Saturday, July 9, 2011

rhapsody of love 19

Aku merenung rancangan yang terpampang kat tv tu dengan kosong dan tak berperasaan. Adik yang sedang becok bercakap seorang diri aku tak endahkan. Yelah, seronok dapat balik rumah walaupun cuti setakat dua hari je. Mak pula tak tahulah kemana. Abah pergi masjid. Manakala along, jangankan nak nampak muka, batang hidung pun susah. Asyik terperap kat rumah bini dia je. Sejak kahwin ni dia macam nak pikul watak si Tanggang pulak. Haiii... lupa ke yang dia tu ada mak bapak dia yang masih hidup kat bumi ni. Aku mengeluh geram.

Actually, aku tak berapa nak geram kat along sebab ada sorang manusia yang lebih menggeramkan aku sekarang ni. Hampir sebulan aku terpaksa menjadi perlarian bertauliah kat rumah mak abah, hampir sebulan tuuu lah si Dash tu menyakitkan hati aku. Bukan setakat hati dengan mata-mata aku sekali terjebak dengan sakit melarat ni. Setiap hari dia akan menunggu aku pulang dari kerja. Tunggu kat kereta pula tu. Lepas tu siap nak bermesra-manja-pujuk-pejadah-ntah-lagi sampaikan naik juling mata aku.  Aku ingatkan lepas insiden aku tolak dia hingga tersasar dua tiga tapak kebelakang, dia reti bahasalah. Rupanya tidakkk..

"I just wanna be your friend, Chempaka." Katanya hari tu semasa aku tengah berhempas-pulas menarik tanganku darinya.

Friend??? Kalau nak jadi friend kenapa dulu tinggal aku? Dan kalau nak jadi kawan, perkara yang paling utama seorang kawan buat ialah menerangkan apa yang terjadi agar semua teka-teki yang bersarang dalam otak aku selama lapan tahun ni terjawab. Takdelah terseksa batiniah aku. Ini tidak.. boleh pula nak ajak bergebang macam dulu-dulu..macam tak pernah jadi apa-apa between aku dan dia. Honestly, manusia apa dia tu?? Aku mengeluh lagi. Kali ni lebih kepada kesal.

Yang aku ni pulak... pehal asyik nak lari dari dia? Dulu beriya-iya nak jumpa Dash. Sampai Pak Chu pun dah tahu siapa Dash tu. Tapi sekarang bila ada depan mata.. aku lari pulak. Perlu ke lari Chempaka Zurilliana?? Perlu ke? Bukan ke kau nak jawapan?? Aduss... otak kau ni dah berapa wayar tertanggal haaa?

"Angah!! Orang panggil ni dia boleh buat pekak pulak!!" Gegendang telinga dah menangis sakit sebab dengar suara adik yang mengalahkan king kong beranak tu. Aku pandang adik tak puas hati. Tengah-tengah panas kat dalam ni..ada yang kena makan kaki satgi..

"Pehal ni?? Kut ye nak jadi komander Wataniah tak payahlah kat dalam rumah ni." Aku marah. Terserlah jugaklah wajah bengis aku ni. Adik dah mengeluh.

"Adik tanya remote Astro mana.. angah buat diam pekak bisu aje. Nak dekat lima ratus kali adik tanya.. angah still kaku gitu, pandang tv macam nak tembus sampai ke rumah jiran sebelah. Dah tu bila adik menjerit macam komander Wataniah bak kata angahlah kan.. angah pulak nak marah-marah,"jawab adik berjauh hati. Nada suara tu dah gaya orang putus cinta aje.

Aku senyum tak manis kat dia. "Sorry, ter-emo lah dik. Nah remote." Aku hulur remote yang terletak di bawah punggung aku tadi. Adik dengan muka empat belas dia terus sambar tanpa ucap terima kasih. Aku tahu dia berjauh hati. Alahai... adinda aku ni..

"Adik janganlah marah angah. Sampai hati adik," Aku minta simpati dia sambil tarik tangan dia. Adik protes. Nak bermanjalah tuuu..

"Fine... angah salah. Takpelah dik. Adik dah tak tengok muka angah lagi kan? Angah balik dik.. angah balik.." Dalam hati rasa macam nak terguling-guling je. Boleh aku buat bakat berlakon dengan adik ni. Biul.. Biul..

