Sunday, June 19, 2011

rhapsody of love 10

"Nak order apa? Aku blur la weh,"ujar Maira sambil menggaru kepala. Sabar ajelah aku dengar ayat tu keluar dari mulut dia. Boleh dia buat blur-blur kat sini... kesian aku tengok mamat waiter ni. Hehhhh...

"Bagi saya nombor 35 ye?" aku cakap kat mamat waiter tu.

"Haa.. haaa... make it two eh." Maira menyampuk.

"Pehal copy makanan orang ni?"

"Biarlaa..."

Aku rolled eyes.

"Minum, miss?" Mamat waiter tu tanya aku.

"Haa... tanya dia dulu. Nanti dia tiru saya." Selamba aje aku beritau mamat waiter tu. Aku nampak dia nak tergelak tapi dia cover. Maira dah buat muka.

"Bagi teh O ais laichee eh.." Ouuu minum teh O ais laichee kau Maira? Class~

Mamat waiter tu angguk. "Miss?" Dia tunjuk aku.

"Oh...hmmm... make it two la ye?" Mamat waiter tu senyum lebar aje sambil tick kat kertas pesanan. Aku dah gelak-gelak tengok Maira yang cemberut. Apa dia ingat dia chumellll kah? Sangat tak comel okey~ (rasa macam Anwar Hadi pula bila cakap begitu..ngeh..ngeh..ngeh..)

"Dia copy kita takpe pula... Chet!"

Aku gelak lagi. Bertemu semula dengan Maira di Noodle Station Mid Valley selepas beberapa bulan tak jumpa betul-betul bring up some memories. Masa mula-mula bertentang mata, kami menjerit tak hengat dunia. Tambah lagi, berpeluk-peluk macam tengah buat show Jejak Kasih. Orang ramai yang ada kat Mid Valley ni sekadar tengok je. Ada yang geleng. Ada yang senyum. Ada juga yang mengutuk.

Tapi.. lantaklah kan?

Ya, kami dah habis buat matriks. Hooorayyy~ Azab dah berlalu. Tunggu masa aje nak fly ke luar negara untuk sambung pelajaran dalam bidang kedoktoran. Aku bakal meninggalkan Malaysia dan terbang ke bumi Bandung, Indonesia. Kira grand laa tu kan? At least naik juga kapal terbang walaupun ke negara sebelah. Sementara tu, si Maira bakal bergelar mahasiswa di Tassie. Sumpah aku jealous dengan minah sorang ni. Haha!

"Look at you,"kata Maira sambil tenung aku. "Bertudung ey?"

Aku tersungging senyum malu. Sebaik aje tamat matrikulasi, aku tergerak hati nak change imej aku yang tak bertudung kepada imej memakai tudung. Lagipun, rambut aku dah tak cun seperti zaman sekolah daaa... Perm dah rosak. Eh! Tapi bukan sebab tu aku nak pakai tudung. Alaa... apa kata orang, dah tiba masa nanti kita akan pakai juga kan? Mujur aku tak terlambat.


"Nampak lagi sexy,"sakat Maira. Dia kenyit mata.

Sungguh aku fobia bila Maira buat macam tu. Aku tampar tangan dia. "Aku geli dowh kau buat macam tu."

"Hehehe. Sory."

Perbualan tergendala sekejap apabila mamat waiter yang tadi datang menghantar makanan yang kami pesan tadi. Hallamakkk... bau mi goreng dia orang ni memang heaven betul! Aku terus 'ngap' sebaik sahaja mamat waiter tu blah. Memang dah lapar tahap kebuluran dah aku ni. Mana taknya dari pagi aku tak makan. Excited kononnya nak jumpa Maira. Kesian perut. Tenat ye? Takpe... meh mama suapkan makanan meh..

"Gelojohnya makan.  Malu aku wei.." Maira sound aku bisik-bisik sambil pandang kiri kanan. Konon takut orang tengok. Ceh! Aku peduli haper orang nak pandang punnn...

"Weh... aku nak ikut pergi Tassie jugakkk..." Aku cakap kat Maira. Air teh O ais laici aku sedut dengan nikmatnya.

"Ek.. eh... minah ni. Dah dapat tu sila bersyukur sikit. Kang Allah tarik balik rezeki kang baru tahu!"

Hayoook... ustazah dah marah!

"Bukan tak bersyukur. Kurang menghargai." Aku jawab selamba. Oleh sebab jawapan brutal aku tu, Maira bermurah hati nak bagi hadiah 'cubitan manja' dia tangan. "Sakitlaaa..." aku gelak.

"Macam tak percaya aku betul-betul akan jadi doktor."

Maira angkat kening.

"Dulu... aku berangan nak jadi arkitek. Minat gila-gila. Orang gila pun tak boleh challenge aku. Tup..tup.. jadi doktorlah pulaaa.. Ni kes abah aku lah ni. Dia paksa aku buat medic"

"Serius kau kena paksa? Kau nak jadi arkitek?" Maira nampak terkejut. "Dulu masa kat matriks tak story morry pun???"

