Wednesday, December 21, 2011

rhapsody of love 30

"Esok balik kampung!" Suara tegas abah menyentap segala urat saraf aku.

 Petang tu, lepas aje balik kerja dengan muka toya habis aku pergi 'menjunjung titah' ayahanda, bonda dan kakanda terchenta aku tu apabila abah tak ada ribut tak ada hujan telefon aku suruh balik rumah. Kata nak bincang sikit. Sikit tak sikit mana laa... Aku tengok situasi kita orang ni dah macam persidangan haper aje. Masing-masing muka ketat. Heee... aku tension!

"Kenapa kena balik?" Aku tanya juga sebab aku tak faham kenapa nak kena balik kampung. Raya pun lambat lagi kalau nak suruh balik kampung tiba-tiba. Tok Wan sakit ke?

"Kawan kamu tadi datang merisik." Mak jawab bagi pihak abah. Aku dengar abah mendengus sebelum mata aku mendarat pada mak yang duduk di sebelah dia. Along dengan Kak Long pula jadi pemerhati dari tadi.

Merisik? Kening terangkat sebelah. Tak beritahu aku pun nak datang merisik. At least kasi la tau kut ye pun. Tak ada laa aku terpinga-pinga macam ni. Mentang-mentanglah aku cakap 'You aturlah sendiri. I ikut je' hari tu... Sumpahlah aku nak debik jantan sorang ni.

"Balik kampung untuk apa?" Aku tanya mak.

"Untuk majlis bertunang kau lah!" sergah abah. Terkejut aku dibuatnya. Mak terus pegang bahu abah seolah-olah menenangkannya. Berdegup jantung aku. Terasa nak rebah kena sergah tiba-tiba. Ya Allah, tabahkanlah hati aku. Mata dah terasa panas berair.

"Yang eloknya kau ni terus nikah aje. Tak payah nak bertunang-bertunang. Kalau ikutkan hati aku ni, dah lama kau tu jadi bini orang tau tak? Akad nikah depan tok kadi dekat pejabat dia aje." sambung abah lagi dengan muka bengis. Aku telan liur mendengar kata-kata abah. Sabar, Cha.. Sabar..

 "Majlis bertunang ni cadangan keluarga kawan angah tu. Mak dia nak sangat buat ikut adat. Jadi mak setuju ajelah. Lagipun dorang kata dorang nak tanggung semua perbe..."

"Tanggung semua? Jadi keluarga kita tak keluar satu sen pun?" aku celah cakap mak. Terkedu.

Mak angguk. Wajah mak serba-salah.

"Memang aku tak nak keluar satu sen pun! Eh, bukan ke laki kau yang nak buat semua? Bukan ke dia kata aku tak payah masuk campur? Jadi, nak buat apa nak sibuk-sibuk keluar duit? Biar dialah nak tanggung semua pun. Aku lagi senang hati. Tak menyusahkan aku!" Suara abah melengking lagi.

Bibir aku bergetar menahan marah. Sabar, Cha, sabar. Orang yang teraniaya ni Allah sayang. Nanti-nanti abah akan nampak yang semua ni hanya salah faham. Kau kena sabar!

Aku tarik nafas sedalam mungkin. "Majlis bertunang tu bila?"

"Lusa."

Jadinya esok balik untuk persiapan jelah ye? Aku angguk kemudian bangun. Rasanya aku dah tak boleh nak  duduk lebih lama kat rumah ni. Rentung jiwa aku dengan sikap abah. Abah dah benar-benar berubah. Aku ni dah dianggap macam buakn siapa-siapa dah pada dia.

"Kalau macam tu, esok masa angah nak bertolak angah telefon mak. Angah balik dulu." Tangan mak aku salam dan cium penuh rasa rindu. Kalau boleh aku nak peluk sekali tapi aku tahu mak keberatan. Aku terpaksa tahan segala rasa aku ni walau pada hakikatnya aku nak sangat peluk cium mak. Aku hulurkan tangan aku pada abah. Tak bersambut. Bibir aku tersungging senyum kelat. Reaksi yang aku sudah pun duga. Aku dengar mak mengeluh.

****

Malam tu aku tak boleh tidur langsung. Aku kalih kiri kanan. Aku guling atas bawah. Tapi tetap mata ni tamau pejam. Sebenarnya aku masih sedih dengan apa yang berlaku dekat rumah abah tadi. Kenapa sampai macam tu abah layan aku??? Macam laaa aku nak sangat kahwin macam ni. And I never even wanted this to happen in the first place. Eiiii... kenapa? Kenapa? Kenapa?! Rasa nak... nangis. Aish! Tak boleh jadinya!

