Wednesday, June 22, 2011

rhapsody of love 13

"Err.. errr.."

Dah jadi gagapkah aku? Aku pandang Tok Wan.  Kemudian, aku pandang mak. Lepas tu, pandang mak lang, mak ndak, mak teh satu per satu. Semua dok menanti jawapan aku. Ishhhh! Aku garu kepala. Apa nak jawab ni?

"Kena jawab eh soalan cepumas tu tok?" Aku tanya sambil sengih-sengih. Boleh pula dia orang ni temu ramah aku tengah-tengah potong pisang nak buat pengat ni. Apo bonda nya eh? Along yang nak kahwin, aku pun kena sekali. Sabar ajelah dengan dia orang niiii...

"Angah.."tegur mak.

"Angah takde plan nak kahwin buat masa terdekat ni maka angah tiada calon. Boleh jawapan tu?"

"Betul takde calon?" Tok Wan tanya lagi.

"Takde tok." Aku dah mula risau. "Tok Wan, jangan nak kenen kan Cha dengan orang eh. Cha tak nak kahwin lagi."

"Kalau kenen pun apa salahnya?" Mak Teh menyampuk.

"Tak nak laaa... Tok Wannnnn!" Aku merengek. Lengan Tok Wan aku peluk, minta simpati. Mak dah gelak-gelak dengan mak lang.

"Sepupu-sepupu kamu dah ramai yang kahwin. Kamu adik-beradik je belum selesai.."

"Kalau gitu..kahwinkan adik dulu. Cha tamau!"

"Hoi! Apa adik jadi mangsa ni?" Adik marah. Dia baling kulit pisang tepat ke muka aku. Sudahnya dia kena marah dengan mak. Padan muka! Derhaka sangat dengan angah dia ni..

"Jangan nak mengarut. Adik tak belajar lagi tau,"celah mak.

"Alaa.. Tok Wan... angah tu kata je takde calon. Padahal dah ada." Mulut adik berbunyi lagi. Aku pandang dia pelik. Mak pun pandang dia.

Bila masa aku ada calon ni?

"Mak ingat tak kawan angah yang selalu bawak angah lepak tu? Kawan zaman sekolah angah tu? Haa... tu la calon angah." Adik sengih.

Eh? Zaman sekolah?

"Oouu.. mak ingat dah. Apa kenamanya? Danny? Danish?"

"Dashiel la mak!"

Zap! Pisau terlepas dari tangan.

"Haa..yelah." Mak gelak. "Haa... ibu, angah dah ada calon tu.."

Stop. Jangan cakap lagi.

"Tu bisu je tu.. betullah tu ye?" Suara Mak Ndak pula berbunyi. "Sedap nama budaknya."

Sudahlah tu...

"Cha.." Tok Wan panggil. "Betullah ye?"

Sudah aku cakap!

"Angah... Tok Wan tanya tu.."

Aku bangun tiba-tiba. Tok Wan dan lain-lain terkejut tengok aku. Adik pandang aku semacam. Perut rasa tak sedap. Kepala berdegung. Tekak macam padat. Aku nak menangis?

"Angah peninglah. Nak rehat."

****

Malam tu, aku duduk berseorangan di atas pangkin jauh sikit dari rumah. Sengaja aku nak lari dari semua orang. Lebih-lebih lagi adik. Terasa aku dengan adik petang tadi belum lagi surut. Padahal adik bukan buat salah apa pun. Tak ke?

Aku dongak kepala ke atas. Merenung langit tanpa bintang sambil menikmati angin dingin. Satu keluhan terlepas dari pekung dada. Seksanya rasa macam ni. Rasa macam apa, Cha? Rasa.. macam... terbuang.

Terbuang?

Ke.. kehilangan?

Atau... kekosongan?

Arghhhh! Aku menggaru kepala. Terasa serabut benar ni! Com'on laaa... Cha! Dah bertahun-tahun... takkan ada efek lagi kut? Ada efeknya! Ada! Mestilah ada! Walau bertahun sekali pun, rasa tu tetap ada. Sampai mati pun tetap akan ada!

Aku benci dia sebab tinggalkan aku. Aku benci dia sebab dia tipu. Aku benci dia sebab dia mungkir janji. Sedangkan aku tak pernah buat macam tu pada dia. Sedangkan aku terlalu sayang kat dia!! Eh?

Terlalu apa, Cha?

Err...

Sayang?

