku mamat ni kawan aku pun!

Dia lepaskan aku selepas beberapa minit aku merengek. Budak-budak sekolah kami dok tengok-tengok jeling-jeling aje. Ala... dulik lah. Bukan buat apa pun..

"You are such a baby." Ejeknya lepas tu ketawa tak ingat dunia. Sumpah aku sakit hati.

"Perangai macam jin toncit." Bengang! Bengang! Habis rambut perm aku nehhh...

Dia gelak lagi sambil belek-belek slip periksa dia. Muka takde reaksi langsung. Entah dia gembira atau tak aku pun tak sure. Tapi aku berani bet laaa yang dia tengah bergumbira dalam jiwa gatal dia tuu...

"Congrats, anyway." aku ucap dengan nada yang tersangat rendah. Aku tunduk pandang sneakers buruk aku. Tiba-tiba, aku nak sedih.

"Pehal buat muka basi ni?" Dia gelak-gelak lagi.

"Dash, kau jangan cari pasal boleh tak?"

"Sayang, bila masa aku cari pasal? aku cari kepastian je." Dia senyum. Aku dah buat muka tak senang. Pehal dok panggil orang sayang ni??

"Berapa dapat?" Dash tarik tangan kanan aku. Dia pimpin aku sampai ke luar pagar sekolah sampai ke kereta Volkswagen Beetle yang masih melekat bau kedai dia tu. Kemudian, kami berdiri kat luar kereta sambil Dash merenung aku. Cess! Masa ni laa air mata nak keluar pun..

"Berapa dapat?" Dash ulang soalan.

Aku diam aje. Sebak.

"Chempaka, berapa dapat?" Dash dah buat suara sebiji macam abah. Aku pandang dia. Serta-merta, air mata mengalir. Pipi basah lencun jadinya.

"7A3B.." Uhukk.. sedihnya.

Dash senyum. "Okay ler tuu.."

"Tak nak! Aku nak straight A's"

"Dah tu sapa suruh tak belajar betul-betul?"

Sentap! Aku jeling dia. Mamat ni kan... Hamprak punya kawan. Aku merajuk baru tahu!

"Biology?" Dia tanya dengan muka kerek.

"A1" Berkerut-kerut muka aku nak mengingat semula.

"Chemistry?"

"A1"

"Physics?"

"A1" Aku tengok Dash dah kerut dahi. "Dah tu apa yang B nya?" Ek eh.. mamat ni. Suara tak puas hati aje pehal? "Sejarah, BM dengan Tasawwur."

Dia ternganga. "B.M kau B?"

Aku tarik sengih tak bersalah.

"Kau memang rakyat tak guna ah!" Dia gelak.

Mengata aku mangkuk ni! Satu terajang di kaki aku hadiahkan untuknya. Dia gelak lagi. Dia bukakan pintu untuk aku. Aku masuk dan tak lama lepas tu dia masuk pula kat bahagian pemandu.

"Well, at least L.K kau A.." Enjin kereta baru dia berderum.

"Maka?" Aku buat blur. Agaknya terpesona dengan kecanggihan Volkswagen mamat sebelah ni kuttt...

"Bolehlah ambil architecture.." Tangan kiri dia dah meraba pipi aku kemudian ditarik-tariknya macam getah. Aku dah geram.

"Boleh tak tangan jangan nak pegang-pegang sesuka hati?"

"Tak boleh." Eeee! Tengok tu! Selamba dia je menjawab.

"Pehal pulak tak boleh?"

"Sebab aku dah nak fly U.S dah, sayang."

Aku cebik.

"Itu lepas buat A-level okeh~"

Dan dia gelak aje.

1 comment:

sekupang.. dua kupang.. tiga kupang.. nah! aku kasi kat hangpa!