Saturday, June 18, 2011

rhapsody of love 8

Exam dah lepas. Lega! Lepas ni boleh cuti sem...

"Weh Chacha, jom keluaq jom? Pi mana-mana tak kisah laa.. pi release tension sat. Parak otak tersumbat lagu ni." Aizat si budak Bayan Lepas yang juga merangkap classmate aku ajak aku keluar. Aku geleng sambil senyum ketat kat dia lepas tu terus menapak menuju ke kolej kediaman seorangan. Aku dengar Maira terpekik telolong memanggil aku tapi tak terasa nak jawab. Tak terasa nak balik berdua. Tak terasa nak ada orang teman.

Zombiekah aku? Ye jawapannya. Aku dah jadi zombie bergerak. Aku hanya tersenyum bila perlu dan bercakap bila perlu. Selebihnya aku banyak bertapa di bilik, di library dan di bilik air. Pendiamkah aku? Ye.. baru-baru ni laa...Aku malas nak bercakap. Maira pun aku dah tak bercakap sangat. Ren apatah lagi.

"Haraf maaf. Nombor yang anda dial tiada dalam perkhidmatan." Aku mengeluh. Aku campak Sony aku kat atas katil lepas tu aku berteleku atas katil. Pandangan aku kosong ke dinding.

Bodohkah aku? Ya.. bodoh teramat untuk cari Dashiel Saiffullah yang entah kemana. Sampai hati dia tinggal aku macam ni...jangan-jangan dia accident tak? Gulp~ Allah, this is so sickening!

"Cha, kau menangis lagi..." Aku tersentak dengar suara Maira. 

Maira kesat pipi aku dengan tisu. "Sudahlah tu... Sampai bila nak macam ni?" Dia duduk depan aku.

Sampai aku dapat Dash aku balik...jawab aku dalam hati. Air mata meleleh lagi. Tapi aku malas nak kesat. Aku biar aje ia meleleh. Kalau ada Dash ni, dah lama dah dia tonyoh muka aku dengan tisu. Makin sedih jadinya aku bila teringat kenangan kita orang masa di Jusco dulu. Masa tu aku menangis sebab abah paksa ambil medic dan dialah jadi tukang kesat air mata aku.

"Dash... pergi... mana?" Aku cakap luar sedar dengan tergagap-gagap.

Maira geleng kepala bila nampak aku yang tenat ni. "Chacha, kau tak boleh terus macam ni..."nasihat Maira yang dah lali aku dengar. Cuba bagi ayat-ayat yang macam.."Cha, aku dah tau Dash kat mana" atau "Cha, Dash sebenarnya dia ada masalah perhubungan lately ni.. tu yang dia tak contact kau tu"...kan boleh buat hati aku tenang?

"Aku nak mandi." Mata aku dah sakit sebenarnya sebab tu aku nak pergi mandi. Aku dengar Maira mengeluh lagi. Lantaklah... aku tak peduli. Tuala yang tersidai aku capai kemudian lambat-lambat aku bergerak ke almari baju. Aku buka dan terkejut bila ada surat bertampal kat almari aku tu.

I'M CRAZY ABOUT YOU. BE MINE. BE MINE. BE MINE. BE MINE.

"What the...?" Suara aku naik beberapa volume. Aku tarik surat tu dengan tangan terketar-ketar. Stalker tu dah melampau!! "Siapa punya kerja ni? Sial!" Aku dah marah.

"Apa dia?" Maira cuak. Dia mendekati aku. Surat yang aku pegang tu dia ambil. "Cha... serriously kau kena buat tindakan. Kes stalker kau ni dah melampau-lampau dah ni..."

Mula-mula, kau ikut aku. Then, kau snap gambar aku. Kau curi barang-barang aku. Sekarang ini pula?!!! Not even funny! Not at all. Badan aku menggeletar. Aku tak boleh nak cakaplah menggeletar sebab takut atau sebab marah. Otak aku dah tepu. Naik sakit memikir kerja siapa ni. Aku terduduk depan almari baju aku. Terasa lemah sangat ni. Lemah luar dalam.

Kejap. Wait a sec... Aku rampas kertas dari tangan Maira dan baca berulang kali. Walaupun surat ni bukan tulisan tangan tapi aku bukannya bodoh sangat. Stalker aku perempuan. Okey, aku tarik balik statement "aku bukannya bodoh sangat" tu sebab aku memang bodoh. Macam mana aku tak boleh nak figure yang stalker aku tu perempuan? Kalau tak macam mana dia dapat curi socks, shawl dan segala bagai yang aku simpan kat bilik kan?

Perempuan yang bipolar. Gila. Putus wayar kat otak.

Siapa? Siapa?

Wait...

roomate ko...ade tak yang weirdo2 sikit perangai dia lately ni?

Zap! Bulu tengkuk aku tegak berdiri. Perlahan-lahan aku pandang Maira. Dia pun tengah pandang aku. No.. it can't be. No, this is...

"Cha.. what's wrong?"

...so wrong on so many level.

"Cha, pucatnya muka kau! Kau okey tak ni?" Maira nak sentuh pipi aku. Refleks, aku tepis tangan dia. Maira nampak terkejut sangat. "Weh..pehal kau?"

"No... not you.." Kepala aku tergeleng-geleng.

"Weh, Cha!"

Aku terus berlari keluar dari bilik.

1 comment:

sekupang.. dua kupang.. tiga kupang.. nah! aku kasi kat hangpa!