Panas! Dahi aku panas!
"Angahhh..." Suara mak dah melantun-lantun ke dalam otak aku. Alaa..mak! Janganlah menjerit-jerit. Kepala angah dah nak pecah ni. Telinga aku menangkap suara mak lagi. Terpaksa aku bangun jugak ni.
"Bangunlah ngah. Pergi kerja ke tidak ni?" Aku nampak wajah mak kat celah pintu bilik aku. Adeii... pehal berat sangat ni kepala aku ni?? Demam ke? Janganlah... aku kena pergi kerja. Pager aku dari tadi vibrate tak habis-habis.
"Mak.. mak.. ce try rasa dahi angah ni." Mak akur dengan permintaan tak seberapa aku ni. Dahiku disentuh. Lama mak diam.
"Demam ni ngah." Mak kata.
"Loh? Iyakah mak?" Tiba-tiba aku terkeluar bahasa indon tak seberapa aku ni. Bibir dah tersengih tengok Puan Mekar Kenanga mencekak pinggang. Aku bangun perlahan-lahan dan cuba menstabilkan kedudukan badan. Dah gaya duduk dalam bot je rasanya.
"Nak pergi kerja juga ke ni?" Aura risau mak dah keluar.
Angguk. "Yelah mak."
"Demam ni..."
"Demam biasa aje mak. Tak payah risau." Biasalah sangat demam ni. Pandailah kau goreng mak ye? Aku pandang mak yang masih tak berganjak. "Dah.. dah.. mak tak risau. Angah nak mandi ni. Ke.. mak nak mandikan angah?"
Mak menjelirkan lidahnya kemudian keluar dari bilik. Kelakarlah mak ni main jelir-jelir lidah. Buat gelak aku je. Eh? Kejap? Pukul berapa ni?
"Alemakkk! Dah 7.30 daaa..!"
****
Aku terpaksa ambil half-day sebab demam aku ni bukan sebiasa yang aku sangka. Itu pun lepas kena hambat dengan rakan-rakan kerja aku. Terasa macam kena heat stroke pula. Panas membahang. Tapi kadang-kadang tu.. rasa sejuk gila. Ugh! Aku benci demam.
Terhuyung-hayang aku menapak ke arah kereta Myvi aku tu. Walaupun sekangkang kera aje jaraknya tapi masa demam-demam gini semuanya terasa jauh. Setapak lagi mendekati kereta, beg laptop aku yang beratnya lapan kati tu ditarik dari arah belakang membuatkan badan aku pun nak terhumban ke belakang. Tapi nasib baik aku pandai kawal badan ni. Kut tak.. cium jalanlah saya!
"Woo..woo... are you okay?" Dash yang entah dari mana muncul tu tanya aku. Tangannya dah merangkul bahu aku. Menyirap darah naik ke muka. Dengan kudrat tak seberapa ni, aku tepis tangannya.
"Demam ni sayang." Dia sentuh dahi aku pula.
Sayang?
Aku pandang 45 darjah pada Dash sebab dia sentuh dahi aku. Dan aku meluat dengar dia panggil aku sayang.. sejak dari dulu lagi. Hehhh....
"Mana ada." Aku tepis lagi tangan dia. "Tangan tu nak kena potong ke? Merayap je.."
Dash gelak. Laju aje dia rampas kunci kereta aku. Pintu kereta dibukanya lalu menyuruh aku masuk. Dah macam kereta dia pula. Sabar jelah..
"Masuklah. I hantar you balik."
Aku masih tercegat sambil pandang dia. Saja buat degil padahal aku terasa nak pitam sebenarnya.
"Cha, masuk. I hantar." Tegas suaranya.
Terkedu aku sekejap. Bukan terkedu sebab dia berlakon serius depan aku tapi sebab dia panggil aku Cha. Cha? Seriously? Takde ribut takde apa.. hari ni dia panggil aku Cha. Beberapa minggu lepas, dia akan panggil nama penuh aku. Even dulu-dulu pun dia panggil aku Chem je.
"Cha, I'm serious. Get in the car. Now."
Belum sempat aku nak jawab apa-apa, dia dah tarik tangan aku kemudian disumbatnya aku kat dalam kereta. Aku malas nak banyak hal sebab betul-betul tengah di awangan ni. Kalau kena jentik pun sure aku tumbang punya.
"Tepi sekejap." Dash kata sambil senyum. Aku pun ketepi, ikut apa yang dia suruh.
Aku tenung Dash yang sibuk tolong pakaikan seat belt kat aku. Kemudian dia letak pula blazer yang dia pakai kat atas badan aku dan dikemas-kemaskan agar aku tak sejuk. Tiba-tiba mata aku jadi panas. Macam nak berair pun ada. Mungkin sebab demam. Dalam sedap-sedap tenung anak teruna orang, Dash angkat muka. Matanya terbenam ke muka aku ni. Gelabah aku melarikan anak mata ke arah lain. Aku dengar Dash gelak-gelak. Ishhh.. buat malu je!
"You duduk kat mana ni?" Dash tanya sambil menghidupkan enjin kereta. Myvi aku tu dibawanya keluar dari perkarangan hospital. Ye, Myvi aku. Tapi dah kena takhluk dengan lanun kat sebelah aku ni.
"Hantar rumah mak." Aku jeling kat dia. Mesti dia dah lupa rumah mak aku kat mana.