Aku bangun. Capai Sony aku dan terus dail nombor orang berkenaan.

"Hello." Malas bunyinya.

Dengar suara dia aje aku rasa nak menjerit. Biar dia pekak!

"What the hell are you thinking huh?!!" Aku pekik sekuat hati. Tangan aku menggigil sebab terlampau marah sangat. Aku dah tak mampu nak bendung perasaan aku. Makin aku buat tak tau makin gila aku jadinya.

"Whoa! Whoa! Sakit telinga laa..." Dia marah. "Did you know sekarang ni dah pukul berapa? Haishh.."

"Pehal you buat rancangan tak beritau I hah?" Air mata aku gugur sebutir di pipi. Entah kenapa aku rasa dah hilang tenaga sangat-sangat. Terhingut-hingut aku cuba tarik nafas. Aku kesat kasar air mata yang semakin lebat. Sakitnya hati Allah je tahu.

"I tak faham." Dingin.

"I hate.. you!" Memang benci! Terlampau benci!

"Hehhh...." Dash tenang aje. "I will call u back. Gotta go."

Aku tak sempat nak kata apa-apa, Dash dah pun matikan talian. Aku terpinga-pinga sekejap. Terketar-ketar bibir aku menahan segala rasa. Dengan lelaki ni ke yang akan jadi suami aku nanti? Dengan lelaki ini ke aku bakal jadi seorang isteri? Dengan lelaki yang tak berhati perut macam dia? Aku berteleku sambil membenamkan kepalaku di kepala lutut. Kenapa macam ni??? Ya Allah...

Tiba-tiba lagu Canon In D bergema menyedarkan aku. Aku capai Sony yang terkulai kat sisi aku. Dahi berkerut melihat nombor Dash pada dada skrin. Aku angkat tanpa rela.

"Open the gate. I kat luar."

Hah?? Aku ternganga.

"I'm not joking."

Tanpa berfikir apa-apa, aku terus capai selendang kat belakang pintu kemudian balut kepala untuk tutup rambut. Aku keluar menapak ke luar rumah. Sungguh, memang dia terpacak depan pintu pagar. Memeluk tubuh bersahaja membalas pandangan aku. Tu pakaian malam dia ke?

"Jangan risau. I takkan buat apa-apa yang boleh tambahkan benci you pada I lagi. I diri kat sini. I takkan masuk dalam,"kata Dash tanpa nada.

Benci? Sebaik sahaja perkataan tu masuk dalam telinga, darah terasa menyirap ke muka. Tangan aku refleks mencapai kolar bajunya lalu aku cengkam kuat. Dia tergamam. Bahu aku dipegang, cuba menjauhkan diri dari aku.

"Memang I benci you! Benci tahu tak? Terlampau benci!" Aku tengking tepat kat muka dia. Dash terkebil-kebil melihat kemarahan aku. "You pemusnah hidup I! You hancurkan masa depan I! You selfish dirtbag! I hate you!"

Aku tumbuk dada dia. Aku tolak badan dia. Aku tampar muka dia. Tapi dia tak marah. Dash diam. Aku berhenti dari pukul dia bila aku dah tak dapat nak bendung kesedihan. Air mata aku jatuh lagi. Entah untuk kali keberapa. Dash pegang bahu aku, sekelip mata aku dah berada dalam pelukan dia. Erat. Aku sembamkan muka aku ke dada dia dan aku menangis. Menangis semahu-mahunya. Ubun-ubun aku dicium dia.

"I hate you.." aku kata kat dia lagi.

"I know." Sekali lagi ubun-ubun aku dikucup.

"I really hate you.."

"Yep." Sekali lagi...

"I truly deeply hate you."

"Alright." Dan lagi..

Aku dongak, tengok dia. "Don't do that!"

"Do what?" Dash senyum nipis kemudian dia tunduk untuk cium kepala aku lagi. Zapp... pipi naik bahang! Aku tepuk pipi dia sekali. Dash bantai gelak. Pelukan makin dikemaskan sampai aku nak bergerak pun tak boleh. Ni kalau kena tangkap basah lagi ni.. memang innalillah la aku.