Seperti yang dijangka, adik terus peluk lengan aku sambil tersengih manja. "Angah ni teruklah. Nak buat lakonan berdarah air mata pulak. Buruk betul. Bawa-bawalah insaf angah. Dah tua dah awak tuuu"

Aku gelak kemudian duduk balik. Adik masih memeluk lengan aku. Pelik betul budak ni. Manja kededek. Macam aku nak lari. Apa gila sangatlah aku nak lari masa-masa ni... mau mak aku pulak yang buat drama air mata...

"Angah... mak mana ye? Dari tadi tak nampak batang hidung mak yang mancung tu," tanya adik.

Aku kerut dahi. "Mak takde kat dapur ke? Tadi bukan mak kat dapur, goreng cucur udang. Haa... ni.. bau lagi cucur udang ni. Sahlah kat dapur tu.."

"Angah, bau cucur udang ni dah setengah jam tau tak? Dah nak hilang pun baunya. Takkan mak goreng cucur udang sampai setengah jam? Tulah.. berangan lagi jauh-jauh." bebel adik. Aku tersengih je. Tak bersalah kononnya. "Adik pi cari maklah kejap."

Aku biarkan saja adik aku bangun dari sofa menuju ke arah dapur. Tapi tak sampai lima minit pun, dia duduk disebelah aku dengan wajah gelabah tak tentu hala dia. Peha aku ditepuk-tepuk. Kalau ayu-ayu manja boleh ampun lagi. Ini kalau dah sampai naik kematu dibuatnya, memang melampaulahhh..

"Angah!"

"Saya, Dahlia Zurinna!" Protes, protes.

"Mak, angah.. mak." Adik tarik nafas. Aku tarik sabar. "Mak nangis kat dapur ngah."

Terlopong dua saat.

"Hisshhh.. angah tak payahlah nak terlopong. Cepat.. cepat.. mak lagi penting." Adik dah tarik aku bangun. Aku pun ikut ajelah langkah si Dek Ya aku ni ke dapaur. Betul ke mak menangis ni?? Risau aku. Adik ni bukannya betul sangat. Kang dia kelentong aku.. free je. Apabila aku nampak bahu mak terhingut-hingut menahan esak, baru aku percaya cakap adik. Aku dan adik terus memaut bahu mak. Hallamakkk... bengkaknya mata mak aku. Sebak dada melihatnya.

"Assalam, Puan Mekar Kenanga. Yang menangis ni kenapa ya? Boleh Chempaka dan Dahlia tumpang menanya?" Aku usik mak sambil mencuit dagu dia. Cun kan nama mak? Pandai Wan pilih. Habis ke cucu-cucu dia dapat nama spesies bunga ni.

Mak tersenyum tiga saat. Alahaiii.. mak. Tak sempat aku nak feeling-feeling sambil tatap wajah mak, adik yang kat sebelah aku dah teresak-esak menangis. Aku kerut dahi.

"Dik, yang kau menangis kenapa?? Adeiii." Aku tolak bahu dia.

"Adik sedih tengok mak menangis.." Bibirnya dah tercemik-cemik.

Mak tergelak. "Sudahlah dik.. sudah. Mak okay la sayang." Kepala adik diusapnya lembut. Tersentuh aku tengok dorang ni. Aku pun terus tadah kepala aku minta diusap sama. Mak dan adik gelak tengok perangai senonoh aku ni. Seronok jugak ye bila diusap kepala ni..

"Mak, kenapa nangis ni? Boleh angah tahu..." Aku sapu air mata yang masih bersisa kat pipi mak. Aku tengok mak tersenyum kelat.

"Takde apa ngah.."

"Air mata dah nak keluar sebaldi mak kata takde apa. Yalah sangat tu. Angah memang 'percaya' sangat tu mak. Haiii.. Puan Mekar Kenanga saya ni... takkan si Baharain Zaharen pergi ke masjid pun dah nak nangis. Mak, pak cik Baharain tu pergi ke masjid jelah mak. Bukan cari isteri lain tau,"seloroh aku. Mintak-mintaklah jadi...

Mak dan adik ketawa. Yes! Jadi pun. Aku koyak sengih.

