Sunday, October 16, 2011

rhapsody of love 26

"Oit" Fendy ketuk meja aku. Aku pandang dia dengan dua belah kening terangkat tinggi. Dia tersenyum. Di tangannya ada dua bekas tupperware. "Lunch?"

"For me?" Suara aku naik dua oktaf. Buat-buat terkejut.

"Huk aloh! Terkejut la konon tu..." Fendy buat muka.

Aku gelak kemudian berpaling semula pada laporan salah seorang pesakit aku. Aku mengeluh. Penunggang motor kena langgar dengan lori tuuu... Kira nasib baik sempat diselamatkan semalam. Berpeluh aku kat dalam OR semalam semata-mata nak keluarkan besi yang terodok terus ke dalam perut pesakit tu. Kalau salah tarik, arteri boleh koyak dan pendarahan akan lebih banyak berlaku. Masya allah. Thank god the operation went well.

"Makanlah dulu kut ye pun..." Fendy letakkan salah satu tupperware tu kat depan mata aku. Aku tersengih. Laporan pesakit segera aku letak tepi. Memang dah lapar sangat ni. Aku buka tupperware, tengok ada nasi berlauk dalam tu... Mak aihh... kecur air liur! Bismillahirrahmannirrahim...

"Cha, nak tanya sikit?" Fendy buka mulut tiba-tiba.

"Shoot." Jawab aku off-handed. Biasalah aku kalau dah menghadap makanan. Kalau Chris Evan lalu depan mata pun aku buat dek je.

"Kau bila nak kahwin?"

Buhh! Tersembur nasi keluar dari mulut aku. Fendy gelak-gelak sambil hulur air mineral sebotol kat aku. Aku kasi jeling kat dia. Berani dia tanya soalan sensitif tu. Memanglah nak kena debik jantan sekor ni.

"What's the fire la?" Aku bertutur rendah. "Aku taulah kau nak kahwin bulan depan. Janganlah tarik aku sekali."

"Com'on. Stay grounded. Kita bukannya muda."

"Aku muda je." Tanpa nada.

Fendy gelak. "Takkan nak membujang sampai ke tua?"

Aku angkat bahu. "Tak kisah kalau membujang pun."

"Takkan tak pernah bincang dengan boyfriend?"

"Don't have any."

Kening Fendy naik satu inci. "Tak percayalah.."

Cebik. "Depends."

"Carilah"

"Tak ada masa."

"Alasan!" Fendy merengus.

Aku angkat bahu aje.

"Tak rasa jealous ke kat orang yang dah kahwin?" Fendy tanya lagi. Aku ingatkan dah habis. Aishhh... teringin nak jadi wartawan rupanya kawan aku ni.

"Tak baik iri hati. Penyakit hati tu."

Fendy tepuk dahi. "Kau memang alien ah."

"Nup. I'm actually a vampire." Aku sengih serba tak kena. Fendy hantar senyuman yang susah aku nak tafsir. Sekilas pandang macam senyuman memerli.. tapi entahlah.

"Wassup with you and marriage anyway?" Soalan Fendy betul-betul buatkan aku nak hantuk kepala kat dinding. Aku terdiam. Memikirkan jawapan yang aku sudah tahu. Percaya atau tidak, aku sebenarnya sangat cemburu dengan along, dengan Maira, dengan sesiapa sahaja yang dah berkahwin... Aku cemburu sebab dorang dah jumpa kebahagiaan dorang sedangkan aku...? Hehhh... entahlah. Jangan kata kahwin, steady boyfriend pun tak ada. Berangan jelah.

Aku bukan tak nak kahwin. Aku nak. Tapi masalahnya nak kahwin dengan siapa? Kalaulah jodoh tu jatuh dari langit tak apalah. Kalau nak diikutkan sebenarnya benda ni takdelah complicated sangat. Boleh aje aku suruh Tok Wan carikan seorang lelaki yang baik, alim, hormat mak bapak aku dan paling penting.. hormat dan sayang aku. Tapi entahlah. Hati aku kuat mengatakan ada seseorang kat luar sana menunggu aku. Tapi siapa?

Aku biarkan soalan Fendy sepi tanpa jawapan.

****

Dah enam setengah! Wohoo~

Aku capai beg laptop lalu sangkut ke bahu kemudian menapak ke luar hospital menuju ke kereta Myvi aku. Penat ya Rabbi. Dah satu hari setengah bertapa kat hospital rasanya memang wajib kalau aku excited nak balik pun.

Baru aje aku nak keluarkan kunci kereta, aku ternampak Dash berjalan perlahan-lahan ke arah aku dengan kedua belah tangan dalam poket. Mata terpaku ke wajahnya. Kali terakhir aku tatap muka dia masa pertemuan di Sunway tempoh hari. Tiba-tiba, pipi terasa panas apabila Dash melemparkan senyuman. Sah! Aku dah gila. Efek bertapa dalam hospital lama sangat niii...