"Cha, let stay like this for a few minutes." Dash bisik.

Hah? Aku pandang dia. Pelik.

"I just wanna hold you like this. Please?" Dash pandang aku dengan renungan yang sukar aku tafsir. Aku tunduk, sembunyikan muka yang membahang kat dada dia. Dash ketawa kecil. "Esok you balik kampung kan?"

Aku angguk. Sebab tu laa... aku naik hantu. "You patut bagitahu I pasal majlis tunang tu. I macam orang bodoh depan abah petang tadi."

"Abah you marah ke?"

Angguk.

"Tu yang you jadi momok tadi tu ye?"

"Siapa momok?!" Aku tumbuk perut dia. Dia gelak je. "You memang suka tengok I macam ni kan. All messed up. Thorn inside out..."

"Sorry. Tapi you jugak yang suruh I handle everything kan?" Dia mengeluh. "Mummy yang suruh buat semua tu sebenarnya. I tak nak pun. Mummy kata.. dia nak buat majlis proper untuk one and only daughter-in-law dia. Hehhh..."

Bibir aku mengukir senyum tanpa aku paksa. Pipi aku hangat bila Dash cakap macam tu. Terasa macam... bahagia? Whoa! Hold up! Pehal aku nak bahagia-bahagia bagai ni???? Aku kan kena kahwin paksa!!! Wake up Cha!

"Esok balik dengan I eh?"

Erk?

"You ikut sekali ke?" Aku pandang dia.

Dia senyum. "The whole family ikut. Lagipun.. takkan I nak tinggalkan you sengsorang. Sekurang-kurangnya kalau I ada, abah you takdelah nak marah kat you aje. Mesti dia hambur kat I. So biar I jadi shield untuk you okeh?" Kepala aku jadi mangsa ciuman dia lagi. Dia tersenyum lembut. Aku terdiam. Lama. Mata aku terbenam di wajahnya. Merenung tanpa kata.

"Esok naik dengan I ye? Boleh?" Dash mengelus pipi aku. Serta-merta, jantung aku berubah rentak. Aku tunduk, melarikan pandangan ke lain.

"Err..erm.. okay." Pipi saya panas.. pipi saya panas!

Dash gelak. "Thanks, sayang."

Monday, December 5, 2011

Backpacking around Kelantan part 2 (..also around KL and Kuala Pilah too ==')

Salam alayk!

Hailaa... hailaa... hailaaa... Aku rindu kau blog! Hakhakhak~ Apsal kau cantik ni? Sape yang telah me-transform-kan kau ni? Alhamdulillah.. thanks pada orang tu.. Sayang kau lebih laa...Heee~ Sumpah aku rindu nak tekan keyboard. Asyik tekan touchscreen di dada iphone memang ah tak best langsung. Pasal tak de bunyi 'ketak ketak' macam ni. Seriously! And now.. aku nak balas dendam. Sheesh... sangat rindu my lappy ini.

Aku pergi Kelantan. Okeh. aku bajet orang tak tau aku pergi Kelantan. Padahal aku sibuk heboh kat FB aku yang aku kat Kelantan. Yaaaa... aku memang tak matang. Suka hatilah kan. Sumpah pergi Kelantan best! Tak tergambar perasaan weh. Hati macam bunga api. Cehhh... metafora nak gempak aje. Tak boleh blah.

Actually, it's not BACKPACKING pun. Secara harafiahnya, aku jejalan je guna kereta. Aku pergi dengan my aunt, my uncle and my cousin which is their son. Aku ni kira parasit yang menumpang kesenangan mereka tapi pedulik lah. Dorang yang offer lagipun. Wakaka. 

Back to the topic peeps!

Aku nak share la moment aku masa pergi travel kat sana through my pictures. Kalau perasan, gambar-gambar kat bawah tu bawak gambar makanan je. Aku tak sempat nak snap gambar buildings. biasalah musim tengkujuh kott. giler haper nak meredah hujan lebat tak nampak haper semata-mata nak snap gambar buildings. aku masih waras.


Sup tulang ni antara yang termasyuk ah kat sana.



ni Nasi Sumatera.
Gulai ayam dia.. perghhh...
Big Bunny aku kata ni Nasi Paku..
..pasal di sepit bungkusan tu dengan paku?
Sengal je~


a&w sebelah parkson kat Kota Bharu..
aku kemaruk nak minum rootbeer sebenarnya...
hihihi..