"Allah! Cha, kenapa menangis ni?" Suara Pak Chu benar-benar mengejutkan aku. Aku mengalih pandangan ke arah Pak Chu yang nyata cuak. Dia duduk sebelah aku. Tangannya laju mengesat kedua pipi aku yang basah. Aku pun tak sedar bila masanya aku menangis sampai teresak-esak bagai ni. Bahu aku terhingut-hingut jadinya. Sadis betul aku ni!

"Chacha, kenapa ni?" Pak Chu tanya dengan suara low tone dia tu.

Aku menangis lagi. Terasa bodoh sebab menangis kerana dia sedangkan dia hilang entah kemana. Aku tersedu-sedan. Kejamnya dia buat aku macam ni. Apa salah aku sampai dia hukum aku? Bertahun-tahun dah. Bilanya dia nak pulang??

"Pak Chu, I'm not in the good mood to argue with you..." Tertahan-tahan nafas aku.

"Cha marah Tok Wan pasal Tok Wan tanya petang tadi tuh?"

Aku geleng laju-laju. Apa pulak masuk Tok Wan niiii????

"Cha... talk to me."

Aku diam. Teruskan menangis.

"Cha tak percayakan Pak Chu ke?"

Aku pandang Pak Chu. Membuak-buak air mata ni keluar.

"Pak..Chu.. Pak Chu... Cha..tak tahan..dah... Cha... sedih..." Suara aku tenggalam timbul.

"Sebab apa sedih sangat ni?" Pak Chu gosok kepala aku.

"Cha.. nak.. dia.."

"Cha nak sapa?"

"Dia.. tinggalkan... Cha.."

"Siapa tinggal Cha?"

"Cha.. perlukan.. dia.. waktu tu... nape dia.. tinggal Cha, Pak Chu?!"

"Siapa dia?"

"Dia kata... Dia kata..." Aku berhenti mencari nafas. Dah naik semput nak bercakap bila menangis bagai nak rak macam ni. Rasanya dah terlalu lama aku menahan air mata. Sejak kes di matriks, air mata tidak tumpah lagi. Masa di Bandung pun air mata tidak pernah wujud sekali pun biar sesekali dia bertandang dalam kepala. Tapi kenapa hari ni... air mata tumpah? Sebab adik ingatkan dia? Atau sebab terlampau lama menjeruk hati sampai tak tahu bila masanya yang sesuai nak menangis?

"Dia kata apa Cha?"

"Dia kata... Dia sayang Cha.. dan.. takkan lupakan Cha. Tapi.. tapi.. dia.. tinggalkan Cha jugak.." Aku menyambung ayat yang terhenti setelah nafas sedikit stabil.

"Dia pergi mana?"

"I.. I.. dont know.."

"Mungkin dia ada masalah. Nanti dia datang balik pada Cha."

"Dah... lapan tahun, Chu. Dia tinggal... lapan tahun. Without notice."

"Who is he?"

"Cha... nak Dash Cha balik..." Aku menyenbam mukaku pada bahu Pak Chu. Otak dah tak boleh berfungsi dengan betul nampaknya...

"Who is he to you?"

"My... best.. friend.. I want.. him, Pak Chu."

Aku tak dengar suara Pak Chu lagi dah. Yang kedengaran hanya deru nafasnya yang turun naik. Yang kedengaran hanya esak tangis aku yang entah bila nak reda. Hanya kerana dia, aku boleh berlinang air mata. Kalau takung ni, ada rupa Sungai Melaka tak?

"I'm sure he'll come back soon.." Pak Chu berkata tiba-tiba. Dia tengok aku dan senyum nipis.

"Have faith, Cha." Ubun-ubun aku dicium.

"Allah tahu apa yang kita tak tahu." Pak Chu sambung lagi. "He knows. Sabar eh?"

Aku pandang Pak Chu dalam tangis.

"Sabar boleh?"

Aku senyap, memikir.

"Boleh, Chempaka?"

Akhirnya, aku sekadar mampu angguk sahaja.

2 comments:

  1. aww...
    she wants her bestfriends...
    ok...cha! betul kata Pak Chu. Have faith in him and HIM. ^^
    sedap nama Chempaka. Ske nama tu...

    ReplyDelete
  2. @cik n.Haliban...
    tenkiu...ur komen was the best ever... mekaseh...terharu ni!!^^

    ReplyDelete

sekupang.. dua kupang.. tiga kupang.. nah! aku kasi kat hangpa!