Dash berhenti betul-betul depan mata aku. Dia memanjangkan tangannya, mencapai beg laptop yang tersangkut di bahu. Bibirnya masih melengkung ke atas membentuk senyum segaris. Lesung pipit di sebelah kanan kelihatan jelas. Selama ni aku tak tahu pula mamat ni ada lesung pipit. Mata beralih pada jambang nipis yang sudah dikemaskan.

"Like what you see?" Suara dia bergetar rendah. Darah terasa naik ke atas muka. Aku segera berpaling ke arah lain. Pipi saya panas. Pipi saya dah panas gilaaa...

Dia ketawa kecil. Kepala aku digosok kemudiannya. "Kunci please?"

Aku dongak dan pandang dia. Kening dah berkerut. "Nak buat apa?"

"I hantar. You tak payahlah drive. Jom kita naik kereta I. Kereta you tinggal sini." Dia tarik lengan aku. Terpaksa juga aku ikut rentak kaki dia. Kami berhenti depan kereta Audi dia yang bersinar megah tu. Sakit jiwa aku tengok kereta dia sebab aku teringin jugak nak pakai kereta canggih macam ni. Namun apakan daya...

"Esok I nak pergi kerja macam mana?" Aku garu pipi. Apa yang dia cuba nak buat ni? Aku nampak Dash senyum lagi.

"I hantar." Selamba.

"Haa?" Aku menjerit. Ini bukan pura-pura okey. Ini betul-betul terkejut!

"I hantar." Dia ulang. Pintu kereta sudah dibuka. Entah kena rasuk apa, aku masuk tanpa berfikir. Mungkin badan dah terlalu lembit yang buatkan aku menurut segala perintahnya. Dash tersengih lebar sebelum dia menutup pintu. Tak sampai lima saat, dia dah ada kat sebelah aku, di tempat pemandu. Aku pejamkan mata. Tak nak tengok muka Dash yang tengah bahagia entah kenapa. Penat. Letih. Nak tidur sekarang juga.

"Dah makan?" Dash tanya. Aku buka mata dalam terpaksa.

"Lunch tadi." Aku jawab sambil tengok dia.

"Care to join me to dinner?"

"Penat."

Dash angguk dengan wajah hampa. Dia terus senyap dan meneruskan pemanduannya tanpa berpaling pada aku. Buat seketika, sunyi sepi di antara kami. Dan aku, dari mengantuk terus jadi serba tak kena. Aku serba salah jadinya. Kalau nak diikutkan perut aku memanglah lapar. Tapi....

"Bolehlah..." Aku cakap kat dia tanpa nada.

Dash angkat kening. "Dinner?"

"Dinner." Aku angguk.

Dia senyum. "Tesco boleh? I dah lama nak makan kat Warung Santai tu..."

"Nak makan apa je?" Warung Santailah pulakkk... Tapi takpelah. Dekat dengan rumah aku. Senang nak balik.

"Everything." Dash gelak.

"Perut naga ke apa you ni?" Aku kerut dahi. Dash geram dan terus cubit pipi aku. Aku tepis kasar tangan dia. "Memanglah tangan you nak kena potong dengan skapel."

Dash gelak lagi. Kali ni lebih kuat berbanding tadi. Aku malas nak layan, terus pejamkan mata. Tengah-tengah layan feeling mengantuk aku ni, tiba-tiba Dash sentuh bahu aku. Aku terus buka mata dan tengok muka dia.

"You penat." Dua patah perkataan itu laju menggegarkan gegendang telinga. Lembut. Tenang. Aku jadi gelabah mendengar suaranya. Darah mesti dah sampai ke muka sebab pipi aku terasa panas sekarang ni.

"Nak balik?" Dash kata sambil merenung muka aku dalam-dalam.

"Kata nak makan..." aku jawab perlahan. Aku tengok bibirnya tersenyum nipis membuatkan jantung aku berdebar-debar. Segera aku palingkan wajah. Aku tersedar. Eh? Bila pula kereta ni berhenti?

"Dah sampai?"

Dash gelak sambil angguk. "Dahlah sayang. Tak nampak signboard Tesco tuu.." Kata dia sambil memuncungkan bibir, nak tunjuk signboard TESCO yang memanglah besar gabak.

Ngeee~ Dia panggil aku sayang.... "Err...kita.. I... keluar dulu ah." Aku keluar cepat-cepat dari kereta. Rasanya dah tak sanggup nak bertapa kat dalam tu dengan mamat kasanova ni. Boleh sakit jiwa. Dash keluar dari kereta dengan muka selamba.

"Solat maghrib dulu eh?"

Aku angguk selepas dua tiga saat merenung dirinya yang tersenyum.

***

"Eiyyy!!! I nak ikan tuuu!" Terbeliak mata aku pandang Dash yang takde perasaan. Sampai hati dia habiskan ikan siakap sweet-sour tu. Waaa... terkilannya! Aku nak ikan tu!