See? banyak pasal makanan je kan. banyak lagi gambar makanan yang ada tapi tak larat aku nak upload. nanti aku kemaruk nak makan pulak. so lebih baik tak payah. masa kat Kelantan, hujan memang tak berhenti langsung. Serious shoot batman~ Dari hari pertama aku sampai sampai ke hari ketiga last aku di Kelantan, langit asyik menangis aje. Aku dan aunt and uncle pakat risau banjir je. tapi nasib baik....


lokasi:: dekat sebelah kedai sup.
hujan sampai tempias kat aku...


see? Memang lebat gila...
tak nampak haper kat luar sana...

But then.. dah hari ketiga keempat kelima gitu laa.. hujan dah berhenti. aku bahagia. tapi bahagia tak bahagia mana laaa. Jalan jammed! Kalah Kuala Lumpur. Aku macam frust jugak la pasal kena melangut kat dalam kereta. kebosanan. sangat kebosanan. 


Big Bunny aku yang snap gambar ni.
dia pun tersumbat gamaknya..


Walls......
<<drulling>>

Hari-hari aku di Kelantan di akhir dengan ini gambar-gambar kat bawah ni...


surau Ibnu Hanaf ni dekat berek Kota Bharu.
kitorang menetap kat situ ah..
kat rumah kawan my uncle.


kat depan Kenny Roger's.
ni lah Big Bunny aku..
baru dia balik kerja kitorang terus merayap pi Tesco..
hehe


si pembuat kunci.
kedai dia kat machang..
aku snap gambar dia tanpa pengetahuan dia. haha..
masa ni tengah duplicate kunci rumah sewa Big Bunny.

Maka dengan itu habis lah vacation aku kat Kelantan. But wait.. percutian aku tak habis lagi. haha. aku pun tak tahu yang my aunt and my uncle nak pergi KL. Aku redha jelah. Lagi suka sebenarnya sebab cuti tak habis lagi. hehe. So di KL, aku duduk rumah daughter kepada my aunt and uncle. Memang best ah sebab dapat bergebang bergusti berguling dengan anak saudara terchenta. 


makan kat restoren Quan-apa-ntah-aku-dah-tak-ingat
famous di ampang..


restoren ni penuh dengan kumpulan lama-lama..
Beatless laa haper laa...
obses gamaknya..
tapi berani sumpah laa...
kedai. dia. cantik.


gambar ni aku snap masa dalam kereta.
on the way balik ke Pahang..
cantik aint it??
Eyes-gazing.

Bila aku kata 'on the way balik ke Pahang' ianya bukan sesungguhnya. Ingat kan perjalanan berjalan smooth and easy. tapi macam orang dolu-dolu kata.. malang memang tak pakai perfumes. takdirnya kereta my uncle broke down masa kami di Kuala Pilah. nasib baiklah broke down kat depan sikit dari bandar. kalau kat tengah-tengah hutan... camno??? so kami terpaksa la bermalam di Kuala Pilah for one night. Kereta uncle aku masuk ICU.


memula aku ambil gambar ni..
aku ingatkan ini rumah kedai ke apa ke kan..
tapi rupanya kuil..
kalau tengok dari sudut depan..
maka nampaklah kot segala sembahan dorang.
itu tak penting.
pada aku..
cantik. berseni.
hal lain tolak tepi.


ni hentian KP namanya.
nampak dari jauh..
jadi aku snap aje lah dari jauh. 
aku pun bukan rajin nak pergi depan-depan bangunan tu..
haha.


aku suka bangunan ni.
serious awesome.
aku tak tahu la kalau kamu tak nampak..
..kesenian dan kehalusan bangunan ni..
tapi bagi aku..
two thumbs up!
mana nak dapat bangunan lama macam ni lagi?


Okeh! Dah habis dah koleksi memory-lane-lah-sangat aku. Semua ni kalau nak dihuraikan dalam satu perkatan, aku akan kata.. AWESOME. Vacation paling enjoy pernah aku pergi. Alhamdulillah.. semoga ada peluang macam ni lagi. Insya ALLAH. 

Oh ye! Gambar terakhir..

Aku bertemu chenta di Kuala Pilah. Lukman. Anak si pemilik bengkel kereta.




<<SEKIAN>>

p/s:: aku tahu ini entry panjang. tapi aku tak bajet ade orang yang nak baca.. haha.. this is for self-satisfaction je.