"Okey." Dash senyum lagi.
Aku pandang dia. Lama. Macam tak percaya.
"I ingat." Dia kata kat aku macam tu walaupun aku tak tanya dia apa-apa soalan. Tiba-tiba, aku teringat sesuatu.
"You buat apa kat hospital tadi?" Aku tanya dia. Bukan waktu ni patutnya dia ada kat office ke? Eh, kejap. Dia kerja apa ek? Dah jadi arkitek ke dia?
"Sight seeing."
"Ha-ha."
"Lah.. betullah. I jalan-jalan kat hospital tu. Ingat nak surprise you. Tapi dah jumpa kat parking lot pula." Dia tengok aku sekilas.
"You takde kerja ke nak jumpa I hari-hari?"
"Kira kerjalah jugak tu.." Dash gelak kecil. "Dan you pula.. dah takde kerja tiap-tiap hari asyik nak marah I je?"
"I marah you bersebab okey!" Aku nak naikkan suara tapi kepala aku pula buat hal. Aku picit-picit kepala yang dah makin berdenyut ni.
"Nak singgah klinik tak?"
"Tak nak." Aku jeling dia. Dia jeling aku balik.
"Doktor pun takut pergi klinik ke?"
"Shaddap!" Getusku. Tangan dah makin rancak memicit kepala.
"Pergi klinik ye?"
"Tamau tu tamau laa..." Aku merengek kat dia. Kalau pergi klinik pun belum tentu demam tu baik terus. Lebih afdal aku berehat kat rumah aje. Esok mesti confirm baik punya. Aku dapat dengar Dash mendengus. Eh.. eh.. nak marah pula. Suka hati akulah nak pergi ke tak nak. Badan aku, lantak akulah.
Dash berhentikan kereta betul-betul depan pagar rumah aku. Dia pusingkan badan dan tengok aku yang gaya tenat semacam ni.
"Nak I papah ke?" Dash dah panjangkan tangannya. Spontan, aku tepis.
Aku tengok dia dengan membulatkan mata. "Gilalah tu.."
"I nak papah je.. bukan nak buat apa-apa pun." Dia marah.
"I boleh jalanlah bukannya cacat!" Aku balas datar. "Ni you nak balik dengan apa ni?"
"Kereta you." Selamba.
"Hahhh?!" Ternganga mulut aku sambil pandang muka mamat ni. Sumpah aku tak boleh nak follow otak dia ni.
"Tutup mulut tu sayang. Masuk syaitan nanti." Dia sentuh dagu aku dan ketawa.
"Serius laa.. nak balik naik apa ni?!"
"Kan I dah kata, I balik dengan kereta you."
"Esok I nak pergi kerja naik apa? Beca?" Dashiel Saiffullah ni nak kena bambu ke? Aku tengah demam-demam macam ni pun nak buat lawak tak berapa nak lawak ke haaa?
"Hishh... tak payah nak risau sangatlah. Pergi naik atas dan rehat. Lepas tu baru boleh nak cakap pasal nak pergi kerja naik apa ok? Dah.. dah.. syuh..syuh.."
Aku masih tak berganjak memandang dia.
"Cha, I cium you nanti kalau you tak nak keluar." Dash bertukar nada menjadi serius. Matanya melekat ke wajahku. Serta-merta, pipi terasa panas. Tak.. tak.. mesti sebab demam ni. Jangan fikir lebih-lebih pulak. Aku buat pekak dan terus memandangnya.
"Okey." Dash kata sambil membuka seat beltnya. Aku dah terkebil-kebil sewaktu Dash mula mencapai batang leherku. Kemudian dia mendekatkan wajahnya ke wajahku. Terasa deru nafasnya menampar kulit muka. Jantung dah macam nak pecah.
Mak aihhhh... dia nak buat apa ni??
"Stop!!!!!" Aku jerit. Dash berhenti, menjarakkan mukanya seinci sahaja dari aku.
"Nak degil lagi?" Bisiknya meremangkan bulu tengkuk.
"Tak nak. Tak nak." Aku gelengkan kepala dua tiga kali sambil tundukkan muka.
Dash senyum. Aku ingatkan dia nak lepaskan aku tapi bila aku dongak sepantas kilat Dash cium ubun-ubun aku. Sentap!!
"Get well soon. Okay?" Bisiknya.
Aku angguk laju-laju. Nak bukak seat belt pun laju-laju. Bukak pintu pun gelabah semacam. Tak sempat nak keluar, tangan aku kena tarik. Aku pusing tengok dia semula.
Dia nak buat apa pula ni?
"Call me if you need me." Dia selitkan kad bisnes dia kat tangan aku. Dikenyitkan mata kirinya. Betul-betul macam kasanovalah dia ni...
Aku rolled eyes. "You and your gatal syndromes."
Aku keluar dari kereta lepas aku capai beg laptop kat belakang. Blazer yang Dash bagi pinjam tadi aku campak ke mukanya. Dash sekadar gelak. Aku hempas pintu kuat-kuat.
"Take care of my car!" Pesanku. Dia angguk lalu memacu kereta kesayangan aku tu sampai hilang dari pandangan mata.
No comments:
Post a Comment
sekupang.. dua kupang.. tiga kupang.. nah! aku kasi kat hangpa!