"Ceritalah mak. Cerita pada angah. Angah boleh tolong, angah janji angah tolong mak ye." Aku harap sangat mak cerita apa yang terbuku pada hati dia tu. Kalau mak dah sampai tahap beranak sungai begini, mesti ada yang tak kena di jiwa tuanya. Haishhh... siapa yang berani cari pasal dengan mak aku ni?!!

"Along..." Mak dah mula menangis semula. "Mak telefon along tadi. Minta dia balik sini. Dah lama sangat mak tak jumpa along, ngah... Mak nak tengok along. Sekejap pun jadilah, ngah. Tapi..." Mak makin teresak-esak. Adik mengemaskan pelukan di leher mak aku tu. Mata dia pun dah merah macam naga aje aku tengok.

"..dia marahkan mak pula. Ditengkingnya mak tadi. Selama ni tak pernah dia tengking mak. Sejak dia dah berkeluarga ni... Allah.."

Ternganga aku dan adik sekejap. Bagai tak percaya aje abang sulung aku boleh naik darah dengan mak sendiri. Haiiii... kemana pulak pergi peradaban abang sulung aku tu?? Dah tak ingat dosa pahala ke??

"Sabar, mak, sabar. Along tak sengaja tu. Alongkan sibuk. Kerja dia bukan calang-calang orang boleh buat mak." Aku cubalah berprasangka baik dengan along. Kut-kutlah betul.. kan?

"A'ah mak. Along tak sengaja tu. Mak jangan ambil hati ye?" Adik menyokong.

"Kalau mak ambil hati.. mak mati laa.. Yelah, hati dah takde." Mak aku sempat lagi buat lawak masa menangis macam tu. Sabar ajelah.

"Dah berapa kali along tak jenguk mak?" Aku tanya mak.

"Sejak dia pindah rumah baru dia.."

Terkejut. "Masya-Allah.. lamanya! Kiranya dah dua bulan along tak tengok mak dan abah." Menyirap pulak darah aku ni. Aku yang kerja asyik kena on-call ni pun tahu jugak nak balik sesekali. Tayang juga muka cun aku ni kat mak abah. Takdelah lupa daratan macam tu. Along tu kerja kat KLCC je... bukannya sampai kena pergi offshore tiap-tiap hari. Hek elleh.. kalau bini dijadikan alasan, memang fail la logik along tu. Takkan Kak Ai tu yang tak bagi jumpa mak? Musykil aku! Sebab Kak Ai tu banyak punya mesra dengan mak. Masa nak pindah rumah hari tu sampai merayu kat along nak duduk dengan mak. Takkan berlakon kut Kak Ai??

"Along busy kut mak.." Adik bela along.

Aku jeling. "Dik, tak ada mana busy nya dia tuu. Angah ni laaagi busy tau. Tak terkejar masa dibuatnya. Tapi datang jugak menjenguk mak abah. Along ni...apalah masalah dia ni??"

"Sudah, ngah.. adik.. Jangan besar-besarkan hal ni. Nanti abah marah." Mak mengesat matanya. Duh~ Sayu beb hati! Aku cium pipi mak sambil tersenyum manis padanya. Tak boleh dibiarkan mak sedih-sedih macam ni. Nanti sakit dia, lagi sayu aku.

"Takpe mak. Nanti angah cakap kat along. Jangan ingat dia dah ada keluarga sendiri dia boleh lupa mak abah dia. Banyak handsome muka dia. Takpe mak, takpe. Angah cakap kat dia nanti. Mak jangan nangis macam ni. Dah tak jadi Mekar Kenanga dah.. dah macam Kuncup Kenanga pulak angah tengok."

Adik dah tergelak-gelak. Tapi mak sekadar tersenyum sambil mengangguk sahaja. Nampak betul wajah kecewa mak selama ni. Aku mengeluh dalam hati. Bala apalah yang buatkan along ni berubah? Heee... dah lah aku pening dengan Dashiel Saifullah tu... sekarang aku terpaksa memening pula pasal Rayis Arjuna kesayangan mak aku ni. Sabar jelah...

"Terima kasih ngah.."

Aku cium pipi mak lagi.

"Angah sayang mak. Tak nak mak sedih lagi."

Mak angguk aje. Dan kami tiga beranak berpelukan. Terasa macam tengah buat pengambaran filem pulak daaa...

No comments:

Post a Comment

sekupang.. dua kupang.. tiga kupang.. nah! aku kasi kat hangpa!