"Ngee~ Ni nak ceritalah ni. Haha." Aku cakap gelak-gelak. Seingat aku, memang aku tak pernah beritahu sapa-sapa kat matriks tu pasal aku yang dipaksa untuk jadi doktor oleh abah sendiri. Nak buat apa hebohkan kisah lara kan? Baik pendam buat jeruk pekasam!

"Arkitek huh?"

Angguk. "Cita-cita dan impian aku dengan Da..." Ayat tu mati kat situ. Aku pandang tempat lain. Tak mahu pandang Maira yang sedang merenung aku dalam-dalam. Aku rasa dia tahu. Aku rasa dia kesan apa yang ada dalam hati aku.

"Still couldn't find him huh?"

Aku pandang Maira balik. "Him? Him-who?" Cehhhh...konon!

Maira rolled eyes. "Dashiel Siaffullah kau tu laa..."

Bila aku dengar nama dia, hati aku sakit sangat-sangat. Aku rasa macam kena sengat beribu lebah. Aku geleng kepala. "Maira, jangan sebut nama dia lagi."

"Ahhh...you do remember him." Kerek aje statment Maira ni.

Aku jeling dia yang tengah suap mi ke dalam mulut. Sabar.

"Aku tak nak ambil tahu pasal dia dah.."

"Really?" Maira buat mata tak percaya kat aku. "Selama ni kau meroyan dok cari dia, panggil dia, sampai mengigau tentang dia dan sekarang kau kata kau tak nak ambil tahu?"

"Dia tinggalkan aku Maira!" Sabar dah hilang. Suara aku pula naik beberapa volume. Terkejut Maira melihat aku. "Err...sorry."

"Naa.. It's 'kay.." Maira senyum kemudian mencubit pipi kanan aku. Nak tak nak aku tarik senyum. Kesian Maira. Tak memasal kena marah.

"One day, kau akan jumpa dia jugak."

"Aku tak nak jumpa dia." Titik!

Maira senyum aje. Aku tunduk merenung lantai. Jangan sedih! Jangan sedih! Aku cakap kat diri aku macam tu. Setelah hati dah kembali lega, aku tarik nafas dalam-dalam. Kemudian, aku berkalih memandang Maira semula. "Maira, aku takut laaa..."

"Pasal apa?"

"Pasal kat Bandung laaa..." Aku merengek. "Macam mana kalau room mate aku...?" Gulp~

"Huishhhhh!! Selisih malaikat empat puluh empat, Cha! Apa fikir macam tu?" Maira marah. "Kau jangan buat aku cuak eh, Cha. Kat sana aku mana ada nak tengok-tengok kan kau.."

"Tu laaa yang aku takut tu. Mana nak dapat my Maira a.k.a my knight in the shining armor ni." Aku bodek dia. Tapi sungguh aku gabra memikirkan hal ni. Yalah, orang yang ada pengalaman 'dicabul' kedaulatannya dengan seorang perempuan macam aku ni memang akan fikir segala aspek yang gitu-gitu tu.

"Nasib baik aku tertinggal kad matriks aku kan waktu tu.." Maira dah buka dah hikayat lama ni.

"Kalau tak gulai lah aku..." Aku dan Maira pecah gelak. Haha. Sekarang ni je aku boleh gelak-gelak bila buka kisah pahit ni balik. Dulu-dulu masa nak menghabiskan matriks tu, aku secara totalnya bukan diri aku lagi. Aku jadi pendiam. Aku jadi pemarah. Aku jadi tak betul. Aku jadi macam tu sampai habis satu semester. Dan Maira aje yang ada dengan aku. Dia setia.

"Nasib baik jugak aku tahu silat." Maira meng-up-kan diri.

Betul, memang Maira pandai bersilat. Terkejut jugak masa Maira pecahkan pintu untuk selamat aku. Muka perempuan gila tu memang cuak cipanlah tengok Maira berwajah bengis. Yang paling aku tak sangka, hanya dengan beberapa langkah saja Maira dapat tewaskan perempuan gila tu. Siapa yang tak kagum beb? Tak lama kemudiannya, along sampai. Aku menangis-nangis dalam pelukan along. Kalau ikut hati memang aku nak along pergi belasah perempuan tak guna tu. Mujur aku ni dah termaktub jadi wanita baik. Kut tak...heiiii...! Along bawa kes ni sampai ke admin. Kecoh satu matriks. Tak kisahlah. Aku puas hati sebab Ren kena buang.

"Detik-detik menakutkan dalam hidup aku. Ever!"

Senyuman aku dah bertukar jadi kelat. Aku tak boleh tipu yang aku masih takut dengan semua tu. Tapi melalui Maira juga aku boleh sedikit demi sedikit teruskan hidup. Gerun dibayangi masa silam takkan buat seseorang itu maju. Maka sebab itulah, aku gagahkan jugak untuk habiskan matriks walaupun along suruh berhenti.

"You'll be fine, Cha. Insya Allah." Maira genggam tangan aku dan aku turut membalasnya.

"Ya think?"

"Absolutely." Maira angguk bersungguh-sungguh. Bibir aku melengkung membentuk senyuman nipis.

Insya Allah...

No comments:

Post a Comment

sekupang.. dua kupang.. tiga kupang.. nah! aku kasi kat hangpa!