"You dah makan banyaklah. Kasi lah kat I sikit.." Selamba aje dia jawab. Aku mengetap bibir menahan geram. Ada jugak yang kena cucuk dengan garfu ni... ngeeee~

"You yang banyak makan, nak kata kat I. Memanglah you ni nafsu makan mengalahkan haper tau...." rungut aku. Aku tarik pinggan yang berisi kangkung goreng belacan menjauh dari Dash. "Ini I yang punya. You tak payah!"

"Eh, apa pulak?!" Dia cuba tarik semula. Aku tepis dan jelirkan lidah.

"Ni I punya. You makan jelah tulang ikan tu." Memang aku saja je buat macam ni sebab aku tau betapa dia sukakan kangkung goreng belacan tu. Nasiblah.. siapa suruh makan perabis ikan siakap tu?

Dash gigit bibir. "Okay. Fine. Take that. I ambil sup campur ni. You tak payah."

Aku cebik. "Langsung tak kisah."

"Alaa... share laa kangkung tu. I nak sikit." Dia buat muka kesian. Menyampah betul. Ikutkan hati memang aku tak nak bagi. Tapi kangkung ni banyak sangat. Tak terhabisnya kalau aku nak melantak sengsorang. Jadi, aku bagilah kat dia separuh dan separuh lagi untuk aku. Dash tersengih lebar.

Selepas makan, Dash terus nak hantar aku balik (setelah diberitahu kat mana rumah sewa aku). Ada ke patut dia kata aku ni nampak macam dah nazak gila? Kejam sungguh metafora. Aku tahulah muka aku dah tak berseri. Mesti dia malu nak jalan dengan aku. Eleh.. tau sangat dah.

"You selalu pergi kerja pukul berapa?" Dia tanya aku sebaik saja kami sampai di depan rumah aku. Aku masih dalam kereta dia dan keadaan ini buatkan aku sangat tak selesa. Kalau kena tangkap basah ni memang free je...

"7.00 pagi." Aku garu-garu pipi aku sebab dah tak tahu nak jawab macam mana. Padahal soalan senang je. Bukan dia tanya soalan sains nuklear pun kan? Tak ke? Aku nampak Dash senyum nipis ke arah aku. Kebelakangan ni, aku tak boleh nafikan yang bahawasanya aku sangat suka tengok dia senyum. Aku pun dah tak tahu apa kena dengan kepala otak aku. Kadang-kadang bila aku duduk seorang diri kat rumah, fikiran aku boleh melayang pada dia. Kelakar pun ada sebab aku tak pernah macam ni sepanjang hayat aku.  Seolah-olah aku lupa perasaan benci aku padanya. Seolah-olah aku dan dia tak pernah terjadi apa-apa. Walaupun pada hakikatnya, dia telah meninggalkan aku suatu ketika dahulu.. terkontang-kanting menjalani hidup yang aku sendiri tak mampu jalani. Dia tinggalkan aku di saat aku benar-benar mahu dia disisi. Menjadi dinding untuk aku bersandar. Menjadi kapas untuk meresap segala tangisan aku. Dan sekarang aku bagai lupa semua itu. Aku tak faham kenapa.

"Pergilah masuk. Mandi. Tidur." Dia gelak kecil apabila tengok aku membisu merenung dia. Kepala aku, seperti kelazimannya, digosok bagai anak kecil. Mata terasa pedih. Pipi dah mula membahang. Segera, aku tundukkan kepala. Menyembunyikan air mata. Menahan esak yang dah tersekat di kerongkong.

"Cha? Kenapa ni?" Suara Dash bergetar lembut menampar gegendang. Dia angkat muka aku supaya mata kami bertentangan. Dash mengangkat kening sebelah, seolah-olah bertanya kenapa. Aku senyum serba tak kena. Mata dah gaya kena gas pemedih aje. Hati terasa sebak sangat-sangat.

"Cha, kenapa nak menangis ni? You sakit ke? Migrain?" Aku diam. Dash mengeluh. "Say something sayang... I risaulah macam ni."

Dia panggil macam tu lagi. Allah, dah nak leleh benar dah ni... Tabahlah hati.

Aku geleng-gelengkan kepala aku dua tiga kali. Get a grip, Cha. Jangan menangis depan dia. Aku dah tak sanggup nak duduk macam ni. Aku dah tak sanggup mendera hati aku lagi. Tanpa berkata apa-apa, aku keluar dari kereta dia. Separuh berlari untuk membuka pagar dan menutupnya kembali. Gelabah tak tentu hala semasa membuka pintu rumah.

"Cha!"

Aku dengar Dash panggil aku. Aku buat-buat pekak. Aku tak mahu ambil tahu. Yang aku tahu, aku cuma nak lari daripada dia.

No comments:

Post a Comment

sekupang.. dua kupang.. tiga kupang.. nah! aku kasi kat hangpa!